Tampilkan postingan dengan label 1MALAYSIA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 1MALAYSIA. Tampilkan semua postingan

Rabu, 11 September 2013

APAKAH BERITA INI HARAKAH SIARKAN????

BEBERAPA MINGGU LEPAS RINGGIT MENYAKSIKAN PENURUNAN. MAKA DISALAKKAN OLEH JUAK-JUAK PR BAHAWA EKONOMI NEGARA SEMAKIN GAWAT. HABIS ISU TERSEBUT DICANANGKAN. ISU MINYAK PULA KINI DIJADIKAN PERISA TAMBAHAN OLEH MEREKA.....TAPI.....APAKAH BERITA TERBARU INI AKAN MELREKA LAPORKAN ATAU SEKADAR BERHARAP BERITA INI TIDAK BENAR????? JOM KITA TENGOK BERITA DI BAWAH....
Kuala Lumpur 11 Sept. - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, meneruskan peningkatannya selama tiga hari berturut-turut, dirangsang oleh kenaikan indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia dan unjuran positif ekonomi Malaysia bagi suku ketiga tahun ini, kata para peniaga. IPP naik 7.6 peratus tahun ke tahun bagi Julai. Ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 3.2600/2630 daripada 3.2785/2815 semalam. Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.5710/5735 daripada 2.5807/5849 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.2506/2542 daripada 3.2742/2789 pada Selasa. Ringgit tinggi berbanding pound British kepada 5.1469/1529 daripada 5.1486/1546 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.3267/3313 daripada 4.3434/3480 pada Selasa. - Bernama

Senin, 24 Juni 2013

SAAT CINA SEMAKIN CINA...INDIA SEMAKIN INDIA...MELAYU SEMAKIN APA?

KPS CUBA MENGGUNAKAN PERKATAAN ELOK DAN MOLEK. TETAPI HAKIKAT JUALAH YANG MENCERITAKAN. SEORANG LELAKI INDIA YANG KAKINYA BERKULAT TELAH MELETAK SELIPAR PADA GAMBAR MUKA PM NAJIB PADA 22/6/2013 LALU DI PADANG MERBOK, KL SEMPENA PERHIMPUNAN HARAM BERUKOUT505. DIA SANGAT-SANGAT BERTUAH. YA, SANGAT-SANGAT LAH BERTUAH. KENAPA? YANG PERTAMA DIA BERBANGSA INDIA. SEMASA ISU KUIL DI SELANGOR SEDIKIT MASA DULU, SEORANG INDIA MENGHINA AZAN DIBIAR BEBAS TETAPI SEKUMPULAN MELAYU BERARAK KEPALA LEMBU DIHUKUM. INILAH NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU. DAN KENAPA LAGI LELAKI INDIA YANG MELETAKKAN SELIPAR DI MUKA PM NAJIB SANGAT BERTUAH???????
KERANA KALAU LELAKI INI MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT DI NEGARA INDIA KEPADA ORANG INDIA, NESCAYA DIA AKAN DILUDAH DAN DIKENCING DITEPI JALAN. MALAH DIA AKAN DICINCANG LUMAT OLEH ORANG RAMAI.......
KALAU DI NEGARA CHINA PASTI DIA AKAN DAPAT HUKUMAN TEMBAK SAMPAI MATI ATAU PUN HILANG TANPA DIKESAN.
DAN KALAU LELAKI INDIA INI MELAKUKAN PERKARA INI DI BEBERAPA BUAH NEGARA ASIA BARAT, DIA AKAN DIHUKUM TEMBAK DEPAN KHALAYAK....
TETAPI LELAKI INDIA INI SANGAT BERTUAH DAN BERNASIB BAIK....KERANA DIA MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT DI BUMI UMAT MELAYU....SANGAT BERTUAH,,,,,RENUNG-RENUNGKAN......

Minggu, 12 Mei 2013

SENARAI KANTOINYA PR TENTANG ISU 'BLACK OUT' DAN BANGLA

PAKATAN RAKYAT TIDAK DAPAT MENERIMA QODO DAN QODAR ALLAH SEBALIKNYA MEREKA TELAH MENAMBAH RUKUN IMAN YANG KE-7 IAITU BERIMAN KEPADA INTERNET. MAKA, APA SAHAJA YANG DIPERKATAKAN OLEH KERAJAAN WALAUPUN BERFAKTA ADALAH SEMUA MENIPU BAGI MEREKA. SEBALIKNYA SEMUA PENIPUAN PEMBANGKANG ADALAH KEBENARAN TANPA PERLU DISELIDIKI. MAKA ISU 'BANGLA' DAN 'BLACK OUT' DIJADIKAN MODAL DIJAJA SERATA DUNIA. TIDAK TERKECUALI POLIS DAN SPR DIMAKI CERCA KONONNYA MEMBERI KEMENANGAN KEPADA UMNO/BN. DALAM MENDEPANI ISU SEPERTI INI, PENCERAHAN WAJAR DILAKUKAN.... MENURUT SUMBER KELDAIAN DAILY, 40 RIBU PENGUNDI HANTU DIKESAN....GAMAKNYA DEPA KIRA SORANG-SORANG....MAKA, BANGLA-BANGLA PENGUNDI HANTU PR YANG BERTEBARAN DI MEDIA SIBER PUN TERSEBAR DAN DALAM MASA YANG SAMA TERKANTOI BESAR...... DI ATAS DIKANTOIKAN SENDIRI OLEH PENYOKONG PR.....DIBELA OLEH KELUARGA CINA.......MAKA LELAKI INDIA INI DINAKI DAN DICACI OLEH PUAK-PUAK PR.... LELAKI INI DIBELASAH...KERANA RUPA FIZIKAL...APAKAH KEJAMNYA PR INI OTAI REFORMASI JUGA MATI PUCUK KERANA TERKANTOI FITNAH ORANG PKR SENDIRI SEBAGAI BANGLA.... LELAKI INDIA INI TANPA APA-APA KESALAHAN DIHINA SEBAGAI BANGLA OLEH PUAK PR.... KANTOI LAGI.....ADOILAH.....
Puak pembangkang ini ingat Rakyat Malaysia bodohkah nak percaya modus operandi mereka. Bangla-bangla ini yang baru sampai 2-3 hari atau 2-3 minggu lalu, bagaimana mereka hendak mengundi jika nama tiada dalam pendaftaran? Propaganda Anwar dan Pakatan ini betul-betul Third Class punya propaganda! Mereka semua desperate dan tak dapat menerima hakikat bakal kalah besar, maka Anwar mengarahkan cipta propaganda murahan ini. SPR kena alert di PDM kerana PKR sedang menghantar Bangla, Mynmar dan Indon dengan memberikan IC Palsu dan wang RM500. Mereka akan salahkan SPR! *** Bangla-Bangla, Mynmar dan Indon yang terpedaya dengan tipu helah PKR kini berada di Balai Polis Briecfield, Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dua orang di Ibu Pejabat Polis, Putrajaya. *** Pihak SPR telah dimaklumkan hal ini dan Press Conference akan diadakan tidak lama lagi. (Sumber: Intelligence))-MYMASSA
APA DOSA LELAKI INI DITANGKAP OLEH DAP MAHA RASIS????? KLIK DALAM ISU BLACK OUT PULA, IANYA ADALAH PENIPUAN JUAK-JUAK PAKATAN SEMATA..... APA LAGI NAK DIBOHONGI P-AK NUAR????? ORANG MUDA PUN DAH BERSUARA..... KALAU JUAK-JUAK PR NAK SANGAT....ANWAR JADI PM....PAK NUAR JADI PM OLOK-OLOK DI BAWAH,,,,,, WOOWOWOOW....WOWOOWOWOW...BRABO......BRABO.....PEWIIIIIITTTTTTTT........

Sabtu, 23 Maret 2013

#243....HARI PALING GELAP DALAM SEJARAH PENTADBIRAN GUAN ENG

24 MAC 2013
SPEAKER SQUARE, PADANG KOTA
3 PM- 7 PM
#REMPUH243
LU 'TOKONG GUAN ENG' JANGAN MANYAK SOMBONG.....LU MAU TENGOK TSUNAMI DI PENANG.....LU TUNGGU #243.....PENANG MAU GEGAR..... SETIAP LORONG, SETIAP INCI PENANG AKAN MENYAMBUT KEBANGKITAN RAKYAT, LU TOKONG BOLEH TUMBANG....... AIYAAKKKK...KASI GEMPAQ SIKIT SUDAH TAKUT......MANYAK KESIAN...

Rabu, 30 Januari 2013

PROGRAM ANAK MUDA BERSAMA PM ESOK DI KEDAH

ESOK AKAN BERLANGSUNG PROGRAM ANAK MUDA BERSAMA PERDANA MENTERI DI SUKA MENANTI ALOR SETAR KEDAH. MOHON KEPADA SEMUA PIHAK DAPAT MENYEBAR LUAS MAKLUMAT PROGRAM INI. WALAUPUN DALAM TELEVISYEN SUDAH DIKELUARKAN IKLAN, ADALAH LEBIH BAIK SEKIRANYA PEMBERITAHUAN DARI HATI KE HATI RAKAN-RAKAN SERTA SANAK-SAUDARA KITA MENGENAI PROGRAM INI YANG TURUT MENYEDIAKAN PELUANG KERJAYA DAN SAMBUNG BELAJAR....
ANAK MUDA 1MALAYSIA MAJORITI BERSAMA PM NAJIB

Selasa, 22 Januari 2013

PM NAJIB TEPATI KATA-KATA IMAM MASJID AL-AQSA

GAZA 22 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka tiba di sini hari ini akan mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di bumi Palestin. Beliau yang melakukan lawatan kemanusiaan akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Hamas. Najib juga akan menerima Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al -Aqsa. Turut serta dalam lawatan itu ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. - UTUSAN
PENTING DICATAT, REGIM ZIONIS HANYA AKAN MENJAMIN KESELAMATAN PEMIMPIN NEGARA YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL. NEGARA MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL SEPERTI MESIR. MAKA, PM NAJIB BESERTA ISTERI BERSAMA DENGAN KONVOI MEREKA TERDEDAH KEPADA SERANGAN 'MENGKHINZIR BUTA' ZIONIS LAKNATULLAH. TETAPI PM KITA BERJIWA BESAR DAN TETAP JUGA KE GAZA DENGAN HANYA DIKAWAL OLEH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA....
SEBELUM INI IMAM MASJID AL-AQSA PERNAH MENYEBUT DALAM PROGRAM "FIQH MENTAATI PEMIMPIN" YANG DIANJURKAN MALAYSIA BAHAWA MALAYSIA ADALAH BARISAN HADAPAN DALAM MEMBELA NASIB PALESTIN. MALAH DATO' AZEEZ PRESIDEN KELAB PUTERA 1MALAYSIA JUGA DILANTIK SENDIRI OLEH PERDANA MENTERI HAMAS SERTA KABINET HAMAS SEBAGAI DUTA KEHORMAT BAGI PIHAK PALESTIN.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAU SELAMATKANLAH PERJALANAN PERGI DAN BALIK PERDANA MENTERI KAMI YANG TERCINTA, KAU PERMUDAHKAN SEGALANYA, KAU HADIRKANLAH SENYUMAN KEPADA SAUDARA KAMI DI PALESTIN, SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN DAN MAKMUR, AMIN.....

Jumat, 31 Agustus 2012

MATI BERHADAPAN BAJINGAN ADALAH SUATU YANG MULIA

KPS SECARA PERIBADI BERAIR MATA MELIHAT KEBIADAPAN JUAK-JUAK PENCACAI NI. BUKAN SEDIKIT DARAH, NYAWA SERTA PENGORBANAN YANG TERTUMPAH KERANA INGIN MEMPERTAHANKAN JALUR GEMILANG INI. DALAM ISLAM BENDERA ATAU PANJI AMAT DITITIK BERATKAN. APAKAN DAYA APABILA ADA 'VIRUS' DIKALANGAN KITA SENDIRI YANG MENGHANCURKAN SERTA MNGHINA DENGAN SEKERASNYA BENDERA KITA SENDIRI. KPS BUKAN ASKAR ATAU PEJUANG YANG MENGHUNUS SENJATA BERHADAPAN MUSUH DALAM MENEGAKKAN SEBUAH NEGARA BERNAMA MALAYSIA. TETAPI SEKURANG-KURANGNYA KPS BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA PEJUANG-PEJUANG INI. AYAH KPS JUGA ANTARA MEREKA YANG BERJUANG DEMI KESELAMATAN TANAH AIR. DALAM PERLEMBAGAAN PERKARA 25 MUNGKIN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MELUCUTKAN KERAKYATAN BAJINGAN-BAJINGAN INI. TETAPI KPS UKUP MAKLUM BAHAWA PAK MENTERI BERKENAAN PASTI KECUT TELOQ UNTUK MELAKSANA TUGAS TERSEBUT. TAPI KPS BERSUMPAH, KALAU NAIK BENDERA INI DI MANA SAHAJA YANG MAMPU KPS SAMPAI PASTI HANCUR KPS CINCANG LUMAT BENDERA TERSEBUT. KALAU KPS SEBUT KPS SAYANG NEGARA KPS, INI BUKAN BERMAKNA KPS TIDAK SAYANG ALLAH. KALAU KPS CINTA TANAH TUMPAH INI, BUKAN BERMAKNA KPS TIDAK CINTA RASULULLAH. KALAU KPS KATAKAN KPS HORMAT MAK DAN AYAH KPS TIDAK BERMAKSUD KPS TIDAK HORMAT KEPADA ISLAM....TAPI KALAU BAJINGAN TAK HORMAT KEPADA JALUR GEMILANG, LEBIH BAIK MEREKA BERAMBUS DARI TANAH BERTUAH INI. DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG. APALAH GUNANYA MERASAKAN TANAH TUMPAH TELAH MERDEKA SEDANGKAN BAJINGAN-BAJINGAN PENJAJAH MASIH BEBAS DAN MELATA BERTOPENG 'BERSIH' TETAPI HANYIR PELAKUANNYA.....AYUH KITA 1MALAYSIA MENGAJAR MEREKA INI ERTI MERDEKA YANG SEBENAR......

Rabu, 15 Agustus 2012

DATO' PUNCH GUNALAN MENINGGAL DUNIA

Legenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Bekas bintang badminton Malaysia, Datuk Punch Gunalan, 68, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini pagi ini selepas bertarung dengan penyakit. Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, bergu dan bergu campuran (1961-1963). Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962. Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973. Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970. Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand. Punch Gunalan dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974. Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992. - BERNAMA

Minggu, 29 Juli 2012

PM NAJIB TERUS BUAT ANWAR MEROYAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai pemimpin keenam paling popular di dunia oleh sebuah firma perhubungan awam dan komunikasi antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Burson-Marsteller. Menurut kaji selidik Twiplomacy yang telah dijalankan oleh firma nombor satu dunia itu, Najib merupakan antara pemimpin dunia yang aktif menggunakan akaun Twitter secara tulen. Jelas kaji selidik tersebut, Perdana Menteri ketika ini mempunyai lebih 750,000 pengikut dan jumlah itu bertambah setiap hari. "Ini sekali gus menjadikan beliau (Najib) sebagai pemimpin negara yang paling popular di Asia di laman Twitter iaitu satu dalam 37 (per kapita) dan juga dengan selesa menduduki dalam ranking 10 pemimpin paling popular di dunia. "Tidak dinafikan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan pemimpin paling popular dunia, namun Najib juga merupakan antara pemimpin yang tidak kurang popularnya dalam kalangan rakyat," kata Twiplomacy. Kata Twiplomacy, kedudukan akaun Twitter Najib pula boleh dirumuskan sebagai nombor dua paling aktif di Asia dan ke-17 di dunia berbanding akaun-akaun ketua kerajaan dan institusi lain. "Perdana Menteri Malaysia ini juga dianggap antara pemimpin terawal yang berjaya menyesuaikan diri dengan penggunaan Twitter, ini juga merupakan contoh terbaik yang menampilkan betapa maju serta kehadapan pemikiran masyarakat di Malaysia," katanya. Baru-baru ini Universiti Oxford turut mengeluarkan kenyataan kaji selidik mereka yang menunjukkan Malaysia menguasai kedudukan ketiga paling tinggi penggunaan Twitter secara meluas berbanding negara-negara barat.

Senin, 28 Mei 2012

FATWA DARI MASJIDIL HARAM BUAT NIK AZIZ TERCIRIT

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan. Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan. Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Rabu, 25 April 2012

JANGAN KITA IKUT EMOSI....13 MEI TIDAK PATUT BERULANG

DIBERITAKAN ADA SEORANG PENGAMAL SILAT YANG TELAH DISERANG DENGAN PARANG KINI TERLANTAR DI HOSPITAL. DIKHABARKAN INI MELIBATKAN ISU PERKAUMAN, KPS MINTA KITA TIDAK KERUHKAN LAGI KEADAAN, POLIS AKAN SELESAIKAN PERKARA INI.

Rabu, 14 Maret 2012

DATO' SERI ZAMBRY KONGSI PENGALAMAN .....ANDA PERLU DENGAR




SEBELUM NI KITA DAH TENGOK GAMBAQ MB PERAK MENOLONG MANGSA KEMALANGAN,,,,DAN KITA TENGOK PULAK VIDEO MB DS ZAMBRY KONGSI PENGALAMAN MASA ITU.

Kamis, 01 Maret 2012

TERIMA KASIH PM, GUAN ENG LU TERJUN LOMBONG


KPS NAK BERCERITA. CERITA TENTANG LEBUH RAYA. PADA MASA TUN MAHATHIR BUAT LEBUH RAYA DAN KENA BAYAR TOL, PUAK-PUAK MANA YANG BERBARING DI ATAS JALAN DENGAN NIAT RAKYAT TIDAK MENGGUNAKAN LEBUH RAYA ? SETELAH SEKIAN LAMA PUAK-PUAK TERSEBUT PULA NAK BUAT LEBUH RAYA BAGI MENGATASI KESESAKKAN DI TEMPAT MEREKA. MALAH DULU PUTRAJAYA INGIN DILELONG KINI HENDAK TAWAN PULA. DAN INGATKAH ANDA SIAPA YANG BAPAKNYA DULU KRITIK JAMBATAN PULAU PINANG ? DAN SEKARANG ANAKNYA PULA INGIN JAMBATAN KE DUA. UNTUK ISU TOL, JAWAPANNYA PAS. DAN UNTUK ISU JAMBATAN PULAU PINANG, JAWAPANNYA GUAN ENG SERTA PAPANYA IAITU KIT SIANG.



ANTARA JANJI GUAN ENG PADA PRU- 2008 IALAH INGIN MENGHAPUSKAN SEBUAH TOL DI PULAU PINANG. TOL NI KITA KENA BAYAQ RM 0.50 KALAU PI BALIK MAKNANYA RM 1. GUAN ENG KATA NAK ROBOH TAPI SEBALIKNYA BERLAKU IAITU IA DICAT BARU. DALAM BEBERAPA MASA TERKEBELAKANG GUAN ENG JANJI PULAK NAK BAGI TOL FREE SELURUH NEGARA. SAPA YANG BENGONG SAJA AKAN PERCAYA. KPS TABIK PADA PM. KENAPA ????? BACA DI BAWAH.....






Kadar tol bernilai RM1 di Batu 9 Cheras - Lebuhraya Kajang menuju ke Kuala Lumpur dan tol 90sen di Batu 11 menuju ke Kajang akan dimansuhkan mulai tengah malam ini (Khamis), umum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pemansuhan caj tol berkenaan akan mengurangkan separuh kadar tol bagi 120,000 pengguna lebuhraya Grand Saga Cheras-Kajang setiap hari.

Sabtu, 04 Februari 2012

PKR BANTAH NAJIB SEBAB PAK NUAR TIDAK DIJEMPUT.....LANTAK HANG PA LA PKR


APA NAK JADI DENGAN PEMBANGKANG NI. BANTAH PROGRAM PM HANYA KERANA PAK NUAR TIDAK DIJEMPUT. BIARLAH PM SAJA YANG DIJEMPUT, PAK NUARKAN SAKIT BELAKANG. KALAU YANG BANTAH TU NGO ATAU JAWATANKUASA TEMPAT BERKENAAN TAK PA JUGAK, NI YANG BANTAH PKR JUGAK, MEMANG SAH-SAH LA ADA UNSUR POLITIK. APA PUNYA PKR NI. PAK NUAR MUNGKIN ADA JEMPUTAN DI ISRAEL MASA TU. MANA HANG PA TAU. KEPADA PKR, SILA BUANG POLITIK SEMPIT ANDA.


Motif politik: PKR bantah lawatan Najib ke Batu Caves
11:14AM Feb 3, 2012
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks kuil Batu Caves kuil bersempena sambutan Thaipusam minggu depan hanya bermotifkan politik, dakwa ahli-ahli PKR.

Sehubungan itu, ketua penerangan PKR Kepong PKR, MS Arjunan dan ketua pemuda cawangan itu A Kalaimughilan membuat laporan polis pada hari Rabu lalu sebagai membantah lawatan tahunan Najib ke kuil itu yang dijadualkan pada 7 Feb ini.

Minggu lalu, jawatankuasa kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mengunjungi kuil berkenaan kerana bimbang ia mungkin mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Jika Najib berdegil untuk datang, Arjunan dan Kalaimughilan berkata mereka akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang bagi membuat bantahan.

Najib adalah a perdana menteri kedua yang melawat kuil Sri Subramaniam di Batu Caves semasa Thaipusam. Sebelum ini, hanya ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang berbuat demikian.
"Jelas Najib tahu bahawa BN parti itu tidak akan dapat sokongan daripada kalangan kaum India," kata Kalaimughilan dalam satu kenyataan.

Beliau juga membidas presiden jawatankuasa kuil itu, R Nadarajah yang mendakwa bahawa sambutan Thaipusam perlu "bebas dari politik".

"Pihak pengurusan juga perlu bertindak dengan adil dan berkecuali, tidak menyebelahi mana-mana pihak, jika mereka jemput Najib, mereka juga perlu jemput Anwar Ibrahim tanpa sebarang motif politik," katanya.

Beliau menambah bahawa lawatan Najib juga akan menjadi menggangu acara keagamaan penganut Hindu kerana langkah keselamatan akan diperketatkan dengan kehadiran perdana menteri itu.

Sabtu, 12 November 2011

EDISI ULANG SIAR : 1MALAYSIA YANG BERBEZA DENGAN MALAYSIAN MALAYSIA


EDISI ULANG SIAR.....KPS AKAN MENYIARKAN SEMULA PENDAPAT KPS SECARA PERIBADI TENTANG 1MALAYSIA. RAMAI YANG MASIH TIDAK FAHAM ATAU SENGAJA BUAT-BUAT TAK FAHAM DENGAN MENYAMAKAN KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA. JADI, KESEMPATAN INI KPS AMBIL PELUANG UNTUK JELASKAN DENGAN CARA YANG TERSENDIRI....


NOTA: MUNGKIN AKAN ADA KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN TATABAHASA KERANA PENULISAN INI ADALAH SPONTAN DAN BERTERUSAN DALAM MASA BEBERAPA JAM SEORANG DIRI MENAIP.



1MALAYSIA: TRANSFORMASI BANGSA GLOKAL BERJENAMA GLOBAL.


Setelah kita mengatasi perjalanan sejauh lima dekad usia kemerdekaan, melangkaui hampir 47 tahun sesama kita tidak kira di utara, selatan, timur dan barat dijenamakan sebagai warganegara Malaysia, mengapa masih ada yang fobia dengan pencapaian ini justeru sanggup menconteng arang dengan mencipta seribu macam kebobrokkan 'bumi bertuah' ini dengan pelbagai mitos kekhilafan tanah tumpah darah ini kepada negara penjajah di seberang laut? Sebelum terlerai roh perjuangan yang besar, marilah kita tanpa ada rasa kesangsian bersama dengan gagasan 1Malaysia bermutasi secara tranformasi untuk bergerak dalam saf yang sama, berlagu dalam nada yang serupa, serta bermimpi dengan cerita yang selari skripnya. Ungkapkan dalam diri setiap kita “Hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Biar hina, andai masih jauh kebelakang, hatta penuh selut dan lumpur mahupun terpahat calaran sejarah yang nan hitam, ia tetap tanah tumpah darahku. Tiada dua atau tiga, langsung tiada reformasi pada kedaulatan perlembagaannya yang luhur kerana hanya wujud satu di dunia, Malaysia bumi bertuah sejak dulu, sehingga kini, bahkan untuk selamanya.”
Justeru pada kecenderungan itu, bagi melahirkan modal insan kelas pertama bertunjangkan tenaga tempatan bertaraf global, rakyat secara total perlu melepasi sempadan perbezaan warna kulit, memahami juga saling menghormati warna-warni kebudayaan yang pelbagai, tutur kata yang bermacam sebutan serta tulisan yang berjuta bentuk ragam. Sebagai terjemahannya, kita perlu mengkaji falsafah di sebalik zahirnya sepasukan pengakap kanak-kanak seramai 31 orang bersedia memperaga pelbagai disiplin gerakkan kawad dalam suatu pertandingan. Hadirin di luar gelanggang mula mempersoalkan kewibawaan 'wira-wira kecil' di tengah gelanggang tersebut dengan beribu andaian. Apakah mereka yang baru setahun jagung itu mampu untuk bersatu dalam melakukan pelbagai disiplin gerakan yang memerlukan ketepatan sedangkan orang dewasa pun tidak bersatu malah bertelagah dalam perkara yang lebih asas? Mampukah mereka 30 orang itu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada seorang ketua padahal mereka dilahirkan oleh 30 orang ibu yang berbeza, tambahan pula setiap mereka dikandungkan di dalam 30 rahim yang berlainan? Orang dewasa pun sanggup berdemonstrasi di jalanan semata-mata ingin menyatakan protes kepada kerajaan yang telah dipilih oleh majoriti daripada mereka. Apakah sudah wujud titik persamaan di hati 31 orang anak kecil ini untuk melengkapkan pelbagai paksi gerakkan semasa melakukan formasi dengan peranan sendiri tanpa dihasut oleh perbezaan warna kulit, berlainan akidah serta rumpun budaya yang kontra? Dengan berpegang kepada semangat 1Malaysia, tersemat kukuh di hati sanubari mereka tiada perbezaan melalui uniform yang mereka gunakan adalah seragam, arahan ketua adalah tanggungjawab tidak sebagai beban untuk diderhakai, dan paling utama, mereka bukannya ingin dilihat sebagai individu tetapi sebagai satu pasukan yang bergerak serta melangkah secara bersama dalam merealisasikan formasi berpasukan.
Semangat 1Malaysia bukanlah sesuatu yang baru, ia lebih kepada kesinambungan yang diwarisi setiap pemimpin tertinggi negara secara konsisten sejak negara ini digelar tanah melayu lagi. Tranformasi negara yang sebenar dalam semangat 1Malaysia ialah keadaan dimana kaum yang bukan asal dari tanah melayu mendapat kerakyatan negara ini disamping mereka menerima hak istimewa penduduk asal negara ini dalam beberapa perkara dengan semangat muhibah. Perkara ini boleh diterjemahkan sebagai sebuah rumah yang mempunyai keluarga yang besar, mereka bersama-sama menjaga keharmonian rumah tersebut dengan “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Di samping itu juga hak abang sulong dalam keluarga tersebut dalam sesetengah perkara tidak perlu dipersoalkan kerana beliau lebih berhak bagi menstabilkan keadaan isi rumah keluarga tersebut. Seluruh warga negara ini seharusnya menghayati keadaan kepelbagaian ini dengan penuh cermat bagi menzahirkan jiwa 1 bangsa di 1 negara tanpa mengugat hak masing-masing yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan berlandaskan nilai-nilai rukun negara yang lima.
Melalui prinsip penerimaan dalam konsep rukun negara, seluruh masyarakat majmuk di negara Malaysia ini harus mencari suatu titik persamaan, bukan melebarkan lagi jurang perbezaan yang sedia wujud. Ini jelas dalam dalam amanat Perdana Menteri Malaysia yang kedua, “Adalah tidak mustahil pendapat dan fahaman kita yang berbeza itu dipebesar-besarkan sehingga membawa pecah-belah di kalangan rakyat yang berbilang keturunan.” Asas prinsip penerimaan dalam konsep 1Malaysia ini sekiranya dijiwai pasti akan mengelakkan terus prototaip seperti pergolakkan di bumi asing yang boleh menjurus kepada perang saudara yang mengorbankan nyawa, rusahan jalanan yang menekan kestabilan ekonomi disamping 'memijak' imej negara diperingkat dunia sebagai sasaran propaganda media asing yang memberi laporan berat sebelah yang menjurus kepada gagalnya penyatuan rakyat berbilang kaum di negara sendiri.
Prinsip kenegaraan yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia berkehendakan seluruh warga bersatu padu membangunkan ekonomi tanpa mempertikai hak keistimewaan bumiputera. Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya menyebut “Orang melayu, orang cina, india serta lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpukan dan menumpahkan darah serta berkerja membanting tulang di negeri ini, tinggal dengan baik di antara satu sama lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.” Tegaslah di sini, unsur provokasi atas nama hak asasi manusia mahupun keadilan sosial seperti tuntutan yang keterlaluan serta tidak berasas perlu dihindari kerana “api dalam sekam tidak nampak, namum bara tetap menyala.” Pepecahan secara halus mungkin terjadi hinggakan tidak dapat dikesan oleh keadaan.
Tun Abdul Razak pernah berkata “Kita jangan hanya berfikir apa yang kita akan dapat dari kerajaan dan negara, sebaliknya apa yang kita sumbangkan kepada negara.” Nilai ketabahan penting disematkan kepada warga Malaysia kerana ia mampu menzahirkan sesuatu yang positif. Dengan mempunyai nilai ketabahan ini sejarah telah melakarkan Parameswara berjaya menjadikan sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah Empayar Melayu yang ulung. Oleh itu, pemikiran yang positif dapat terhasil seterusnya rakyat dapat merasionalkan kegagalan supaya dineutralkan lalu memanipulasikan kegagalan tersebut ke dalam bentuk pendekatan yang berbeza dan kretaif pada masa akan datang.
Nilai seterusnya ialah membudayakan kecemerlangan kerana kejayaan atau kemunduran sesebuah negara bergantung kepada budaya kecemerlanagn yang dipraktikkan oleh masyarakatnya. Dasar pandang ke timur yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir supaya rakyat negara ini mengasimilasi semangat kuat bekerja, kreatif serta inovatif dan bersungguh-sungguh ke dalam budaya kerja tempatan supaya lebih produktif bagi menjana ekonomi serta kemajuan negara ini seperti kata Tun Abdul Razak “Kemajuan negara bergantung kepada apa yang disumbangkan oleh rakyat.”
Nilai yang kelima ialah rendah hati. Ini bermaksud kita hendaklah menzahirkan kelebihan yang dimiliki secara munasabah supaya tidak mengundang cacian masyarakat. Merendah diri adalah bertempat yang tidak bermaksud kita tunduk atau mengalah kepada pihak lain tetapi lebih menjurus kepada untuk menampakkan budaya timur yang sopan dan dalam jangka masa yang sama tetap teguh pendirian dan mempunyai jiwa yang besar tanpa dapat diganggu-gugat. Rakyat perlu mengamalkan nilai ini apabila ke luar negara degan membawa perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia tanpa segan untuk menyatakan kita sebagai rakyat Malaysia tetapi bukan dalam bentuk yang negatif seperti penindasan atau kekerasan. Pepatah melayu menyatakan “Ikut resminya padi, makin berisi makin menunduk.” dan “ular menyusur akar tidak akan hilang bisa.” Sebagai contohnya, seluruh warga pemimpin sama ada diperingkat rendah hinggalah ke peringkat tertinggi perlu mengamalkan sikap 'tawadhuk' iaitu sikap merendah diri tanpa merasa lemah atau rendah serta hina.
Nilai berikutnya adalah kesetiaan. Kesetiaan bermaksud setiap daripada kita mengakui kedaulatan perlembagaan negara dengan sepenuh hati tanpa ada perasaan yang berbelah bahagi sedikit pun serta berikrar taat setia kepada rukun negara yang lima mengatasi 'dinding' perkauman yang telah berlumut dengan membuka lembaran sejarah baru yang lebih menyerlah supaya perpaduan lebih cemerlang, kerjasama ke arah perpaduan lebih gemilang seterusnya melahirkan bangsa Malaysia yang terbilang seperti amnat Tun Abdul Razak iaitu “Memupuk taat setia yang tidak berbelah bahagi serta memahami hak serta keistimewaan masing-masing menjadi tanggungjawab utama rakyat kepada negara.”
Dalam menghadapi cabaran globalisasi yang getir dewasa ini, seharusnya nilai meritokrasi perlu dilaksanakan aplikasikan supaya menjamin hanya yang terbaik akan dikeluarkan oleh negara bagi meningkatkan prestasi negara dalam pelbagai aspek di samping bagi memacu kemajuan hingga tahap tertinggi. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka dan pastinya akan menyebabkan sesetengah pihak berada di hieraki terbawah dalam lapangan pendidikan akan 'tertimbus' dan masih memerlukan komitmen jitu kerajaan untuk membantu golongan ini secara serius dan bersepadu. Dalam situasi ini, rakyat diajar tranformasi menghadapi realiti secara sepenuhnya bagi membiasakan diri apabila waktu menuntut liberalisasi secara keseluruhannya kepada negara beberapa ketika nanti.
Sesebuah negara bukanlah dinilai melalui kekuatan ketenteraan semata-mata tetapi yang lebih dominan ialah kemampuan sesebuah negara menguasai ilmu pengetahuan yang jauh mengatasi kekuatan ketenteraan seperti kata-kata Tun Dr. Mahathir “ Tidak ada sesuatu yang lebih melemahkan semangat daripada kurang pengetahuan. Kita tidak mahu rakyat Malaysia lemah semangat sehingga mudah ditawan.” Oleh yang demikian, nilai pendidikan perlu menjadi teras dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia secara holistik. Walaupun wujud pelbagai aliran persekolahan di negara pada masa kini, pembudayaan 1Malaysia adalah perlu dirujuk dalam melaksanakan sebarang aktiviti bagi memupuk perasaan kesatuan pelajar diperingkat nasional.
Akhir sekali ialah nilai integriti. Merujuk kepada Pelan Integriti Nasional, integriti dapat dapat difahami sebagai kualiti unggul yang wujud secara keseluruhandan padu serta ia berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-harian. Yang menang tidak semestinya dapat semua dan yang kalah tidaklah hilang semua. Kejujuran dalam lapangan serta sagala aspek kehidupan perlu ditingkatkan supaya tahap keyakinan rakyat dapat mencapai tahap menyakinkan dalam apa jua bidang perkhidmatan. Segala kelemahan diterima dengan lapang dada dan faktor kelayakkan serta kemampuan diberikan pertimbangan yang setingginya. Jangan hanya berfikir sesuatu yang tidak memihak kepada kita boleh 'dibeli' kerana ini tidak melambangkan integriti kepada diri pengamalnya dengan menginsafi pepatah “Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.”
Kesimpulannya, sesuatu keuntungan yang ingin diperolehi perlu dimukan dengan modal yang terpaksa dikorbankan. Dalam perkara ini, pengorbanan sebenar dalam proses untuk menjana tranformasi bangsa ini ialah 'kemahuan politik.' Sehubungan dengan itu, para pemimpin perlulah sanggup untuk membuat sebarang keputusan dalam situasi sukar serta berani memilih pendekatan yang tidak popular demi kebaikan rakyat secara keseluruhannya. Pihak-pihak tertentu diminta supaya tidak membuat tuntutan yang tidak berasas dengan mempersoalkan perkara yang telah termaktub dengan jelas di dalam perlembagaan negara seperti islam agama rasmi negara, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kedudukan raja-raja melayu dan hak istimewa orang melayu dan bumiputera dengan mengatakan ianya tidak lagi relevan. Ini sebenarnya mengundang syakwasangka kerana perkara tersebut telah menjadi sebati dengan sejarah bangsa negara ini. Orang bumiputera telah banyak melakukan liberalisasi seperti dalam lapangan ekonomi serta sosial. Tun V.T. Sambanthan pernah menegaskan “ Di sini kita mendapati pemimpin melayu berkata, kita menerima mereka sebagai saudara, kita akan beri mereka setiap peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita berikaan mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya tanpa mengambil kira kebolehan berbahasa (melayu), ribuan orang cina dan ceylon menjadi warganegara.” Seterunya beliau melanjutkan ucapan, “ Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.” Berdasarkan ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak “ Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.” Inilah sebenarnya tranformasi yang perlu dihalusi untuk melahirkan modal insan kelas pertama seperti yang disebut oleh bekas perdana menteri Malaysia yang kelima seperti yang diimpikan oleh sekalian rakyat di sebuah negara yang bernama Malaysia.