Kuala Lumpur 11 Sept. - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, meneruskan peningkatannya selama tiga hari berturut-turut, dirangsang oleh kenaikan indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia dan unjuran positif ekonomi Malaysia bagi suku ketiga tahun ini, kata para peniaga. IPP naik 7.6 peratus tahun ke tahun bagi Julai. Ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 3.2600/2630 daripada 3.2785/2815 semalam. Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.5710/5735 daripada 2.5807/5849 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.2506/2542 daripada 3.2742/2789 pada Selasa. Ringgit tinggi berbanding pound British kepada 5.1469/1529 daripada 5.1486/1546 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.3267/3313 daripada 4.3434/3480 pada Selasa. - Bernama
Tampilkan postingan dengan label PM NAJIB. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PM NAJIB. Tampilkan semua postingan
Rabu, 11 September 2013
APAKAH BERITA INI HARAKAH SIARKAN????
BEBERAPA MINGGU LEPAS RINGGIT MENYAKSIKAN PENURUNAN. MAKA DISALAKKAN OLEH JUAK-JUAK PR BAHAWA EKONOMI NEGARA SEMAKIN GAWAT. HABIS ISU TERSEBUT DICANANGKAN. ISU MINYAK PULA KINI DIJADIKAN PERISA TAMBAHAN OLEH MEREKA.....TAPI.....APAKAH BERITA TERBARU INI AKAN MELREKA LAPORKAN ATAU SEKADAR BERHARAP BERITA INI TIDAK BENAR????? JOM KITA TENGOK BERITA DI BAWAH....
Rabu, 23 November 2011
AKTIVITI SEMPENA MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1433 HIJRAH
Najib rasmi Seminar Pemahaman Wasatiyyah, 1Malaysia
2011/11/17
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak akan merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia pada 26 November sebelum Perhimpunan Agung Umno di sini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata seminar itu akan mengupas lebih mendalam maksud Wasatiyyah dan kaitannya dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Najib.
Katanya, istilah Wasatiyyah secara mudahnya bermaksud "pemikiran tidak ekstrem" seperti yang diamalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.
"Wasatiyyah ini adalah satu gerakan yang dipelopori oleh Datuk Seri Najib dan sentiasa disebut oleh beliau bukan hanya dalam negara tetapi juga di luar negara dalam ucapan beliau, terbaru di Hawaii, Amerika Syarikat.
"Ia kini menjadi perhatian pemimpin luar tetapi sebelum ia laku di luar negara, dalam negara ini sendiri ia perlu difahami oleh pimpinan dan juga rakyat dan kaitannya dengan Gagasan 1Malaysia," kata Ahmad pada sidang akhbar mengenai seminar berkenaan di sini, hari ini.
Ahmad menjelaskan kefahaman terhadap Wasatiyyah perlu kerana istilah itu kini diertikan sebagai kesederhanaan, pertengahan dan perimbangan.
Seminar julung kali mengenai Wasatiyyah anjuran UMNO itu akan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
"Lebih 1,000 kad jemputan sudah dihantar dan sehingga kini lebih 600 peserta mengesahkan kehadiran mereka," katanya.
Peserta terdiri daripada kalangan pemikir, ahli akademik, warga korporat dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Ahmad berkata, mereka termasuk presiden International Movement for a Just World, Dr Chandra Muzaffar, bekas ketua pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.
"Antara aspek yang akan dibincangkan ialah bagaimana konsep Wasatiyyah diguna pakai dalam pelaksanaan pentadbiran agama dan bagaimana organisasi boleh memanfaatkan amalan kesederhanaan," katanya. Sekretariat seminar itu boleh dihubungi di talian 03-40436433. - BERNAMA
AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN TAHUN HIJRAH 1433
MAJLIS SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1433H
Tarikh:
Nov 26, 2011
Lokasi:
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LMPUR
Rabu, 16 November 2011
KALAULAH PM NAJIB BERMAZHAB PAS......INI YANG AKAN TERJADI.....HAHAHHAHA
RAMAI DOK TENGAH SERONOK DAPAT DUIT RM SERATUS DARI KERAJAAN TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG DAN KEMAMPUAN KELUARGA. TIDAK KURANG JUGA YANG MENGANGGAP DUIT ITU DARI KERAJAAN ZALIM TURUT MENTAKEDARAH DUIT ANAK DEPA UNTUK DISUMBAT DALAM TABUNG CERAMAH PAS. APA PON ITULAH HAKIKAT. SEBUT PASAI HAKIKAT JUGA, CUBA KITA BAYANGKAN KALAU PM NAJIB BERFIKIRAN MACAM hamPAS. MACAM hamPAS MANA? OOOOO....TAK PA, KPS BAGI KLU SIKIT....KALAULAH PM NAJIB KELUAR KENYATAAN DI BAWAH, APA KATA PAS ? BUKAN APA, PAS DAH KELUAQ KENYATAAN ATAU FATWA BANGANG DARI PAS INI LAMA DULU. APA KOMEN PENTAKSUB BERMAZHAB PAS ?
Minggu, 13 November 2011
FAKTA YANG MEMBISUKAN MULUT SEKALIAN BARUA PR(PEMURTAD RAKYAT)
FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN PEMBANGKANG....
HUTANG NEGARA MALAYSIA 53.1 % BERBANDING HUTANG NEGARA SINGAPURA 96.3% KDNK. BLOGER PANGLIMA PERANG SIBER MENAMBAH LAGI,,,
Malaysia belum pernah gagal membayar hutangnya sejak merdeka hingga kini kerana dasar fiskal berhematnya.
Rizab Bank Negara sekarang ialah RM429.1 (USD 138.8) mengikut laporan pada 4.11.2011. Boleh menampung 10 bulan import tertangguh.
Sekian,mohon disebarkan.
Jumat, 11 November 2011
JANJI BOLEH MENANG - PM
ASALKAN BOLEH MENANG - PM
PUTRAJAYA 10 Nov. - Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).
"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.
"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan Ketua Penerangan Mubarak yang juga Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman.
Menurut Najib, beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.
Beliau menambah, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.
"Dulu mereka takde (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.
"Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini," katanya.
Sehubungan itu, tambahnya, beliau amat mengalu-alukan peranan Mubarak bagi menguatkan kepimpinan parti berikutan perubahan landskap sosial politik pada masa ini yang berubah dengan pantas.
Najib berkata, perubahan itu berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu taraf pendidikan yang semakin meningkat, revolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan fenomena globalisasi atau dunia tanpa sempadan.
Katanya, ini bermakna generasi yang baru pada hari ini adalah generasi yang berbeza dan anggota parti diingatkan supaya tidak mendabik dada ketika turun padang, sebaliknya meyakinkan mereka bahawa kerajaan sekarang adalah yang terbaik untuk rakyat.
Selain itu, Najib seterusnya memberitahu, anggota parti mesti membawa label atau jenama bahawa BN merupakan pemangkin dan pencetus kepada pembaharuan dan perubahan yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.
"Kita dah buat banyak perkara yang mendahului zaman, kitalah parti sebenarnya yang berhak untuk dinamakan sebagai parti yang mencetus pembaharuan dan perubahan dalam negara," katanya. - BERNAMA
Kamis, 10 November 2011
JAMIL KHIR BERI PENJELASAN SALAH FAHAM ISU IBADAH HAJI PERDANA MENTERI
JAMIL KHIR MENJAWAB ISU SALAH FAHAM DALAM TWITTER PM NAJIB....
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.
Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.
Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata, Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.
“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.
“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah.
Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.
“Jadi pada petang itu mungkin… barangkali soalan itu ditanya petang itu… selesai itu, selesai Arafah. Haji itu belum selesai lagi.
“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik.
Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau. – Bernama
Rabu, 09 November 2011
MALAYSIAKINI PIJAK KEPALA MUFTI PERLIS.....MUFTI PERLIS INGIN DILACURKAN OLEH MALAYSIAKINI
MALAYSIAKINI PIJAK KEPALA MUFTI PERLIS....MALAYSIAKINI AKHBAR ONLINE PALING CELAKA DAN SETARAF DAJJAL PENYEBAR FITNAH RUPANYA TERUS MEMFITNAH DAN TERBARU MENGGUNAKAN NAMA MUFTI PERLIS....
KPS : HARAM J***H MALAYSIAKINI
Malaysiakini berbohong lagi apabila mufti Perlis Dr Juanda menafikan merasa terkejut dengan ibadah haji seperti yang disiarkan di Malaysiakini. Dr Juanda cuma dihubungi oleh Malaysiakini untuk mendapat penjelasan mengenai Haji yang paling awal boleh dibuat sahaja tanpa mengaitkan dengan Perdana menteri dan isteri serta rombongannya.
Apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini amat bertentangan dengan kenyataan yang diberikan oleh Dr. Juanda. Mufti perlis juga berharap agar Malaysiakini memperbetulkan kenyataannya yang telah diputarbelikan supaya mengelakkan persepsi buruk.
KPS : HARAM J***H MALAYSIAKINI
Selasa, 08 November 2011
EDISI WAJIB JAWAB : MOHON PIHAK BERKUASA ATAU SESIAPA BETULKAN MANA YANG SALAH ATAU MANA YANG SALAH FAHAM....
MUFTI PERLIS YANG PERNAH DIGELAR BAPAK SETAN OLEH SEORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG
BEKAS PENGETUA KPS BUKANLAH SEORANG YANG MESRA KERAJAAN. KPS SECARA PERIBADI MASIH MENGHORMATI BELIAU SEBAGAI SEORANG PENGETUA DAN SEORANG YANG LEBIH DEWASA. SEMENTELAHAN JUGA KPS SEBAGAI BEKAS KETUA PELAJAR BANYAK KALI MENGIRINGI BELIAU UNTUK SESUATU MAJLIS. BEKAS PENGETUA KPS MEMANG BERSETERU DENGAN KPS DI DALAM LAMAN FB. BANYAK YANG DIBAHASKAN. BANYAK JUGA YANG KPS LETAK DI WALL BELIAU TIDAK BERBALAS. ADA JUGA KPS LETAKKAN DI INNBOX KERANA INGIN MENJAGA AIR MUKA BELIAU KERANA BANYAK ISU TIDAK MENYEBELAHI BELIAU ATAU BERTARAF FITNAH SAHAJA DARI PADA PARTI YANG DIDOKONG BELIAU. KPS TERTARIK DENGAN APA YANG BELIAU LETAKKAN DI WALL KPS. KPS SECARA PERIBADI BUKAN AHLI ATAU PAKAR UNTUK MENJAWAB SOALAN ITU. JADI KPS SERAHKAN KEPADA ANDA SEKALIAN UNTUK MENJAWAB SAMBIL MENANTI PIHAK BERKUASA BERWAJIB UNTUK MEMBERI RESPON. PETIKAN DARI MALAYSIAKINI.....PANDANGAN ANDA MESTILAH MENGHORMATI MUFTI PERLIS TERSEBUT. KPS BERASA MUNGKIN PM INGIN MENYATAKAN SUATU RUKUN SUDAH SELESAI PADA SAAT ITU. MUNGKIN TERJADI SALAH FAHAM ATAU SALAH CATAT PADA FAHAMAN PM. MINTA PENJELASAN KEMUDIAN TANPA MAHU TIMBULKAN APA-APA SPEKULASI.
BEKAS PENGETUA KPS BUKANLAH SEORANG YANG MESRA KERAJAAN. KPS SECARA PERIBADI MASIH MENGHORMATI BELIAU SEBAGAI SEORANG PENGETUA DAN SEORANG YANG LEBIH DEWASA. SEMENTELAHAN JUGA KPS SEBAGAI BEKAS KETUA PELAJAR BANYAK KALI MENGIRINGI BELIAU UNTUK SESUATU MAJLIS. BEKAS PENGETUA KPS MEMANG BERSETERU DENGAN KPS DI DALAM LAMAN FB. BANYAK YANG DIBAHASKAN. BANYAK JUGA YANG KPS LETAK DI WALL BELIAU TIDAK BERBALAS. ADA JUGA KPS LETAKKAN DI INNBOX KERANA INGIN MENJAGA AIR MUKA BELIAU KERANA BANYAK ISU TIDAK MENYEBELAHI BELIAU ATAU BERTARAF FITNAH SAHAJA DARI PADA PARTI YANG DIDOKONG BELIAU. KPS TERTARIK DENGAN APA YANG BELIAU LETAKKAN DI WALL KPS. KPS SECARA PERIBADI BUKAN AHLI ATAU PAKAR UNTUK MENJAWAB SOALAN ITU. JADI KPS SERAHKAN KEPADA ANDA SEKALIAN UNTUK MENJAWAB SAMBIL MENANTI PIHAK BERKUASA BERWAJIB UNTUK MEMBERI RESPON. PETIKAN DARI MALAYSIAKINI.....PANDANGAN ANDA MESTILAH MENGHORMATI MUFTI PERLIS TERSEBUT. KPS BERASA MUNGKIN PM INGIN MENYATAKAN SUATU RUKUN SUDAH SELESAI PADA SAAT ITU. MUNGKIN TERJADI SALAH FAHAM ATAU SALAH CATAT PADA FAHAMAN PM. MINTA PENJELASAN KEMUDIAN TANPA MAHU TIMBULKAN APA-APA SPEKULASI.
Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji
7:12AM Nov 8, 2011
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.
dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.
“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.
“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.
hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."
Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.
Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.
“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.
“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.
Senin, 07 November 2011
Langganan:
Postingan (Atom)





