Sabtu, 26 November 2011

2 PEMIMPIN PEMBANGKANG 'PANAS PUNGGUNG' HAMAS DAN FATAH NAK BERSATU

BERITA DI BAWAH AMAT MENGGUSARKAN PAK NUAR DAN SEKALIAN PROSINYA KERANA KALAULAH KERJASAMA INI TERJADI, MAKA ISRAEL DALAM BAHAYA, DAN KALAU ISRAEL DALAM BAHAYA....AKAUN YANG MENYIMPAN DUIT PAK NUAR DAN KRONI-KRONI DI ISRAEL JUGA DALAM BAHAYA....

MALAH TIDAK DILUPAKAN JUGA SEORANG YANG PERNAH SABOTAJ MISI KE GAZA DI SAMPING TRACK RECORD YANG TIDAK MENYEBELAHI ISLAM SEPERTI KHALID SAMAT JUGA TERASA PEDASNYA....

PENSABOTAJ ISLAM...




Abbas, Hamas baiki hubungan kerjasama

KAHERAH 25 Nov. - Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas dan ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal, semalam berjaya memperbaiki hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pertemuan, di sini yang bertujuan melaksanakan perjanjian penyatuan.

Bagaimanapun, tiada petunjuk kukuh dalam menyelesaikan perbalahan yang menyebabkan pelaksanaan perjanjian penyatuan yang ditandatangani enam bulan lalu itu tertangguh.

Kedua-dua pemimpin itu berkata, mereka telah menyelesaikan perbezaan mereka dan membuka lembaran baru dalam hubungan kedua-dua belah pihak.

''Kami mahu memberi jaminan kepada rakyat Palestin, dunia Arab dan Islam bahawa kami sudah membuka lembaran baru kerjasama dalam semua perkara,'' kata Meshaal pada satu sidang media.

Abbas pula berkata, mereka bersetuju untuk bekerjasama sebagai rakan kongsi dan berkongsi tanggungjawab.

Dalam pertemuan itu, Abbas dan Meshaal meluluskan dokumen setebal dua muka surat yang mengulangi komitmen mereka berhubung elemen utama daripada perjanjian penyatuan itu yang menyatakan mereka akan menubuhkan satu kerajaan perikatan selepas pilihan raya umum pada Mei ini.

Mereka berikrar untuk menyelesaikan semua isu berhubung banduan politik yang ditahan kedua-dua belah pihak dalam beberapa hari lagi.

Mereka juga mengumumkan pembentukan satu Kabinet sementara yang bebas pada bulan depan. - AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar