Tampilkan postingan dengan label TUN MAHATHIR. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label TUN MAHATHIR. Tampilkan semua postingan

Rabu, 15 Mei 2013

LUAHAN HATI SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK YANG WAJIB DIBACA DAN DIKONGSI

KPS ADALAH 'HARD CORE' BARISAN NASIONAL. TETAPI SESUATU YANG TELAH MENARIK KPS MENGENAI PAS KEDAH. LUAHAN HATI SECARA TERANG DAN TERBUKA SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK(MB KEDAH BAWAH PAS). BELIAU SECARA TERBUKA TELAH MELUAHKAN ISI HATI BELIAU DAN AZIZAN RAZAK APABILA PAS KEDAH MENGALAMI PERGOLAKKAN YANG MAHA DASYAT. TETAPI SEPERTI BIASA DAN CERAMAH PARTI PAS ATAU PEMBANGKANG MEREKA BERLAKON BAHAWA MEREKA HEBAT DENGAN PENUH RIAK DAN TAKSUB. TETAPI PEKUNG ITU TIDAK MAMPU LAGI DITAMPUNG DALAM HATI DAN JIWA SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK INI. MAKA DILUAHKAN OLEHNYA SECARA TERANGAN DI DALAM BLOG BELIAU SENDIRI. MALAH LEBIH MENARIK IALAH BELIAU MENYIFATKAN MB MUKRIZ(MB KEDAH BARU BAWAH UMNO) SEBAGAI ANAK DAN AYAH DENGAN AZIZAN RAZAK. TETAPI DALAM PENULISAN INI JUGA BELIAU MERAKAMKAN BAHAWA ADA ORANG PAS SENDIRI YANG MEMAKI HAMUN AZIZAN RAZAK. BOLEH JATUH AIR MATA BILA BACA TULISAN ORANG YANG PALING RAPAT DAN YANG PALING DIPERCAYAI OLEH AZIZAN RAZAK INI. SEMOGA USTAZ AZIZAN LEKAS SEMBUH. MAKA, KPS BERMURAH HATI MEMBERIKAN RUANG SEBUAH KANDUNGAN PENUH DARI BLOG PEMBANGKANG DITAYANGKAN DALAM BLOG KPS TANDA EDIT SEDIKITPUN. ANDA BACA SENDIRI TULISAN SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK DI BAWAH......BOLEH JATUH AIR MATA.....WALAU SESIAPA PUN KITA.....KITA KAN 1MALAYSIA. :)
Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan
Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.
Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.
Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."
Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.
Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.
"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.
Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?
MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".
Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas.
Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali.
Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.
Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur.
Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.
Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok."
"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah.
Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.
Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.
Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".
Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar.
Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.
Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.
Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!
Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.
Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.
Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.
Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.
Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!
Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!

Sabtu, 08 September 2012

ULASAN USTAZ FATHUL BARI MENGENAI UCAPAN TUN M

DI ATAS HURAIAN DARI USTAZ FATHUL BARI....DI BAWAH ULASAN DARI KPS.....KPS POST KAT UTUSAN TAK KELUAQ-KELUAQ PUN...JADI KPS LETAK DI BLOG.....
Sebagai seorang pemerhati politik di alam maya, saya merasakan terpanggil untuk memberi ulasan terhadap isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang iaitu berkaitan ucapan negarawan ulung negara Tun Dr. Mahadhir Bin Mohamad. Perkataan “syaitan yang dikenali” dan “malaikat yang belum dikenali”. Para pejuang maya pembangkang riuh memainkan isu ini kononnya Tun M sudah mengeluarkan kata-kata yang menyesatkan. Apakah benar seperti yang didakwa oleh pejuang maya pembangkang ini ? Rasulullah sendiri banyak membuat teguran menggunakan kiasan untuk menjelaskan sesuatu. Dalam perkara ini saya tidak berniat menyamakan Tun M dengan Rasulullah sebaliknya saya mengetengahkan kaedah atau cara yang digunakan oleh Tun M dalam menghentam pembangkang secara halus dan tajam hingga ke rusuk yang paling hitam. Oleh kerana para pejuang maya pembangkang terlalu singkat akal dan pembacaan yang bertaraf amatur, maka sindiran pedas oleh pemimpin berkelas dunia gagal ditangkap penyampaiannya oleh pembangkang lalu mempolitik isu dengan cara yang bebal. Saya tanpa ragu mengaggap mereka ini sebagai 'mandul isu'. Tun M sebenarnya memberi kiasan dari sudut pandang parti pas kepada umno. Parti pas yang menganggap parti umno sebagai tidak islamik dan hanya parti pas yang maksum serta putih dari segala dosa dan noda. Maka umno selalu dilabel sebagai sesat dan merekalah yang diutuskan untuk memerangi umno padahal dalam masa yang sama pas melukut kepada rakan pakatan sendiri. Untuk perkara tersebut kiasan Tun M dari sudut pandang pas bahawa umno sebagai “ SYAITAN yang dikenali” dan pas bolehlah dikatakan sebagai malaikat(kononnya). Penting dicatat bahawa tok guru Nik Abdul Aziz juga pernah mengungkapkan kata-kata yang lunak dengan mendakwa bukan hanya dap, malah syaitan(sebenar) pun sanggup pas bekerjasama semata-mata untuk memerangi umno yang dulunya rakan sekutu dan kini masih lagi terikat dalam persaudaraan bangsa dan agama yang satu. Untuk menjawab isu ini “syaitan yang dikenali” merujuk kepada umno digambarkan oleh Tun M dilihat sebagai jahat dan hina tetapi sejahat-jahat umno masih mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara dalam skala atau darjah cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru itu, masyarakat tidak terkejut kerana dalam satu persidangan yang dianjurkan Malaysia menyaksikan imam masjid Al-Aqsa menyatakan bahawa negara Malaysia berada di barisan hadapan dalam membela masyarakat di negara Palestin. Maka perkataan 'syaitan' bolehlah ditujukan kepada umno oleh parti pas dari sudut pandang mereka dan lebih afdal dengan suntikkan perkataan 'dikenali' kerana telah diakui oleh dunia akan usaha umno dalam menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Oleh yang demikian tidak salah Tun M membuat kiasan “syaitan yang dikenali” yang ditujukan kepada umno. Mengenai “malaikat yang belum dikenal” pula merujuk kepada parti pas. Oleh kerana parti pas sememangnya menyangka mereka adalah sebaik-baik dan semolek-molek parti menurut acuan islam ditambah pula dengan perkataan islam yang turut tercatat pada nama parti tersebut, maka Tun M secara halus merejam parti pas dengan label “ malaikat yang belum dikenal”. Mengapa ada perkataan “belum dikenal” ? Ini adalah untuk merujuk kepada Pas yang belum lagi menunjukkan keberhasilan yang boleh dibanggakan dalam pentadbiaran mereka contohnya di Kedah dan Kelantan. “Belum dikenal” adalah metafora untuk menggambarkan kebobrokkan yang telah berlaku dalam kerajaan yang ditadbir mereka tanpa menjelmakan kejayaan sama ada yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan. Maka amat cocoklah “malaikat yang belum dikenal” kepada parti pas seperti hunusan buah fikir Tun M. mengenai ayat “malaikat juga membuat kesilapan ia juga merujuk kepada parti pas seperti yang dihujahkan sedari awal. Di pengakhiran ini, saya minta supaya pejuang maya pembangkang agar lebih melihat sesuatu dengan inklusif dan bukan hanya eklusif dan secara luar kotak tidak hanya bersifat fungsional dalam membuat hujah. Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat menghuraikan segala keributan dan kecelaruan yang hadir dalam perdebatan tanpa sempadan di alam maya IRWAN HADZLY KULIM KEDAH

Selasa, 28 Agustus 2012

TOLAK HUDUD PAS, BUKAN HUDUD ISLAM - TUN M

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS. "Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran. "Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya. Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya. "Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - Bernama
UNTUK LEBIH JELAS....KPS SERTAKAN SURAT TUN M KEPADA NIK AZIZ WALAUPUN BEBERAPA HARI LEPAS KPS MENGELUARKAN SURAT TERSEBUT UNTUK KESEKIAN KALINYA....DI BAWAH SURAT TERSEBUT UNTUK KALI KE BERAPA PUN TAK TAHU DIKELUARKAN OLEH BLOG KPS....

MENJAWAB ISU "SYAITAN" DAN "MALAIKAT" YANG DIBANGKIT OLEH PEMBANGKANG

BERIKUT MENJAWAB MENGENAI APA YANG DIPERKATAKAN OLEH TUN M BERKAITAN "SYAITAN YANG DIKENALI" DAN "MALAIKAT YANG TIDAK KITA KENAL". PR MEMAINKAN ISU INI DENGAN SEBODOH-BODOHNYA. KENAPA KPS MENYATAKAN INI ISU YANG BANGANG DIBANGKITKAN OLEH PR ????? KENYATAAN SEBENAR IALAH TUN M CUBA MEMBERI KIASAN DARI SUDUT PANDANG PAS TERHADAP UMNO. PAS MENGAGGAP MEREKA MAKSUM SEHINGGA MERASAKAN TINDAKKAN MEREKA ISLAMIK DAN UMNO SELALU DILABEL SEBAGAI SESAT. MAKA MANTAN PERDANA MENTERI TUN M TELAH BERKIAS MENGIKUT SUDUT PANDANG PAS BAHAWA UMNO SEBAGAI "SYAITAN YANG DIKENALI" MERUJUK KEPADA UMNO DARI SUDUT PANDANG PAS DAN TUN M MENGGUNAKAN ISTILAH "MALAIKAT YANG TIDAK DIKENALI" MENGIKUT SUDUT PANDANG PAS YANG BOLEH MENGAGGAP MEREKA SEBAGAI MALAIKAT(KONONNYALAH). PERLU DIINGAT AMBIK BAHAWA TOK GURU NIK AZIZ JUGA MENGGELARKAN DAP SEBAGAI SYAITAN...DAN TIDAK KISAH BEKERJA SAMA DENGAN SYAITAN(SEBENAR) UNTUK MENENTANG UMNO. "SYAITAN YANG DIKENALI" MERUJUK KEPADA UMNO DIGAMBARKAN OLEH TUN M DILIHAT SEBAGAI JAHAT DAN HINA TETAPI SEJAHAT-JAHAT UMNO MASIH MAMPU MENYUMBANG KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DALAM SKALA ATAU DARJAH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. PENTING DICATAT BAHAWA IMAM MASJID AL-AQSA JUGA MELETAKKAN NAMA MALAYSIA DALAM BARISAN HADAPAN MEMPERTAHANKAN PALESTIN. TETAPI....TETAPI "MALAIKAT YANG TAK DIKENALI" MERUJUK KEPADA PAS YANG BELUM LAGI TERBUKTI KEBERKESANAN DALAM PEMERINTAHAN. MAKA PERKATAAN " TIDAK DIKENALI" AMAT SESUAI UNTUK MENGGAMBARKAN YANG BAHAWA KITA SENDIRI BELUM MELIHAT HASIL YANG MEMBERANGSANGKAN SAMA ADA YANG TELAH ATAU AKAN DILAKSANAKAN OLEH PAS. KEBOBROKKAN DI KEDAH DAN KELANTAN MENJELASKAN SEGALANYA. MAKA BILA DIRANGKUM DENGAN PAS OLEH YANG DISIMBOLKAN SEBAGAI "MALAIKAT" MAKA JADILAH "MALAIKAT YANG TIDAK DIKENALI". MENGENAI "MALAIKAT JUGA MEMBUAT KESALAHAN" IA JUGA MERUJUK KEPADA PAS YANG DISIMBOLKAN SEBAGAI "MALAIKAT" PADA AWALNYA....SEMOGA PENULISAN RAKYAT KERDIL SEPERTI KPS INI DAPAT MENJAWAB ISU YANG DIABANGKITKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG........

Rabu, 20 Juni 2012

BILA MAHATHIR BERKORBAN DEMI NEGARA ISLAM....INILAH NEGARAWAN UNGGUL

SIAPA PELUK TUBUH BILA NEGARA ISLAM DI SERANG??????? DAN SIAPA YANG CUBA SEDAYA UPAYA DENGAN APA JUA CARA???????? DENGAR VIDEO DI ATAS.....

Senin, 11 Juni 2012

TUN DR. MAHATHIR DILAMAR YAMAN SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI

Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu. Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu. Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia. Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'. "Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya. Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. "Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya. Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman. Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi. - Bernama
KENAPA YAMAN TAK AMBIK PENASIHAT EKONOMI RM 1 SELANGOR??????? MUSKIL......MUSKIL......

Senin, 30 April 2012

BUKU TUN MAHATHIR DALAM BAHASA MELAYU DILANCAR

Buku Dr Mahathir versi bahasa Melayu dilancar PUTRAJAYA, ISNIN, 30 April, 2012: – Buku “A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad” versi bahasa Melayu dilancarkan hari ini selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan. Bertajuk “Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad”, buku tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90. Bercakap pada majlis pelancaran itu di sini, Dr Mahathir berkata, apa yang diharapkan beliau ialah orang ramai akan gembira dan berpuas hati dengan hasil terjemahan tersebut. Buku yang mengambil masa lapan tahun untuk dihasilkan itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Kadir Jasin. Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara. – BERNAMA

Selasa, 17 April 2012

TUN DR. MAHATHIR SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN KECIL

TUN DR. MAHATHIR SELAMAT MENJALANI SATU PEMBEDAHAN KECIL DI PUSAT PERUBATAN UKM.





KENYATAAN DARI BLOG GELOMBANG RAKYAT....

Alhamdulillah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan UKM setelah disahkan mendapati terdapat ketumbuhan Nasal Polyps.

Pembedahan telah dimulakan pada jam 9:30 pagi tadi selama sejam dan kini beliau dilaporkan stabil.

Apa yang mengagumkan, beliau telah mengarahkan kesemua Pakar Perubatan tempatan yang dibarisi Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Consultant ENT Surgeon PPUKM), Prof Dato BS Gendeh (Consultant ENT Surgeon PPUKM), Prof Joanna Ooi(Consultant Anaesthesiologist, PPUKM) and Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff (Consultant Anaesthesiologist, IJN).

Senin, 02 April 2012

TUN M MENJAWAB HILAL ASYRAF

TUN M MENJAWAB HILAL ASYRAF YANG MENEGUR UCAPAN TUN M DI UNIMAS.......






1. Saya ucap terima kasih kepada Hilal Asyraf kerana menjawab dengan panjang lebar soalan-soalan saya.

2. Sebenarnya saya membuat soalan-soalan kerana ingin mendapat pengesahan berkenaan reaksi terhadap apa yang telah diucapkan oleh saya berkenaan hudud.

3. Jawapan Hilal mengesahkan apa yang saya syaki, iaitu Hilal dan mungkin ramai orang Islam lain berpendapat bahawa wahyu Allah s.w.t. seperti yang terdapat dalam Al-Quran adalah setaraf dengan Hadith sohih Bukhari, iaitu kesahihan yang dibuat oleh manusia biasa walaupun pakar dalam bidang Hadith.

4. Lebih teruk lagi ialah pendapat bahawa ada ayat Al-Quran yang sudah dimansuh tetapi masih boleh dibaca iaitu baca tanpa terima.

5. Tidak pula disebut ayat yang mana yang telah dimansuh. Apakah yang dimansuh ini ialah ayat yang bertentangan dengan Hadith yang dikatakan sohih?

6. Berkenaan dengan Surah An-Nur, Ayat 2, (ayat yang terang dan jelas iaitu ayat Mukhamat) dan saya perturunkannya disini; “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”

7. Bandingkan “hukum sebat seratus kali” dengan “orang itu direjam” dalam Hadith sohih riwayat Bukhari (Dari Jabir bin Abdullah Al Ansar RA).

8. Bolehkah disamakan hukum sebat dan hukum rejam (iaitu hukum bunuh)? Siapa pun yang berfikiran waras akan berkata hukum-hukum ini amat berbeza. Justeru itu dakwaan Hilal seperti berikut, “Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith”, memberi gambaran seolah-olah hukum dalam Al-Quran iaitu “sebat” adalah sama dengan hukum rejam dalam Hadith.” Pemikiran yang waras tidak mungkin mengaku yang sebat dengan bunuh adalah sama.

9. Memanglah Bukhari membuat kajian mendalam mengikut syarat-syarat yang Bukhari sendiri mengenakan kepada dirinya. Memang pun Hadith sohih Bukhari yang tidak bertentangan dengan ayat Al-Quran boleh diterima sebagai sohih.

10. Yang menimbul masalah ialah apabila sohih Bukhari tidak sama dengan wahyu Allah s.w.t. dalam Al-Quran – umpamanya Surah An-Nur, Ayat 2.

11. Hanya dengan berkata tidak ada percanggahan antara Hadith yang sohih dengan ayat-ayat Al-Quran bermakna menafi kenyataan. Percanggahan memang ada seperti yang disebut diatas.

12. Jawapan, “Sekiranya kita menjumpai ta’arudh (perlanggaran, percanggahan) ini, di antara Hadith yang sohih dengan ayat Al-Quran, maka hendaklah kita kaji semula apakah sebabnya. Dan biasanya, percanggahan itu bukanlah percanggahan, tetapi diantaranya disebabkan (mengikut surat kedua Hilal):

(a) “Silap dalam periwayatan Hadith”

(b) “Ayat Al-Quran itu sudah dinasakh (mansuh) hukumnya, tetapi tidak dinasakh (mansuh) bacaannya”

(c) “Atau Rasullah s.a.w. melakukan/membenarkan/melarang perkara tersebut, sebelum ayat Al-Quran turun melarang/membenarkan”

Mengikut pendapat ini “silap periwayatan Hadith” lebih mudah diterima kerana daripada 600,000 hadith kebanyakannya lemah dan tidak sohih, daripada mendakwa “ayat Al-Quran itu sudah dimansuh” sesuatu yang amat bercanggah dengan penerimaan oleh orang Islam bahawa Al-Quran itu mengumpul semua wahyu Allah s.w.t. yang disampaikan kepada Rasulnya, Muhammad s.a.w. untuk umat manusia.

13. Hilal sendiri mencatit, “Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran hukumnya adalah kafir”. Surah Al-Maidah, Ayat 44 berbunyi “Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu, dan janganlah kamu menjual ayat-ayatKu dengan harga sedikit, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. Tidak pula disebut di mana-mana “tidak menghukum mengikut Hadith adalah kafir.”

14. Memansuhkan ayat Al-Quran samalah dengan menolak ayat Al-Quran dan hukumannya juga tentulah kafir. Siapakah yang memansuhkan ayat Al-Quran dan ayat yang mana yang dimansuhkan? Tidak ada bukti yang Nabi yang memansuhkannya. Jika sebelum diterima wahyu, Rasullah s.a.w. melakukan/membenarkan/melarang perkara tersebut, apakah apabila kemudian Nabi Muhammad menerima wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi akan menolak wahyu dan mengekalkan pendapatnya yang terdahulu?

