Rabu, 11 September 2013

APAKAH BERITA INI HARAKAH SIARKAN????

BEBERAPA MINGGU LEPAS RINGGIT MENYAKSIKAN PENURUNAN. MAKA DISALAKKAN OLEH JUAK-JUAK PR BAHAWA EKONOMI NEGARA SEMAKIN GAWAT. HABIS ISU TERSEBUT DICANANGKAN. ISU MINYAK PULA KINI DIJADIKAN PERISA TAMBAHAN OLEH MEREKA.....TAPI.....APAKAH BERITA TERBARU INI AKAN MELREKA LAPORKAN ATAU SEKADAR BERHARAP BERITA INI TIDAK BENAR????? JOM KITA TENGOK BERITA DI BAWAH....
Kuala Lumpur 11 Sept. - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, meneruskan peningkatannya selama tiga hari berturut-turut, dirangsang oleh kenaikan indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia dan unjuran positif ekonomi Malaysia bagi suku ketiga tahun ini, kata para peniaga. IPP naik 7.6 peratus tahun ke tahun bagi Julai. Ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 3.2600/2630 daripada 3.2785/2815 semalam. Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.5710/5735 daripada 2.5807/5849 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.2506/2542 daripada 3.2742/2789 pada Selasa. Ringgit tinggi berbanding pound British kepada 5.1469/1529 daripada 5.1486/1546 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.3267/3313 daripada 4.3434/3480 pada Selasa. - Bernama

Tidak ada komentar:

Posting Komentar