Sabtu, 26 November 2011

CUBIT PAHA KANAN...PAHA KIRI TERASA.......AYUH,,,,'PULIH' SEBELUM PRU-13




KPS SEBENARNYA BUKANLAH TAHU SANGAT TENTANG POLITIK DI SARAWAK, NAMUN HARUS DIFAHAMI BAHAWA APA SAJA YANG TERJADI DALAM PARTI KOMPENAN MAMPU MENGANCAM BARISAN NASIONAL SECARA KESELURUHAN. KPS BERHARAP PARTI BERKENAAN DAPAT 'PULIH' KEMBALI UNTUK MENGHADAPI PRU-13 KELAK. BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH.

Naib Presiden SPDP dipecat

KUCHING 25 Nov. - Krisis kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) memasuki fasa baru apabila Naib Presidennya, Datuk Sylvester Entri Muran dipecat daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) parti yang bermesyuarat hari ini kerana Entri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi didapati melanggar peraturan dan mengabaikan proses perlembagaan parti itu.

Selain itu, katanya, pengumuman hilang kepercayaan terhadap Presiden di samping kenyataan bahawa isu surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin kepada beliau sebagai tidak lagi relevan, menunjukkan Entri tidak berminat untuk terus bersama SPDP.

“Beliau dan kumpulannya bertindak menjauhkan diri daripada parti apabila gagal menghadiri mesyuarat-mesyuarat MT termasuk melakukan serangan terhadap pucuk pimpinan sehingga menimbulkan keresahan terhadap ahli-ahli lain.

“Entri bukan lagi ahli SPDP berkuat kuasa serta-merta namun, kerusi (Marudi) yang dimenanginya kekal menjadi milik parti ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar