Isu NFC: Khairy sedia debat dengan Rafizi
Oleh Shannon Teoh
November 16, 2011
KUALA LUMPUR, 16 Nov — Khairy Jamaluddin berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam debat berhubung dakwaan penyelewengan RM250 juta menerusi projek ternakan lembu milik anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Ketua Pemuda Umno ini memberitahu bahawa “saya sentiasa bersedia untuk berdebat dengan sesiapa pun.”
“Pada dasarnya saya bersedia. Tetapi soalannya adalah masa,” kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan agung tahunan partinya akhir bulan ini.
Kelmarin, Rafizi telah mencabar Khairy agar berdebat dengannya sambil mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu sebahagian daripada “Budak Tingkat Empat” — yang merujuk kepada pengaruhnya ke atas Pejabat Perdana Menteri ketika era pentadbiran Tun Abdullah.
Pentadbiran Abdullah meluluskan Pusat Fidlot Kebangsaan pada 2006.
Minggu lalu Khairy mempertahankan projek itu dengan merujuk kepada pembelian hartanah kondominum hampir RM10 juta di Bangsar menggunakan wang projek tersebut.
Khairy menyifatkan pembelian itu sebagai pelaburan yang selamat.
Tetapi kenyataan itu dikritik oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.
Rabu, 16 November 2011
KJ TERIMA CABARAN DEBAT 'JAMBU@JAMBAN' PAK NUAR
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar