Tampilkan postingan dengan label YB ZUL. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label YB ZUL. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 10 November 2012
PEGUAM PAK NUAR WAKILI UTUSAN MENENTANG NURUL IZZAH JOY
BEBERAPA RAKAN BLOGER JUGA MENYATAKAN KESEDIAAN UNTUK BERHADAPAN DENGAN NURUL IZZAH JOY.....AGAMA DAN BANGSA AKAN DIPERTAHANKAN KESUCIAN DAN MARTABATNYA.
Selasa, 19 Juni 2012
YB ZUL CERITA SEMASA DISERANG OLEH PAS
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Apakah ini demokrasi Islam…. Mungkin Pas boleh jawab. Apakah ini demokrasi tulen yang diperjuangkan PKR dan apakah ini demokrasi ala-ala DAP? Pertanyaan ini mungkin boleh dirungkaikan oleh parti pembangkang berhubung kekecohan yang berlaku ketika Ahli Parlimen Kuli Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mengadakan ceramah di Kg Medan, Petaling Jaya Utara baru-baru ini. Bagi Zulkifli Noordin, apa yang diungkapkan semasa ceramah berkenaan adalah berhubung kait dengan kebenaran dan bukannya kepalsuan semata-mata. “Mereka (penyokong Pas) tahu apa yang mereka buat ini salah, menjual kalimah Allah, gadai anak bini dalam politik, buat sumpah talak tiga, sanggup cerai isteri disebabkan parti, sanggup menukar perjuangan dari Negara Islam kepada Negara berkebajikan, bila ditanya kebajikan macam mana sedangkan kebajikan Memali yang kononnya mati syuhada ini pun tidak dijaga, sebab tu mereka tak boleh jawab. “Sekarang ini mereka nak tukar pula Islam sebagai Ad-Din, Islam cara hidup. Saya persoalkan cara hidup Islam, semua orang nak. Tapi saya tanya soalan mudah, cara hidup Islam macam mana yang kamu (Pas) gunakan untuk pecat Hassan Ali?. “Tak bagi tunjuk sebab, tak bagi peluang bela diri, tak bagi pertahan diri, tak panggil mesyuarat, tahu-tahu sahaja Hassan Ali telah dipecat. Apa dosa Hassan Ali? Di mana bukti nak jadikan Islam sebagai Ad-Din?,” ujarnya mengulas tindakan segelintir penyokong Pas yang telah cuba menyerangnya di Kg Medan baru-baru ini. Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan penyakit pluralism yang semakin menular dalam pakatan, dibawa oleh Anwar Ibrahim, menyamakan semua agama. Kesan kepada pluralism ini, dan kesan yang boleh dilihat di Indonesia.“Di Indonesia, banyak orang yang tak tahu bahawa perbuatan liwat dan hubungan lesbian dibenarkan. Di sana, homoseks dan lesbian adalah perbuatan seks yang tidak dihalang. Dibenarkan oleh undang-undang, ianya bukan satu perlakuan jenayah. Saya beritahu mereka kesannya. “Kesan terbesar Anwar Ibrahim. Bila ditanya kepadanya mengenai undang-undang liwat, dia kata akan mansuhkan, ini undang-undang lapuk. Wall Street Journal tanya padanya, apa pendiriannya terhadap mereka yang melakukan hubungan seks bebas, homoseksual dan lesbian, dia kata bukan kerja dia tangkap orang yang melakukan homoseksual dan lesbian ini,” tambahnya. Dalam masa yang sama, jelas beliau rakyat boleh lihat sendiri perbuatan ini berlaku dalam pakatan bagaimana Ustaz boleh beri kaunseling kepada isteri orang pada jam 3 pagi, boleh makan aiskrim dalam jamban malah isu Anwar sendiri sudah terpampang video satu dunia. “Ini bukti bahaya fahaman pluralism yang sudah menular ke dalam pakatan dan sudah meracuni Pas. Jadi Pas sudah diresapi parasit-parasit ini. “Saya kata kenapa ahli Pas tak bangkit, bukan suruh pertahankan UMNO, bukan suruh bersama dengan UMNO tetapi mempertahankan parti sendiri yang sudah hancur yang disebabkan oleh parasit-parasit ini. Ini yang mereka tak tahan ini. Benda tu benda fakta, bukan saya cakap benda yang teori,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini, Isnin.- UMNO Online
Sabtu, 16 Juni 2012
BILA KHINZIR TERUS MENYONDOL....
PETALING JAYA, 14 Jun 2012 – Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan. YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab. Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan . Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali. Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam. Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama. Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu. Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab. Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. Sumber KLpos

Rabu, 13 Juni 2012
YB ZUL CABAR PRESIDEN MAJLIS PEGUAM BERTANDING DI KULIM
MAJLIS PEGUAM SEMAKIN MENJADI 'BARUA' KEPADA PEMBANGKANG SEBENARNYA BEBERAPA TAHUN LALU SUDAH MAMPUS INTREGRITINYA.....DENGAR PENDEDAHAN YB ZUL YANG JUGA MERUPAKAN SEORANG PEGUAM.....
Rabu, 16 Mei 2012
Senin, 14 Mei 2012
Kamis, 26 April 2012
PAK NUAR DICABAQ SAMAN KING KARPAL...
TULISAN YB ZUL......
SAMAN KARPAL! Salam 2 all. Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan. Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka. Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang. Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar. Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel. Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka). Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik. Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur. Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal. DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri! Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh! So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall. Adios amigos, grasias amigos! Wallaha'alam & wassalam! Zulkifli Bin Noordin Isnin 03 Jamadil Awal 1433 26 Mac 2012
Rabu, 18 April 2012
YB ZUL JAWAB KES ALTANTUYA DI PARLIMEN.....GOBIND BUNGKUS
YB ZUL BALUN ANAK KING KARPAL 'KAW-KAW' ISU ALTANTUYA.....TERBAIK YB ZUL....
Jumat, 13 April 2012
Kamis, 29 Maret 2012
Selasa, 27 Maret 2012
Selasa, 20 Maret 2012
Sabtu, 17 Maret 2012
15 SOALAN MAUT YB ZUL KEPADA PENTAKSUB PAS
DI BAWAH KPS PLAGIAT TULISAN DARI BLOG YB ZUL BAGI SESIAPA YANG BELUM BERKESEMPATAN MEMBACA 15 SOALAN MAUT BELIAU KEPADA PENCACAI hamPAS.....
PANGKAH ISLAM?
Salam 2 all.
Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".
Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.
Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:
1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?
2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?
3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?
4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?
5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?
6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?
7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?
8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?
9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?
10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?
11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?
12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?
13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?
14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?
15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?
Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.
Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?
Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!
Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!
Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!
Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rabi'ul Akhir 1433
14 Mac 2012
Rabu, 01 Februari 2012
DILEMA AYAH CHIK : oleh YB ZUL
Salam 2 all.
Kenyataan terbuka Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang baru-baru ini yang menawarkan diri tidak mahu bertanding dalam PRU 13 mengundang pelbagai persoalan dan persepsi.
Adakah beliau benar-benar serius? Atau adakah ianya sekadar gimik politik? Atau adakah ianya sindirian kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang masih tidak mahu berhenti walaupun sudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan? Atau adakah beliau sudah merajuk dengan dunia politik?
Ayah Chik! Itulah nama timangan dan panggilan “manja” untuk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS. Siapa yang mengenali Ayah Chik pasti tahu bahawa beliau seorang pendiam. Ya, pendiam! Nampak garang dan tegas diluar, malah ada yang rasa gerun dengan beliau. Ceramahnya berapi, suaranya bak halalintar membelah bumi.
Tapi disebalik kehebatan dipentas ceramah, wataknya sangat berbeza bila bersendirian. Kalau berbual dan bersembang, jarang benar nak dengar suara keluar daripada Ayah Chik kecuali ayat yang perlu. Beliau lebih banyak tersenyum disebalik sumbing dibibir akibat jatuh semasa kecil dahulu. Beliau lebih gemar bersendirian, dan menjala ikan adalah satu kegemaran!
DUA AMANAT YANG BERBEZA
Tetapi disebalik peribadi pendiam itu, Ayah Chik pernah pada suatu ketika menggemparkan negara dengan “Amanat Hadi 1981” yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.
“Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”.
JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 1981’
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR
Cuba bandingkan “Amanat Hadi 1981” ini dengan “Amanat Hadi 2003”, iaitu ucapan Ayah Chik (pada masa itu adalah YAB Menteri Besar Terengganu setelah PAS menang dalam PRU 10) pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”.
“Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!
Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.
JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 2003’!
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!
POLITIK DUALAM?
Dalam tempoh 30 tahun, Ayah Chik bercakap tentang dua pendirian yang bukan sahaja berbeza, tetapi bertentangan dan bercanggah satu sama lain dari segi prinsip dan perjuangan. Kalau ikut bahasa pasar, dua kenyataan diatas menggambarkan seseorang yang double talk”, seseorang yang “sudah terbalik kot”? Dalam bahasa politik, dipanggil sebagai “politik dualam”!!!
“Amanat Hadi 1981” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai bercanggah dengan Islam dan “KAFIR”!
“Amanat Hadi 2003” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai cukup Islamik dan akan didokong!
Akibat daripada “Amanat Hadi 1981” ini, berlakulah peristiwa kafir mengkafir! Keluarga berpecah. Adik beradik berpisah! Rumahtangga berkecai! Suami isteri bercerai berai! Solat dua imam menjadi-jadi! Hubungan keluarga terputus! Kenduri diboikot! Sembelihan orang UMNO jadi haram!
Kemuncak kepada “Amanat Hadi 1981” ini ialah peristiwa Kg. Memali, Baling yang berlaku pada 19 November 1985. Bila mana Allahyarham Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya, (yang mahu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud) bersama 13 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan. Turut terbunuh ialah 4 orang pegawai dan anggota FRU 5 dari Ipoh.
Setelah 30 tahun berlalu, Ayah Chik kini menjadi Presiden PAS, setelah mengambil alih jawatan daripada Allahyarham Ustadz Fadzil Noor pada 14 Sept 2003.
Sudah tentu ramai yang beranggapan sebagai Presiden PAS, sudah tentu Ayah Chik akan melaksanakan “Amanat Hadi 1981”, akan berjuangan menolak Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan”, dan sebaliknya berjuang menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud dan laon-lain!
Tetapi sebaliknya yang berlaku. “Amanat Hadi 2003” menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai “cukup Islamik dan boleh didukongi”! Dan kesan “Amanat Hadi 2003” membawa implikasi yang sangat memeranjatkan ramai pengikut setia dan taqsub Ayah Chik sendiri!
Bersuaian dengan Amanat Hadi 2003 ini, maka lahirlah Dokumen Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkan BiaDAP-PKR-PAS pada 18 Dis 2009 yang bersetuju tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai agenda bersama.
Ini diikuti dengan kelahiran Kitab Jinggay yang langsung tidak menyebut soal Negara Islam dan perlaksanaan hudud. Kemuncaknya ialah perisytiharan Manifesto Bersama Pakatan BiaDAP-PKR-PAS 2011 yang jelas tidak menjadikan penubuhan Negara Islam sebagai agenda dan menolak perlaksanaan hudud sekiranya mereka diberi peluang memerintah Malaysia (na’uzubillah).
DILEMA AYAH CHIK
Ini semua berlaku setelah PAS dibawah pimpinan Ayah Chik memilih untuk bersekongkol dengan DAP dan menjadikan Anwar sebagai bakal calon Perdana Menteri mewakili Pakatan BiaDAP-PKR-PAS dalam PRU 11!
Ini semua terjadi bila parti PAS pimpinan Ayah Chik diresapi oleh “parasit Anwarinas” yang sudah bersarang ditempat-tempat strategik didalam PAS. Sehingga sampai ke peringkat ulama’ muda dan tokoh Islam saperti Ustadz Nasharudin Mat Isa boleh tumbang dalam pemilihan Timbalan Presiden kepada tokoh yang kontroversi Mohd. Sabu dalam Muktamar Agong 2011!
Jadi cuba bayangkan perasaan Ayah Chik sekarang?
Daripada pejuang tegar sebuah Negara Islam yang mahu melaksanakan hudud dengan menolak Perlembagaan Persekutuan sebagai kafir, tiba-tiba menjadi orang yang menukar perjuangan Negara Islam kononnya atas alasan “tidak disebut dalam Quran”, dan menerima penolakan hudud oleh pakatan BiaDAP-PKR-PAS. Dan akhirnya kini menerima dan mendokong Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan” dahulu sebagai “cukup Islamik”!
Tidak cukup dengan itu, pakatan sokongan dan dokongan parti pimpinan Ayah Chik menjadikan Islam sebagai "alat mainan politik", hingga Islam dilacurkan sehina yang teman percaya tidak pernah Ayah Chik terfikir!
Kalimah ALLAH digadaikan kepada kristian walaupun Timbalan Mursyidul Am PAS membantah dengan tegas dan keras, bai’ah talaq tiga kepada isteri dihalalkan demi menjaga kerusi dan jawatan, himpunan bersama umat Islam jadi 'haram', himpunan bersama kafir menjadi 'halal'.
Kafir harbi mengagihkan daging qurban sembelihan penyokong Ayah Chik! Kafir harbi berjoget robek disurau masjid naungan pendokong Ayah Chik! Komunis atheist di idolakan, pejuang kemerdekaan dibangsatkan! Malah sehingga ahli parti Ayah Chik ada yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi la’natullah! Semua itu berlaku dihadapan mata Ayah Chik, yang kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa!
Kemuncaknya ialah apabila Ayah Chik terpaksa membaca teks kenyataan yang disediakan untuk memecat pejuang yang sangat dia kasih dan sayangi, YB Datuk Dr. Hasan Ali. Tokoh pemimpin dan ikon gerakan Islam itu dikorbankan akibat mainan politik kotor dan sempit para parasit Anwarinas yang rakus mahu ke Putrajaya, yang melihat Hasan Ali sebagai batu penghalang kepada nafsu besar mereka!
Ayah Chik terpaksa memecat seorang ikon, tokoh dan aktivis Islam yang berjuang untuk memartabat, menobat, memuliakan, mempertahan dan membela Islam dan syariat Islam. Satu perjuangan yang sangat dekat dihati Ayah Chik! Hasan Ali menjadi mangsa rakus parasit Anwarinas yang sudah bersarang enak didalam PAS pimpinan Ayah Chik.
Melihat apa yang berlaku kepada Hasan Ali, Ayah Chik tahu ia boleh berlaku kepada Ayah Chik sendiri! Ia tidak mustahil!
Melihat airmuka Ayah Chik sewaktu membaca teks pemecatan Hasan Ali, jelas terbayang diraut wajahnya kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan!
Sebab itu teman tidak terkejut dengan kenyataan Ayah Chik baru-baru ini yang menyatakan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Pada teman, itu hanyalah kesan semulajadi yang sewajibnya berlaku kepada Ayah Chik. Mungkin itu sebagai penebus kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan yang telah berlaku.
Cuma teman berpendapat pada peringkat ini Ayah Chik mempunyai tiga pilihan.
Pertama, Ayah Chik boleh terus bersama dengan para parasit Anwarinas didalam pakatan BiaDAP-PKR-PAS dan menelan sahaja segala maruah dan harga diri, dan persetankan segala perjuangan. Yang penting Putrajaya! Yang penting dapat kuasa! Yang penting dapat jawatan, habuan & kedudukan!
Tetapi teman yakin Ayah Chik tidak akan ambil pilihan itu. Kerana berbuat sebegitu sama saperti dia “kencing” diatas kubor para pejuang Islam sebelum ini, yang antara mereka mati terkorban kerana perjuangan yang diyakini! Ayah Chik tidak akan sanggup melihat darah Ustadz Ibrahim mengalir sia-sia! Ayah Chik tidak akan sanggup membiarkan airmata Ustadz Fadzil Noor menitis tanpa pembelaan!
Maka Ayah Chik punya pilihan kedua! Iaitu menjadi Saidina ‘Umar dengan memancung semua para parasitus Anwarinas dan bermufaraqah daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, yang telah merosakkan perjuangan murni Ayah Chik selama ini! Ini adalah tindakan yang akan menebus semua maruah dan harga diri Ayah Chik yang sudah tercalar-balar akibat persekongkolan dengan para parasit ini. Teman yakin kalau ini berjaya dilakukan, nama Ayah Chik pasti akan dicatat dalam sejarah sebagai Singa ALLAH!
Jika Ayah Chik tidak ada keberanian itu, maka pilihan ketiga yang ada kepada Ayah Chik ialah untuk mengundur diri secara senyap sunyi, membawa diri ke perkampungan Rusila, dan meneruskan kehidupan sebagai imam Masjid, dengan kuliah agama diselang-seli dengan khutbah di mimbar. Mungkin Ayah Chik boleh meneruskan hobi menjala yang menjadi kegemaran sekian lama!
Apa pun, sebagai orang yang pernah mendampingi Ayah Chik, pernah bersama dipentas ceramah, teman sedih melihat penghujung perjuangan Ayah Chik yang tidak kesampaian. Malah menjadi terbalik kong!
Addeneul naseehah – agama itu nasihat, sabda Rasulullah saw.
Sebab itu nasihat teman kepada Ayah Chik, sebelum mengambil sebarang keputusan, perbanyakkanlah solat istikharah, mintalah ALLAH memberikan pilihan yang terbaik untuk kesinambungan perjuangan. Pohonlah kepada ALLAH dengan doa saperti berikut, “Ya ALLAH, berikanlah petunjuk kepada ku dalam membuat keputusan yang boleh membawa kebaikan kepada kehidupan ku, kematian ku, dunia ku, akhirat ku, ‘amalan ku dan ‘ibadah ku”.
Dan teman nasihatkan juga kepada Ayah Chik, dirikanlah solat hajat, mohon ALLAH memberi petunjuk adakah persekongkolan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ini sesuatu yang dirahmati ALLAH. Pohonlah kepada ALLAH supaya menunjukkan kebenaran, terutama berkenaan salahlaku seks & liwat Anwar Ibrahim.
Jika benar dialah manusia didalam videoklip rakan baiknya Datuk Eskay itu, jika benarlah Anwar telah meliwat Saiful, maka pohonlah kepada ALLAH supaya melaknat Anwar Ibrahim, menghancurkan persekongkolan dengan Anwar & BiaDAP, dan memberi jalan keluar yang terbaik buat Ayah Chik dan wadah perjuangan yang dibawa.
Dan Ayah Chik janganlah risau berdoa saperti itu, kerana contoh sudah ada bila Datuk Nik Aziz berdoa memohon supaya YAB Dato’ Sri Najib pecah perut!
Marilah kita berdoa semoga ALLAH memberikan Ayah Chik petunjuk dan kekuatan - ammantu billah summastaqeem!
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Persaksikanlah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu; dan Nabi Muhammad saw itu adalah Rasul utusan ALLAH!
Wallahua’lam & Wassalam!
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
09 Rabi’ul Awal 1433
12 Jan 2012
Sabtu, 28 Januari 2012
ARTIKEL TERHANGAT DARI YB ZUL : " Islam diserang; Melayu diganyang; Raja-Raja disepak terajang!"
Salam 2 all.
Islam diserang; Melayu diganyang; Raja-Raja disepak terajang!
Itulah gambaran ringkas suasana sosio-politik semasa yang sedang bergolak di Malaysia! Suasana yang jika tidak ditangani dengan tegas dan sewajarnya akan membawa kepada "genosid-politiko" secara halus terhadap insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja (IMR); yang akan membawa kepada hilangnya institusi IMR - Islam-Melayu & Raja-Raja dibumi yang tercatat dalam sejarah sebagai Persekutuan Tanah Melayu!
Ini membawa kepada persoalan besar yang menjadi topik bualan rakyat termasuk umat Islam iaitu apakah kesan terhadap kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya dan Malaysia amnya setelah pemecatan YB Datuk Dr. Hasan Ali dan pengambilan-alih portfolio Islam daripada PAS yang kini hanya diberi portfolio Adat Resam Melayu, Belia & Sukan, sehingga akronim PAS disamakan sebagai Parti Adat & Sukan!
Setelah dihina di Pulau Pinang tanpa sebarang portfolio mahupun jawatan, PAS diaibkan di Selangor dengan hilangnya portfolio Islam dengan pemecatan tokoh pemimpin Melayu-Islam Datuk Dr. Hasan Ali. Bak kata beliau, merampas portfolio Islam daripada PAS sama saperti menjadikan PAS sebuah parti tanpa kaki & tangan. Bemakna PAS dah menjadi kudong dan dikudongkan, saperti sebijik timun. Bergolek pun luka, menggolek pun luka. Begitulah PAS hari ini diperlekeh oleh rakankongsi pakatannya!
Dan apabila seorang pemimpin Melayu-Islam membuat kenyataan bahawa institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang diancam di Selangor & Malaysia”, maka kaum cauvinis dan rasis biaDAP dan para politikus parasit melatah tak tentu pasal, sehingga menuduh kegagalan Kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau membuktikan kononnya Kerajaan menggalakkan percambahan fundamentalism, ekstremism dan terorisma Melayu-Muslim!
Begitu takut dan gentar cauvinis biaDAP dan para politikus parasit ini dengan kebangkitan dan ketegasan umat Melayu-Muslim mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja sehingga dicadangkan supaya pejuang saperti itu dilarang menjejak kaki ke bumi Selangor!
Begitulah demokrasi dan kebebasan bersuara yang dikompang oleh kaum parasit ini. Bila kena batang hidung mereka, dengan segera hak demokrasi dan kebebasan bersuara yang mereka lalakkan siang malam dibenamkan dengan label ektremism, fundamentalism & terorisma!
Pada teman, sebenarnya kegagalan Kerajaan bertindak tegas terhadap para parasit pelampau cauvinis dan rasis inilah yang menyebabkan bertambah bercambah dan dan membiak fahaman radikal yang ekstrim dan biaDAP, yang secara sistematik, terancang dan halus memperlekeh, mempertikai dan cuba melemahkan dan menghapuskan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja!
Sedangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja diberi tempat yang mulia dan gah didalam Perlembagaan Persekutuan sendiri. Malah, dalam hal ehwal Islam-Melayu & Raja-Raja, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen yang berbentuk diskriminatori yang positif; iaitu memuliakan dan memartabatkan kedudukan dan hak keistimewaan Islam-Melayu & Raja-Raja diatas dan mengatasi segala yang lain!
Artikel 3 memperuntukkan “Islam agama Persekutuan”. Tidak ada Perlembagaan dalam dunia ni yang meletakkan Islam sebagai agama negara kecuali Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sebab itu adalah satu kesilapan kalau disebut Islam agama rasmi, sebab kalau ada yang rasmi, maknanya ada yang tidak rasmi. Perlembagaan sebut “agama Persekutuan”, maknanya “agama Negara Malaysia ini ialah Islam”.
Kalau mengikut tafsiran ini, bermakna semua dasar, polisi dan perlaksanaan pemerintahan, pengurusan dan pentadbiran negara Malaysia ini samada dari segi ekonomi, politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, hubungan diplomatik, hal ehwal luar negara, sukan, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain mesti dan wajib berteraskan Islam!
Sama saperti seseorang yang mengaku Islam, segala kelakuan, peribadi, akhlak dan perbuatannya mesti selaras dan bersamaan dengan Islam; dari hal makan minum, kekeluargaan, pekerjaan, persaudaraan, jiran tetangga, dan banyak hal lain dalam kehidupan mesti dan wajib berteraskan Islam. Maknanya kalu seorang mengaku Islam tetapi mengaku kafir harbi saudaranya, maka jelas dia tidak mengamalkan akhlak dan peribadi seorang Islam, walaupun dibungkus serban dikepalanya, ditutup jubah ditubuh badannya!
Kedudukan Islam sebagai agama Negara Malaysia diperkuatkan dengan Artikel 3 (2) yang memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agong, dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan Negeri masing-masing, dan “segala hak, keistimewaan, kedaulatan dan kuasa” Tuanku Raja-Raja Melayu keatas agama Islam tidak tersentuh dan tercacat oleh apa-apa unsur pun”.
Atas peruntukkan inilah Tuanku Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak menentukan perlantikan Mufti, Pengerusi Majlis Agama Islam, termasuk pada pandangan teman siapa yang berhak memegang portfolio Hal Ehwal Islam di negeri masing-masing, walaupun terdapat persepsi salah dikalangan sesetengah pihak bahawa hanya Menteri Besar berhak menentukan penyandang portfolio Hal Ehwal Islam.
Begitu juga Artikel 11 (4) memperuntukkan bahawa tiada sebarang kerja pendakyahan boleh dibuat terhadap umat Islam. Malah ianya boleh dikanunkan sebagai kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan penal di Mahkamah sivil! Sebab itu pada pandangan teman, isu pendakyahan ini bukan bidangkuasa Jabatan Agama, sebaliknya ianya adalah dalam bidangkuasa dan bidangtugas Polis DiRaja Malaysia, mungkin dengan bantuan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
Berdasarkan peruntukkan ini, pihak berkuasa, termasuk PDRM & pihak berkuasa Islam berhak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap non-Muslim dan institusi mereka saperti gereja dan lain-lain untuk menguatkuasakan peruntukkan Artikel 11 (4) ini. Sebab itu teman berpendapat tindakan JAIS dalam menyiasat Gereja DUMC mengenai aduan dakyah kristianisasi terhadap umat Islam bukan sahaja diperbolehkan, malahan menjadi tanggungjawab Perlembagaan untuk mereka mengambil tindakan. Bagi golongan yang mempertikaikan kuasa dan bidangkuasa itu bermakna mereka mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan!
Artikel 12 Perlembagaan berkaitan dengan pelajaran memperuntukkan bahawa “adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-instusi Islam (persekolahan, pembelajaran, pendidikan, IPTA, IPTS dan lain-lain) atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu”.
Pendek cerita, Kerajaan Pusat & Negeri boleh, dan dibenarkan mengeluarkan perbelanjaan untuk membiaya dan menyelenggara persekolahan dan institusi pendidikan & pembelajaran berkaitan Islam. Ini adalah peruntukkan Perlembagaan. Dan kalau diperhatikan, tiada sebarang peruntukkan diberikan untuk perbelanjaan dan pembiayaan sekolah-sekolah dan institusi-institusi pembelajaran dan pendidikan yang selain daripada Islam! Maknanya bagi sekolah-sekolah & institusi aliran lain, tidak ada tanggungjawab Kerajaan membantu dan membiaya mereka. Dan apa jua bantuan dan dana yang diberikan selama ini untuk institusi persekolahan, pendidikan dan pembelajaran non-Muslim bukan kerana hak Perlembagaan, sebaliknya hanyalah semata-mata atas ehsan dan budibicara Kerajaan Persekutuan.
Manakala Artikel 74 dibaca dengan Jadual 9 Senara II Perlembagaan memperuntukkan sebuah Mahkamah khas untuk membicarakan hal ehwal umat Islam dalam perkara yang dimaktubkan saperti perkahwinan, perceraian, harta pusaka, amanah, waqaf dan banyak lagi. Dan dibaca bersama Artikel 121 (1A), Mahkamah sivil tidak boleh samasekali mencampuri urusan Mahkamah syariah ini.
Begitu istimewa institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, Artikel 160 memperuntukkan bahawa bangsa Melayu itu wajib beragama Islam! Kalau seseorang Melayu itu murtad, menjadi bukan Islam maknanya dia bukan lagi Melayu. Sebab itu orang Melayu yang murtad hendaklah dianggap terbatal kedudukan dia sebagai bangsa Melayu. Ini penting kerana Perlembagaan hanya memberikan hak dan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, saperti yang dimaktubkan dibawah Artikel 153.
Malahan, semua Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri-Negeri Beraja memperuntukkan bahawa jawatan Menteri Besar dan tiga jawatan turus utama negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam!
Dan begitu istimewa kedudukan Islam didalam Perlembagaan, dalam keadaan darurat diisytiharkan menurut Artikel 150, walaupun Yang DiPertuan Agong dan Parlimen dengan kuasa yang diberi boleh menggubal, menggantung, memansuhkan dan meminda apa-apa undang-undang, namun “Islam, hukum syarak dan adapt istiadat Melayu” langsung tidak boleh disentuh!
Berdasarkan ringkasan diatas, dapatlah dilihat betapa Perlembagaan Persekutuan itu memartabatkan, memuliakan, dan menobatkan kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dengan kedudukan yang tinggi lagi istimewa. Oleh itu, sebarang pencerobohan, pelanggaran, serangan dan kemungkaran terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja adalah satu penderhakaan dan bughah yang perlu ditentang oleh semua lapisan rakyat yang menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Dalam konteks itulah apa yang berlaku di Selangor dan negara Malaysia ini sejak Mac 2008 merupakan satu serangan secara sistematik dan halus terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja oleh para parasit yang langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Daripada sikap memperlekehkan dan mempermainkan lagu Negara Ku, kepada penghinaan terhadap Jalur Gemilang, mempersoalkan azan, kepada isu mempertikai institusi Raja-Raja Melayu, membawa kepada berjoget-robek di surau masjid, kepada agihan daging korban oleh para kaafirun harbiyun, sehingga kepada usaha dakyah terhadap umat Islam dan penglibatan secara aktif para pastor, missionary dan gereja dalam gejala murtad umat Islam, membawa kepada pemecatan Datuk Hasan Ali dan perampasan portfolio Islam daripada PAS; genosid politik terhadap insitusi dan syiar institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya, dan Malaysia amnya memang sedang berlaku secara sistematik dan terancang secara halus!
Dan dalam isu murtad contohnya, kita melihat penglibatan gereja dan para pastor secara aktif terhadap orang Melayu. Daripada kes murtad Jamaludin Osman yang menjadi paderi Melayu pertama dengan nama Father Joshua Jamaludin disebuah gereja di Petaling Jaya, kepada murtadnya Nor Aishah Bukhori dengan nama kristiannya Aishah Felicea, diikuti murtadnya Azlina Jailani dengan nama kristian Lina Joy, hingga kepada isu terbaru dakyah kristianisasi melibatkan gereja DUMC, jelas membuktikan penglibatan secara langsung dan aktif segelintir pendakyah pastor dan gereja-gereja.
Pendedahan seorang ahli tegar parti DAP, saudara Razali mengenai usaha penubuhan Negara Kristian dan sumpah para pastor di Pulau Pinang yang mengadakan perhimpunan meraikan kemenangan beberapa calon DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 jelas membuktikan penglibatan secara langsung para pastor dan gereja dalam politik kepartian dinegara ini.
Malah lebih memeranjatkan, saudara Razali mendedahkan, melalui keterangan, dokumen dan videoklip mengenai upacara sumpah para pastor mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian! Tahniah kepada saudara Razali yang akhirnya menemui kewarasan aqidah apabila beliau meletakkan Islam lebih utama daripada politik kepartian. Tetapi keberanian itu dibayar dengan harga yang mahal apabila beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman, sehingga terpaksa menyembunyikan diri dan diletakkan dibawah kawalan keselamatan!
Bayangkan seorang Melayu-Muslim terpaksa bersembunyi dan berlindung dibawah kawalan keselamatan hanya untuk mempertahankan dan membela agamanya yang diserang dan cuba dirobek oleh anasir-anasir subversive, ekstremis dan pelampau yang biaDAP dalam negara umat Islam ini!
Dan kemuncaknya yang dapat disaksikan oleh seluruh umat dan rakyat negara ini apabila Exco Hal Ehwal Islam yang juga tokoh pimpinan Partai Islam SeMalaysia, YB Datuk Dr. Hasan Ali dipecat oleh partinya sendiri dan digugurkan daripada jawatan Exco bagi portfolio Hal-Ehwal Islam hanya kerana dia cuba mempertahan dan membela institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor Darul Ehsan!
Dan yang paling malang, pemecatan beliau oleh partinya langsung tidak menurut adab dan peraturan Islam. Beliau langsung tidak diberi notis tunjuk sebab, apatah lagi membela diri ataupun bersuara dalam isu pemecatannya. Semuanya dibuat dengan begitu pantas, dan yang kelakarnya ada segelintir dikalangan mereka ini masih mahu mendabik dada bongkak menyatakan merekalah parti Islam yang lebih Islam daripada orang lain!
Adalah sesuatu yang paling malang, apabila genosid politik terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja ini berlaku dengan sokongan dan dokongan segelintir parasit politikus kalkatus yang rakus dikalangan bangsat Melayu yang mengaku Islam; dan mereka bertopengkan Islam untuk membantu kaum parasit biaDAP dan cauvinis menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, hanya untuk memuaskan nafsu serakah mereka mahu menduduki mahkota Putrajaya yang pernah mereka bersumpah dan berikrar mahu lelong dan gadaikan!
Perlu diingat inilah golongan yang sama yang apabila meletus isu murtad Jamaludin Osman menjadi paderi dengan nama Father Joshua Jamaludin tahun 1986, menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristian dan mengadakan satu demonstrasi dipanggil “Himpunan Menentang Kristianisasi” di Sitiawan, Perak pada 29 Oktober 1987! Himpunan yang dibantah keras oleh parti DAP, rakan sekongkol PKR & PAS sekarang! Betapa ironisnya
Malah ada antara mereka menjadi Nujum Pak Belalang apabila membuat satu ramalan dalam ucapan pada 07 Ogos 1987 dalam satu program di Parit Amal, Johor dengan meramal “seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya tahun 2000”!. Malah mereka mendakwa pada masa itu 66,000 orang Melayu sudahpun murtad!
Namun setelah lebih 30 tahun berlalu, apabila tokoh pimpinan PAS, Dr. Hasan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam Selangor sendiri mengambil tindakan terhadap kegiatan gereja DUMC kerana cubaan mendakyah dan memurtadkan orang Islam, dia ditentang habis-habisan. Dan apabila beliau mengadakan Himpunan Selamatkan Aqidah Umat di Stadium Shah Alam, dia dihalang dan ahli partinya dilarang daripada menyertai himpunan itu, walaupun baru beberapa bulan sebelum itu mereka menghalalkan penyertaan dalam satu himpunan haram, walaupun diketuai oleh seorang kafir yang pernah diisytiharkan musuh Islam yang harbi!
Dan yang paling memeranjatkan, ada segelintir dikalangan mereka pula pada hari ini muncul sebagai kaum yang bermati-matian mempertahankan gereja dan kaum kristian. Ramalan mereka pada tahun 1987 bahawa Malaysia akan dikristiankan pada tahun 2000, menjadi kenyataanapabila mereka sendiri rupanya yang mempertahankan institusi kristianisasi ini, sehingga ada antara mereka bukan sahaja sanggup menjual kalimah ALLAH kepada kristian untuk diguna dalam bentuk trinity yang syirik, malah mereka sanggup mati untuk mempertahankan para kafir harbi yang biaDAP ini! Begitu ALLAH kembalikan fitnah kepada mereka! Na’uzubillah min zalik!
Benarlah kata YB Datuk Dr. Hasan Ali, bahawa pembangkang yang dianggotainya dahulu sudah diresapi oleh racun segelintir para parasit politikus kalkatus yang rakus mahu bermahkota di Putrajaya “at all cost”, sehingga mereka muncul sebagai pelacur politik murahan yang layak ditongsampahkan dalam sejarah kegemilangan dan kebangkitan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara umat Islam Malaysia ini!
Apabila seorang pemimpin yang berjuang mahu membela dan mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja digertak dan diugut akan diharamkan daripada menjejakkan kaki ke bumi Selangor Darul Ehsan, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia!
Apabila seorang Exco yang dipertanggungjawabkan menjaga hal-ehwal Islam bangkit untuk memartabatkan dan menobatkan insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja berakhir dengan dipecat dari partinya dan digugurkan daripada jawatannya, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia!
Dan benarlah sabda Rasulullah saw, apabila sesuatu amanah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka nantikanlah kehancuran! Dan kita nampak itu berlaku apabila parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tidak diberikan portfolio Islam di Pulau Pinang & Selangor!
Kita sedang menyaksikan satu proses genosid politik secara halus untuk menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja secara terancang, sistematik dan halus dihadapan mata kita. Kita sebenarnya adalah umat Islam akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah saw yang akan melalui proses kehancuran akibat fitnah besar akhir zaman.
Maka menjadi wajib ‘ain bagi tiap individu umat Islam bangsa Melayu untuk terus bangkit membela, mempertahankan, memartabatkan, menobatkan dan memuliakan semula insititusi Islam Melayu & Raja-Raja dalam negara ini, termasuk di Selangor Darul Ehsan.
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali! Kita memohon dan berdoa kepada ALLAH supaya memelihara iman dan aqidah kita dalam zaman fitan kabir ini!
Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah Rasulullah!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua’lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
04 Rabi’ul Awal 1433
27 Jan 2012
Langganan:
Postingan (Atom)