Tampilkan postingan dengan label KUIN. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label KUIN. Tampilkan semua postingan

Senin, 02 Juli 2012

INSANIAH HARAMKAN PURDAH....

KPS SECARA PERIBADI MENYOKONG TINDAKKAN INSANIAH. KPS MEMANG SUKA LIHAT WANITA BERPURDAH. TETAPI KPS TETAP ISTIQOMAH DENGAN MENYOKONG TINDAKKAN INSANIAH DALAM HAL INI. KPS MENGAMBIL HUJAH MANTAN SYEKUL AL-AZHAR(KINI ARWAH) BAHAWA PEMAKAIAN PURDAH ADALAH TRADISI DAN BUKAN AGAMA. KPS MENGHORMATI KETINGGIAN ILMU ARWAH DAN KPS ISTIQOMAH DALAM HAL INI. CUMA YANG MENJADI SOAL KINI IALAH....PENTAKSUB-PENTAKSUB PAS TERMASUK DARI KALANGAN RAKAN KPS SENDIRI YANG MENDAKWA PURDAH ITU ADALAH AGAMA,,,,SILA BERI KOMEN ANDA DALAM ISU DI INSANIAH INI???? PAS YANG LARANG, BUKAN UMNO.....LIHAT KENYATAAN DI BAWAH....
Pada 05 Oktober 2009, Shaikh Al-Azhar telah mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah-sekolah rendah dan menengah serta kolej-kolej milik Universiti Al-Azhar, supaya pelajar wanita tidak memakai purdah semasa dalam kelas atau dewan kulliah. Antara alasan beliau, semua kelas dan dewan kulliah pelajar wanita adalah berasingan dari kelas dan dewan kulliah pelajar lelaki. Justeru, tiada keperluan bagi pelajar wanita memakai purdah. Ini berbeza semasa berada di luar kelas atau di luar dewan kulliah. Selain itu, "pemakaian purdah" adalah adat dan bukannya ibadat, malah ia merupakan isu khilafiyah dalam bidang "fiqh".

Kamis, 21 Juni 2012

KUIN SEMAKIN TUNGGANG-LANGGANG.....

KUIN DI BAWAH REGIM PAS KEDAH SEMAKIN TENAT. SALAH PENGURUSAN SERTA KELEMAHAN YANG KETARA OLEH MB BALAK KEDAH YANG BAKAL MENJERUMUSKAN NEGERI KEDAH KE KANCAH MUFLIS JIKA TIDAK DITUKAR SEGERA KEPADA KERAJAAN YANG LEBIH MANTAP BARISAN NASIONAL MENJELANG PRU-13. SEBELUM INI BEBERAPA BLOGER YANG BOLEH DIKATAKAN 'HARD CORE' MEMBANGKITKAN ISU INI UNTUK MEMBERI PERINGATAN KEPADA AZIZAN....SEPERTI BIASA....MB SERBA TAK TAU INI...BUAT DON'T KNOW SAJA.......AKIBATNYA....DUA MEMO TELAH DIHANTAR OLEH KAKITANGAN KUIN....TAPI BUKAN AZIZAN YANG TERIMA MEMO TERSEBUT SEBALIKNYA PHAHROLRAZI@MB KOLA KEDAH SETERU POLITIK AZIZAN.......RANAP....RANAP......RANAP......TUKAR SEGERA SEBELUM ANDA DIRANAPKAN REGIM PAS KEDAH......

Sabtu, 09 Juni 2012

UNISEL MERAYU PTPTN, KERAJAAN TARIK PEMBEKUAN

UNISEL MEMBUAT RAYUAN KEPADA KERAJAAN UNTUK MENARIK SEMULA PEMBEKUAN PTPTN KEPADA PELAJAR BARU. MAKA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TELAH MENARIK SEMULA PEMBEKUAN PTPTN KEPADA PELAJAR BARU UNISEL. LEBIH MENGHARUKAN BAHAWA PIHAK UNISEL MENGAGGAP PTPTN SEBAGAI RELEVAN DAN PATUT DITERUSKAN. DISAMPING ITU JUGA SI RAFIZI LEMBU SENDIRI TELAH MENGANGGAP PEMBEKUAN PTPTN SEBAGAI MENYEKAT PELUANG PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN. APAKAH RAFIZI LUPA BAHAWA DIA YANG MENJUARAI DALAM PR UNTUK MEMANSUHKAN PTPTN????? BUKANKAH ADAM ADLI AND THE GANG BERKEMAH SEKS BEBAS DI DATARAN MERDEKA UNTUK MEMANSUHKAN PTPTN????? MALAH YURAN UNISEL DINAIKKAN......BEGITU JUGA DENGAN INSANIAH YANG DIKHABARKAN INTERNET DI POTONG....... MAKA, KESIMPULAN YANG BOLEH DIBUAT ADALAH...PTPTN KEKAL RELEVAN DAN KEBODOHAN PEMBANGKANG MEMAKAN DIRI SENDIRI......BN TERUS RELEVAN DULU, KINI DAN SELAMANYA.....

