MENTERI BESAQ KEDAH MASIH BERBISA MELANGKAUI 'BALAK' BELIAU. HAHAHAHHA....DAP DIPELANGKO OLEH BELIAU...
ALOR SETAR 9 Nov. - Kerajaan Pas Kedah tidak bersetuju dengan hasrat sekutunya DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam jika dipilih sebagai pemerintah negara kerana kerajaan memerlukan ramai golongan itu bagi memberi khidmat pelanggan yang cekap kepada rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, jumlah kakitangan awam sepatutnya ditambah bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran supaya selaras dengan perkembangan semasa yang menyaksikan pertambahan rakyat dan pembangunan.
Kata beliau, persoalan memaksimumkan tenaga penjawat awam adalah perkara berlainan tetapi keperluan dan keutamaan adalah untuk memenuhi tuntutan rakyat.
"Saya tak setuju nak kurangkan. Kita perlu kepada penjawat awam untuk tujuan mentadbir berdasarkan kepada keperluan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menurut Azizan, kerajaan negeri yang ditadbirnya tidak pernah terfikir untuk mengurangkan kakitangan awam kerana bilangan bukan menjadi persoalan tetapi berdasarkan nisbah keperluan.
"Hari ini saya tengok rakyat Kedah semakin bertambah. Zaman saya mula-mula menjadi Menteri Besar dahulu, jumlah penduduk negeri ini sekitar 1.9 juta orang tetapi sekarang dah 2.1 juta orang.
"Rakyat akan semakin bertambah dan perlu kepada kakitangan kerajaan yang banyak untuk menguruskan pentadbiran," ujar beliau.
- UTUSAN MALAYSIA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar