Tampilkan postingan dengan label PHAHROLRAZI. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PHAHROLRAZI. Tampilkan semua postingan

Rabu, 16 Mei 2012

PHAHROLRAZI MASUK PARTI DAP?????

MB KOLA KEDAH BUAT HAL LAGI. KALI INI MB KOLA KEDAH @ PHAHROLRAZI MEMBUAT KENYATAAN GILA UNTUK KESEKIAN KALINYA. MB KOLA KEDAH INI INGIN MB BALAK KEDAH @ AZIZAN RAZAK MEMBENARKAN HASRAT DAP DIPENUHI. HASRAT DAP SEBELUM INI DIBANTAH KERAS OLEH MB BALAK KEDAH IAITU AZIZAN RAZAK.
NAMPAKNYA, JUAK-JUAK ANWARINAS DALAM FUCKatan KEDAH TIDAK PERNAH LUNTUR SEMANGAT MEREKA UNTUK MENGHAPUSKAN MB BALAK KEDAH YANG SERBA TAK TAU TERSEBUT......PR HANCUR...UMNO/BN KEMBALI MEMERINTAH NEGERI KEDAH PRU-13.....SEMAKIN PASTI TERJADI

Senin, 07 Mei 2012

PHAHROL RAZI MELANGKAH KE DEPAN....

Pas kawasan Kuala Kedah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah serentakjika Parlimen dibubarkan, selagi kerajaan tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0 terutama membabitkan daftar pemilih. Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pas kawasan Kuala Kedah menyatakan pendirian itu setelah mendapat undian majoriti yang bersetuju dengan usul itu kerana berlaku pertambahan yang mendadak dalam senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012yang dibentangkan Rabu lalu. “Kita ambil serius isu ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir. “Jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kita mahu Kedah tidak bubarkan Dun serentak kerana kita mempunyai alasan yang kukuh menolak pilihan raya diadakan serentak dengan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya, selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah ke-38, yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Hadir sama, Timbalan Yang Di Pertua, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Naib Yang Di Pertua, Mohd Nasir Mustafa; Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Azizi Abdullah serta Setiausaha, Aris Awang. Menurutnya, pihaknya meragui kewujudan lebih 900 pengundi baru yang didaftarkan dalam kawasan Dun Kubang Rotan bawah Parlimen Kuala Kedah, kerana ianya melebihi peningkatan sebanyak 12 peratus. “Pertambahan ini mendadak dan terlalu banyak dalam Dun Kubang Rotan, berdasarkan pengalaman lepas, tidak mungkin pertambahan melebihi 12 peratus. Ia amat diragui dan jentera parti akan membuat semakan, seterusnya membuat bantahan jika ada keperluan,” katanya. Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan daftar pemilih sedia ada kerana masih banyak timbul keraguan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui telah membuat pembersihan daftar pemilih. “Usul ini yang juga pendirian Pas kawasan akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat. Kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas Kedah untuk membuat pertimbangan,” katanya, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah. Menurutnya, cadangan usul ini dikemukakan berikutan Pas Kedah belum menetapkan pendirian sama ada akan mengadakan PRU13 secara berasingan atau serentak, selepas Parlimen bubar. - SH
KENAPA PHAHROLRAZI IKUT SARANAN ANWAR???? SEBAB DIA ORANG ANWAR NAK JATUHKAN AZIZAN,,,,HANG PA TAK PERCAYA???? BERAPA KALI PAK NUAR MAI KEDAH,,,,DAN BERAPA KALI PHAHROLRAZI PAK NUAR JEMPUT????? SETIAP KALI PAK NUAR MAI KEDAH....PAK NUAR JEMPUT MAHFUZ DAN PHAHROL RAZI,,,,,NI CERITA BETOI PUNYA,,,,BUKAN TEMBERANG....

Selasa, 24 April 2012

SAPA TAUKEH RUMAH URUT,,,,,HANG PA MAI POHON LESEN DI KEDAH

KENYATAAN MENTERI BESAQ KOLA KEDAH IAITU PHAHROLRAZI ADA HELAHNYA. KENYATAAN DI ATAS SENGAJA DIBUAT PADAHAL BOLEH SAHAJA SI PHAHROLRAZI KELUAQ KENYATAAN MANA-MANA RUMAH URUT HARAM BERENTI SAJA OPERASI. PEGHHHH, SI PHAHROLRAZI SENGAJA MAHU MEMBURUKKAN IMEJ MENTERI BESAQ BALAK AZIZAN DEMI SEKELUMIT KUASA WALAUPUN DI BAWAH SATU BENDERA YANG SAMA...AMAT TRAGIS......KEDAH SYURGA RUMAH URUT,,,,,MASAKAN PAS BOLEH NAFI LAGI PERKARA INI......MAKA IKON NEGERI KEDAH SELEPAS INI ADALAH RUMAH URUT,,,,WAHAI RAKYAT KEDAH,,,,,,,APAKAH INI KESUDAHAN NEGERI KITA??????

Kamis, 29 Maret 2012

MB BALAK KEDAH DAN MB KUALA KEDAH BUAT HURU-HARA DI KEDAH.....KEDAH SENGSARA



DI ATAS ADALAH RISALAH YANG DISEBARKAN SEKITAR ALOR SETAR. PUAK PENYOKONG AZIZAN TERUS MENERUS MEMPERTAHANKAN MB BALAK MEREKA DARIPADA PUAK MB KUALA KEDAH YANG BERPIHAK DI KEM ANWARINAS ATAU PASrasit. DALAM SERANGAN BERTUBI-TUBI PENYOKONG USTAZ ZIZAN, PARA PEJUANG MB KUALA KEDAH TETAP TIDAK PATAH SEMANGAT DAN TERUS MENGASAK MB BALAK KEDAH WALAUPUN DENGAN CARA YANG AGAK KETINGGALAN DAN TIDAK PRAKTIKAL. MEREKA MEMBUAT RISALAH KARANGAN BERTARAF SPM YANG ISU KANDUNGANNYA DARI PENDAHULUAN SEHINGGALAH KE PENUTUP MENCERITAKAN AIB MB BALAK KEDAH IAITU AZIZAN RAZAK. DI BAWAH ADALAH RISALAH DARI PUAK MB KUALA KEDAH...





DARIPADA PEMERHATIAN KASAQ, JELAS JUAK-JUAK MB BALAK MENDAHULUI KERANA RISALAH MEREKA LEBIH RINGKAS DAN RELEVAN UNTUK DI BACA BERBANDING JUAK-JUAK MB KUALA KEDAH YANG AGAK KETINGGALAN DAN TIDAK RELEVAN. SUATU YANG MASIH SAMA IALAH KUALA KEDAH KAWASAN HITAM BAGI AZIZAN DAN SUNGAI LIMAU KAWASAN HITAM BAGI PHAHROLRAZI.....RAKYAT JUGA YANG SENGSARA,,,,KEDAH SENGSARA......

Kamis, 01 Maret 2012

PARTI BARU SERPIHAN PAS DI KEDAH,,,,,PARTI PAS KUALA KEDAH

PHAHROLRAZI BELUM MENGALAH DAN USTAZ ZIZAN PUN MAKIN KALUT BERSILAT. SEMUA MASIH KABUR DI KEDAH.


PAS KAWASAN KUALA KEDAH YANG DITERAJUI OLEH PHAHROLRAZI MEMBERI KATA DUA KEPADA TIMBALANNYA IAITU ADUN ANAK BUKIT KERANA MENERIMA JAWATAN DARI MB AZIZAN. DALAM SUATU MESYUARAT, PAS KUALA KEDAH SUDAH MEMBERI AMARAN KEPADA ADUN YANG BERADA DALAM KAWASAN KUALA KEDAH SUPAYA MEMBOIKOT JAWATAN EXCO SEKIRANYA DIPELAWA AZIZAN. NAMPAKNYA ADUN ANAK BUKIT TELAH MELANGGAR APA YANG DIPERSETUJUI OLEH MESYUARAT TERSEBUT DAN KATA 2 YANG PEDAS TELAH DIKELUARKAN,,,,SAMA ADA KEKAL DENGAN PAS KUALA KEDAH ATAU TERPINGGIR JIKA TERUS BERSAMA AZIZAN. MAKNANYA PAS KUALA KEDAH SUDAH MUFARAKAH DARI MB AZIZAN. MB AZIZAN ADALAH PAS YANG SAH DAN APAKAH INI BERMAKNA PAS KUALA KEDAH CUBA MENUBUHKAN PARTI BARU IAITU PAS KUALA KEDAH KERANA MEMBELAKANGKAN AZIZAN SELAKU PESURUHJAYA NEGERI PAS KEDAH SEKALIGUS MERANGKAP KETUA PAS NEGERI KEDAH. SIAPA KATA EPISOD PENYINGKIRAN AZIZAN SUDAH TAMAT. SEBENARNYA TSUNAMI PAS DI KEDAH SEMAKIN BERGELORA DAN KINI MENCAPAI KETINGGIAN JAMBATAN TOK PASAI DI KUALA KEDAH. TAK PERCAYA.....BACA DI BAWAH.....

Isu Exco: Phahrolrazi beri Amirudin kata dua

ALOR SETAR - Pas kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.

“Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian
daripada Pas Kuala Kedah,” katanya.

Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan Pas kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.

“Apabila Amiruddin menerima tawaran sebagai Exco Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah jawatan, ini bermakna beliau ingkar arahan. Setiausaha Pas Kuala Kedah, Aris Awang akan menghantar surat rasmi
kepada Amiruddin hari ini (semalam), tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Menurutnya, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah Pas Kuala Kedah sebulat
suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah hadir.

“Berkisar kepada keputusan mesyuarat inilah, tindakan diambil. Keputusan ini juga sudah dimaklum pada Amiruddin dan beliau memaklumkan tidak dapat terima arahan ini dan mengangkat sumpah jawatan Exco Selasa lalu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, walaupun Amiruddin sudah menjelaskan alasannya berbuat demikian, namun Pas Kuala Kedah menolak penjelasan itu.

Ditanya sama ada Amiruddin berdepan tindakan disiplin atau digantung keahliannya, Phahrolrazi berkata, hanya Pas Pusat yang layak memutuskan perkara itu.

DAN SI PHAHROLRAZI TELAH LETAKKAN SYARAT SEKIRANYA MAHU DI BERSAMA PAS KEDAH. SYARAT TERSEBUT DIPERSEMBAHKAN KEPADA PAS PUSAT TETAPI BUKAN KEPADA AZIZAN....BACA DI BAWAH,,,,AZIZAN LANGSUNG TAK TAU ISI SYARAT BERKENAAN. TETAPI PHAHROLRAZI TELAH NYATAKAN BAHAWA SYARAT TERSEBUT TELAH DIJELASKAN KEPADA PAS PUSAT.




Azizan tidak tahu syarat Phahrolrazi

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui tidak mengetahui syarat yang ditetapkan oleh Datuk Phahrolrazi Modh Zawawi untuk membolehkannya kembali menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Azizan berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Phahrolrazi atau dibincang dengannya sebelum ini.

"Saya tidak tahu menahu mengenai syarat yang dia tetapkan. Itu kena dialah sebab saya tidak mengetahui apa-apa mengenainya. Jadi, macam mana nak bincang kalau tak tahu apa-apa," katanya menjawab pertanyaan media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Menurutnya, ada syarat yang sah dan ada yang batal, dan "kalau syarat itu mengikut undang-undang, ia boleh diterima."

"Kalau syarat itu 'void', orang tak pakai," katanya.

Menjawab pertanyaan, Azizan berkata, beliau sedia berbincang dengan sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.

"Saya sedia bincang dengan sesiapa sahaja sama ada dengan Umno, MCA, Gerakan, wartawan atau sesiapa yang nak bincang.

"Tetapi saya tidak tahu apa syarat yang dia (Phahrolrazi) tetapkan," katanya.

Ditanya mengenai perbezaan pendapat yang besar seperti didakwa Phahrolrazi, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, tidak tahu apa perbezaan pendapat yang berlaku antara mereka berdua.

"Saya tidak tahu apa perbezaan pendapat yang besar. Saya rasa biasa sahaja berlaku perbezaan pendapat dalam mesyuarat. Itu perkara biasalah.

"Kalau kita pergi restoran, seorang nak makan mi rebus, seorang makan mi goreng dan seorang lagi mungkin nak makan mi kari. Mereka ini makan makanan yang berbeza tetapi masih boleh duduk semeja. Tiada apa-apa masalah," katanya.

Menurutnya, selepas timbul isu enggan menerima semula pelantikan sebagai Exco, Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah tidak pernah menghubunginya untuk memaklumkan apa-apa.

"Bagaimanapun, kita selalu berbincang dalam mesyuarat," katanya.

Ditanya sama ada kemelut itu boleh diselesaikan, Azizan berkata "Insya-Allah, kita tengoklah."

Ditanya sama ada nama Pharolrazi dan Dr Ismail Salleh, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kedah, berada dalam senarai yang dipersembahkan kepada Sultan Kedah untuk mendapat perkenan, Azizan berkata: "Saya terlupa sebab banyak sangat nama yang ada dalam senarai itu."

Ditanya masih ada jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku, Azizan berkata, ada banyak jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.

Mengenai perjumpaannya dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang dilantik oleh Pas Pusat sebagai orang perantaraan untuk menyelesaikan masalah, Menteri Besar berkata, pemimpin itu datang bertemunya di rumah.

"Kami bincang macam-macam. Saya tanya pasal anaknya dan persekolahan anak-anak. Banyak yang kami bincang. Dia mai rumah saya dan minum kopi, habislah.

"Sebagai naib presiden dan saya pula pesuruhjaya negeri, kami juga berbincang soal parti," katanya.

Ditanya masalah itu boleh diselesaikan segera, Azizan berkata: "saya harap begitulah."


KPS: APAKAH SINGA TUAN SEPERTI AZIZAN MASIH MAMPU MENGAUM GANAS....ATAU REBAH DI BUMI SENDIRI ????? MASA MENENTUKAN