ALOR SETAR: Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu. Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa. "Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini. Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas. Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya. "Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri. Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS. Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka. "Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata, setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan. "Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya. - BERNAMAPAS DI KEDAH TERUS BERGOLAK???? AWAT HANG PA TERKEJUT???? PERANG ANTARA KALANGAN PEMIMPIN PAS DI KEDAH TAK PERNAH BERENTI. SEMASA ISU PERSELISIHAN ANTARA AZIZAN DAN PHAHROLRAZI DAHULU, NAIB PRESIDEN PAS IAITU SALAHUDIN AYUB TELAH MENEGASKAN BAHAWA PERBALAHAN TERSEBUT TELAH TAMAT. MALAH DIGAMBARKAN BAHAWA SI SALAHUDDIN AYUB MENANGIS TERESAK-ESAK KERANA TERHARU PERKELAHIAN ITU TELAH SELESAI. CUMA YANG KPS RASA BELUM MUNTAH DARAH SAHAJA LAGI AKIBAT KETERHARUAN YANG AMAT SANGAT SI SALAHUDDIN PAS TERSEBUT. DALAM SITUASI SEKARANG.....APA PULAK KOMEN SI SALAHUDDIN AYOB NI YANG PERNAH MENGGELARKAN BLOGER UMNO SEBAGAI ANAK HARAM....?????? DEWAN ULAMA' PAS PUN DAH MENOLAK KEPIMPINAN AZIZAN RAZAK, KPS NAK KOMEN APA PUN TAK BOLEH SEBAB BUKAN AHLI PAS. TAPI PADA HEMAT KPS AZIZAN NI MEMANG JENIS MB SERBA TAK TAU.....LINGKUP KEDAH BAWAH DIA....PADA HEMAT KPS KALAU ORANG LAIN GANTI PUN SERUPA JUGAK. CUMA KINI ADA SATU PENYELESAIAN IAITU UMNO/BN AMBIL SEMULA PENTADBIRAN NEGERI KEDAH. DI SAMPING ITU JUGA, PADA PEMBACAAN KPS, GOLONGAN SYIAH PAS DI KEDAH YANG MAKIN KUAT MEMBERI KESAN JUGA KEPADA MB AZIZAN. KELANTANGAN MB AZIZAN MEMERANGI GOLONGAN SYIAH PAS DI KEDAH JUGA MEMBUATKAN GOLONGAN SYIAH PAS KEDAH TURUT BERGABUNG DENGAN JUAK-JUAK ANWARINAS BAGI MEMBALUN AZIZAN 'KAW-KAW'..... DARI PERKEMBANGAN SEMASA, AMAT JELAS PAS AKAN TERKUBUR DI PULAU PINANG DAN KEDAH......
Kamis, 21 Februari 2013
CAH KETING 2.0 TERHADAP AZIZAN RAZAK SERBA TAK TAU
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar