Tampilkan postingan dengan label MELAYU. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label MELAYU. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 29 Juni 2013

JONKER WALK VS MELAYU MEREMPAT DI PENANG....UNTUK TATAPAN NAZRI AZIZ

ISU JONKER WALK DI MELAKA MENJADI ANTARA ISU UTAMA SEKARANG. DAP YANG TEBAL DENGAN SEMANGAT RASISNYA MENDAPAT KERJASAMA DARI MCA IAITU KOMEPENAN BARISAN NASIONAL YANG SEMAKIN MAMPUS DAN TENAT. TETAPI KPS TABIK JUGA KEPADA DAP DAN MCA KERANA KESATUAN HATI MEREKA. BERBEZA PULAK DENGAN ORANG MELAYU. KETIKA KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU MELUASKAN AURA BELIAU DAN SEMAKIN DISEGANI, PAS KANCING GIGI DI MELAKA UNTUK MENYOKONG PERKARA TERSEBUT. ISUNYA BUKAN PENUTUPAN PENIAGAAN KERANA PENIAGA CINA DI KAWASAN TERSEBUT MASIH BOLEH BERNIAGA, CUMA PERLU MENGINJAKKAN SAHAJA GERAI JUALAN MEREKA KE ATAS BAHU JALAN DAN BUKAN DI ATAS JALAN SEPERTI SEBELUM INI. TETAPI TIDAK CUKUP DENGAN ITU MENTERI PELANCONGAN DILIHAT SEPERTI TUMPANG SEMANGKUK DENGAN MEMPERTIKAI TINDAKKAN KETUA MENTERI MELAKA TERSEBUT. UNTUK PENGETAHUAN NAZRI AZIZ, SILA RUJUK SITUASI DI PULAU PINANG DAN NILAIKAN PULA SITUASI TERSEBUT DI MELAKA......
GERAI MELAYU DIROBOHKAN SESUKA HATI. DAN ADA YANG JADI PELARIAN. KALAU MPPP DATANG KENA LAGI, KEADAAN SELAMAT BERNIAGA SEMULA. INI TIDAK PULA DIKISAHKAN OLEH NAZRI AZIZ.
GANTUNG BENDERA PAS PUN TAK ELAMAT...BENDERA DAP O.K,,,,WALAUPUN DAH 30 TAHUN BERTAPAK.
INILAH MELAYU.....MENANGIS DI BUMI SENDIRI.....DIMANAKAH KETUANAN MELAYU????? DAN DIMANAKAH NAZRI AZIZ?

Senin, 24 Juni 2013

SAAT CINA SEMAKIN CINA...INDIA SEMAKIN INDIA...MELAYU SEMAKIN APA?

KPS CUBA MENGGUNAKAN PERKATAAN ELOK DAN MOLEK. TETAPI HAKIKAT JUALAH YANG MENCERITAKAN. SEORANG LELAKI INDIA YANG KAKINYA BERKULAT TELAH MELETAK SELIPAR PADA GAMBAR MUKA PM NAJIB PADA 22/6/2013 LALU DI PADANG MERBOK, KL SEMPENA PERHIMPUNAN HARAM BERUKOUT505. DIA SANGAT-SANGAT BERTUAH. YA, SANGAT-SANGAT LAH BERTUAH. KENAPA? YANG PERTAMA DIA BERBANGSA INDIA. SEMASA ISU KUIL DI SELANGOR SEDIKIT MASA DULU, SEORANG INDIA MENGHINA AZAN DIBIAR BEBAS TETAPI SEKUMPULAN MELAYU BERARAK KEPALA LEMBU DIHUKUM. INILAH NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU. DAN KENAPA LAGI LELAKI INDIA YANG MELETAKKAN SELIPAR DI MUKA PM NAJIB SANGAT BERTUAH???????
KERANA KALAU LELAKI INI MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT DI NEGARA INDIA KEPADA ORANG INDIA, NESCAYA DIA AKAN DILUDAH DAN DIKENCING DITEPI JALAN. MALAH DIA AKAN DICINCANG LUMAT OLEH ORANG RAMAI.......
KALAU DI NEGARA CHINA PASTI DIA AKAN DAPAT HUKUMAN TEMBAK SAMPAI MATI ATAU PUN HILANG TANPA DIKESAN.
DAN KALAU LELAKI INDIA INI MELAKUKAN PERKARA INI DI BEBERAPA BUAH NEGARA ASIA BARAT, DIA AKAN DIHUKUM TEMBAK DEPAN KHALAYAK....
TETAPI LELAKI INDIA INI SANGAT BERTUAH DAN BERNASIB BAIK....KERANA DIA MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT DI BUMI UMAT MELAYU....SANGAT BERTUAH,,,,,RENUNG-RENUNGKAN......

Rabu, 12 Juni 2013

NAZIR RAZAK MENGIKUTI AZRAN MASUK KE SENARAI 'BANGSAT BANGSA MELAYU'

KALAU MARINA MAHATHIR MENYOKONG LGBT DAN PERHIMPUNAN BERSIH, SEORANG LAGI ANAK MANTAN PERDANA MENTERI MERANGKAP ADIK PERDANA MENTERI IAITU NAZIR RAZAK PULA SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN AZRAN UNTUK MEMBALUN UTUSAN SEBAGAI AKHBAR RASIS. DENGAN MENYATAKAN BAHAWA UTUSAN RASIS, SECARA AUTOMATIKNYA BELIAU MEMBUAT TUDUHAN TERHADAP MELAYU JUGA. MEMANG PUAK DEPA NI TAK BACA UTUSAN. DEPA BACA THE STAR ATAU NEW STREET TIME. JADI DEPA TAK BACA LA TERJEMAHAN AKHBAR CINA DALAM UTUSAN MALAYSIA. MAKA KEBODOHAN DAN BAHALOLNYA MEREKA TENTANG REALITI SEMASA MEMANG TIDAK DAPAT DISANGKAL. BAGI MEREKA APA KELAS BACA AKHBAR MELAYU. MELAYU BAGI MEREKA TIADA NILAI KOMERSIAL LANTAS MENGAGONGKAN BUDAYA DAN PERADAPAN BARAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. APAKAH ANDA FIKIR AZRAN DAN NAZIR AKAN MENGUNGKAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEKIRANYA ANDA MEMBANTU MEREKA ATAU UCAPAN 'THANK' SEMATA. MEREKA MELAYU HANYA PADA KOSMETIK TETAPI JATI DIRI MELAYU ITU SUDAH GUGUR LANGSUNG DARI JIWA DAN SANUBARI MEREKA. KETIKA AKHBAR CINA MEMAKI HAMUN MELAYU, HANYA GOLONGAN SEPERTI PROF EMERITUS KHOO KAY KIM DAN REDWAN TEE SAHAJA TERKEHADAPAN MENYATAKAN PERKARA TERSEBUT. SELEPAS ITU ADA SEORANG DUA LAGI BERSUARA. ITU PUN SETELAH SEKIAN LAMA MEREKA INI DIBUANG TERUS OLEH BANGSA MEREKA SENDIRI DENGAN UNGKAPAN 'LEBIH MELAYU DARI MELAYU'. CUMA YANG SEDIKIT SEDIH IALAH MELAYU ITU SENDIRI. CUBA LIHAT MASYARAT CINA YANG WAJIB KITA CONTOHI DALAM BEBERAPA PERKARA. MEREKA MUNGKIN BERBEZA IDEOLOGI POLITIK ATAU BERBEZA PENDAPAT NAMUN MEREKA TIDAK SAMPAI UNTUK MENGHINA KAUM SENDIRI. BERBEZA MELAYU 'MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI". MELAYU SESAMA MELAYU SANGGUP 'MEMBUNUH' MELAYU SENDIRI DEMI SEKELUMIT KUASA. MALAH SANGGUP MENCERCA BANGSA SENDIRI DEMI MEMPERTAHAN KEDUDUKAN SERTA PERIUK NASI SENDIRI. PADAHAL MELAYU ITU SEMATA-MATA NAK MEMPERTAHANKAN HAK MEREKA SAHAJA YANG SEMAKIN TERHAKIS. APAKAH ITU RASIS? APAKAH ITU BERDOSA? DAN APAKAH ITU BOLEH MENGUNDANG CERCAAN DARI KAUM SENDIRI? JANGAN 'MANDUL' SEJARAH. KITA BERPIJAK ATAS LANDASAN 1MALAYSIA. TETAPI SEDARLAH BEBERAPA HAKIKAT BAHAWA ADA PERKARA YANG SUDAH DIPERSETUJUI OLEH NENEK MOYANG KITA DAHULU SEMAKIN DILUPAKAN. KETIKA INGIN DIAJAK BERSATU,,,,,KITA PULA HENDAK DILUDAH. BILA KITA NAK BERSATU MEMPERTAHAN ISLAM, KITA PULA DITUDUH TIDAK ISLAM......KETIKA KITA INGIN BERSATU MENGHULUR TANGAN, MEREKA MENOLAK DAN MENGATAKAN KITA TERHEGEH-HEGEH. INILAH HAKIKAT MELAYU SEKARANG. MAKA, TERMASUKLAH MEREKA DALAM SEJARAH DUNIA DALAM SENARAI BANGSAT BANGSA MELAYU. KALAU SEORANG ANAK MANTAN PERDANA MENTERI MENYOKONG LGBT DAN PERHIMPUNAN BERSHIT.....JIKA SUDAH ADA SEORANG ANAK MANTAN PERDANA MENTERI DAN MERANGKAP ADIK PERDANA MENTERI MENYOKONG TINDAKKAN MENGHINA MELAYU. DAN JIKA SUDAH ADA KORPORAT MELAYU SANGGUP MEMIJAK 'MELAYU' DEMI MELIHAT MELAYU TERUS DIPIJAK. DEMI ALLAH, KPS ANAK KEPADA PENGAWAL KESELAMATAN, ANAK PENIAGA DI TEPI JALAN, SEORANG YANG MAKAN GAJI TIDAK SEBERAPA WALAUPUN NAMA JAWATAN TERTERA PENGURUS DI TANDA NAMA. KPS AKAN MEMPERTAHAN MELAYU ISLAM DAN MALAYSIA.....WALAUPUN KPS BUKAN KORPORAT DAN BUKAN ANAK KEPADA PERDANA MENTERI.

Selasa, 28 Mei 2013

KIAMAT UMAT MELAYU...."BILA MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI"

DARIPADA SENARAI DI ATAS, JELAS MENUNJUKKAN KEPADA KITA SELURUH CAKERAWALA BAHAWA DALAM BN DI SEMENANJUNG HANYA UMNO YANG TERHEGEH-HEGEH BEKERJA SEDAYA UPAYA UNTUK MENDAFTAR PENGUNDI BARU. KOMPONEN-KOMPONEN LAIN IBARAT MELEPASKAN BATUK DITANGGA. PERPATAH "BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN DIJINJING SAMA" TIDAK WUJUD DALAM BN. JELAS SEKALI BAHAWA BN DI SEMENANJUNG HANYA UMNO YANG TERHEGEH-HEGEH UNTUK BERJUANG. SAMA ADA DILAPANGAN MAYA ATAU DIALAM REALITI HANYA UMNO YANG TERKIAL-KIAL MENONGKAH BADAI PR. DI P-IHAK PEMBANGKANG PUN SAMA. SEBELUM PASCA PRU-13, HANYA MELAYU PAS DAN PKR YANG BANYAK MENYEMAK DI JALAN RAYA UNTUK MERUNTUHKAN KERAJAAN BN. DAP HANYA GOYANG KAKI. KONKLUSINYA MUDAH, MELAYU MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.
DALAM SITUASI BN DI SEMENANJUNG, HANYA UMNO YANG BEKERJA. KOMPONEN BN YANG LAIN SUDAH MAMPUS. BUKTINYA IALAH DARI DAFTAR PEMILIH YANG BERJAYA DIDAFTARKAN OLEH AGEN PARTI MENURUT SUMBER SPR(JAN-JUN 2010):-
KERAJAAN PEMERINTAH
UMNO-54 872 ORANG
MCA-2 897 ORANG
GERAKAN-471 ORANG
MIC-1 109 ORANG
PAKATAN RAKYAT
PAS-38 631 ORANG
PKR-13 098 ORANG
DAP- 55 321 ORANG
ANDA LIHAT SENDIRI BAGAIMANA PARTI MELAYU TEWAS KEPADA PARTI ULTRA-KIASU....KERANA MELAYU SUDAH TERPECAH DAN TERBURAI....MELAYU HANYA AKAN TINGGAL PADA 'BAJU MELAYU' SUATU MASA NANTI KALAU KEADAAN INI TERUS LAGI DAN LAGI..... MAAF.....KPS BUKAN RASIS,,,,,SEKADAR MEMPERINGAT TENTANG 'KIAMAT UMAT MELAYU'.....SINGAPURA SUDAH MERASAINYA.....APAKAH KINI GILIRAN KITA....AYUH BANGUNLAH....DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.

Senin, 20 Mei 2013

LEGASI POLITIK LIAR NIK AZIZ TELAH MAMPUS DI KELANTAN

MENTERI BESAR KELANTAN YANG BARU INI AMAT MOLEK TINDAKKAN BELIAU BERBANDING DENGAN NIK AZIZ YANG AGAK KETERLALUAN DALAM BEBERAPA ISU. TERBARU KENYATAAN MB KELANTAN INI YANG MENOLAK RUSUHAN JALANAN SEBAGAI CARA UNTUK TUBUHKAN KERAJAAN. PERKARA INI SEKALIGUS MENYEBABKAN MANUSIA SEPERTI ANWAR IBRAHIM, NIK AZIZ DAN KIT SIANG SERTA KARPAL SINGH MATI PUCUK SERTA KANCING GIGI. MASIH INGATKAH KITA YANG NIK AZIZ NIK MAT PERNAH MENGELUARKAN FATWA WAJIB SERTAI PERHIMPUNAN BERTUANKAN AMGIGA LAKNATULLAH?????? NIK AZIZ JUGA SANGGUP MENYARA PESERTA BERSIH BERTUANKAN AMBIGA DENGAN MEMBERIKAN 'PITIH' KEPADA MEREKA UNTUK MERUSUH DI JALANAN. IANYA AMAT BERTENTANGAN DENGAN MB KELANTAN YANG BARU YANG DIJANGKA MEMBAWA SINAR BARU KEPADA MASYARAKAT MELAYU ISLAM. PERTAMANYA TERSINGKIRNYA ORANG ANWAR DALAM PAS IAITU HUSAM MUSA DARI SENARAI EXCO. 1HATI.....BUKAN 1PARTI

Senin, 13 Mei 2013

HARAP SELEPAS PAS KALAH MASJID BUKAN LAGI SEBUAH SARKAS POLITIK

IMAM MASJID KULIM PADA HARI JUMAAT SEBELUM MENGUNDI MEMAKLUMKAN DI ATAS MIMBAR KHUTBAH BAHAWA JANGAN TAKUT UNTUK MENUKAR KERAJAAN PUSAT KERANA DI DALAM KERAJAAN YANG BARU(KONONNYALAH) AAKAN ADA RAMAI MP MELAYU ISLAM. IMAM TERSEBUT MERUJUK KEPADA PAS YANG BERTANDING LEBIH KERUSI KALI INI BERBANDING KOMPENEN PAKATAN YANG LAIN. TETAPI SELEPAS PRU-13 JELAS SEKALI MP ISLAM DI PIHAK PR ADALAH KURANG DARIPADA YANG BUKAN ISLAM. MALAH PAS YANG PALING KECIL JUMLAH KEMENANGAN SEBALIKNYA YANG PALING TINGGI PERATUSAN KEKALAHAN MAJORITINYA TERSUNGKUR KEPADA CALON ISLAM UMNO. JUMAAT LEPAS PUN MASIH DALAM KEADAAN SEDIKIT EMOSI KHATIB TERSEBUT TETAPI DIA LEBIH BANYAK MENEMPELAK NIK AZIZ DAN PENCERAMAH PAS DI PENTAS CERAMAH YANG SELALU MENGGUNAKAN KATA KESAT. DAN KHATIB ITU JUGA MENEMPELAK PIHAK YANG MENDOAKAN YANG TIDAK BAIK KEPADA SESAMA ISLAM.....AWAT PULAK DAH DIA JADI PRO BN....KAT PAPAN KENYATAAN MASJID PUN CERAMAH PAS TAK ADA.....TAHNIAH, KEMPEM MASJID BEBAS POLITIK. MASJID BUKAN TEMPAT UNTUK BERPECAH SEBALIKNYA PENYATUAN.....

Rabu, 08 Mei 2013

NIK AZIZ LUDAH MUKA KPS KERANA DAP RASIS

NIK AZIZ MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA BELIAU AKAN MELUDAH ORANG UMNO YANG BERJUMPA DENGAN BELIAU UNTUK MENGUSULKAN PENYATUAN BANGSA MELAYU ISLAM. BELIAU AMAT DIHORMATI(SEKURANG-KURANGNYA OLEH PENYOKONG BELIAU). SOALAN KPS KEPADA NIK AZIZ, BUKANKAH ISLAM MENGANJURKAN PENYATUAN? APAKAH NIK AZIZ INGIN DIGELAR SEBAGAI 'BAPA PEMECAH BELAH UMAT'? DALAM MASA YANG SAMA, BILA MANA MASA NIK AZIZ SUDAH TAMAT DI DUNIA INI, MAKA SEMAKIN PASTI NIK AZIZ AKAN MELALUI ALAM KUBUR YANG MAHA GELAP ITU. PASTI NIK AZIZ AKAN BERHADAPAN DENGAN SATU SOALAN......SIAPAKAH SAUDARAMU.....? APAKAH JAWAPAN NIK AZIZ AGAKNYA KETIKA ITU. SAYA DENGAN PENUH RENDAH DIRI MEMOHON PERKARA INI DIPERTIMBANGKAN OLEH TUAN GURU NIK AZIZ YANG MULIA. CUKUPLAH KITA '1HATI TAPI BUKAN 1PARTI'. KALAU TUAN GURU NIK AZIZ INGIN MELUDAH KPS PUN DIPERSILAKAN DEMI MELIHAT PENYATUAN HATI MELAYU ISLAM, KPS SANGGUP. KALAU KPS BUDAK MENTAH YANG BERUSIA 22 TAHUN(BELUM GENAP) INI CUBA UNTUK MENASIHATKAN DATUKNYA(DATUK KPS SUDAH MENINGGAL DUNIA), APAKAH TIDAK ADA SEDIKIT KASIHAN KEPADA CUCUNYA INI? KALAU KPS MAHU MENGHINA ATAU MENANGKAP MEREKA YANG KONONNYA BANGLA.....KPS BOLEH BERBUAT DEMIKIAN....... TAPI, CIPTAAN ALLAH INI MAHA LUAS LAGI MAHA HEBAT. KADANG-KADANG KITA HANYA MENTAFSIR DARI LUARAN, MAKA SIFAT RASIS INI PASTI AKAN MEMAKAN DIRI, TAK PERCAYA KATA KPS? TENGOK DUA VIDEO DI BAWAH.....DAP TERKEDU...... SEHINGGA TULISAN KPS DI PERINGKAT INI, APAKAH NANTI TUAN GURU NIK AZIZ AKAN BERKATA SAUDARA KU ADALAH DAP YANG MAHA RASIS?????? RENUNG-RENUNGKAN......PENGUNDI MELAYU SUDAH MULA BERSUARA....

Minggu, 24 Februari 2013

HARAKAH MEMFITNAH DYMM RAJA NAZRIN

INI FITNAH YANG BERTEBARAN DALAM HAPRAKKAH DAILY.....BERITA FITNAH MAHA DASYAT INI DISAMBUT OLEH PARA PENCACAI DI FB.....TENGOK DI BAWAH.... MAKA PARA PENCACAI PAS PUN MEMPERCAYAI FITNAH MAHA DASYAT BERKENAAN......JADI UNTUK KETAHUI LANJUT AKAN KEBENARANNYA.....SILA RUJUK VIDEO DYMM RAJA NAZRIN DI BAWAH..... DAN DI BAWAH ADALAH TEKS PENUH.....
Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah. Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak. Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan Pilihan Raya Umum Kali Ke-13 diramal akan diadakan dalam masa terdekat. Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini adalah satu langkah berani. Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalahertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan esolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik. Penganjur wacana memilih istilah ummah. Perkataan ummah disebut lima puluh satu (51) kali dalam al-Quran, manakala dalam bentuk jamak, umum disebut tiga belas (13) kali. Berdasarkan tafsiran kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ummah bermaksud umat Islam yang luas lagi menyeluruh merentasi sempadan negara – sempadan wilayah. Dalam konteks wacana ini, Beta memilih untuk memberikan fokus kepada isu perpaduan ummah di Malaysia; menjurus kepada isu perpaduan Melayu supaya wacana ini tidak dilarikan penglihatan melihat tungau di seberang lautan, melupakan gajah di hadapan mata. Wacana ini perlu bersedia membicarakan isu perpecahan ummah secara terang lagi bersuluh, meskipun air yang ditepuk bakal mercik ke muka sendiri. Dua parti politik Melayu-Islam, iaitu UMNO dan PAS berperanan paling dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat Melayu. UMNO dan PAS semakin bersaing untuk berada di atas, kedua-dua kabilah sedang rancak berusaha baik untuk mempertahan, begitu juga untuk mendapatkan kuasa. Secara zahir, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah politik; tetapi perlu diselami lebih dalam daripada itu, kerana dua kabilah politik itu dianggotai oleh pelbagai individu, tiap seorang memiliki pelbagai kerenah, pelbagai agenda, pelbagai hasrat, pelbagai niat. Terdapat jurang antara yang tersurat dan yang tersirat, antara akal dan nafsu, antara kata dan kota. Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya Melayu. Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa. Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber. Pada akhirnya nanti, dibimbangi tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai. Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa Islam itu didindingi oleh umat Islam; ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu. Kebelakangan ini, pertentangan di antara kabilah politik telah melarat kepada tindakan-tindakan berbentuk fizikal. Telah muncul kumpulan pengacau; daripada kalangan anak muda, berlagak samseng melakukan perbuatan yang mengetepikan undang-undang. Telah muncul anak muda mengoyak poster – melempar batu, mengadakan sekatan jalan raya – menyimbah cat ke potret pemimpin – memijak bendera negara. Anak muda jangan dididik bersifat samseng. Pihak berkuasa tidak harus memejamkan mata, di sebaliknya wajib bertindak tegas. Memperkenalkan dan bertoleransi kepada budaya samseng adalah satu kesilapan besar, ia bakal mencetus huru-hara, ia adalah perbuatan mungkar yang tidak mendapat keberkatan dan keredaan Ilahi, ia berpotensi menjadi bumerang yang bakal memakan diri sendiri. Keresahan ummah tidak kerana bangsa berada dalam kabilah politik yang berlainan, tetapi ummah teramat bimbang akan arah haluan kegiatan politik yang terlalu tertumpu pada pencapaian matlamat jangka pendek untuk memperoleh kuasa. Ummah kelihatan semakin taksub menumpukan kesetiaan pada slogan, pada lambang, pada simbol kabilah masing-masing hingga alpa kepada agenda bangsa yang lebih besar serta kelangsungan bangsa untuk jangka panjang. Sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat bangsa terhakis. Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan, disifatkan menyinggung perasaan kaum lain. Persaingan kabilah politik bagaikan tidak lagi menghiraukan tindak tanduk yang semakin meletakkan ummah berada dalam situasi bagaikan telur di hujung tanduk. Bilangan ummah yang tidak terlibat secara langsung dalam politik kepartian masih ramai; malah tidak kurang yang bertambah mual dengan gelagat politik yang keterlaluan. Perpaduan yang mahu dicapai hendaklah diperluaskan untuk menyepadukan matlamat besar yang satu, dalam kepelbagaian konstituen bangsa yang sedang berlaku. Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan. Sifat mempamerkan ‘kami kurang Melayu’ atau “‘we are less Malay”’ untuk populariti politik, adalah perbuatan silap paling besar dan penderhakaan paling durjana kepada bangsa Melayu. Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah. Sejarah perjuangan bangsa Melayu bermula dengan pelbagai pertubuhan. UMNO ditubuhkan melalui Kongres yang menghimpunkan 41 pertubuhan Melayu. Ketika memperjuangkan kemerdekaan, terdapat pelbagai pertubuhan Melayu, bagai himpunan pelbagai perahu tetapi berdayung menghala ke destinasi yang sama. Pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu, laksana ranting-ranting, bila terhimpun berupaya menyalakan api besar, hingga berjaya meruntuhkan gagasan Malayan Union. Kekuatan bangsa ketika itu, tidak didukung oleh kemewahan kewangan; pertubuhan- pertubuhan Melayu majoritinya tidak dipimpin oleh sarjana berkelulusan tinggi, tetapi dipimpin oleh para guru dan ustaz, kerani dan penghulu, petani dan nelayan, tetapi cekal dengan semangat sedia berputih tulang daripada hidup berputih mata. Jika Dewan ini boleh bersuara, ia akan bercerita kepada kita, kisah perhimpunan bersejarah, Peristiwa Api dan Air Mata yang pernah berlangsung di sini. Pada petang 3 Mac 1967, berhimpun di Dewan Bahasa dan Pustaka dua ribu (2000) umat Melayu dari seluruh tanah air, atas nama individu, atas nama 120 pertubuhan Melayu, merumuskan ketetapan, menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 menyentuh Fasal 152 Perlembagaan yang dianggap telah dipesongkan daripada erti dan tafsirannya, diselewengkan daripada semangat dan kehendak sebenarnya. Peristiwa bersejarah yang menghasilkan antologi puisi Keranda 152, terkandung lembut kata yang diungkap oleh Sasterawan Negara Usman Awang; Malam itu di Balai Budaya Api dan Air Mata Malam itulah juga Parlimen jadi pertanda Memenggal leher BAHASA’. Kata-kata tersebut menikam dalam ke dada pemimpin, meninggalkan bisa lebih beracun dari Keris Taming Sari yang ditusuk ke dada Hang Jebat. Hari ini di manakah terkuburnya pertubuhan-pertubuhan Melayu ? Apakah kekuatan yang masih ada di kalangan pertubuhan Melayu yang masih bernafas ? Ummah perlu kembali menghidupkan semangat dan roh pertubuhan yang benar-benar berkecuali, tidak memihak, tidak partisan, dihormati dan digeruni oleh pemimpin, oleh pentadbir, oleh akademia, oleh kabilah politik. Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara. Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya daripada Ilahi, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa. Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Raja Pemerintah atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya. Raja Pemerintah dan Yang Dipertua Negeri telah menunjukkan sebaik contoh, bersifat tidak partisan ketika menyempurnakan peranan masing-masing berlandaskan peruntukan Perlembagaan. Di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Terengganu, Raja Pemerintah, masing-masing berangkat merasmikan Dewan Undangan Negeri walaupun kabilah politik negeri berkaitan sedang atau pernah diterajui oleh kabilah politik yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan; begitu juga menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh Kerajaan masing-masing. Demikian juga peranan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Sabah di era Sabah tidak diperintah oleh Barisan Nasional. Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan Kolej Universiti Insaniah di Kedah baru-baru ini, adalah sebaik contoh pendirian institusi Raja yang tidak partisan. Raja dan Yang Dipertua Negeri kekal diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersandarkan jawatan rasmi tanpa diskriminasi kepada identiti politik yang mereka wakili. Sejajar dengan sejarah penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan imej berkecualinya yang belum tercalar, amatlah sesuai untuk Dewan diamanahkan mengambil tanggungjawab sebagai sekretariat kepada usaha menyatupadukan ummah. Untuk membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memenuhi hasrat tersebut secara berkesan, ia harus diberikan kepercayaan, ia harus diberikan amanah, ia harus diberikan fleksibiliti politik dan ia juga harus diterajui oleh personaliti yang diterima dan dihormati kerana integriti dan sifat berkecualinya, mengambil tanggungjawab. Beta tidak terkecuali berhadapan situasi serba salah untuk menzahirkan kebenaran, ditelan mati emak – diluah mati bapa, kerana kebenaran itu ada kalanya amat pahit untuk dimamah. Namun jika penyakit ummah mahu diubati, Beta berpegang, betapa pahit sekalipun, ummah harus sedia memamahnya; Beta tidak reda jika satu hari nanti, Raja Melayu itu dianggap tidak kisah nasib ummahnya, tidak hirau urusan watannya, tiada kekuatan menzahirkan hakikat; Beta tidak reda, Raja Melayu itu dilukiskan sekadar berkhayal dan bermimpi, hanya bergurindam dan bersyair dengan kata pujian kerana takut menghadapi realiti; dan ketika ummahnya gundah gulana, Raja leka bermain catur di dalam istana. Beta amat insaf, betapa tanggungjawab yang diamanahkan ke bahu Raja Pemerintah, turut diadili di hari kebangkitan seperti peringatan yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran yang bermaksud; Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
DI ATAS ADALAH TEKS DYMM RAJA NAZRIN.....

Sabtu, 10 November 2012

PEGUAM PAK NUAR WAKILI UTUSAN MENENTANG NURUL IZZAH JOY

BEBERAPA RAKAN BLOGER JUGA MENYATAKAN KESEDIAAN UNTUK BERHADAPAN DENGAN NURUL IZZAH JOY.....AGAMA DAN BANGSA AKAN DIPERTAHANKAN KESUCIAN DAN MARTABATNYA.

Selasa, 30 Oktober 2012

PENGHAPUSAN ETNIK TERUS BERLELUASA DI PENANG

Updated: Lagi perumahan penduduk Melayu di robohkan oleh DAP Pulau Pinang Terbaru .!! Perumahan melayu di Pulau Pinang dirobohkan.! DAP menggunakan kesempatan dengan mengambil tanah di Pulau Pinang lalu menghalau penduduknya berpindah keluar dari Pulau ke tanah besar. Inilah cara yang sedang di Praktikkan oleh PAP Singapura ketika menghalau penduduk melayu.! Kerajaan negeri yang dipimpin DAP juga tidak membuat rumah kos rendah malah menaikkan bangunan yang berharga ratusan ribu sehingga mencecah jutaan ringgit. Inilah kerjasama yang telah dirancangkan oleh Lim Guan Eng ( Ketua Menteri PP) dan juga Lee Kuan Yew (Mantan Presiden Singapura) untuk mengurangkan jumlah penduduk melayu dan sekaligus menjadikan melayu minority di negeri ini.! rumah-rumah mewah tersebut kebanyakkan dijual kepada orang-orang luar seperti warga dari Singapura dan Hong Kong, untuk dijadikan sebagai rumah kedua bagi warga negara dari luar tersebut. Kerajaan DAP (Musibat) yang mendakwa sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat, tidak menumpukan perhatian untuk membina rumah-rumah kos rendah untuk rakyat berpendapatan sederhana di negeri tersebut. Penang Development Corporation (PDC) yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membina rumah kos rendah ini pun sudah mula lari dari tujuan asalnya. Hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu. DAP perlahan lahan usir Melayu. Lebih Bangang & Sialnya "PAS" & PKR yang majoritinya orang melayu masih tidak membuka mata tetap membela DAP Musibat ini.!!
MAKLUMAT DARI FACEBOOKER JIWA DAN RAGA MEMBELA RAKYAT IAITU TUAN NURUL NIZAM.....

Jumat, 10 Agustus 2012

SURAT SEORANG MELAYU MUSLIM SINGAPURA

DI BAWAH KPS LAMPIRKAN SURAT DARI SEORANG MELAYU ISLAM DI SINGAPURA.....
Salam tuan- Kadangkalanya indah gambar dari nyata. Meskipun adalah benar apa yang tuan nyatakan didalam tulisan ini, ada beberapa perkara yang perlu saya ketengahkan sebagai rakyat Singapura Melayu dan Muslim.
1) Azan masih boleh dilaungkan tetapi tidak boleh dilaungkan keluar dari masjid. Ini bermakna corong speakers mesti tidak boleh dihadapkan ke arah luar.
2) Saluran media Melayu- Suria TV, Radio Warna & RIA ada beberapa peraturan yang melarang para DJ memberi ucapan As-Salamualaikum, atau mengucapkan Al Hamdulillah, Astaghfirullah dan sebagainya. Drama Melayu terbitan Singapura juga diberi perintah yang serupa.
3) Tanah Waqaf diambil oleh Pemerintah dengan penggubalan AMLA (Acquisition of Muslim land Act). Ianya dibeli dengan harga rendah dan dijual kembali dengan harga pasaran yang melambung tinggi berlipat ganda.
4) Murid sekolah perempuan Muslim yang sudah baligh tidak dibenarkan memakai hijab.
5) Sejarah diputarbelit dimana sekolah mengajar murid-muridnya yang kesemua orang Singapura adalah asal imigran. Ini berbeza dari perlembagaan Singapura yang menyatakan hak khusus orang Melayu sebagai indigenous people (pribumi)
6) Yuran percuma yang dulunya hak orang Melayu sudah dilenyapkanMemang ada beberapa perkara yang Malaysia boleh belajar dari Singapura dari segi pentadbiran sivil dan sebagainya.
Tetapi, pelajarilah juga bagaimana agar Malaysia tidak kehilangan hak asli pribumi & agar hak Muslim terjaga. Kami diSingapura sedang belajar bagaimana hendak menyatupadukan semangat kewarganegaraan yang utuh seperti mana rakyat Malaysia menyokong, serta meraih Lee Chong Wei.

Selasa, 12 Juni 2012

JANGAN CABAR DAULAT MELAYU

Sekali lagi aku share benda ni kerana di bumi paling hujung Tanah Besar Asia, seorang RAJA MELAYU BERDAULAT menitiskan air mata. Artikel ni dah 2 kali berlegar dlm FB. Namun kesannya cukup besar. BILA RAJA MELAYU MULA MENGALIRKAN AIR MATA, PANGLIMA MELAYU HANG TUAH 5 BERSAUDARA AKAN MUNCUL KEMBALI. BERTINDAK ATAS NASIHAT YANG DI PERTUAN AGONG RAJA MALAYSIA MAKA...Sekali lagi hari ini aku berpesan......HARIMAU YG SEDANG TIDUR KELAPARAN JANGANLAH DI ACAH...... "TINDAKAN DAP DALAM AGENDA MEMINGGIRKAN MELAYU SEKARANG ADALAH SATU PERBUATAN BUNUH DIRI, KRN MELAYU AKAN MARAH" - KHOO KAY HIM Perkataan yang tak dapat di tafsir oleh kamus Inggeris pada masa lalu ialah perkataan AMOK kerana perkataan AMOK hanya terbit dr dalam dunia melayu sahaja........ini kerana perlakuan AMOK itu sendiri sukar di mengertikan oleh bangsa2 lain semasa 'possesion' AMOK MELAYU itu berlangsung. Ia amat berlainan benar jika di tafsir HILANG WARAS, NAIK SHEIKH, NAIK TOK atau MASUK TOK kerana perlakuan AMOK itu merupakan satu perlakuan dlm keadaan PENUH sedar, waras serta tahu apa yg sedang di BERLAKUKAN. Perlakuan AMOK ini terletus akibat dari pendam rasa tidak puas hati yg terlalu lama dalam diri melayu itu sendiri. Sifat jati bangsa melayu yang suka mengalah terlalu 'lunak' ialah jika dia tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara dia AKAN pendam. SIMPAN. Lama. Sampai mula berkecil hati sebab masih org tak nak paham walau dah mengalah pada keadaan dgn PENDAM MEMENDAM RASA. Di sinilah bisa pendam mula menyengat dlm hati. Barang yg di kecil-hatikan tadi yang di pendam lama mula mengalir menjadi resah gelisah memikirkan akibat mengalah dgn pendam rasa tadi telah mengakibatkan pihak yg satu lagi(BUKAN MELAYU) salah tafsir dgn menganggap mereka telah menang kerana melayu telah kalah dan pasti mereka akan bertindak lebih2 dari biasa. Perasaan memendam rasa tadi telah secara perlahan-lahan bertukar kepada rasa jengkel, meluat dan sayu kerana melayu tadi merasakan mereka telah tidak di hargai apabila bertindak mengalah demi utk mententeramkan keadaan malahan dianggap lemah pula. Lama-lama bak kata org tua2, akibat dari mengalah dgn memendam rasa tadi tiba2 pihak yg satu lagi bagaikan 'CACING NAIK KE MATA BERMAHARAJALELA'. Hati MELAYU mula rasa sakit tapi masih pendam.....lama2, akibat pendam hati bertukar jadi BENGKAK. Pihak yg satu lagi pula bila tak dapat tafsir riak air wajah melayu tadi beranggapan melayu telah lemah dan mula 'naik tocang' tekan melayu. Hati melayu yg telah bengkak tadi langsung bertambah bengkak. BERNANAH. SAKIT HATI SANGAT-SANGAT KERANA PENGORBANAN TIDAK LANGSUNG DI HARGAI MALAH BUKAN MELAYU SUDAH MULA MELIHAT MELAYU DGN SEBELAH MATA. Keringat, penat lelah pengorbanan MELAYU melalui MENGALAH pada keadaan mula MEMAKAN DIRI. Melayu mula rasa terhimpit. Terhimpit akibat sifat megalah pada keadaan yg di salah tafsir oleh bukan melayu walahal mengalah itu bagi melayu lebih baik demi utk megHARMONIkan situasi tapi telah di ambil kesempatan oleh bukan melayu dgn SIGN 'MELAYU TELAH LEMAH'. Sifat mistik yg ada dlm jiwa melayu telah secara perlahan2 bergerak melalui TELE-KINETIK memasuki minda-minda melayu secara berkelompok, meresap perasaan tidak puas hati, BENGKAK HATI, HATI BERNANAH akibat dari bukan melayu yg telah naik tocang tadi. BERDIAM DIRI BUKAN ERTI LEMAH, MENGALAH BUKAN ERTI KALAH. Satu pelajaran harus di LESSON kan pada bangsat2 yg anggap melayu telah lemah dan MELAYU MUDAH DI TUNDUKKAN!! Keringat membasahi dahi. Air mata kesal mula mengalir kerana rasa tersilap langkah bila mengalah walhal inilah ajaran UGAMA. Perasaan ini di kongsi oleh semua org melayu walau mereka tidak meluahkan sesama mereka tapi MINDAnya sama!!Sungguh mistik! Maka, Terbitlah kata org tua melayu 'SARANG TEBUAN JANGAN DI JOLOK....HARIMAU YG SEDANG TIDUR AKIBAT KELAPARAN JANGAN CUBA-CUBA DI KACAU... BILA Hati melayu yg bengkak tadi bertukar nanah, bila keringat peluh renek pun dah turun, bila air mata kesal pun sudah luruh membasahi pipi menyembah bumi.....maka.....sudah terlambat utk memujuk hati-hati melayu tadi......MAKA.......BERSEDIALAH MENERIMA PEMBALASAN...........................sungguh sukar di mengertikan SIFAT RENDAH DIRI MELAYU BILA MEREKA SUDAH MULA MERAJUK..........
- OLEH MAMLUK QALAWUN....

Minggu, 10 Juni 2012

PERHIMPUNAN TAAT SETIA KEPADA DYMM SULTAN JOHOR.....AYUH SERTAI

AYUH RAKYAT JOHOR DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERDEKATAN! ESOK10 JUN 2012, KITA BERHIMPUN DI ISTANA PASIR PELANGI JOHOR BAHRU PADA JAM 12 TENGAHARI UNTUK MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA BAGINDA TUANKU SULTAN JOHOR! NIZAR SUDAH GOYANG! WEI NIZAR! LU JANGAN MAIN MAIN DENGAN SULTAN GUA! CAKAP BELAKANG BELAKANG BOLE LA! MEH CAKAP DEPAN DEPAN! ESOK AKU DENGAN PAPA GOMO ADA KAT JB! AKU DARI KEDAH TERUS KE JB NI DER! JAUH TAK JAUH LAH! JUMPA ESOK!! -Afiq KLtown

Sabtu, 09 Juni 2012

MELAYU BUKAN PENDATANG,,,,INILAH HAKIKAT

BETULKAH MELAYU INI JUGA PENDATANG????????? INI JAWAPAN KEPADA DAP BERKENAAN...MALAYSIA DULU DIKENALI SEBAGAI TANAH MELAYU....SEKARANG MALAYSIA....'MALAY' BERMAKSUD MELAYU....'SIA' DALAM BAHASA LATIN BERMAKSUD NEGARA...MALAYSIA=NEGARA MELAYU....INI BUKAN BERSIFAT PERKAUMAN,,,,,,INILAH HAKIKAT YANG PATUT DIHADAM OLEH SETIAP KITA...

Jumat, 18 Mei 2012

YAKINLAH....KITA ADALAH 1MALAYSIA

GAMBAR DI ATAS BUKANLAH SATU PROVOKASI KPS KEPADA MASYARAKAT CINA. MESEJ YANG INGIN KPS SAMPAIKAN DI SINI IALAH BUKAN SEMUA ADALAH SEPERTI GAMBAR DI ATAS. KPS AMBIL CONTOH, DALAM ISU 13 MEI, KPS PERNAH BERSEMBANG DENGAN SEORANG CINA SECARA TERUS TERANG MENGENAI 13 MEI. KPS MAKLUMKAN KEPADA DIA BAHAWA 13 MEI BUKANLAH RUSUHAN KAUM, TAPI LEBIH KEPADA RUSUHAN POLITIK. ANTARA PARTI TERLIBAT IALAH DAP, PAS, GERAKAN(KINI KOMPONEN BARISAN NASIONAL). 3 ITU PADA CAKNAAN KPS, MUNGKIN ADA LAGI TAPI KPS TERLEPAS PANDANG. SELAYAKNYA ANDA CUBA SELAK BUKU SEJARAH, PASTI ANDA AKAN TERJUMPA SUATU KEJADIAN DI PULAU PINANG. DAN SEBELUM SATU PERARAKKAN DI IBU NEGARA YANG MENCETUSKAN 13 MEI. DAN YANG PASTI....MELAYU JUGA ADA PENGLIBATANNYA....DAN PARTI YANG KPS SEBUTKAN DI AWAL TADI. MAKA, ADALAH KPS JELASKAN DI SINI BUKAN SEMUA CINA, BUKAN SEMUA MELAYU DAN BUKAN SEMUA KAUM LAIN YANG MENCETUSKAN 13 MEI. YANG MENCETUSKAN 13 MEI ADALAH SEKELOMPOK MEREKA YANG BERKEPENTINGAN POLITIK SEMPIT UNTUK MENGHANCURKAN KEMAJMUKKAN NEGARA MALAYSIA BUMI BERTUAH. DALAM SEJARAH 13 MEI, TERPANCAR BEBERAPA CERITA YANG PERLU KITA INSAFI SERTA TELADANI OLEH GENERASI SEKARANG. MENURUT TAN SRI AISHAH GHANI(VETEREN UMNO), TERDAPAT CERITA BAHAWA DIA MENYEMBUNYIKAN BEBERAPA ORANG BUKAN MELAYU DI RUMAHNYA UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA MEREKA. BELIAU JUGA MENCERITAKAN BAHAWA ADA PENIAGA CINA YANG MENYEMBUNYIKAN BEBERAPA ORANG MELAYU DI KEDAI PENIAGA CINA TERSEBUT DAN MENYELAMATKAN BEBERAPA ORANG MELAYU TERSEBUT DARIPADA MENJADI MANGSA KEGANASAN POLITIK MURAHAN SEKELOMPOK PIHAK. MAKA, KPS INGIN BERWASIAT KEPADA SESIAPA YANG MEMBACA ATAU TERKLIK MASUK KEPADA PENULISAN INI. BUKAN SEMUA DARI BANGSA TERTENTU BERMUSUHAN, TETAPI MAJORITI DARIPADA KITA ADALAH CINTAKAN KEAMANAN. MAKA, JANGAN KERANA KELOMPOK MINORITI , MAKA SUARA TERBANYAK YANG MEWAKILI SEMUA KAUM TERLEPAS PANDANG. MALAYSIA BUMI BERTUAH, TERUS MARA DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Senin, 16 April 2012

Bolehkah sejarah Melayu dipadamkan?,,,,,,DARI PENA RIDHUAN TEE




Bolehkah sejarah Melayu dipadamkan?

(Sinar Harian 16 Apr 2012)

Setiap kali bila isu pendidikan vernacular disentuh, saya diserang habis-habisan. Kedua ibu bapa saya, terutama ibu saya yang baharu sahaja meninggal, dihina dan dikutuk, menggunakan perkataan yang amat lucah. PengIslaman sayapun dikeji. Perkataan khitan (bersunat) dipermain-mainkan, hanya kerana saya tidak kulup lagi. Sehingga Yang di-Pertuan Agong yang tidak bersalah pun dibabitkan sama. Lebih serius lagi, ada ugutan mencederakan saya. Jika di Singapura, tempat yang menjadi pujian dan pakatan ultra kiasu, sudah lama mereka ini dihumban ke dalam penjara. Tetapi di negara kita, begitulah keadaannya, ‘terlalu bertoleransi’ kerana takut hilang kuasa.

Persoalannya, di mana salah saya? Apakah yang dilontarkan itu tidak benar? Jika menyimpang, perbetulkan. Itu baru namanya, kita orang yang bertamadun. Bukannya menganggap diri bertamadun, tetapi berpelakuan amat hina, berfikiran dan bertindak seperti orang hilang akal. Kenapa diri atau peribadi yang diserang, bukan hujah yang dibahaskan? Saya menghormati mereka yang berlapang dada dan dapat membincangkannya dengan baik.

Baiklah, jika masih tidak berpuas hati, saya akan ulangi apa yang telah ditulis sebelum ini. Buktikan kepada saya di manakah negara dalam dunia ini memberikan kebebasan mendapat pendidikan perkauman sebegini rupa? Ataupun sekurang-kurangnya menyamai sedikit apa yang dilakukan oleh negara kita? Tidakkah Malaysia adalah syurga kepada kaum selain Melayu dalam mengekalkan identiti dan jatidirinya? Kita terus kekal seperti mana asalnya, tanpa langsung diusik dan dijentik. Anak Cina/India kekal tulen Cina/India, malah lebih Cina dari di China. Di China pun tidak ada kebebasan dan tidak setulen seperti ini? Apa lagi yang kita mahu? Bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai lebih hak pun jarang bertindak seekstrem kita hari ini.

Saya harap pihak berkuasa tidak akan tunduk demi masa depan negara tercinta ini. Jika kita tunduk, maka tergadailah maruah dan jati diri sebuah negara yang terletak di kepulauan Melayu. Apakah mungkin manusia mati meninggal nama? Pada saya, jika harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading. Apakah mungkin Melayu mati, di mana tulangnya? Sepuluh jari saya susun jika orang Melayu tersinggung dengan tulisan ini. Terimalah muhasabah ini dengan lapang dada, kerana ikatan agama kita teramat kuat daripada ikatan bangsa membuatkan saya berani bersuara.

Saya sudah tidak rasa diri berbangsa, kerana Islam mengajar saya, Allah tidak akan tanya dikubur nanti, apa bangsa kamu! Cina atau Melayu! Tetapi pertanyaan yang amat takut tidak dapat dijawab, walaupun soalannya telah bocor, adalah “siapakah Tuhan kamu”? “Apakah agama kamu”? dan sebagainya. Wahai rakan seagamaku, percayalah dalam hati ini, tidak ada kepentingan lain, melainkan untuk melihat agama Islam dan umatnya, dibela dan terbela, disanjung dan dijunjung, terus kekal di bumi bertuah ini. Bukannya, dihina dan dipijak-pijak. Saya sudah tidak hirau lagi dituduh pengkhianat, hatta disuruh jangan lagi menggunakan surname TEE.

Saya tidak pernah diupah oleh Umno untuk menulis, mahupun menerima habuan Umno atau pihak ketiga. Saya tidak akan bersuara, jika semuanya teratur dan berjalan dengan baik. Saya tidak mahu mencari masalah. Saya mahu hidup aman, bebas dari kutukan, makian, hinaan dan cercaan orang lain. Namun, apakan daya, selagi Islam dan umatnya tidak terangkat dan terdarjat, selagi itulah perjuangan tidak selesai. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan membuka hati kita semua. Ia perlu dilakukan dengan cepat, kerana masa tidak menunggu kita. Jika kita terus berpolitik, saya bimbang, kesempatan mungkin tidak datang untuk kali kedua. Sementara berkuasa, lakukanlah yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

Ultra kiasu sudah menjadi terlalu kuat. Semakin terus menggunakan segala ruang dan peluang pada waktu kritikal ini, kerana mereka takut ruang dan peluang ini mungkin tidak datang lagi, walaupun mereka tahu ruang dan peluang itu masih terbuka luas, dengan adanya orang Melayu Islam yang belot bersama mereka, sepakatan dengan mereka. Justeru, wahai saudaraku, sekali lagi saya paparkan apa yang telah diberikan selama ini, selain daripada tuntutan ultra kiasu yang terbaru. Bacalah, saya tidak akan ulangi lagi.

Pertama, SJKC sebenarnya tidak boleh disentuh sejak kewujudannya. Kita hanya berjaya menyeragamkan silibus pelajaran daripada berkiblat negara asal kepada silibus kita. Itupun masih lagi dipersoalkan, kerana penyeragaman itu tidak berlaku secara menyeluruh kerana kita terus tunduk. Subjek Bahasa Melayu walaupun telah diseragamkan, tetapi teksnya tidak sama berbanding aliran kebangsaan. Bahasa Melayu di SJKC/T lebih mudah, berbanding sekolah kebangsaan. Penyeragamanya ditentang oleh ultra kiasu kerana jika diberatkan bahasa Melayu, penguasaan bahasa ibunda akan berkurang.

Kedua, cadangan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di SJKC juga gagal. Cadangan kerajaan ditolak mentah-mentah. Alasannya, jika ditambahkan waktu P&P bahasa Melayu, ia akan mengambil ruang masa subjek bahasa ibunda. Penguasaan bahasa ibunda akan terjejas.

Ketiga, cadangan P&P subjek sejarah (Malaysia Negaraku) di sekolah rendah, untuk meningkatkan semangat patriotism. Pun tidak berjaya. Jika subjek ini mahu diajarkan juga, mesti diajar dalam ibunda, bukannya dalam bahasa Melayu, kerana akan menjejaskan penguasaan bahasa ibunda.

Keempat, kegagalan Sekolah Wawasan. Semua Sekolah Wawasan yang telah didirikan gagal untuk menarik perhatian orang Cina. Alasannya, percampuran dengan orang lain, akan mengurangkan penguasaan bahasa ibunda. SJKC mesti beroperasi dengan penuh kecinaan, baru murid-murid dapat menjadi Cina tulen.

Pokoknya, mereka tidak mahu menjadi Cina Pisang. Titik. Mereka mahu jadi secina cinanya. Persoalannya, apakah tindakan sebegini baik untuk pembinaan sebuah negara bangsa? Mereka tidak mahu dikaitkan dengan Melayu. Dengan orang putih tidak mengapa.

Pendek kata, ultra kiasu langsung tidak mahu bahasa ibunda mereka cair. Sebarang gugatan akan ditentang habis-habisan, tanpa memikirkan agenda negara. Pada mereka, biarlah anak-anak mereka langsung tidak tahu berbahasa Melayu, asalkan mereka mesti tahu berbahasa Cina.

Fikirkanlah wahai pemimpin sekelian. Benar, undi dan pengekalan kuasa penting. Tetapi fikirkanlah kepentingan agenda membina negara. Saya tidak menjadi masalah atau tidak pernah risau, jika perkara ini berlaku di negeri China, tetapi ingatlah kita berada di Malaysia, perkataan ‘Malay’ itu masih wujud, dengan sedikit penambahan perkataan ‘Sia’. Jika tidak berlaku kemasukan Sabah dan Sarawak, negara ini akan terus kekal dengan nama Tanah Melayu. Bayangkan jika perkara ini terus berlaku, sedangkan namanya masih kekal Tanah Melayu. Bolehkah sejarah ‘Tanah Melayu’ dipadamkan begitu sahaja?


Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Rabu, 11 April 2012

ADA PAKATAN SULIT HALAU MELAYU DI PULAU PINANG

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong



Orang Melayu yang memiliki tanah di kawasan ini kini dihujani tawaran supaya mereka menjualnya kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk dibangunkan.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang mendakwa beliau turut menerima tawaran sama.

"Saya juga mendapat panggilan telefon daripada penduduk yang memaklumkan tentang perkara ini dan setelah menyiasat, ramai lagi yang mendapat tawaran serupa.

"Oleh itu, saya telah pergi ke masjid-masjid di sekitar kawasan ini dan meminta penduduk yang menerima surat supaya menyerahkan kepada saya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 13 pemilik tanah di kawasan itu yang menerima surat tawaran telah menyerahkan dokumen itu kepadanya.

Muhammad Farid berkata, apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana syarikat pemaju dari Seberang Jaya itu berjaya mendapatkan maklumat sulit pemilik tanah terbabit.

"Surat tawaran dihantar kepada penduduk melalui nama yang tertera pada geran tanah mereka, jadi saya rasa Pejabat Tanah Daerah perlu tampil memberi penjelasan.

"Apakah maklumat sulit ini dibocorkan? Jika benar, orang awam pasti tidak yakin lagi jika terpaksa memberi maklumat peribadi mereka kepada agensi kerajaan negeri," katanya.

Menurut Muhammad Farid, jika penduduk kampung terpengaruh dengan tawaran berkenaan, ia dikhuatiri akan mengubah landskap Balik Pulau.

"Kawasan ini merupakan antara penempatan orang Melayu terbesar di bahagian pulau. Bayangkan, jika pemaju berjaya memujuk 100 orang pemilik tanah dan setiap seorang daripada mereka menjual sebahagian, apa yang akan berlaku di sini?

"Sudah pasti pemandangan yang ada pada hari ini iaitu dipenuhi dengan rumah tradisional Melayu akan lenyap dan ketika ini pun sudah ada kawasan perumahan mewah yang dibangunkan dengan harga rumah mencecah RM1 juta dan tidak mampu dibeli penduduk setempat," ujarnya.

Pada masa sama, Muhammad Farid turut menyeru penduduk kampung supaya tidak gelap mata dengan tawaran tersebut.

"Duit akan habis tetapi perlu diingat tanah adalah amanah daripada nenek moyang kita untuk diwariskan kepada generasi akan datang dan perlu dipertahankan," katanya.