Tampilkan postingan dengan label HASSAN ALI. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label HASSAN ALI. Tampilkan semua postingan

Selasa, 27 November 2012

KEJUTAN PAU 2012...PEMIMPIN PAS BAKAL SERTAI UMNO???

AMAT MENARIK CERITA DARI SEBUAH BLOG PR INI....DI SINI KPS LINKKAN APA SAHAJA TULISAN SI BLOGER PAS INI DI BAWAH.....
Kejutan Dalam Perhimpunan Agung Umno, Bekas Pemimpin PAS Umum Keluar Parti?
Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini. Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu. Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka. Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya. Dipercayai kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas. Kononnya mereka mahu mengajar Pas. Kemasukan bekas pimpinan Pas itu diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah berada di hujung pedang. Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin peringkata pemuda kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal. Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno. Sam-sama kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan membatalkan upcara penyerahan orang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas selepas maklumat ini terdedah? Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas kategori sebagai winnabale cadidate. Mereka akan diletak bertanding di Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka menggunakan simbol dacing ataupun atas simboil bebas tetapi akan disokong termasuk kewangan oleh Umno. Mengenai cadangan ini bagaiaman pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka apa lagi diangkat sebagai calon. Alasan digunakan pengaruh orang politik bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya? ~mso
TETAPI DARI APA YANG KITA MAKLUM, MUNGKIN BLOGER BERKENAAN MERUJUK KEPADA HASAN ALI DAN USTAZ NASA....TAPI APAKAH ADA LAGI PEMIMPIN PAS YANG DIHORMATI AKAN SERTAI UMNO????
TIDAK MUSTAHIL.....

Minggu, 08 Juli 2012

Rabu, 18 April 2012

KENYATAAN PRESIDEN JATI.....DR. HASAN ALI DALAM ISU PEMIMPIN PR HINA RAJA




SAYA ingin mengulas tentang satu berita yang dilaporkan oleh Dr Rahman Kadir, seorang pengamal perubatan tentang tindakan mengejek dan mempersenda pimpinan Negara termasuk Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Dipertua Negeri oleh beberapa tokoh ahli parlimen pembangkang ketika upacara pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 11 April yang lalu.
Saya menyambut baik cadangan untuk menubuhkan badan penyiasat bagi menyiasat peristiwa yang mencacatkan upacara pertabalan tersebut sehingga ada pihak mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat insiden yang berlaku. Ini menggambarkan seriusnya perkara yang berlaku dari kaca mata berbagai pihak termasuk rakyat di Negara ini.
Bagi saya insiden tersebut sekiranya benar-benar berlaku seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan. Setakat yang saya mengenali individu-individu yang terlibat, mereka memang mempunyai kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara yang sukar diterima akal. Ini mungkin hasil dari desakan parti yang mereka wakili dan beberapa golongan di dalam parti masing-masing yang memandang remeh terhadap Institusi Raja. Saya tidak perlu menoleh ke belakang untuk memaparkan insiden-insiden hitam yang pernah berlaku di Perak dan Negeri Selangor.
Selama ini mereka juga berbicara mengenai ketaatan kepada raja yang memerintah. Jelas daripada insiden tersebut sekiranya berlaku, ketaatan yang mereka laungkan tidak lebih daripada satu pengucapan yang tidak mempunyai banyak kerti. Di hadapan masyarakat Melayu mereka berhujah tentang kepentingan institusi raja tetapi yang tersembunyi dihati mereka sebenarnya ialah apa yang dipertontonkan dalam peristiwa pertabalan itu.
Saya dapat merasakan betapa tersinggungnya pihak-pihak yang terlibat yang merupakan golongan yang selama ini dimuliakan dengan berbagai cara yang disusun oleh orang-orang terdahulu. Saya juga dapat merasakan betapa kecewanya rakyat Negara ini mendengar tentang insiden tersebut lantaran rata-ratanya rakyat memahami kedudukan Insitusi Raja dalam Perlembagaan Persekutuan serta apa yang boleh dilakukan oleh institusi tersebut dalam menjamin keutuhan negara.
Tindakan beberapa pemimpin pembangkang itu (sekiranya berlaku) sesungguhnya merupakan satu tindakan yang keji dan tidak sepatutunya dilakukan oleh mereka yang dipilih oleh rakyat yang sepatutnya menjadi juru bicara kepada mereka. Sayangnya semata-mata atas kepentingan politik yang tidak matang maka ahli-ahli parlimen yang terlibat itu sanggup bertindak sedemikian dengan disaksikan seribu tetamu pilihan termasuk wakil-wakil Negara asing.
Jika benar seperti yang dilaporkan, di mana kewajaran ahli parlimen pambangkang tersebut sehingga sanggup memperleceh, memperlekeh dan menghina pimpinan tertinggi negara dan batang tubuh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Di Pertua Negeri. Saya juga tertanya-tanya tentang darjah kesiuman pemimpin pembangkang tersebut yang seolah-olah lupa siapa diri mereka, dalam maji sapa mereka berada dan siapa yang memerhatikan mereka.
Saya yakin cuti upacara khas pertabalan telah membuka ruang kepada segenap lapisan masyarakat tua dan muda termasuk kanak-kanak berada di hadapan kaca tv untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah tersebut. Mereka dapat menyaksikan betapa syahdunya majis tersebut. Mereka juga dapat menyaksikan unsur agama Islam yang jelas terpancar dari awal hingga ke akhir di sepanjang upacara pertabalan. Dalam suasana itu tiba-tiba timbul cerita ada dari kalangan mereka yang terpelajar, terdidik dan ternama melakukan perbuatan sumbang yang sudah tentu mencacatkan upacara yang diadakan dan sekaligus membabitkan maruah negara.
Bagi saya pendek benar akal dan pemikiran ahli Parlimen yang terlibat. Bagi saya juga golongan seperti ini tidak harus diberi tempat menghadiri majlis-majlis rasmi kerana kegagalan mereka mengawal diri dan menunjukkan akhlak terpuji standing dengan kedudukan mereka di mata rakyat.
Di sebaliknya, saya menyetujui saranan pihak-pihak tertentu termasuk badan-badan bukan kerajaan dan rakyat yang prihatin untuk menyiasat sedalam-dalamnya peristiwa ini. Saya juga dengan sukacita menyeru supaya insiden ini tidak dibenarkan berlalutan padanya tindakan drastic dari pada pihak yang berkuasa. Manusia seperti ini tidak sepatutnya menjadi pilihan rakyat.
Saya tidak dapat menggambarkan seandainya ditakdirkan mereka menguasai Putrajaya, bayangkan pajenis budaya yang mereka akan cernakan untuk masyarakat Malaysia terutamanya di pihak generasi pengganti. Saya berharap rakyat Malaysia tidak memperjudikan masa hadapan mereka. Insiden yang dilaporkan berlaku sebenarnya bukan insiden yang isolated, tetapi inilahbrand budaya baru yang akan mereka terapkan.
Akhirnya saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada Dr Rahman Kadir yang telah menimbulkan perkara ini. Saya percaya atas kesedaran sivik yang tinggi doktor perubatan tersebut telah keluar daripada lingkungan perubatan yang dipertanggungjawabkan untuk memaparkan peristiwa hitam yang berlaku kerana bagi beliau perkara tersebut bukan sesuatu yang kecil dan remeh sebagaimana yang didakwa oleh mereka yang terlibat. Remehkah sesuatu yang berkait langsung dengan sistem pemerintahan negara? Remehkah insiden yang berlaku itu jika ditinjau dari sudut keberlangsungan sistem Raja Berperlembagan? Akhirnya remehkah insiden itu untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja sedangkan upacara itu adalah sebahagian daripada “the pride of the nation”?
* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati

Jumat, 06 April 2012

WAJAH-WAJAH PRO PEMURTAD UMAT BERJAYA DIRAKAM......

INILAH PAK CIK PAS YANG TERJERIT-JERIT BILA HASAN ALI MAHU MEMULAKAN CERAMAH SEBELUM PAK CIK PAS INI CABUT DENGAN SEGERA DENGAN MENGGUNAKAN KERETA YANG DIPERCAYAI DIPANDU OLEH ISTERINYA. KALAU ISTERI ORANG SAH KAUNSELLING PAKAI TUALA 3 PAGI.


INI PULA SEORANG PENYOKONG PKR YANG MEMEKIK SELEPAS HASAN ALI HABIS BERCERAMAH.....



KPS: SEMAKIN PANAS PASrasit DI SELANGOR AKIBAT DARIPADA HASAN ALI......TAHNIAH,,,AKIDAH BUKAN BENDA MAIN-MAIN.

Jumat, 16 Maret 2012

HASAN ALI BUAT PRAKTIKAL PAS TERKUBUR DI BALING


SEGALA GAMBAR YANG ADA DALAM BLOG INI DIAMBIL DARI BLOG MEDIA KEDAH....


CERAMAH DI ATAS DIBATALKAN ,,,,DAN DI BAWAH SITUASINYA,,,,,

DEWAN BADMINTON KEDA TEMPAT YANG SEPATUTNYA ADA CERAMAH PAS LENGANG,,,,,



DAN KPS NAK TANYA ANDA....KENA CERAMAH PAS LENGANG???? KENA CERAMAH PAS SUDAH TERKUBUR????KENAPA CERAMAH PAS DIBATALKAN ???????


KERANA APA TUAN-TUAN...PUAN-PUAN.....??????


KERANA CERAMAH HASAN ALI YANG MEMBONGKAR PENYELEWENGAN MEMALI YANG DILAKUKAN PAS TURUT DIADAKAN BERHAMPIRAN KAWASAN TERSEBUT.....DI BAWAH SITUASI CERAMAH HASAN ALI




KPS: HANG PIKIAQ LA SENDIRI.....

Kamis, 08 Maret 2012

2 PROGRAM PR LAWAN CERAMAH HASAN ALI DI SELANGOR



CERAMAH HASAN ALI KEMBALI KE DUN MERU. INI MEMBUATKAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR MERANGKAP ADUN MERU TIDUR TAK KENYANG, MAKAN TAK BASAH, MANDI TAK LENA.....SAMPAI TERBALIK SIUT....

MAKA CERAMAH HASAN ALI ESOK DIBERITAKAN AKAN DI SAMBUT OLEH DUA CERAMAH DARIPADA PAS DAN PKR.. PEGH,,,,HASAN ALI SATU SAJA, PR SAMPAI DUA...OLEH YANG DEMIKIAN, AYUH SERTA HASAN ALI ESOK SEPERTI IKLAN DI ATAS....


KPS: DENGAQ HABAQ EXCO AGAMA SELANGOR DAN KHALID SAMAD AKAN TURUN ESOK...2 LAWAN 1 BEB

Rabu, 07 Maret 2012

PESURUHJAYA PAS SEBUAH NEGERI SEBUT " TAMATLAH RIWAYAT HASAN ALI"




PESURUH JAYA PAS PERAK SEBUT "TAMATLAH RIWAYAT HASAN ALI"........APA PANDANGAN ANDA???? UGUTAN BUNUH ATAU APA ??????

VIDEO HASAN ALI ISLAMKAN REMAJA MURTAD



Teknik Rakaman Visual ini dibuat adalah permintaan remaja tersebut,atas faktor-faktor keselamatan.


DR. HASAN ALI ISLAMKAN SEORANG REMAJA YANG MURTAD

Selasa, 06 Maret 2012

Senin, 05 Maret 2012

Kamis, 01 Maret 2012

BERSAMA DR. HASAN ALI MALAM INI.....ADA PERKARA NAK DIUMUMKAN


MALAM INI ADA PENGUMUMAN PENTING YANG AKAN DIBUAT OLEH DR. HASAN ALI. SAPA NAK TAU, PAKAT-PAKAT MAI LA SENDIRI.

Rabu, 22 Februari 2012

JATI AKAN DEDAHKAN VIDEO PANAS.....PASrasit PON TURUT PANAS


Sementara itu, Dr Hasan Ali menegaskan bahawa beliau akan mendedahkan video pembaptisan berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini. Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi. Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.

"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya,"

Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.

Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.