Kamis, 17 November 2011

BEERSHIT YANG TAK PERNAH 'BERSIH'

LANSUNG DARI BLOG CUCU TOK SELAMPIT


Terdesak dan biadap! Itu perkataan yang dapat digunakan apabila pertubuhan haram yang tidak mengenal dek untung, BERSIH atau lebih dikenali sebagai BERSHIT menggunakan seorang "Aunty" tua berbangsa Cina dan seorang guru Sekolah Kerajaan untuk membuat petisyen kepada YDP Agong agar tidak membubarkan Parlimen selagi mana 8 tuntuan mereka tidak dipenuhi.

"Aunty" tua berbangsa Cina bernama Annie Ooi Soi Lan, juga digelar "Aunty BERSIH" manakala Cikgu Sekolah berbangsa Melayu bernama Rosni Malan, yang juga merupakan isteri kepada Allahyarham Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu perhimpuan BERSIH tempoh hari.

Cara mereka diwakili oleh peguam dari Majlis Peguam, M Visvanathan, mengadakan sidang akhbar dan menjawab soalan-soalan wartawan dengan fasih, kita dapat tahu dan menjangka siapa dalang di sebalik peranan yang mereka mainkan. Tak lain dan tak bukan adalah S Ambiga dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Ambiga sendiri sudah tidak berani muncul di khayalak umum kerana imejnya yang tercalar teruk akibat penglibatannya di dalam Seksualiti Merdeka.

Apakah YDP Agong perlu tunduk kepada desakan golongan minoriti ini? Apakah golongan minoriti yang suka menyalak lebih besar pengaruhnya daripada "silent majority" yang merupakan golongan terbesar di negara ini? Siapa mereka yang bongkak dan tak tahu dek untuk untuk mengadakan petisyen kepada YDP Agong? Saya mungkin tidak mahir di dalam undang-undang, namun saya yakin tiada undang-undang yang dapat menghalang YDP Agong untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa atas nasihat daripada Kerajaan BN yang sedia ada.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar