Tampilkan postingan dengan label USTAZ AZIZAN. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label USTAZ AZIZAN. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 September 2013

JANGAN 'HINGAQ' DULU....DIA LEBIH KAWAN DARI LAWAN KEPADA KITA

KPS SECARA PERIBADI TIDAK GEMAR PIHAK YANG SUDAH BERCAKAP TENTANG PRK DUN SUNGAI LIMAU DAUN YANG WAJIB DIADAKAN DALAM MASA YANG TERDEKAT INI. INI KERANA PIHAK YANG BERKENAAN PERLU MENGHORMATI KELUARGA ARWAH. LAGIPUN PERTANDINGAN DI DUN INI LEBIH MEMPERLIHATKAN SATU PERTALIAN KELUARGA. KERANA ARWAH WALAUPUN PAS ADA JUGA KELUARGANYA YANG MENERAJUI UMNO TERMASUK CALON UMNO PADA PRU-13 LALU ADALAH SEPUPU ARWAH. JANGAN KITA JADI ANWAR IBRAHIM SEPERTI DI KUALA BESUT. KERJA MEMANG KENA BUAT, TAPI SENSITIVITI DAN KESEDIHAN KELUARA ARWAH WAJIB KITA PELIHARA. BUKAKAN KA DULU ARWAH 'TOK JAN'LEBIH BERSIFAT KAWAN DARI LAWAN KEPADA BN . MALAH ADA DUA TIGA PERKARA YANG ARWAH BELA UMNO/BN DAN BERHADAPAN DENGAN KUMPULAN DIA SENDIRI. CUBA BAYANGKAN WAKTU ARWAH PAKAI BAJU ADA TULIS SESUATU YANG MENYOKONG AKTIVITI KESATUAN BELIA DI MALAYSIA. ARWAH DIMAKI HAMUM OLEH KELOMPOK SENDIRI WALAUPUN NIK AZIZ PAKAI BAJU 1MALAYSIA DEPA BUAT DON'T KNOW SAJA. MASA PR DOK BOIKOT UTUSAN MALAYSIA AZIZAN SENDIRI YANG SOKONG DAN TAK HARAMKAN UTUSAN MALAYSIA DI KEDAH.
LEBIH BAIK UMNO KEDAH FOKUS KEPADA FITNAH MAHA DAJJAL YANG DILEMPARKAN OLEH PENCACAI PR KEPADA MB MUKRIZ. PERKARA INI SERIUS.

Minggu, 26 Mei 2013

BLOGER PAS HINA FIZIKAL AZIZAN RAZAK DAN KEBODOHAN HADI AWANG....PRLAHHHHHHHH

SEMALAM SINAR HARIAN KELUAQ MUKA DEPAN ISTERI AZIZAN MERASA TERHINA KEADAAN FIZIKAL AZIZAN DIJADIKAN BAHAN GURAUAN SEGELINTIR PEMIMPIN PAS KEDAH YANG TIDAK MENYUKAI AZIZAN RAZAK. MALAH SEBUAH BLOG PRO PAS-PR PUN MENGHINA AZIZAN RAZAK YANG TURUT SAMA MELETAKKAN NAMA HADI AWANG SEPERTI DI ATAS. PERSOALANNYA KINI, APAKAH INI KONSPIRASI UMNO ATAU UMNO MEMBAYAR BLOGER 'HARD-CORE' PR TERSEBUT?????? INSYA'ALLAH......MB MUKRIZ AKAN MEMBAWA POLITIK KASIH SAYANG DI KEDAH....DAN DOA KITA SESAMA ISLAM SUPAYA AZIZAN SIHAT HENDAK-NYA.....

Rabu, 15 Mei 2013

LUAHAN HATI SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK YANG WAJIB DIBACA DAN DIKONGSI

KPS ADALAH 'HARD CORE' BARISAN NASIONAL. TETAPI SESUATU YANG TELAH MENARIK KPS MENGENAI PAS KEDAH. LUAHAN HATI SECARA TERANG DAN TERBUKA SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK(MB KEDAH BAWAH PAS). BELIAU SECARA TERBUKA TELAH MELUAHKAN ISI HATI BELIAU DAN AZIZAN RAZAK APABILA PAS KEDAH MENGALAMI PERGOLAKKAN YANG MAHA DASYAT. TETAPI SEPERTI BIASA DAN CERAMAH PARTI PAS ATAU PEMBANGKANG MEREKA BERLAKON BAHAWA MEREKA HEBAT DENGAN PENUH RIAK DAN TAKSUB. TETAPI PEKUNG ITU TIDAK MAMPU LAGI DITAMPUNG DALAM HATI DAN JIWA SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK INI. MAKA DILUAHKAN OLEHNYA SECARA TERANGAN DI DALAM BLOG BELIAU SENDIRI. MALAH LEBIH MENARIK IALAH BELIAU MENYIFATKAN MB MUKRIZ(MB KEDAH BARU BAWAH UMNO) SEBAGAI ANAK DAN AYAH DENGAN AZIZAN RAZAK. TETAPI DALAM PENULISAN INI JUGA BELIAU MERAKAMKAN BAHAWA ADA ORANG PAS SENDIRI YANG MEMAKI HAMUN AZIZAN RAZAK. BOLEH JATUH AIR MATA BILA BACA TULISAN ORANG YANG PALING RAPAT DAN YANG PALING DIPERCAYAI OLEH AZIZAN RAZAK INI. SEMOGA USTAZ AZIZAN LEKAS SEMBUH. MAKA, KPS BERMURAH HATI MEMBERIKAN RUANG SEBUAH KANDUNGAN PENUH DARI BLOG PEMBANGKANG DITAYANGKAN DALAM BLOG KPS TANDA EDIT SEDIKITPUN. ANDA BACA SENDIRI TULISAN SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK DI BAWAH......BOLEH JATUH AIR MATA.....WALAU SESIAPA PUN KITA.....KITA KAN 1MALAYSIA. :)
Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan
Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.
Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.
Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."
Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.
Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.
"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.
Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?
MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".
Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas.
Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali.
Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.
Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur.
Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.
Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok."
"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah.
Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.
Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.
Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".
Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar.
Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.
Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.
Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!
Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.
Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.
Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.
Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.
Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!
Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!

Sabtu, 11 Mei 2013

GAMBAR TERKINI USTAZ AZIZAN RAZAK

\ INI ADALAH GAMBAR AZIZAN RAZAK, MANTAN MB KEDAH BAWAH PANJI PAS. WALAU APA JUA IDEOLOGI POLITIK KITA, KITA MENDOAKAN SUPAYA USTAZ AZIZAN LEKAS SEMBUH.....1 MALAYSIA DOAKAN AZIZAN RAZAK. DATO SERI NAJIB PUN AKAN MELAWAT USTAZ AZIZAN SEPERTI MANA PM NAJIB MELAWAT NIK AZIZ MASA NIK AZIZ SAKIT DULU. TAPI DIMAKLUMKAN OLEH SEORANG BLOGER ADA PIHAK YANG AKAN SABOTAJ PM NAJIB SEMASA MENZIARAHI USTAZ AZIZAN NANTI.....DEPA NI MEMANG BUTA HATI BETOI LA....

Kamis, 21 Februari 2013

CAH KETING 2.0 TERHADAP AZIZAN RAZAK SERBA TAK TAU

ALOR SETAR: Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu. Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa. "Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini. Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas. Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya. "Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri. Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS. Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka. "Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata, setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan. "Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya. - BERNAMA
PAS DI KEDAH TERUS BERGOLAK???? AWAT HANG PA TERKEJUT???? PERANG ANTARA KALANGAN PEMIMPIN PAS DI KEDAH TAK PERNAH BERENTI. SEMASA ISU PERSELISIHAN ANTARA AZIZAN DAN PHAHROLRAZI DAHULU, NAIB PRESIDEN PAS IAITU SALAHUDIN AYUB TELAH MENEGASKAN BAHAWA PERBALAHAN TERSEBUT TELAH TAMAT. MALAH DIGAMBARKAN BAHAWA SI SALAHUDDIN AYUB MENANGIS TERESAK-ESAK KERANA TERHARU PERKELAHIAN ITU TELAH SELESAI. CUMA YANG KPS RASA BELUM MUNTAH DARAH SAHAJA LAGI AKIBAT KETERHARUAN YANG AMAT SANGAT SI SALAHUDDIN PAS TERSEBUT. DALAM SITUASI SEKARANG.....APA PULAK KOMEN SI SALAHUDDIN AYOB NI YANG PERNAH MENGGELARKAN BLOGER UMNO SEBAGAI ANAK HARAM....?????? DEWAN ULAMA' PAS PUN DAH MENOLAK KEPIMPINAN AZIZAN RAZAK, KPS NAK KOMEN APA PUN TAK BOLEH SEBAB BUKAN AHLI PAS. TAPI PADA HEMAT KPS AZIZAN NI MEMANG JENIS MB SERBA TAK TAU.....LINGKUP KEDAH BAWAH DIA....PADA HEMAT KPS KALAU ORANG LAIN GANTI PUN SERUPA JUGAK. CUMA KINI ADA SATU PENYELESAIAN IAITU UMNO/BN AMBIL SEMULA PENTADBIRAN NEGERI KEDAH. DI SAMPING ITU JUGA, PADA PEMBACAAN KPS, GOLONGAN SYIAH PAS DI KEDAH YANG MAKIN KUAT MEMBERI KESAN JUGA KEPADA MB AZIZAN. KELANTANGAN MB AZIZAN MEMERANGI GOLONGAN SYIAH PAS DI KEDAH JUGA MEMBUATKAN GOLONGAN SYIAH PAS KEDAH TURUT BERGABUNG DENGAN JUAK-JUAK ANWARINAS BAGI MEMBALUN AZIZAN 'KAW-KAW'..... DARI PERKEMBANGAN SEMASA, AMAT JELAS PAS AKAN TERKUBUR DI PULAU PINANG DAN KEDAH......

