Jumat, 18 November 2011
EDISI UPSR : KENAPA PINGGIRKAN MEREKA YANG TERTANGGUH KEJAYAAN ITU ?
SETIAP KALI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DIUMUMKAN ADA SAJA PENINGKATAN SABAN TAHUN. KACA TELEVISYEN DAN SURAT KHABAR MEMPAMERKAN WAJAH-WAJAH MEREKA YANG BERJAYA DARI GOLONGAN BERADA HINGGALAH KEPADA ANAK KEPADA BURUH KASAR. DARIPADA KELUARGA YANG BESAR HINGGALAH KEPADA SI YATIM PIATU. TETAPI KENAPA KITA SEPERTI LUPA KEPADA MEREKA(PELAJAR) YANG MEMPUNYAI KEPUTUSAN YANG SEDIKIT TERSASAR DARI LANDASAN KECEMERLANGAN. APAKAH MEREKA ITU BUKAN MANUSIA? APAKAH MEREKA ANAK-ANAK KECIL INI TIDAK PUNYA HATI DAN PERASAAN ?
KPS PERNAH MENGALAMAI PERASAAN KETIKA MEMPUNYAI KEPUTUSAN LEMAH DAN KETIKA MENDAPAT KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN AWAM. UPSR KPS ADALAH AMAT MENYEDIHKAN. WALAU PUN TIDAK GAGAL TAPI KPS MENDAPAT KEPUTUSAN YANG BOLEHLAH DIKATAKAN SEORANG PELAJAR YANG LEMBAP DAN BODOH. BAGAIMANA KPS KETIKA DARJAH 6 ITU BERKAYUH BASIKAL BEBERAPA KILOMETER UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG MENYEDIHKAN ITU ? BAGAIMANA KPS BERKAYUH PULANG DENGAN BERAT HATI DALAM KEADAAN PANAS TERIK UNTUK DIPERSEMBAHKAN KEPUTUSAN ITU KEPADA IBU BAPA KPS? BILA IBU KPS YANG MENYEDIAKAN JUADAH UNTUK DIJUAL DI DERETAN KEDAI DI TEPI LONGKANG ITU BERUBAH WAJAH SELEPAS KPS MEMBERITAHU KEPUTUSAN TERSEBUT. KPS SUDAH MELALUI PERKARA ITU. DAN BAGAIMANA PULA KPS MENDAPAT KEPUTUSAN YANG AGAK CEMERLANG(MENYAMAI KEPUTUSAN KEBANYAKKAN RAKAN KPS YANG MEMASUKI MAKTAB RENDAH SAINS MARA) DAN SUASANA BERBEZA SEKALI DALAM PENERIMAAN AYAH DAN IBU KPS MASA ITU. SEBELUM KPS MENDAPAT KEPUTUSAN SEDERHANA YANG MASIH MELAYAKKAN KPS MENDAPAT TEMPAT DALAM INSTITUSI PENGAJIAAN AWAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN PADA HARI INI.
KPS : JANGAN DILUPA MEREKA ITU YANG KURANG CEMERLANG. BIMBING MEREKA UNTUK BANGKIT. MUNGKIN DIKALANGAN MEREKA ADA DI ANTARANYA BAKAL PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA PADA MASA HADAPAN.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar