Sabtu, 26 November 2011

BN TUNAI JANJI ISU NCR......

DICIPLAK SECARA KESELURUHAN DARI BLOG MUKAPETANG....
ISU NCR...BUKTIKAN BN TUNAI JANJI...

Sukat tanah NCR lancar
Oleh ASHLEY ANGGAT utusansarawak@utusan.com.my


Adenan Satem (tiga dari kiri) menyampaikan Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi bahagian Miri kepada Penghulu Long Aton Baram, Michael Kebing (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh ketua-ketua masyarakat di Miri, semalam.

MIRI 25 Nov. - Proses menyukat Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak berjalan lancar dengan 48 kawasan NCR telah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri setakat ini.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Tan Sri Adenan Satem berkata, permohonan untuk menyukat tanah NCR di bawah Inisiatif Baru NCR yang semakin meningkat menjadi bukti kepada penerimaan rakyat terhadap kerja-kerja itu.

Tegasnya, ia sekali gus menepis propaganda pihak tidak bertanggungjawab yang cuba meniup perasaan ragu-ragu rakyat dengan niat mahu melihat proses menyukat tanah NCR menerusi inisiatif baru itu tidak berjalan lancar.

"Sudah banyak kawasan disukat setakat ini manakala Jabatan Tanah dan Survei pula menerima begitu banyak permohonan yang secara tidak langsung menunjukkan rakyat sudah menerima baik proses menyukat tanah NCR menerusi inisiatif baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi bahagian Miri hari ini. Sehingga kini, sebanyak 25 kawasan di seluruh negeri telah diserahkan warta Rizab Gunasama Bumiputera dan lebih banyak kawasan akan menerima warta yang sama selepas ini.

Sempena majlis tersebut, Adenan turut menyampaikan Warta Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri kepada penduduk di Long Aton Baram dengan keluasan 1,342 hektar dan di Sungai Senga, Tanjong Baru Suai, Niah dengan anggaran keluasan 188 hektar.

Adenan dalam pada itu mengingatkan rakyat dan pemilik tanah agar tidak mudah termakan mainan politik pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa mereka membela nasib rakyat dengan mengetengahkan isu-isu berkenaan NCR. Menurutnya, semua itu adalah dakwaan untuk mengelirukan rakyat dan dengan niat jahat yang mahu melihat proses menyukat NCR tidak berjalan dengan lancar.

"Kita mesti tahu dan ingat bahawa yang mengiktiraf tanah rakyat hanyalah kerajaan, itu yang sepatutnya rakyat dengar dan jadikan panduan agar proses menyukat NCR di negeri ini berjalan dengan lancar," tegasnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar