HANGAT DAN MEMANG HANGAT..... DI MANA-MANA RAKYAT BERCAKAP TENTANG SUBSIDI MINYAK. ITU YANG RAKYAT. YANG TAK BERAPA NAK RAKYAT SEPERTI PEMBANGKANG JUGA BEGITU. MEREKA MEMANIPULASI ISU INI DENGAN MAHA DASYAT. YA, KENAPA KITA NAK KISAH SANGAT KERANA ITU MEMANG SUDAH JADI DARAH DAGING MEREKA. KALAU HARGA MINYAK TURUN DULU PUN MEREKA KUTUK KERAJAAN, APATAH LAGI BILA HARGA MINYAK NAIK. LEBIH PENTING DARI ISU INI IALAH BAGAIMANA KITA MELIHAT JENTERA MAYA MESRA KERAJAAN BERFUNGSI. KPS SEBAGAI ADIK TABIK KEPADA ABANG DAN KAKAK SENIOR KPS YANG BERJUANG DI ALAM MAYA. MEREKA INI MEMANG SETIA DAN KONSISTEN. WAJIB DIINGAT AMBIK, NILAI YANG TIDAK ADA PADA ANWAR IBRAHIM UNTUK MENJADI PM ADALAH 'KONSISTEN'. MAKA PEJUANG MAYA UMNO LEBIH BAIK KERANA MEMPUNYAI NILAI 'KONSISTEN' INI. TAHNIAH , SYABAS DAN TABIK SPRING.......
TETAPI JASA PENERANGAN UMNO YANG BARU DILANTIK DALAM PEMILIHAN KALI INI DI PERINGKAT CAWANGAN YANG MENJADI 'NADI' AKAR UMBI MASIH BERTAHAP MEMENUHKAN CARTA ORGANISASI. TIDAK SEMUA, TETAPI MAJORITI DARI MEREKA TIDAK KIRA SAYAP MANA? TIDAK KIRA LAMA DAN BARU? HAKIKAT. MAKA APAKAH SOLUSI DALAM KITA MENDEPANI CABARAN INI. WAJIB DIINGAT AMBIK, KITA MEWARISI LEGASI PERJUANGAN YANG TERBILANG, MENJADI PEMAIN YANG LARI DARI ISU SEPERTI PEMBANGKANG ADALAH TINDAKKAN YANG PALING BACUL PERNAH DIBUAT SEKIRANYA PEJUANG MAYA UMNO MEMILIH JALAN ITU. TETAPI KPS PERCAYA TIADA PEJUANG MESRA KERAJAAN BACUL SEPERTI PEMBANGKANG. PERSOALANYA KINI IALAH BAGAIMANA KITA BERTINDAK?
SUDAH TIBA MASA DAN KETIKANYA KERAJAAN MALAYSIA MERASIONALISASIKAN SUBSIDI NEGARA. DASAR SEDIA ADA IAITU SAMA RASA DAN SAMA RATA TIDAK LAGI RELEVAN DENGAN ZAMAN. MENGIKUT SIS TEM SEKARANG, SEMUA RAKYAT SAMA ADA MISKIN TEGAR, MISKIN BANDAR, PERTENGAHAN DAN GOLONGAN KAYA MENIKMATI KADAR SUBSIDI YANG SAMA BANYAK. MAKA BEBANAN MENJADIKAN SUATU TIDAK ADIL KEPADA GOLONGAN BAWAHAN. MAKA DICANANGKAN RASIONALISASI SUBSIDI. YANG MANA KERAJAAN MALAYSIA PERLU MENGURUS SUBSIDI MENGIKUT KEMAMPUAN DAN KETERBATASAN RAKYAT.
DITUNTUT MEREKA YANG BERJAYA DALAM MENJADI PERANTIS DALAM SATU PROGRAM ANJURAN KBS YANG MENEMPATKAN MAHASISWA DI KEMENTERIAN YANG MEREKA MINAT SUPAYA SEGERA MENONJOL DAN BUKAN TERPILIH SEMATA. INILAH MASANYA UNTUK BERTINDAK DAN BUKAN HANYA TERKEPIT DI KETIAK MENTERI MENTOR ANDA SEMATA. AYUH, ANDA DI BAYAR OLEH RAKYAT MAKA LAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MENYENANGKAN RAKYAT.
MAKA KPS INGIN MENGAJAK ANDA KEPADA HAKIKAT DAN BUKAN ANGKA SEMATA. MALAYSIA SECARA HAKIKATNYA TELAH MEMBELANJAKAN SUBSIDI YANG KETERLALUAN DALAM BEBERAPA KEADAAN. ITU HAKIKATNYA. TAPI PADA ZAHIRNYA IA DIKELAMKAN OLEH TINDAKKAN MANIPULASI SEGELINTIR RAKYAT MAKA GALANG GANTINYA ADALAH PERSEPSI RAKYAT TERBANYAK. ANDA SUDAH NAMPAK PERMAINANYA?
MAKA KPS MENGAMBIL TANGGUNJAWAB INI UNTUK MENGEMUKAKAN BEBERAPA BUAH FIKIR YANG TELAH DIFIKIRKAN OLEH MEREKA YANG TERDAHULU, CUMA KPS MELAYANGKAN PERKARA INI DI HEMISFERA BLOGER KPS YANG KECIL INI.
1. MERAKYATKAN SUBSIDI NEGARA
MERAKYATKAN SUBSIDI DI SINI IALAH DENGAN MEMBERI SUBSIDI KEPADA RAKYAT MENGIKUT PENGKELASAN KHUSUS, CONTOHNYA MISKIN, SEDERHANA DAN KAYA. MAKLUMAT SERTA BANCIAN INI SUDAH WUJUD DI FAIL LHDN DENGAN DENGAN PENGANJURAN BRIM. GUNAKAN SUMBER INI DAN RANGKA KAEDAH PEMBERIAN SUBSIDI BERASASKAN PENDAPATAN RAKYAT. BUKAN SEMUA SEKATA. BAYANGKAN BERAPA BANYAK PENJIMATAN SEKIRANYA PERKARA INI TERLAKSANA.JADI APA TUNGGU LAGI?????
2. KERAJAAN SUDAH MEMPUNYAI PEMIKIR-PEMIKIR ATAU 'KLUSTER' YANG MEMIKIRKAN PERKARA BERKAITAN SUBSIDI. MEREKA DARI KALANGAN YANG PAKAR DAN INSYA'ALLAH TERBAIK. MAKA APAKAH SOLUSI YANG MEREKA BERIKAN SELAIN DARI PADA PENGURANGAN SUBSIDI. APAKAH LANGKAH PERLU UNTUK MENGURANGKAN IMPAK KEPADA RAKYAT TERBANYAK? PELN TINDAKKAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG? MAKSIMUNKAN PENGGUNAAN BUAH FIKIR MEREKA, DAN KALAU TIDAK CUKUP BOLEH SAHAJA 'IMPORT' PEMIKIR LUAR DARI KELOMPOK INI DAN BUAT KELOMPOK BARU DAN TEMUKAN IDEA MEREKA DI MEJA BULAT. DARI PADA ITU MAKA LAHIRLAH HASIL YANG HEBAT SEBAGAI PENYELESAIAN DALAM ISU INI.
3. JENTERA PENERANGAN KERAJAAN PERLU TURUN PADANG DAN HADAPI RAKYAT UNTUK MEMBERI PENJELASAN. BUKAN SETAKAT BACUL DAN LARI DARI ISU. GRAKKAN JABATAN PENERANGAN, JASA, PENERANGAN PARTI TURUN KE AKAR UMBI, DISKUSI, FORUM DAN TIDAK KETERLALUAN DEBAT DI TELEVISYEN. INI YANG KITA KURANG. BUKAN HANYA BERTAHAN SEMATA.
KPS BUKANLAH PEMIKIR DALAM BIDANG INI. SEKADAR MEMBERI PANDANGAN SEBAGAI ATAS NAMA RAKYAT MALAYSIA YANG BERGELAR MAHASISWA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar