



Jurulatih pasukan bola sepak Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kekalahan pasukannya di tempat sendiri adalah disebabkan pemain beraksi dalam keadaan tertekan di hadapan penyokong. Wan Jamak berkata anak buahnya yang tertekan terpaksa bermain bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat penonton yang hadir di Stadium Darul Aman (SDA)untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Katanya perkara ini amat membimbangkannya kerana pemain tidak beraksi dengan baik di tempat sendiri berbanding bermain di tempat luar yang mana mereka seolah-olah tiada tekanan dan boleh beraksi dengan baik. “Saya juga amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang tidak mengahargai usaha yang dilakukan pemain-pemain sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghasilkan gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di SDA di sini, malam tadi. Katanya beliau juga tidak takut kepada pasukan lawan tetapi takut kepada pemainnya sendiri kerana mereka gagal berfungsi sebagai satu pasukan tetapi bermain secara individu. Wan Jamak berkata pasukannya mempunyai pemain yang ternama seperti Badrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang tidak berfungsi sebagai satu pasukan dan ini mengundang kepada kekalahan di gelanggang sendiri. Pada saingan Liga Super malam tadi, Kedah gagal mengutip tiga mata penuh setelah tewas 1-3 kepada PKNS Selangor menerusi jaringan gol Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof pada minit ke-45 dan ke-51. Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 menerusi penalti sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79. “Saya akui ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik dan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan menyebabkan terpaksa membuat rombakan terhadap pertahanan disebabkan dua pemain utama iaitu Azmizi Azmi dan Khairul Helmi Johari digantung perlawanan. “Saya terpaksa meletakkan pemain muda di bahagian pertahanan walaupun bukan posisi asal mereka. Beberapa kesilapan dan salah faham antara pemain menyebabkan pasukan lawan dapat membolos gawang pasukan,” jelas Wan Jamak. – BernamaSEBENARNYA YANG MENJADI PUNCA IALAH PENGURUSAN SENDIRI.....TERUTAMA PRESIDEN BOLA SEPAK KEDAH DAN PENGURUS PASUKAN IAITU KHAZALI DIN......BOLA SEPAK BUKAN BERKAITAN POLITIK....BOLA SEPAK MENYATUKAN RAKYAT...NAMUN JELAS PENTADBIRAN KEDAH TELAH GAGAL BERBANDING ZAMAN KEGEMILANGAN YANG LALU....
Kuin didakwa kenakan bayaran semakan kemasukan ALOR SETAR 13 Mei - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012. Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris. Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca Kuin terpaksa menaikkan yuran pengajian. "Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan Kuin yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pas mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan Kuin khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain," kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid. - BERNAMA
Pas kawasan Kuala Kedah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah serentakjika Parlimen dibubarkan, selagi kerajaan tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0 terutama membabitkan daftar pemilih. Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pas kawasan Kuala Kedah menyatakan pendirian itu setelah mendapat undian majoriti yang bersetuju dengan usul itu kerana berlaku pertambahan yang mendadak dalam senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012yang dibentangkan Rabu lalu. “Kita ambil serius isu ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir. “Jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kita mahu Kedah tidak bubarkan Dun serentak kerana kita mempunyai alasan yang kukuh menolak pilihan raya diadakan serentak dengan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya, selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah ke-38, yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Hadir sama, Timbalan Yang Di Pertua, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Naib Yang Di Pertua, Mohd Nasir Mustafa; Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Azizi Abdullah serta Setiausaha, Aris Awang. Menurutnya, pihaknya meragui kewujudan lebih 900 pengundi baru yang didaftarkan dalam kawasan Dun Kubang Rotan bawah Parlimen Kuala Kedah, kerana ianya melebihi peningkatan sebanyak 12 peratus. “Pertambahan ini mendadak dan terlalu banyak dalam Dun Kubang Rotan, berdasarkan pengalaman lepas, tidak mungkin pertambahan melebihi 12 peratus. Ia amat diragui dan jentera parti akan membuat semakan, seterusnya membuat bantahan jika ada keperluan,” katanya. Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan daftar pemilih sedia ada kerana masih banyak timbul keraguan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui telah membuat pembersihan daftar pemilih. “Usul ini yang juga pendirian Pas kawasan akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat. Kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas Kedah untuk membuat pertimbangan,” katanya, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah. Menurutnya, cadangan usul ini dikemukakan berikutan Pas Kedah belum menetapkan pendirian sama ada akan mengadakan PRU13 secara berasingan atau serentak, selepas Parlimen bubar. - SHKENAPA PHAHROLRAZI IKUT SARANAN ANWAR???? SEBAB DIA ORANG ANWAR NAK JATUHKAN AZIZAN,,,,HANG PA TAK PERCAYA???? BERAPA KALI PAK NUAR MAI KEDAH,,,,DAN BERAPA KALI PHAHROLRAZI PAK NUAR JEMPUT????? SETIAP KALI PAK NUAR MAI KEDAH....PAK NUAR JEMPUT MAHFUZ DAN PHAHROL RAZI,,,,,NI CERITA BETOI PUNYA,,,,BUKAN TEMBERANG....
Alor Setar – Jeritan "MB penakut" berkumandang di depan pagar pintu masuk Wisma Darulaman apabila lebih 160 orang penduduk kampung dari Kulim berhimpun bagi membantah tindakan Kerajaan PAS Kedah meluluskan projek Memorial Park "jirat Cina" di atas tanah rizab Melayu. Jeritan tersebut dibuat setelah pegawai wakil MB mengarahkan pengawal pintu masuk Wisma berkenaan ditutup segera. Menggesa Menteri Besar Kedah untuk turun bertemu dengan mereka, sebilangan dari mereka mengepung Wisma tersebut bagi memastikan Azizan tidak 'terlepas' keluar dari kawasan kompleks kerajaan itu. Keadaan menjadi lebih panas apabila beberapa penduduk kampung yang mulanya berhimpun ditepi jalan bertindak untuk duduk di atas jalanraya di depan pintu besar Wisma tersebut sambil membantah dan menjerit-jerit nama Azizan memintanya turun menerima bantahan. Wakil penduduk kampung itu mempersoalkan kewajaran MB Kedah meluluskan projek "jirat Cina" berkenaan sedangkan 16,000 penduduk di kawasan mukim Karangan itu adalah majoriti Melayu dan hanya dihuni oleh kira-kira 2,000 bukan Melayu. Seorang ibu yang berang turut mengungkit soal 'janji dan undi' yang diberikan kepada PAS pada PRU13 dan ia bertukar menjadi igauan ngeri apabila tanah rizab Melayu dikawasannya tergadai oleh tandatangan MB Kedah itu di atas sekeping kertas yang meluluskan projek berkenaan. Seorang wanita turut marah-marah mengingatkan tentang para pemimpin PAS yang sering turun pada pada PRU yang lalu untuk berkempen merayu undi, namun kini "menutup pintu pagar" untuk mengelak dari mendengar rintihan rakyat. "Dulu dok rajin pi tempat kami..dok rayu undi..kempen sana sini dengan janji tapi sekarang kami mai 'rumah' depa, depa tutup pintu pulak dah. Lagu ni ka Islam depa?," katanya di depan pagar bangunan Wisma tersebut. Para penduduk kampung yang datang dengan 4 buah bas tersebut turut dipaksa menunggu selama hampir sejam sebelum wakil MB Kedah menemui mereka. Menurut salah seorang dari penduduk kampung berkenaan, Azizan sebelum ini telah bersetuju untuk bertemu mereka bagi membincangkan isu jirat Cina di atas tanah rizab Melayu itu hari ini. Namun mereka kecewa apabila dilayan seperti peminta sedekah yang merempat di depan pagar Pejabat MB itu di sini dan tiada kelibat Azizan atau wakilnya yang tampil untuk melayan mereka. Meskipun merayu bagi dibenarkan seramai 6 wakil penduduk kampung itu untuk bertemu dengan Azizan, hanya 3 orang saja yang diperkenankan. Setelah puas merayu berkali-kali, hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan untuk masuk 'mengadap' MB di pejabatnya. Bagaimanapun, dari 5 orang yang masuk ‘mengadap’ Azizan Razak, hanya Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Ustaz Wahi Saidin, dan 2 orang ahli jawatankuasanya, Roslan Osman dan Nazirah Ali sahaja yang dibenarkan berjumpa MB Kedah itu. Para penduduk kampung itu membantah kelulusan projek memorial park itu dan menggesa agar projek yang telah ditandatangani Azizan itu dibatalkan serta merta atau dipindahkan ke tempat lain.
KUALA LUMPUR, 19 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata enakmen terbaru digubal kerajaan negeri Kedah yang akan menghalang cabaran mahkamah terhadap aspek keagamaan (fatwa) adalah bertentangan dengan prinsip Islam. Juanda bertanya sama ada pentadbiran negeri pimpinan PAS Kedah mahu menjadi sebuah kerajaan teokrasi atau konsep negara berkebajikan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.“Enakmen fatwa baru menunjukkan mereka sebenarnya menuju ke arah teokrasi dan bertujuan untuk memaksa penerimaan (orang ramai),” katanya kepada The Malaysian Insider. “Ini bertentangan dengan Islam,” katanya.Beliau berkata Islam menerima dan menghormati perbezaan pandangan dari agama-agama lain.Juanda berkata demikian sebagai respons mengenai Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 yang akan menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10), bagi memperjelas keahlian jawatankuasa fatwa serta menjadikan fatwa diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa sebagai muktamad. Pindaan itu diluluskan sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam.Menurut pindaan itu, “Fatwa yang diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, tidak boleh dicabar,dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.” Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mengikut Seksyen 22A yang baru, fatwa tidak boleh dicabar walaupun dengan undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan.“Fatwa mufti melibatkan ibadah dan hukum syarak, sekiranya berlaku kekeliruan perlu dirujuk kepada jawatankuasa fatwa,” katanya. Beliau berkata, institusi kehakiman dengan institusi mufti dua perkara yang berbeza kerana mufti lebih kepada jawatankuasa pelaksana, pandangannya diwartakan kecuali hal-hal remeh melibatkan kepentingan awam.PKR dan DAP masih belum memberikan respons terhadap langkah terbaru PAS yang mengetuai kerajaan negeri Kedah di bawah kesepakatan Pakatan Rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam,Syahredzan Johan berkata enakmen itu tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan menentang prinsip asas demokrasi, yang menggariskan pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman negara. “Terdapat satu individu yang membuat undang-undang, satu individu lain yang melakukannya, dan satu lagi individu yang melaksanakannya. Sebagai prinsip umum, apa-apa sahaja di bawah bidang kuasa awam dan mahkamah syariah bertentangan dengan enakmen ini serta prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya. Beliau menambah DUN tidak mempunyai kuasa untuk menggugurkan bidang kuasa mahkamah seperti yang ditekankan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.“Perlembagaan mengatakan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan hal-hal seperti yang disediakan undang-undang persekutuan.“Bermakna, hanya undang-undang persekutuan (dan bukan kerajaan negeri) boleh mengambil alih bidang kuasa mahkamah sivil. Jadi hanya Parlimen boleh melakukannya,” katanya.KPS" APAKAH REGIM PAS KEDAH GUBAL UNDANG-UNDANG DEMI MEROBOHKAN MADRASAH SALIHIAH??????....SUATU YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN KALAU BENAR....
Sebaik saja mengambil-alih kerajaan negeri, PAS mewar-warkan bahawa pelaburan Industri Solar di Kedah adalah usaha mereka.
Kilang First Solar disenaraikan sebagai pelaburan usaha kerajaan PAS sebagaimana digambarkan oleh blogger PAS dan Warta Darulaman (sebuah akhbar kerajaan yang telah ditukar menjadi akhbar politik). Ceritanya berbilion-billion, walaupun itu hanyalah kisah lembu punya susu, sapi punya nama.
Sebagaimana sebelum ini, bilamana terdapat masalah dan isu besar dalam bekalan air oleh SADA, kerajaan negeri cepat-cepat menunding kepada kerajaan pusat. Sebaliknya apabila loji atau lori bekalan air baru dirasmikan, secara ajaibnya SADA kembali kepada menjadi milik kerajaan Negeri dibawah PAS yang kononnya prihatin terhadap rakyat. Jika ada pula isu air timbul, maka kerajaan pusat pula yang akan dikatakan bertanggungjawab.
Mudah sungguh kerja PAS.
Berita rasmi terkini, First Solar akan menutup 4 pengeluarannya di Kulim Hi_Tech dan 500 orang pekerja akan dibuang pada peringkat awal.
Apakah persediaan kerajaan negeri yang mengaku membawa pelabur tersebut masuk? Apa akan berlaku kepada pekerja yang dibuang? Apakah usaha penempatan semula kepada mereka? Usah diharap, malah Ustaz Azizan atau YB Amiruddin pun tidak peduli. Apa susah, jika krisis begini berlaku, ia akan dikatakan tanggungjawab kerajaan pusat.
Itupun kalau dijawab, kalau Ustaz jawab "saya tak tau..mana saya tau.", nganga lagi la rakyat Kedah.
First Solar to cut factories, trim 2,000 jobs
LA Times
In what executives now call a "fundamentally changed" solar industry, thin-film panel maker First Solar Inc. is closing down factories and cutting 2,000 workers.
The layoffs represent 30% of the Tempe, Ariz.-based company’s global workforce. First Solar is also planning to close down a factory in Frankfurt, Germany, later this year while indefinitely idling four production lines at its facility in Kulim, Malaysia, on May 1.
The workforce reductions, which will cost First Solar up to $70 million in severance, will also reach employees in the U.S.
The scale-back is expected to save the solar giant as much as $60 million this year and then up to $120 million a year after.
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2012/04/first-solar-tutup-operasi-4-pengeluaran.html#ixzz1saqQRBk3
Info yang MTK dapat dari fb sini
Dua hari lepas Pas kedah melalui exconya S Manikumar menganjurkan Pesta Songkran peringkat negeri Kedah di wat siam Kg China Padang Kerbau tapi rupa rupanya ramai masyrakat siam yang marah sebab pesta songkran pada mulanya dijanjikan hendak dibuat di wat siam Paya Mat Inson tapi diubah ke wat lain di wat Kg baru,itu pun tak jadi lepas tu diubah Ke Kg China Padang Kerbau.
Masyarakat siam rasa marah sebab dipermain dan diperbodohkan oleh manikumar,yang jadi masalahnya exco manikumar (PKR) yang ditugaskan untuk menjaga kaum india dan siam di kedah tidak berunding terlebih dahulu dengan wakil penduduk di situ..
Rata rata diantara mereka marah sebab pesta songkran yang diadakan di wad Kg Baru dikenakan bayaran RM 20 setiap seorang yg hadir dalam pesta di situ.Menurut wakil orang siam disitu "Umno buat pesta songkran ni free saja.tapi dengan pas kita pulak kena bayar.Apa dah jadi dengan pas ni "kata wakil kaum siam kedah"...
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid bin Ramli dengan sukacitanya telah meluluskan sejumlah peruntukkan untuk membaiki jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting.
Perkara ini telah disahkan oleh YB Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad, ADUN Kawasan Kuah kepada MKT pada pagi ini. Difahamkan juga peruntukkan sebanyak RM500,000 akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikian dan penyelenggaraan jambatan tersebut dan ianya akan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya daerah Langkawi.
Dengan pembaikian jambatan ini maka akan memudahkan penduduk kedua-dua buah pulau yang seramai 4,000 orang berulang-alik dan membantu menarik kembali sektor pelancongan yang semakin muram akibat kerosakan jambatan tersebut.