Tampilkan postingan dengan label USTAZ FATHUL BARI. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label USTAZ FATHUL BARI. Tampilkan semua postingan

Minggu, 04 Agustus 2013

USTAZ FATHUL BARI DIHALANG CERAMAH DI KEDAH.....SEMOGA MUFTI KAJI SEMULA

KERAJAAN NEGERI KEDAH DI BAWAH PEMERINTAHAN MB MUKRIZ MENERUSKAN KULIAH PAGI SEPERTIMANA YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH MENTERI BESAQ SEBELUM INI. SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA FITNAH PR BAHAWA KULIAH PAGI INI TELAH DIHARAMKAN OLEH MUKRIZ TELAH DIBALAS FITNAH MEREKA OLEH PEMAIN SIBER MESRA KERAJAAN PEMERINTAH DAN JUGA YANG BERSTATUS NEUTRAL SUATU KETIKA DULU. BERIKUT DI BAWAH ADALAH FITNAH MAHA DAJJAL PR TERHADAP KEPIMPINAN BARU KERAJAAN NEGERI KEDAH YANG SUDAH MENJADI SEJARAH SEDIKIT MASA LALU.
SEMUA ITU TERBUKTI TIDAK BENAR DAN KINI KULIH BULANAN TERSEBUT BERJALAN TANPA GAGAL SABAN MINGGU MALAH PENCERAMAH LEBIH BAIK DAN TIADA UNSUR POLITIK KEPARTIAN DALAAM SETIAP KANDUNGAN CERAMAH SEPERTI SEBELUM INI. TETAPI SETELAH SEKIAN LAMA BERLANGSUNG SEMALAM IAITU 3/8/2013 TELAH MENYAKSIKAN SEORANG ANAK BEKAS MUFTI PERLIS, IAITU KETUA SAYAP ULAMA' UMNO USTAZ FATHUL BARI TELAH DIHALANG BERCERAMAH DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR. BERIKUT ADALAH E-MAIL YANG DIHANTAR OLEH SEORANG YANG KECEWA KERANA TIDAK DAPT MENDENGAR ILMU YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH PAKAR ILMU HADIS USTAZ FATHUL BARI.
Salam Tuan Mc, Pagi tadi saya ke Sri Mentaloon untuk mendengar Kuliah Pagi. Saya memang tak pernah lepas peluang untuk mendengar Kuliah Pagi ni. Tambahan untuk minggu ni pulak dikatakan pihak urusetia kuliah pagi menjemput Ustaz Fathul Bari, Ulamak Muda UMNO yang memang disegani. Dengan penuh harapan saya dan kawan-kawan pergi awal untuk berjumpa Ustaz Fathul dan mendengar kuliah Ustaz Fathul, namun kecewa apabila pihak urusetia yang dikenali sebagai Cikgu Sukarno mengatakan Ustaz Fathul tidak dibenarkan memberi kuliah pagi di Sri Mentaloon. Alasan yang diberikan oleh Cikgu Sukarno, kononnya Ustaz Fathul Bari ni tak sama fahaman dan pandangan dengan Ustaz-Ustaz Kedah. Malah Ustaz Fathul dituduh sebagai wahabi dan takut menyongsangkan para pengikut kuliah pagi. Terkejut kami apabila Cikgu Sukarno kata macam tu. Apa punca dan sebab yang menyebabkan Ustaz Fathul layak dikutuk dihina dihadapan ratusan pengikut kuliah. Apakah Cikgu Sukarno tu seorang dari bijak pandai Islam? Kalau pandai kenapa beliau sanggup menjatuhkan maruah Ustaz Fathul di bulan puasa yang mulia ni? Malah Cikgu Sukarno juga mengunakan nama Mufti Kedah kononnya Datuk Mufti telah memberi arahan untuk menyekat Ustaz Fathul dari memberi kuliah. Minta tolong Tuan Mc untuk menyiasat perkara ini dan kami para penyokong Ustaz Fathul masih tidak berpuas hati dengan larangan untuk Ustaz Fathul memberi kuliah
Peminat Setia Kuliah Pagi
SEORANG BLOGER DARI TEAM MEDIA KEDAH PUN MENGHANTAR TWEET KEPADA USTAZ FATHUL BARI. DARI JAWAPAN YANG DITERIMA JELAS ADA SESUATU YANG TAK KENA TETAPI TIDAK PULA DIJAWAB SECARA TERUS OLEH USTAZ FATHUL BARI. KPS SETUJU DENGAN PANDANGAN SALAH SEORANG BLOGER DARI TEAM MEDIA KEDAH.....KALAU DI TEMPAT LAIN PEMIMPIN SYIAH PAS BEBAS MELALAK, KALAU DITEMPAT LAIN PAK NUAR DEPAN BELAKANG BEBAS CERAMAH.....KALAU DI TEMPAT LAIN CINA TAK BASUH PUNGGONG BOLEH CERAMAH DI DALAM MASJID, KENAPA UALAM' MUDA TIDAK BOLEH ?

Sabtu, 29 Desember 2012

CERAMAH SELAMATKAN AKIDAH DI KUPANG MALAM INI, 29/12/2012

PADA HARI INI JAM 9 MALAM AKAN DIADAKAN SATU PROGRAM CERAMAH YANG BERTAJUK "SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM" BERTEMPAT DI PERKARANGAN DEWAN TAMAN SRI HARAPAN,KUPANG. CERAMAH AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ FATHUL BARI DARI SAYAP ULAMA' MUDA UMNO.....PROGRAM INI ADALAH ANJURAN UMNO BAHAGIAN BALING....SEBAR-SEBAR DAN LAPANGKAN DIRI UNTUK HADIR SESIAPA YANG BERDEKATAN...TIDAK KIRA SIAPA PUN ADA, DIJEMPUT HADIR....

Rabu, 03 Oktober 2012

SAPA PERCAYA PAK KADIAQ BODOH....TAPI SAPA YANG PERCAYA?

SEDIKIT MASA SUDAH PAK KADIAQ RAGBLA JINGGAY KATA DIA DENGAQ SUARA ALLAH....JOM KITA TENGOK APA YANG USTAZ AZHAR IDRUS DAN USTAZ FATHUL BARI BAGI KOMEN MENGENAI PERKARA INI....TAPI SATU PERKARA YANG WAJIB KITA BERIKAN PERHATIAN IAITU APA YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ AZHAR IDRUS SIAPA YANG PERCAYA ADALAH ORANG BODOH....SOALAN KPS.....DI MANAKAH UCAPAN PAK KADIAQ DI BUAT????? SIAPAKAH YANG BERSORAK BILA PAK KADIAQ BERKATA DEMIKIAN????? DAN GOLONGAN MANAKAH DI MAJLIS TERSEBUT???? WOI....JAWAPAN MACAM PANAS SAJA NI.....

Sabtu, 08 September 2012

ULASAN USTAZ FATHUL BARI MENGENAI UCAPAN TUN M

DI ATAS HURAIAN DARI USTAZ FATHUL BARI....DI BAWAH ULASAN DARI KPS.....KPS POST KAT UTUSAN TAK KELUAQ-KELUAQ PUN...JADI KPS LETAK DI BLOG.....
Sebagai seorang pemerhati politik di alam maya, saya merasakan terpanggil untuk memberi ulasan terhadap isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang iaitu berkaitan ucapan negarawan ulung negara Tun Dr. Mahadhir Bin Mohamad. Perkataan “syaitan yang dikenali” dan “malaikat yang belum dikenali”. Para pejuang maya pembangkang riuh memainkan isu ini kononnya Tun M sudah mengeluarkan kata-kata yang menyesatkan. Apakah benar seperti yang didakwa oleh pejuang maya pembangkang ini ? Rasulullah sendiri banyak membuat teguran menggunakan kiasan untuk menjelaskan sesuatu. Dalam perkara ini saya tidak berniat menyamakan Tun M dengan Rasulullah sebaliknya saya mengetengahkan kaedah atau cara yang digunakan oleh Tun M dalam menghentam pembangkang secara halus dan tajam hingga ke rusuk yang paling hitam. Oleh kerana para pejuang maya pembangkang terlalu singkat akal dan pembacaan yang bertaraf amatur, maka sindiran pedas oleh pemimpin berkelas dunia gagal ditangkap penyampaiannya oleh pembangkang lalu mempolitik isu dengan cara yang bebal. Saya tanpa ragu mengaggap mereka ini sebagai 'mandul isu'. Tun M sebenarnya memberi kiasan dari sudut pandang parti pas kepada umno. Parti pas yang menganggap parti umno sebagai tidak islamik dan hanya parti pas yang maksum serta putih dari segala dosa dan noda. Maka umno selalu dilabel sebagai sesat dan merekalah yang diutuskan untuk memerangi umno padahal dalam masa yang sama pas melukut kepada rakan pakatan sendiri. Untuk perkara tersebut kiasan Tun M dari sudut pandang pas bahawa umno sebagai “ SYAITAN yang dikenali” dan pas bolehlah dikatakan sebagai malaikat(kononnya). Penting dicatat bahawa tok guru Nik Abdul Aziz juga pernah mengungkapkan kata-kata yang lunak dengan mendakwa bukan hanya dap, malah syaitan(sebenar) pun sanggup pas bekerjasama semata-mata untuk memerangi umno yang dulunya rakan sekutu dan kini masih lagi terikat dalam persaudaraan bangsa dan agama yang satu. Untuk menjawab isu ini “syaitan yang dikenali” merujuk kepada umno digambarkan oleh Tun M dilihat sebagai jahat dan hina tetapi sejahat-jahat umno masih mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara dalam skala atau darjah cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru itu, masyarakat tidak terkejut kerana dalam satu persidangan yang dianjurkan Malaysia menyaksikan imam masjid Al-Aqsa menyatakan bahawa negara Malaysia berada di barisan hadapan dalam membela masyarakat di negara Palestin. Maka perkataan 'syaitan' bolehlah ditujukan kepada umno oleh parti pas dari sudut pandang mereka dan lebih afdal dengan suntikkan perkataan 'dikenali' kerana telah diakui oleh dunia akan usaha umno dalam menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Oleh yang demikian tidak salah Tun M membuat kiasan “syaitan yang dikenali” yang ditujukan kepada umno. Mengenai “malaikat yang belum dikenal” pula merujuk kepada parti pas. Oleh kerana parti pas sememangnya menyangka mereka adalah sebaik-baik dan semolek-molek parti menurut acuan islam ditambah pula dengan perkataan islam yang turut tercatat pada nama parti tersebut, maka Tun M secara halus merejam parti pas dengan label “ malaikat yang belum dikenal”. Mengapa ada perkataan “belum dikenal” ? Ini adalah untuk merujuk kepada Pas yang belum lagi menunjukkan keberhasilan yang boleh dibanggakan dalam pentadbiaran mereka contohnya di Kedah dan Kelantan. “Belum dikenal” adalah metafora untuk menggambarkan kebobrokkan yang telah berlaku dalam kerajaan yang ditadbir mereka tanpa menjelmakan kejayaan sama ada yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan. Maka amat cocoklah “malaikat yang belum dikenal” kepada parti pas seperti hunusan buah fikir Tun M. mengenai ayat “malaikat juga membuat kesilapan ia juga merujuk kepada parti pas seperti yang dihujahkan sedari awal. Di pengakhiran ini, saya minta supaya pejuang maya pembangkang agar lebih melihat sesuatu dengan inklusif dan bukan hanya eklusif dan secara luar kotak tidak hanya bersifat fungsional dalam membuat hujah. Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat menghuraikan segala keributan dan kecelaruan yang hadir dalam perdebatan tanpa sempadan di alam maya IRWAN HADZLY KULIM KEDAH

Minggu, 26 Agustus 2012

ILMU BUAT JELAJAH UNTUK PERJELAS HUDUD

ILMU BERHASRAT MENGANJURKAN JELAJAH UNTUKMENERANGKAN APA ITU HUDUD? MALAH PARTI BUKAN ISLAM JUGA DIJEMPUT UNTUK TURUT SERTA. INI LEBIH BAIK DARI PAS YANG HANYA MEMPOLITIKKAN SETIAP MASA HUDUD. PERMAHAMAN DIDAHULUKAN,PERLAKSANAAN DIUTAMAKAN

Kamis, 26 Juli 2012

ISU SOLEK: KENYATAAN USTAZ FATHUL BARI

KENYATAAN DARI FATHUL BARI ATAS ISU DISOLEK....
Bismillahhiarrahmanirrahim, Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat. Semoga Allah mengampunkan kesalahan ini, dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.
Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya

Selasa, 17 Juli 2012

DEBAT : ILMU(SAYAP ULAMA' UMNO) VS PEMUDA PAS

WAJIB KITA TONTON UNTUK MENCARI TITIK PERSAMAAN, KETUA PEMUDA PAS NI PUN DAH DEBAT DULU DENGAN KJ, TAPI KETUA PEMUDA PAS PUSAT NI BUAT SILAP BESAQ SEBAB TERIMA SYIAH MASA DEBAT DENGAN KJ....KALI NI DENGAN USTAZ FATHUL BARI JADI LAGU MANA PULAK?????? SEMOGA USTAZ FATHUL BARI YANG PAKAR DALAM BIDANG HADIS DAPAT MEMBERIKAN INPUTYANG 'POWER'

Senin, 14 Mei 2012

SAYAP ULAMA' UMNO SEDIA MUZAKARAH BERSAMA PAS

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu. Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam. “Topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau menegaskan perbincangan mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukan secara emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda. " Perbincangan dilakukan adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk agenda parti atau tokoh tertentu dan kita tidak mahu perbincangan itu tidak memberi manfaat,” katanya. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam satu perkara baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah. Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ia lebih telus, memandangkan ia tidak cenderung kepada mana-mana pihak. “Saya dapat tahu muzakarah ini cadangan daripada Pas sendiri dan mereka ada suarakan hasrat bagi berjumpa dengan saya berhubung muzakarah ini. Saya sambut baik perkara ini, tetapi perlu tengok kepada keadaan dan tarikh yang sesuai,” katanya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, beliau rasa tidak perlu beliau bermuzakarah dengan Pas kerana kini jelas tindakan Pas telah lari daripada perjuangan asal. “Cuba kita tengok, Himpunan Sejuta Umat untuk selamatkan akidah umat Islam, Pas halang orang-orang mereka untuk terlibat sama. “Saya rasa, saya tidak payah bermuzakarah dengan mereka, terpulang kalau ada orang Umno atau sesiapa sahaja mahu bermuzakarah dengan mereka,” katanya.-SH

Minggu, 06 Mei 2012

USTAZ FATHUL BARI MENEGUR TUN MAHATHIR

USTAZ FATHUL BARI MENEGUR KENYATAAN TUN MAHATHIR,,,,,APAKAH ADA DIKALANGAN ORANG-ORANG PAS YANG BERANI MENEGUR NIK AZIZ?????