15. Bolehkah kita terima bahawa Rasulah s.a.w. ingkar dan menolak wahyu dari Allah s.w.t.? Ini tidak masuk akal dan tidak disebut di mana-mana.

16. Tidak mungkin Hadith disamakan dengan wayhu Allah s.w.t. Hadith bergantung kepada periwayatan, penilaian/kajian oleh manusia biasa sedangkan wahyu manusia oleh Rasullah s.a.w. untuk umat manusia.

17. Manusia terdedah kepada berbagai-bagai kelemahan dan kesilapan. Nabi Muhammad adalah Rasul dan Baginda tidaklah seperti manusia biasa dengan kelemahan-kelemahan mereka.

18. Umat Islam sekarang ini berada dalam keadaan yang buruk dan terhina. Negara mereka diserang, dilanda dan dihancurkan. Ratusan ribu orang Islam dibunuh, diseksa, ditawan; sekatan makanan dan ubat-ubatan menyebabkan beribu-ribu kanak-kanak dan orang tua mati. Agama Islam dicemuh, dikatakan agama pengganas yang dibawa oleh Nabi yang dikatakan ketua pengganas dan bermacam lagi.

19. Al-Quran berkata segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan segala yang buruk datangnya dari kita sendiri.

20. Bagi saya adalah jelas keburukan yang menimpa umat Islam adalah kerana perbuatan kita sendiri.

21. Untuk mengenalpasti apa yang salah yang dilakukan oleh umat Islam, saya membaca Al-Quran untuk mendapat panduan darinya. Dan saya dapati sungguh banyak daripada ajaran dan panduan yang terdapat dalam Al-Quran tidak diamalkan oleh kita. Ada juga yang ditolak oleh kita untuk mematuhi ajaran daripada punca lain.

22. Apabila sahaja datang orang yang pandai bercakap maka kita mengikuti mereka. Sebab itu ada Ashaari dan Ayah Pin. Dan banyak pula tarikat diadakan yang tidak menepati ajaran Islam.

23. Dan ramai juga yang lebih percaya kepada punca ajaran yang tidak dari Al-Quran, bahkan bertentangan dengan Islam.

24. Sebaliknya kita tahu Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Dan sesungguhnya terdapat panduan yang jelas dalam Al-Quran berkenaan cara hidup bagi orang Islam. Dan jika cara hidup ini diamalkan maka tetap orang Islam akan berjaya, akan terpelihara daripada keburukan yang disebut tadi.

25. Tafsiran ajaran Islam yang berbeza-beza, mengutamakan Hadith lebih dari Al-Quran, fatwa yang dibuat yang tidak membantu umat Islam, dan kesediaan mengikut nafsu dan tidak akal fikiran, ghairah untuk menunjuk-nunjuk betapa kuatnya ke-Islaman kita – semua ini menyumbang kepada keburukan yang menimpa umat Islam.

26. Sesungguhnya umat Islamlah yang bersalah, terutama kerana membelakangkan wahyu Allah s.w.t. dalam Al-Quran. Selagi kita tidak mengaku kesalahan kita, selagi kita tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu yang didapati dalam Al-Quran serta Hadith sohih dan fatwa-fatwa yang tidak bertentangan dengan Al-Quran, selama itulah kita akan berada dalam keadaan terhina dan tertindas.

27. Saya akui ada hukum potong tangan sipencuri. Tetapi pelaksanaannya mestilah mengambil kira keadaan. Jika kita tidak dapat laksanakan hukum ini kepada semua kerana perbezaan agama dan kemungkinan huru-hara berlaku, adalah lebih baik kita tidak laksanakan hukum ini keatas orang Islam sahaja sehingga berlaku ketidakadilan.

28. Saya tidak berkata orang Melayu banyak yang mencuri tetapi hakikatnya jumlah mereka yang mencuri di negara ini lebih ramai daripada orang bukan Islam. Hukuman yang berbeza antara rakyat sebuah negara tetap akan memperlihatkan ramai orang Melayu yang kudong tangan sementara orang bukan Islam kena dua bulan penjara. Adilkah ini?

