Selasa, 31 Juli 2012

SELAMAT HARI PAHLAWAN ........TABIK DARI KPS

KPS MENGUCAPKAN SELAMAT HARI PAHLAWAN KEPADA SELURUH ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA YANG TANPA JEMU MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA TERCINTA. AYAH KPS JUGA MERUPAKAN SEORANG BEKAS ASKAR PENCEN BERPANGKAT SARJAN.

Senin, 30 Juli 2012

SENARAI DIKTATOR DUNIA YANG DIKELUARKAN LAMAN WEB ANTARABANGSA......2 DARI MALAYSIA TURUT TERSENARAI

GEMPAR......SENARAI 'DIKTATOR' DUNIA YANG DIKELUARKAN SEBUAH LAMAN WEB ANTARABANGSA SENARAIKAN 2 DARI MALAYSIA SEBAGAI DIKTATOR.....- SUMBER DARI BLOG SATRIALOTUS

KENYATAAN DIANA AMIR YANG BUAT USTAZAH ABBY ABADI TERSEDAK

“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam. "Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara. Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul. “Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya. Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu. “Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup. “Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti. Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana.

BUKTI KETUA PEMUDA PAS PENIPU RAKYAT(PR)

APA KENYATAAN KARPAL SELEPAS DEBAT TERSEBUT?????? DI BAWAH IALAH KEBENARAN.......

SATRIA NEO PLAT WWW1 KEMALANGAN HANYA SPEKULASI BASI

TENGKU MAHKOTA JOHOR TELAH BERSUARA, SEMUA ITU CUMA SPEKULASI BELAKA, BERITA DI BAWA BEBERAPA KERAT DARI PR NYATA TIDAK BENAR......

VIDEO PROMO FILEM 'TANDA PUTERA'

HUJAH SONGSANG PENCACAI PR

ANDA NILAI SENDIRI HUJAH PENCACAI TEGAR FB FUCKataN....

DOA NIZAR MOHON PAS RANAP DI SEMUA PERINGKAT MULA TERMAKBUL

NAMPAK GAYA DOA NIZAR TERMAKBUL.....NIZAR DOA PAS JATUH DI SEMUA PERINGKAT.....GAMBAR POK NIK DENGAN NIZAR DAH JATUH DI PERAK.....APAKAH INI PERMULAANNYA....?????

Minggu, 29 Juli 2012

ADA PEMIMPIN AGAMA MOHON UNDI PARTI YANG BOLEH SEBARKAN AGAMA SELAIN ISLAM

VERSI BAHASA MELAYU ADALAH SEPERTI DI BAWAH......
CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA (PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA) Address: 10, Jalan 11/9, Section 11, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Telephone: (03) 7957 1278, (03) 7957 1463, Fax: (03) 7957 1457 Email: cfmsia@yahoo.co.uk 18hb Julai 2012 SURAT DARI PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA (CFM) KEPADA GEREJA-GEREJA DAN UMAT KRISTIAN MALAYSIA BERKAITAN PILIHANRAYA UMUM KE-13 YANG AKAN DATANG UNDILAH DENGAN BIJAK UNDI SUPAYA NEGARA MALAYSIA LEBIH CEMERLANG Bila kita merujuk kepada dua bab pertama di dalam Buku Kejadian (Genesis) iaitu buku pertama Perjanjian Lama, kita membaca mengenai dua kejadian berbeza di mana Tuhan memberikan segala kuasa dan hak pemerintahan ke atas seluruh dunia termasuk semua hidupan kepada Adam. Di dalam buku pertama daripada Perjanjian Baru iaitu Injil Matius, bab kelima, ayat 13 hingga 15, umat Kristian diberitahu bahawa merekalah garam bumi dan cahaya dunia. Kedua-dua petikan tersebut dan mesej keseluruhan di dalam Kitab Suci menunjukkan satu kesimpulan yang tidak boleh dinafikan, iaitu umat Kristian mempunyai tugas untuk melindung dan mempertahankan dunia serta semua kehidupan di atas permukaannya. Umat Kristian bukan sahaja diberikan hak sebagai pemimpin, tetapi juga tanggungjawab sebagai pelindung di dalam dunia ini. Dalam konteks negara dan bangsa, umat Kristian telah diberikan hak-hak tertentu untuk menyertai proses demokrasi sesebuah Negara sebagai rakyat sama seperti warganegara yang lain. Hak untuk menyertai proses pelaksanaan tanggungjawab tersebut perlu diimbangi dengan melakukan perkara-perkara yang sepatutnya dengan bijaksana. Oleh demikian, Persekutuan Kristian Malaysia menjemput dan menggalakkan umat Kristian supaya menyedari hak-hak politik mereka iaitu hak untuk mengundi dan menggunakan kuasa mengundi mereka untuk memilih sebuah kerajaan yang akan menjamin keadilan yang saksama dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Persekutuan Kristian Malaysia tidak bermotivasikan politik mahupun menyokong mana-mana satu parti politik. Tindakan melaksanakan hak mengundi oleh para rakyat adalah hak asasi terpenting dalam pemerintahan demokrasi. Hak mengundi yang dimiliki dan tidak digunakan boleh membawa padah. Tindakan mengundi memastikan setiap
warganegara mengambil bahagian dalam mewujudkan Negara Malaysia yang lebih adil dan saksama untuk generasi masa kini dan yang akan datang. Oleh itu, sebagai umat Kristian, adalah penting kita menjalankan tugas sebagai warganegara dengan melaksanakan hak mengundi kita dan menyuarakan pilihan kita akan sebuah gabungan politik yang bertekad mencapai Visi kita untuk memastikan negara Malaysia jauh lebih maju. Dari segi Visi kita supaya Negara Malaysia semakin maju, PKM menggalakkan agar setiap Umat Kristian di Malaysia memikirkan mengenai perkara-perkara terpenting berikut: ● Sebuah negara yang mengamalkan etika asas iaitu menghormati martabat manusia. Ini bererti sebuah Negara di mana rakyatnya dilayani dengan saksama dan hak-hak mereka dihormati menurut peruntukan yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Negara sebegitu akan memperlakukan rakyatnya dengan persefahaman, kejujuran dan sifat saling hormat-menghormati. ● Sebuah negara di mana semua jenis fahaman dan tindakan melampau disingkirkan dan segera dikawal. Ketaksuban bangsa dan agama, manipulasi dan penipuan yang kini semakin berleluasa dari segi sosial, media cetak dan politik perlulah dihentikan serta-merta. ● Sebuah negara yang bebas dari rasuah dengan memastikan institusiinstitusi Negara dan awam diperkemaskinikan supaya ahli-ahlinya menjalankan tugas dengan penuh integriti, ketelusan dan tanggungjawab. ● Sebuah negara yang berusaha ke arah pengagihan kekayaan secara saksama dan memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat tanpa mengira status kerakyatan, suku kaum atau perbezaan dalam kepercayaan. Setiap rakyat dan komuniti harus diberikan kuasa dan dibenarkan untuk menjalankan kegiatan ekonomi dan mencapai kemajuan yang sepatutnya dan diberikan sokongan adil kerajaan apabila perlu tanpa sebarang pilih kasih atau diskriminasi dan tanpa sokongan yang tidak adil atau keterlaluan daripada kerajaan negeri. ● Sebuah negara di mana keprihatinan terhadap alam sekitar diberi keutamaan berbanding kapitalisme yang mementingkan keuntungan peribadi dan para pemimpin politik yang membuat keputusan untuk mengutamakan ekologi dan kemampanannya sebagai unsur dan aspek penting dalam pembangunan. ● Sebuah negara di mana bahasa dan pendidikan tidak berhubungkait dengan matlamat dan pengaruh politik.
Sebuah negara di mana kewujudan elitisme dan kadar ketidakadilan tidak berleluasa dan setiap orang diiktiraf dan dihormati sebagai seorang insan dan mereka tidak mengalami diskriminasi akibat perbezaan dari segi kedudukan sosial, tahap pendidikan, kepercayaan politik, jantina, bangsa mahupun agama. ● Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undangundang, penegahan ataupun larangan. Persekutuan Kristian Malaysia menggalakkan umat Kristian berdoa agar pemimpin-pemimpin yang mulia akan muncul dari pilihanraya umum ini yang akan memenuhi kriteria di atas, dan juga meletakkan kepentingan negara kita yang tercinta dan khidmat kepada para rakyatnya sebagai matlamat utama mereka. Warga Malaysia pada masa kini lebih berpelajaran, peka terhadap perubahan politik dan sosial serta sering bergerak dari satu tempat ke tempat lain dari segi geografi berbanding masa-masa lain dalam sejarah kita. Faktor-faktor ini telah melahirkan golongan rakyat yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Gereja-gereja juga mempunyai tanggungjawab untuk membimbing kongregasi mereka agar menggunakan kearifan mereka dalam menjalankan tugas dan hak mereka untuk mengundi supaya negara berubah dan semua warga Malaysia serta golongan yang memilih untuk tinggal di negara ini dapat terus maju serta menikmati keharmonian, kemakmuran, keamanan dan keadilan. Semoga limpah kurnia dan keamanan dari Tuhan sentiasa berada bersama anda.
Uskup Datuk Ng Moon Hing Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia

KEDUDUKAN LAJIM UKIM DITENTUKAN ESOK

PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini. Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti. "Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini. "Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan. "Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.

PM NAJIB TERUS BUAT ANWAR MEROYAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai pemimpin keenam paling popular di dunia oleh sebuah firma perhubungan awam dan komunikasi antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Burson-Marsteller. Menurut kaji selidik Twiplomacy yang telah dijalankan oleh firma nombor satu dunia itu, Najib merupakan antara pemimpin dunia yang aktif menggunakan akaun Twitter secara tulen. Jelas kaji selidik tersebut, Perdana Menteri ketika ini mempunyai lebih 750,000 pengikut dan jumlah itu bertambah setiap hari. "Ini sekali gus menjadikan beliau (Najib) sebagai pemimpin negara yang paling popular di Asia di laman Twitter iaitu satu dalam 37 (per kapita) dan juga dengan selesa menduduki dalam ranking 10 pemimpin paling popular di dunia. "Tidak dinafikan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan pemimpin paling popular dunia, namun Najib juga merupakan antara pemimpin yang tidak kurang popularnya dalam kalangan rakyat," kata Twiplomacy. Kata Twiplomacy, kedudukan akaun Twitter Najib pula boleh dirumuskan sebagai nombor dua paling aktif di Asia dan ke-17 di dunia berbanding akaun-akaun ketua kerajaan dan institusi lain. "Perdana Menteri Malaysia ini juga dianggap antara pemimpin terawal yang berjaya menyesuaikan diri dengan penggunaan Twitter, ini juga merupakan contoh terbaik yang menampilkan betapa maju serta kehadapan pemikiran masyarakat di Malaysia," katanya. Baru-baru ini Universiti Oxford turut mengeluarkan kenyataan kaji selidik mereka yang menunjukkan Malaysia menguasai kedudukan ketiga paling tinggi penggunaan Twitter secara meluas berbanding negara-negara barat.

HADI AWANG JATUH, MAHFUZ PRESIDEN PAS

PEGHHHHHHH,,,,PRESIDEN PAS YANG BARU IAITU SEPERTI DILAPORKAN OLEH MALAYSIA KINI AKAN MENGGUNAKAN TEMA SENDIRI SEMPENA KEMERDEKAAN INI. INI KERANA TEMA "JANJI DITEPATI" TIDAK SESUAI KERANA PR TIDAK MENEPATI JANJI. KPS CADANGKAN PR GUNA TEMA "JANJI DITABURI"......MENGENAI LOGO DAN LAGU TEMA KEMERDEKAAN TAHUN INI YANG TIDAK DISENANGI PR, MENTERI BERKENAAN MEMBERI PENJELASAN SEPERTI DI BAWAH...

ISU PETRON: PR KANTOI LAGI

TANG MANA NAMA ANAK TUN MAHATHIR SEPERTI YANG DIFITNAH PEMBANGKANG ??????

NASIHAT USTAZ KAZIM KEPADA USTAZAH ABBY DAN ROSMAH

Sabtu, 28 Juli 2012

JAWAPAN KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN IAR KEPADA REGIM PR SELANGOR

KENYATAAN MEDIA KETTHA PEMBETULAN FAKTA MENGENAI ISU-ISU PEMBEKALAN AIR SELANGOR Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ingin membetulkan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh YAB. Menteri Besar Selangor dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor sejak 23 Julai 2012 mengenai isu bekalan air Selangor. Pembetulan ini dibuat kerana kenyataan-kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Penjelasan ini seperti di Jadual 1 diharap dapat memberi gambaran sebenar tentang isu-isu yang telah dibangkitkan itu. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Putrajaya. 26 Julai 2012 JADUAL 1 PEMBETULAN TERHADAP KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEJAK 23 JULAI 2012 1) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor : Kerajaan Selangor memohon RM225 juta dari Kerajaan Pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3). Sumber Kenyataan : YB. Dr. Xavier Jayakumar, Laman Web Selangorku 23 Julai 2012 Penjelasan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air : Kerajaan Persekutuan yang sebenarnya telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah memaklumkan bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 sekiranya tiada langkah-langkah diambil untuk menanganinya, Kerajaan Negeri Selangor masih berkeras dan berpendirian bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi sehingga tahun 2019. Disebabkan Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil sebarang tindakan sedangkan tanggung jawab untuk memastikan loji-loji rawatan air di negeri Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna adalah merupakan tanggung jawab Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi supaya rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mengalami krisis air pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan projek-projek tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut yang bernilai RM301 juta. Persetujuan Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan projek-projek tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sememangnya mengakui bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya. Ini menunjukkan bahawa pendirian Kerajaan Negeri Selangor yang mengatakan bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi sehingga tahun 2019 adalah merupakan kenyataan yang tidak disokong oleh fakta. 2) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor : Adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor seperti loji-loji kerana ia dipajak kepada mereka. Sumber Kenyataan : YB. Dr. Xavier Jayakumar, Laman Web Selangorku 23 Julai 2012 Penjelasan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air : Kerajaan Negeri Selangor, sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di bawah Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau water supply availability di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala tanggung jawab Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau water supply availability. SYABAS telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN. Adalah ditegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sebagai pemilik aset-aset air negeri, tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada Kerajaan Persekutuan. 3) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor : Kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa tidak ada keperluan catuan air dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 seperti yang didesak oleh Kerajaan Persekutuan. Sumber Kenyataan : YB. Charles Santiago Laman Web Selangorku 23 Julai 2012 Penjelasan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air : Ketiadaan keperluan catuan air pada masa ini bukan bermakna krisis air tidak akan berlaku pada tahun 2014. Kerajaan Persekutuan sentiasa konsisten dalam pendiriannya bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 disebabkan Kerajaan Negeri Selangor enggan memberi kelulusan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 untuk membolehkan loji tersebut disiapkan pada tahun 2014. Atas dasar inilah Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi untuk mengelakkan krisis air pada tahun 2014 berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi kelulusan development order bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memaklumkan bahawa sungguhpun kedudukan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya secara keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan yang telah dikenalpasti seringkali mengalami gangguan bekalan air disebabkan rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu secara puratanya ialah 2.5% sahaja berbanding dengan paras optimum iaitu 10%. Berdasarkan pandangan SPAN ini, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah membuat keputusan bahawa catuan air tidak perlu dilaksanakan sekarang ini kerana kedudukan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya secara keseluruhannya adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, SPAN telah diminta mengenal pasti kawasan-kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi bagi kawasan-kawasan ini sebagai persediaan menghadapi catuan, sekiranya diperlukan, melalui perbincangan dengan SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor. Pelan ini penting bagi memastikan orang ramai di kawasan-kawasan yang terlibat mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air yang akan dilaksanakan untuk membolehkan mereka membuat persediaan yang sewajarnya. 4) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor : Kalau tidak ada catuan air, maka tidak ada masalah air. Kalau tidak ada masalah air, mengapa mereka ingin membina Loji Rawatan Air Langat 2 ? Ini tidak masuk akal. Sumber Kenyataan: YB. Charles Santiago Laman Web Selangorku 23 Julai 2012 Penjelasan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air : Ketiadaan keperluan untuk mencatu air pada masa sekarang tidak bermakna bahawa tiada masalah air pada masa akan datang. Loji Rawatan Air Langat 2 dirancang untuk dibina bagi memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014 berdasarkan kajian yang telah dibuat pada tahun 2000. Hasil kajian tersebut terbukti benar apabila SPAN turut mengunjurkan bahawa jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Malah, SPAN mengunjurkan bahawa bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja. Selain itu, pembinaan infrastruktur bekalan air memerlukan tempoh masa yang panjang untuk disiapkan. Oleh itu, Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibina sekarang bagi memastikan para pengguna tidak menghadapi masalah bekalan air pada masa akan datang. 5) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor : Tindakan terdesak ini (untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2) antara lain bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan dan mencongak keuntungan berlipat-ganda sekiranya usaha berkenaan diluluskan. Sumber Kenyataan: YB. Charles Santiago Laman Web Selangorku 23 Julai 2012 Penjelasan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air : Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan dan mengalu-alukan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai tender tersebut apabila diiklankan kelak. 6) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor : Kerajaan Negeri Selangor mahu ambil alih operasi SYABAS kerana SYABAS tidak mampu urus bekalan air. Namun tidak diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Sumber Kenyataan : YB. Rodziah Ismail Laman Web Selangorku 24 Julai 2012 Penjelasan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air : Kerajaan Persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih operasi SYABAS kerana: 1. Kes mahkamah yang masih belum selesai. Kes tersebut difailkan oleh SYABAS untuk menuntut pampasan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju untuk menaikkan tarif air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak tahun 2009 ; dan 2. Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS didapati telah melakukan keingkaran dan tuduhan Kerajaan Negeri Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan oleh SYABAS didapati tidak mencukupi untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi SYABAS berdasarkan Klausa 32 Perjanjian Konsesi. Walaubagaimanapun, Kerajaan akan mendapatkan pandangan muktamad daripada Peguam Negara sebelum mengambil sebarang tindakan. 7) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor : The production capacity of the 34 treatment plants at present is 4,807MLD, compared to Syabas’ distributive capacity of 4,371MLD. Sumber Kenyataan: YAB. Menteri Besar Selangor Suratkhabar The Star 26 Julai 2012 Penjelasan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air : Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari (JLH). Walau bagaimanapun, terdapat kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada ketika ini yang hanya membolehkan kapasiti air diagihkan kepada pengguna sebanyak 4,371 JLH sahaja. Projek-projek Mitigasi 1 dan 2 yang berjumlah RM606 juta yang merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan apabila siap kelak, akan dapat mengoptimumkan pengeluaran air kepada 4,581 JLH. Kementerian ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah mencadangkan sebarang projek mitigasi seperti yang dinyatakan oleh YAB. Menteri Besar dan beberapa EXCOnya di media massa untuk meningkatkan kapasiti loji-loji rawatan air sedia ada di negeri Selangor baharu-baharu ini walaupun 33 daripada 34 buah loji tersebut merupakan milik Kerajaan Negeri Selangor. Jumlah kapasiti pengeluaran yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula iaitu sebanyak 4,807 JLH merupakan jumlah kapasiti reka bentuk loji dan mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 buah loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi. Dalam merancang bekalan air kepada pengguna, kapasiti yang perlu diambil kira ialah kapasiti yang boleh diagihkan iaitu 4,371JLH kerana ia menentukan jumlah air yang sampai ke premis pengguna. Sekiranya kapasiti reka bentuk iaitu 4,581JLH atau kapasiti pengeluaran loji yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu 4,807 JLH diguna pakai, ia tidak akan mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna dan seterusnya memberikan gambaran yang salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini. Penggunaan fakta yang salah dalam membuat perancangan bekalan air akan menyebabkan para pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Putrajaya. 26 Julai 2012

PAS TOLAK MANTAN PENGARAH SIASATAN JENAYAH SEBAGAI CALON

DATO' FAUZI SAARI MANTAN PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH BUKIT AMAN KEMPUNAN JADI CALON PAS PRU-13......SURAT DI ATAS MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA.....

Jumat, 27 Juli 2012

ANTARA JANJI DITEPATI DAN JANJI DITABURI

KPS PLAGIAT DARI KITAGEMPUR.COM......ANTARA JANJI DITEPATI DAN JANJI DITABURI....TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL......HAKTUIH.....KERAJAAN PR....

Kamis, 26 Juli 2012

KAJIAN UUM REALITI SUHU POLITIK DI KEDAH

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula. Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara. Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. “Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu. “Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya. Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’. Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka. Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar. “Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya. “Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung,” katanya. Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus.

MEJAWAB FITNAH TAK HABIS AKHBAR PR

APA KEPALA TOYA PUNYA WARTAWAN PAPER PKR NI.....HANG PA CUBA TENGOK YANG KERETAPI LAJU NEGARA LAIN ADA TAK CERMIN SISI.....BODOH.....BENDA MACAM NI PUN BOLEH MASUK MUKA DEPAN

KAWASAN 'SIMPANAN KEKAL BARISAN NASIONAL' KIAN TERCABAR

Ketua Umno Cawangan Beaufort Letak Jawatan
BEAUFORT : Amsir Dani mengumum peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan Beaufort Tiga dalam Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin di Beaufort semalam.Amsir berkata, tindakan itu sebagai mengikut jejak langkah Lajim yang sebelum ini meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu 18 Jun lalu. Pada 13 Julai lalu, Amsir meletak jawatan sebagai Pegawai Pembangunan Luar Bandar (CDO) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, jawatan yang disandangnya sejak 18 tahun lalu. “Jika Lajim boleh dan rela meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno, mengapa pula saya tidak boleh mengikut jejaknya melepaskan Ketua Cawangan. “Saya telahpun menulis surat peletakan jawatan dan menghantarnya kepada Pengarah Unit Kemajuan Rakyat melalui Pemimpin Kemajuan Rakyat dan notis peletakan jawatan itu telah dihantar pada 13 Julai dan berkuatkuasa pada 17 Julai untuk tempoh sebulan peletakan jawatan itu,” katanya, lapor Sabah Times semalam. Amsir yang juga orang kanan Lajim terlibat dalam politik sejak 1994 dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Beaufort dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian. Sebelum ini, Lajim yang juga Ahli Parlimen Umno Beaufort mengumum peletakan jawatannya di sebuah majlis di kawasan itu dan turut mengumum enggan bertanding pada pemilihan Umno akan datang. http://www.keadilandaily.com
Lagi Adun BN Keluar Parti : ADUN BN Sarawak Keluar Parti
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. “Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka. “Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post. Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan. Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi. “Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik. Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003. DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan. KLTODAY

ISU SOLEK: KENYATAAN USTAZ FATHUL BARI

KENYATAAN DARI FATHUL BARI ATAS ISU DISOLEK....
Bismillahhiarrahmanirrahim, Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat. Semoga Allah mengampunkan kesalahan ini, dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.
Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM DAN PESARA OLEH BARISAN NASIONAL

Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan semua penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan Bonus Aidilfitri. Bonus tersebut berjumlah setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran khas berjumlah RM500 utk pesara kerajaan. Bayaran bonus ini akan diberikan kepada penerima pada 9 0gos 2012. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Diharapkan pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri Bonus ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. – SUARA GENERASI BARU

Selasa, 24 Juli 2012

KPS TAHU, DEBAT INI SUDAH BEBERAPA HARI BERLALU, NAMUN ADALAH BEBERAPA PERKARA YANG TELAH DI SPIN OLEH KETUA DEWAN PEMUDA PAS.
1. KETUA DEWAN PEMUDA PAS KATA PERHIMPUNAN BERSHIT 3.0 AMAN???????
APAKAH INI DIKATAKAN AMAN WAHAI KEPALA PEMUDA PAS???????
2. POLIS LANGGAR PERUSUH...?????
KENAPA KERETA POLIS TERBABAS????? KERANA 'BERUK' MENYERANG KERETA POLIS DAN MEMECAHKAN CERMIN KERETA POLIS DENGAN KON, MAKA UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN KERETA ITU TERBABAS KE TEPI DAN POLIS BERKENAAN JUGA PENGSAN......
PERSOALAN KINI,,,,,ADA MANUSIA MATI KA KENA LANGGAQ?????? MAKA UNTUK MENJAWAB PERSOALAN RAKAN YANG MASIH RAGU, KPS SEKALI LAGI MENYIARKAN VIDEO YANG MENJAWAB SOALAN INI UNTUK KE SEKIAN KALINYA......
UNTUK BUKTI JELAS....APAKAH ADA MANGSA BAWAH KERETA POLIS.....ANDA TONTON VIDEO DI BAWAH....KEBENARAN ALLAH PERSAKSIKAN KEPADA KITA.....
3. UNIT AMAL PAS BERDISIPLIN.....DAPAT PENGIKTIRAFAN AL-JAZEERA....
HAKIKATNYA.....
SAPA REMPUH SAPA???????? DAN DALAM SATU WAWANCARA AMBIGA SETUJU UNIT AMAL PAS DIKENAKAN TINDAKAN.... BER4SAMBUNG

HUKUM ALLAH ITU KELAKAR BAGI USTAZAH ABBY

USTAZAH ABBY MENGANGGAP HUKUM ALLAH SEBAGAI KELAKAR.....APA KOMEN PAS??????

PR KANTOI FITNAH ROSMAH DI BULAN PUASA

PR MEMAINKAN ISU PENYAMPAI BERITA TERKENAL DENGAN ROSMAH MANSOR. TETAPI ISU INI JUGA TELAH MEMBUATKAN PR KANCING GIGI......

AHMAD MASLAN MENJAWAB KEKELIRUAN

ADA BEBERAPA PIHAK MENYATAKAN KETUA PENERANGAN UMNO MERANGKAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI IAITU DATO' AHMAD MASLAN. DI BAWAH MERUPAKAN MESEJ YANG DIKIRIM OLEH BELIAU....
"Saya pun duduk makan buka puasa dgn mereka bersila...saya tak makan atas kerusi, meja...nampak lebih mesra begitu hajatnya...bukan hasrat utk merendahkan taraf mereka...makanan anak yatim dihidang...dome itu bukti makan dihidangkan, tak perlu beratur, payah sbhg anak kecil...org lain duduk kerusi, tapi makan buffet...anak yatim dapat duit, org lain tak dapat...anak yatim dapat kurma & air zam zam...org lain cuma kurma sahaja. Jika anak2 kecil itu duduk atas kerusi & guna dome, ada yg mungkin kena berdiri utk ambil makanan sbb makanan dlm dome agak jauh utk mereka capai...atas sbb yg praktikal sbb ada anak yatim yg umur 3, 4, 5 thn walau tak nafi ada yg besar...jika di bawah senang dicapai tangan lauk2 depan mata mereka...jika blogger berkaitan lihat sendiri, maka nampak rasionalnya...ini pendekatan terbaik (wasatiyyah) melihat situasi begitu...saya juga buat aktiviti mcm pimpinan umno yg lain bukan utk promosi diri...banyak aktiviti tak masuk berita pun...jika buat aktiviti dituduh promosi, maka duduk diam sajalah...bila diam dianggap kalah..." - SMS daripada Datuk Ahmad Maslan

Senin, 23 Juli 2012

NAMA ABBY ABADI SUDAH ADA DI AKHIRAT KERANA MASUK PAS

MASUK PAS NAMA ADA DI AKHIRAT....TAK MASUK PAS NAMA TAK ADA.....PEGHHHHHRRRRR.....TOK, TOK WAN, MOYANG ABBY ABADI MASUK PAS TAK???? ADOI..... KALAU DEPA TAK MASUK HABIS LA....NAMA DEPA TAK DAK DI AKHIRAT.....APA LA NASIB DEPA NANTI?????? TENGOK VIDEO NI PENGEMIS KENA HALAU OLEH PAS....

Minggu, 22 Juli 2012

KADAR ZAKAT FITRAH SELURUH MALAYSIA

PENIAGA MELAYU KECAM DAP DI PENANG

Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka memandangkan tempat baru yang ditawarkan itu bukan tempat tumpuan orang ramai. "Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak. "Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, para peniaga bumiputera ditindas dan dianaktirikan. Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga. Satu tahun sekali sahaja. Mereka boleh bagi tempat lain seperti 'Little India' kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang)," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini.

Sabtu, 21 Juli 2012

PERUTUSAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN DARI PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dalam keadaan penuh keberkatan dan kerahmatan. Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan kemuliaan dan penuh keberkatan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Islam untuk di ambil peluang bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat-kali ganda. Ibadat puasa yang dilakukan dengan penuh kesempurnaan, sudah pasti mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan seterusnya membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan perjuangan menentang hawa nafsu. Harus diingatkan di bulan yang mulia ini kita perlu menginsafi diri dengan membantu para fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Perbuatan membazir haruslah dielakkan. Sikap suka bersedekah mestilah dipupuk. Zakat fitrah pula janganlah dilupakan. Menyedari akan kemuliaan bulan ini, saya menyeru agar semua umat Islam di Malaysia menguatkan lagi perpaduan ummah kerana harus diingat perpaduan dan penyatuan umat merupakan asas kekuatan umat Islam pada masa hadapan. Inspirasi perpaduan daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan harus di jadikan pedoman oleh umat Islam seluruhnya. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di dalam negara ini. Yakinilah bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin. Ingatlah sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat. Justeru, bersama-samalah kita mengenepikan perbezaan pendapat dan ideologi politik demi perpaduan ummah yang akan membawa seluruh umat Islam di Malaysia ini ke suatu dimensi baru yang lebih baik pada masa yang mendatang. Akhir kalam janganlah kita lupa untuk mencari kerahmatan di malam Lailatulqadar yang mempunyai ganjaran kebaikan bersamaan seribu bulan. dan rahmat keampunan daripada Allah SWT. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.