Kamis, 21 Juni 2012

KUIN SEMAKIN TUNGGANG-LANGGANG.....

KUIN DI BAWAH REGIM PAS KEDAH SEMAKIN TENAT. SALAH PENGURUSAN SERTA KELEMAHAN YANG KETARA OLEH MB BALAK KEDAH YANG BAKAL MENJERUMUSKAN NEGERI KEDAH KE KANCAH MUFLIS JIKA TIDAK DITUKAR SEGERA KEPADA KERAJAAN YANG LEBIH MANTAP BARISAN NASIONAL MENJELANG PRU-13. SEBELUM INI BEBERAPA BLOGER YANG BOLEH DIKATAKAN 'HARD CORE' MEMBANGKITKAN ISU INI UNTUK MEMBERI PERINGATAN KEPADA AZIZAN....SEPERTI BIASA....MB SERBA TAK TAU INI...BUAT DON'T KNOW SAJA.......AKIBATNYA....DUA MEMO TELAH DIHANTAR OLEH KAKITANGAN KUIN....TAPI BUKAN AZIZAN YANG TERIMA MEMO TERSEBUT SEBALIKNYA PHAHROLRAZI@MB KOLA KEDAH SETERU POLITIK AZIZAN.......RANAP....RANAP......RANAP......TUKAR SEGERA SEBELUM ANDA DIRANAPKAN REGIM PAS KEDAH......

Minggu, 20 Mei 2012

BOLA SEPAK KEDAH SEMAKIN GILA....

Jurulatih pasukan bola sepak Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kekalahan pasukannya di tempat sendiri adalah disebabkan pemain beraksi dalam keadaan tertekan di hadapan penyokong. Wan Jamak berkata anak buahnya yang tertekan terpaksa bermain bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat penonton yang hadir di Stadium Darul Aman (SDA)untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Katanya perkara ini amat membimbangkannya kerana pemain tidak beraksi dengan baik di tempat sendiri berbanding bermain di tempat luar yang mana mereka seolah-olah tiada tekanan dan boleh beraksi dengan baik. “Saya juga amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang tidak mengahargai usaha yang dilakukan pemain-pemain sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghasilkan gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di SDA di sini, malam tadi. Katanya beliau juga tidak takut kepada pasukan lawan tetapi takut kepada pemainnya sendiri kerana mereka gagal berfungsi sebagai satu pasukan tetapi bermain secara individu. Wan Jamak berkata pasukannya mempunyai pemain yang ternama seperti Badrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang tidak berfungsi sebagai satu pasukan dan ini mengundang kepada kekalahan di gelanggang sendiri. Pada saingan Liga Super malam tadi, Kedah gagal mengutip tiga mata penuh setelah tewas 1-3 kepada PKNS Selangor menerusi jaringan gol Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof pada minit ke-45 dan ke-51. Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 menerusi penalti sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79. “Saya akui ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik dan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan menyebabkan terpaksa membuat rombakan terhadap pertahanan disebabkan dua pemain utama iaitu Azmizi Azmi dan Khairul Helmi Johari digantung perlawanan. “Saya terpaksa meletakkan pemain muda di bahagian pertahanan walaupun bukan posisi asal mereka. Beberapa kesilapan dan salah faham antara pemain menyebabkan pasukan lawan dapat membolos gawang pasukan,” jelas Wan Jamak. – Bernama
SEBENARNYA YANG MENJADI PUNCA IALAH PENGURUSAN SENDIRI.....TERUTAMA PRESIDEN BOLA SEPAK KEDAH DAN PENGURUS PASUKAN IAITU KHAZALI DIN......BOLA SEPAK BUKAN BERKAITAN POLITIK....BOLA SEPAK MENYATUKAN RAKYAT...NAMUN JELAS PENTADBIRAN KEDAH TELAH GAGAL BERBANDING ZAMAN KEGEMILANGAN YANG LALU....

Rabu, 16 Mei 2012

AZIZAN YANG RAGBLA JINGGAY....REGIM PAS KEDAH SEMAKIN MERAPU

PENTADBIRAN REGIM PAS KEDAH SEMAKIN HANCUR DAN LEBUR. SETELAH SATU...SATU PERKARA YANG MENDEDAHKAN PENTADBIRAN AZIZAN RAZAK SEMAKIN GAGAL DAN LEMAH. AZIZAN BUKAN SAHAJA BERHADAPAN ORANG DALAM, MALAH BEBERAPA KEBODOHAN BELIAU SENDIRI YANG MENGHANCURKAN KARIER POLITIK BELIAU SECARA SENYAP. KPS YANG MEMULAKAN KERJA TELAH BERSEMBANG DENGAN SEORANG RAKAN LEPASAN KUIN. YA, DIA MENYATAKAN BEBERAPA PERKARA YANG KURANG ENAK UNTUK DIDENGARI. BERBALIK KEPADA ISU SEKOLAH INSAN BESTARI, SEKOLAH INI MASIH DALAM TEMPOH PERMOHONAN. DAH KEMENTERIAN SUDAH DENGAN JELAS MENYATAKAN BAHAWA SEKOLAH INI MASIH BELUM BOLEH BEROPERASI. MAKNANYA IA BEROPERASI SECARA HARAM. PERKARA INI BUKAN HANYA DIHUJAHKAN OLEH PIHAK BLOGER, FACEBOOKER DAN ORANG KEBANYAKKAN. MALAH TURUT DIHUJAHKAN OLEH BLOG YANG DIHASILKAN UNTUK MEMBELA 5 ORANG PELAJAR KUIN YANG DIGANTUNG OLEH AZIZAN. BLOGER BERKENAAN MEMANG BOLEH DIKATAKAN PRO PR,,,,TETAPI MEREKA INI JUGA MELUAT DENGAN AZIZAN DAN PENTADBIRAN KUIN. MALAH BEBERAPA PERKARA YANG TIDAK DIKETAHUI DIDEDAHKAN OLEH MEREKA.....SEDIKIT MASA LAGI KPS AKAN LINKKAN BLOG BERKENAA PADA BLOG KPS.

PHAHROLRAZI MASUK PARTI DAP?????

MB KOLA KEDAH BUAT HAL LAGI. KALI INI MB KOLA KEDAH @ PHAHROLRAZI MEMBUAT KENYATAAN GILA UNTUK KESEKIAN KALINYA. MB KOLA KEDAH INI INGIN MB BALAK KEDAH @ AZIZAN RAZAK MEMBENARKAN HASRAT DAP DIPENUHI. HASRAT DAP SEBELUM INI DIBANTAH KERAS OLEH MB BALAK KEDAH IAITU AZIZAN RAZAK.
NAMPAKNYA, JUAK-JUAK ANWARINAS DALAM FUCKatan KEDAH TIDAK PERNAH LUNTUR SEMANGAT MEREKA UNTUK MENGHAPUSKAN MB BALAK KEDAH YANG SERBA TAK TAU TERSEBUT......PR HANCUR...UMNO/BN KEMBALI MEMERINTAH NEGERI KEDAH PRU-13.....SEMAKIN PASTI TERJADI

Senin, 14 Mei 2012

RM 25 RINGGIT UNTUK SEMAK KEMASUKKAN KE INSANIAH....MENATANG APA NI AZIZAN???

Kuin didakwa kenakan bayaran semakan kemasukan ALOR SETAR 13 Mei - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012. Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris. Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca Kuin terpaksa menaikkan yuran pengajian. "Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan Kuin yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pas mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan Kuin khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain," kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid. - BERNAMA

Sabtu, 12 Mei 2012

HARAKAH CAH KETING AZIZAN BALAK

APA MOTIF HARAKAH MENGHINA AZIZAN DALAM AKBAR SUARA PAS ITU. APAKAH INI USAHA BERTERUSAN PAS BAGI MENYINGKIRKAN AZIZAN RAZAK BAGI DIGANTI DENGAN PUAK ANWARINAS. INI BERIKUTAN HARAKAH MELAPORKAN MAHKAMAH TINGGI MEMBEBASKAN 5 PELAJAR INSANIAH YANG DIGANTUNG OLEH KUIN. SAH....CAH KETING....SAPA MB SELEPAS AZIZAN......DENGAQ HABAQ UMNO KOT.....PAS BYE-BYE