29. Hukum bunuh orang yang murtad adalah juga dari Hadith. Hukum ini bukan dari Al-Quran.

Hudud

30. Dalam Quran hudud diterjemah dengan perkataan “had” atau dalam Bahasa Inggeris “limit”. Had bermakna “setakat itu” tidak boleh lebih daripada itu.

31. Hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran adalah hukum yang maksimum, yang tertinggi yang boleh dikenakan. Ini bermakna hukum yang kurang daripada yang tertinggi juga boleh dikenakan.

32. Tetapi kita asyik dengan nafsu yang ingin menunjuk-nunjuk betapa kerasnya pegangan kita kepada agama Islam. Justeru itu kita tafsir hudud bermakna yang tertinggi sekali daripada hukuman yang mungkin dijatuhkan mestilah dikenakan setiap kali.

33. Al-Quran dan agama Islam memberi banyak kelonggaran kepada pengamalan agama kita. Islam bukan diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi beban kepada penganutnya.

34. Tetapi ramai daripada kita suka jika Islam menjadi beban yang berat supaya pengamal ajaran Islam dapat buktikan betapa kuatnya pegangan mereka kepada agama Islam. Kita suka jika kita didera sepanjang masa supaya dapat kita tunjuk betapa kuatnya iman kita. Kerana inilah wujud puak-puak yang keterlaluan dalam pengamalan agama mereka yang sering berkata orang lain kurang Islam atau tidak Islam. Dengan ini perpecahan berlaku di kalangan umat Islam sehingga mereka menjadi lemah dan mudah diperkosa oleh orang lain.

35. Ya. Saya bukan ulama. Saya tidak fasih dalam Bahasa Arab. Saya tidak terlatih seperti orang yang tidak senang dengan penjelasan saya, terlatih dan berijazah. Tetapi sebagai seorang orang Islam yang sedih dan perihatin terhadap nasib yang menimpa orang Islam saya berhak mencuba mengenalpasti sebab-sebab malapetaka menimpa kita.

36. Al-Quran juga berkata Allah SWT tidak akan mengubah nasib buruk kita sehingga kita berusaha mengubah nasib kita sendiri. Mengenalpasti sebab-sebab nasib kita menjadi buruk adalah usaha awalan untuk memperbaikinya.

37. Insyaallah, Tuhan tidak akan menghampa usaha dan harapan kita.

Kamis, 15 Maret 2012

EDISI WAJIB SEBAR: MAHATHIR 10 -0 NIK AZIZ.......MAHATHIR JAWAB HUJAHAN POK NIK







MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-4 MEMBALUN POK NIK HINGGA POK NIK TERSUNGKUR. TAPI JUAK-JUAK PEMBANGKANG MASIH LAGI MEMPERTIKAI KENYATAAN BELIAU DENGAN HUJAHAN YANG MERAPU DAN BODOH SOMBONG.


KPS: TUN MAHATHIR BUKAN SEMPURNA,,,,TAPI TUN MAHATHIR LEBIH BERMAKNA DARI POK NIK

Kamis, 01 Maret 2012

TUN MAHATHIR DAN PAK NUAR DALAM AKHBAR DI LUAR NEGARA


TUN DR. MAHATHIR DI WAWANCARA OLEH AKHBAR AlYoum MESIR BERKAITAN HAL-HAL SEMASA DAN TENTANG AGAMA ISLAM. IA DISIARKAN SATU MUKA PENUH PADA 28 JANUARI 2012 DI MUKA 9 AKHBAR BERKENAAN- BLOG PANGLIMA PERANG SIBER.


DAN DI BAWAH ADALAH AKHBAR ZIONIS YANG ADA BERITA MENGENAI PAK NUAR.....






KPS; INI BUKAN TIPU,,,,,INI BETUL2 PUNYA CERITA.....