Senin, 14 Mei 2012

WOI,,,TOK SAH MENYALAK,,,,SAMAN LA KPS,,,HANG MAI SAMAN

SEMALAM APABILA KPS KELUARKAN CERITA YANG DIAMBIL DARI UTUSAN MALAYSIA BAHAWA SESIAPA YANG INGIN MENYEMAK KEMASUKKAN KE KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH(KUIN) PERLU BAYAR RM 25.00. YANG MANA SEBELUM INI IPTA DAN IPTS MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INI SECARA PERCUMA. MAKA MENYALAKLAH JUAK-JUAK PENJILAT FUCKatan MENGATAKAN KPS FITNAH....MAKA SECARA TERBUKA.....KALAU INDIVIDU BERKENAAN MENGANGGAP KPS PEMBOHONG DAN FITNAH....SECARA TERBUKA SILA SAMAN KPS....JANGAN JADI BACOI.....JANGAN JADI ANJING MENYALAK SAHAJA.....KPS MAU TINDAKKAN...SAMAN....SILA SAMAN KPS.....
MAMAT NI SENANG-SENANG SAJA TUDUH KPS FITNAH, DIA TAK TAU KA, KPS TULIS CERITA TU DAH LA TENGAH MALAM, UNITED TAK DAPAT PIALA PULAK....PEGHHH...TIBA-TIBA TUDUH KPS FITNAH,,,,SAPA TAK PANAS

RM 25 RINGGIT UNTUK SEMAK KEMASUKKAN KE INSANIAH....MENATANG APA NI AZIZAN???

Kuin didakwa kenakan bayaran semakan kemasukan ALOR SETAR 13 Mei - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012. Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris. Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca Kuin terpaksa menaikkan yuran pengajian. "Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan Kuin yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pas mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan Kuin khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain," kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid. - BERNAMA

Sabtu, 12 Mei 2012

HARAKAH CAH KETING AZIZAN BALAK

APA MOTIF HARAKAH MENGHINA AZIZAN DALAM AKBAR SUARA PAS ITU. APAKAH INI USAHA BERTERUSAN PAS BAGI MENYINGKIRKAN AZIZAN RAZAK BAGI DIGANTI DENGAN PUAK ANWARINAS. INI BERIKUTAN HARAKAH MELAPORKAN MAHKAMAH TINGGI MEMBEBASKAN 5 PELAJAR INSANIAH YANG DIGANTUNG OLEH KUIN. SAH....CAH KETING....SAPA MB SELEPAS AZIZAN......DENGAQ HABAQ UMNO KOT.....PAS BYE-BYE

Senin, 20 Februari 2012

ADAM ADLI BIKIN PANAS DI INSANIAH,,,,,,,,MEMANG MAHABANGSAT SEJATI


ADAM ADLI 'MEMBANGANGKAN' PELAJAR KUIN. MAHABANGSAT BERNAMA ADAM ADLI BUAT KACAU DI INSANIH PULAK DAH. BARU-BARU INI MAHABANGSAT ADAM ADLI TELAH DI HALAU DI SELANGOR KINI BUAT KACAU KAT UTARA PULAK DAH. LAPAQ PENAMPAQ AZIZAN SI ADAM NI. APA KOMEN AZIZAN MB BALAK DAN KONCO-KONCO SETIANYA ?????????

Rektor Kuin didesak letak jawatan
NURUL FATIHAH SULAINI
19 Februari 2012
Rektor Kuin didesak letak jawatan

ALOR SETAR - Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Profesor Datuk Dr Jamil Osman didesak meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani pelbagai isu melibatkan kebajikan penuntut pusat pengajian tinggi itu.

Tahun lalu, Kuin mengambil tindakan disiplin ke atas enam penuntutnya dan ia menjadi salah isu kontroversi di kalangan aktivis mahasiswa.

Pengerusi perhimpunan aman pelajar Kuin, Randy Ismail berkata, mereka juga mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut mengisytiharkan negeri itu sebagai bebas daripada undang-undang yang mengawal kebebasan pelajar.

Menurutnya, penuntut-penuntut sudah muak dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam Kuin dan sehingga kini belum ada sebarang penyelesaian, sebaliknya rektor lebih suka mengambil sikap berdiam diri daripada bertindak.

“Antara isu yang sering diutarakan ialah proses pengagihan wang zakat didapati lambat, apabila diagihkan sudah dipotong sehingga 50 peratus tanpa pengetahuan penerima, alasannya mereka mempunyai tunggakan melebihi RM2,000.

“Masalah lain bangunan dua blok asrama Farabi, Mergong dan enam blok asrama berdekatan Stargate tidak mempunyai sijil layak menduduki bangunan serta tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pemadam api,” katanya kepada media selepas menyertai perhimpunan aman di hadapan Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Perhimpunan itu berlangsung kira-kira 40 minit. Turut serta, aktivitis pelajar Adam Adli dan kira-kira 40 anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Mereka membawa risalah yang antara lain tertulis mendesak rektor letak jawatan, Kedah bebas Auku serta menyembur cat pada kain rentang termasuk memangkah gambar rektor Kuin dengan cat merah serta meletakkan kalungan bunga.

Randy juga kesal kerana rektor menghalang aktiviti penuntut bersuara dan mengenakan peruntukan undang-undang tertentu dengan mengambil tindakan terhadap enam pelajar kerana memberi ucapan menggunakan pembesar suara di hadapan orang ramai.

“Kita minta Datuk Seri Azizan mengambil tindakan tegas dalam soal ini,” katanya.

Sementara itu, wakil pelajar digantung pengajian, Muhamad Aiman Che Ab Razab berkata, mereka menuntut supaya segala akta yang mempunyai persamaan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dihapuskan.

“Kita desak Menteri Besar mengeluarkan kenyataan untuk menolak Auku dan sebagai bukti beliau perlu menolak rektor dan membebaskan Kedah dari Auku.

“Sebelum ini beberapa memorandum turut dihantar kepada Pas Pusat dan PKR, mereka semua sudah sedia maklum. Namun kita belum mendapat sebarang penjelasan daripada Datuk Seri Azizan mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Razab berkata, mereka akan memperjuangkan supaya akta bersamaan dengan Auku dihapuskan kerana menzalimi golongan pelajar.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau akan memaklumkan hasrat kumpulan pelajar berkenaan kepada Azizan.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada rektor bagaimanapun beliau gagal.

Sabtu, 11 Februari 2012

PELAJAQ INSANIAH BELASAH PR LAGI,,,,,





Salam semua®…
Dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - yang digantung pengajian April tahun lalu - menyifatkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya hanyalah "sia-sia dan mengarut".

Sambil menyatakan kekecewaan terhadap tindakan itu, pelajar Fakulti Usuluddin Mohd Faiz Mohd Arsyad berkata janji yang dinyatakan itu "tidak selaras" dengan tindakan kolej - yang dimiliki kerajaan Pakatan Kedah - menggantung pengajian mereka.

"Pada kami, janji Buku Jingga sia-sia sahaja. Ia tidak selaras dengan Buku Jingga yang hendak hapuskan AUKU dan akta mirip dengannya.

"Tindakan dilihat lebih bersifat mencantas, apabila mereka (mahasiswa) yang ke hadapan, dilarang bersuara dan dinafikan hak itu. Bukan untuk memimpin, rundingan di meja bulat (pun) tidak dibuat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan tindakan itu juga, Mohd Faiz mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu "hampir tidak ada beza" dengan kerajaan Umno-BN, yang didakwanya menafikan hak bersuara mahasiswa.

"Sebelum ini Umno/BN, bila mahasiswa bersuara dikenakan AUKU. Di Kedah, kerajaan Pakatan Rakyat, bila mahasiswa bersuara, tindakan yang sama diambil," katanya yang juga presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIN.

Mohd Faiz antara lima pelajar KUIN yang digantung pengajian kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan kolej Kediaman Ar-Razi April tahun lalu.

Menang pilihan raya

Beliau digantung pengajian selama dua semester yang berakhir April ini, manakala tempoh penggantungan empat lagi rakannya telahpun berakhir dan telah mengikuti semula pengajian mereka di KUIN.

Empat mahasiswa tersebut adalah Muhamad Aiman Ab Razab, Zuki Latif, Ahmad Remy Mohd Arof dan Mohd Azlan Mat Zin - masing-masing digantung satu semester.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Muhamad Aiman pula menyifatkan janji Pakatan dalam Buku Jingga itu sekadar "hendak menang dalam pilihan raya".

"Hendak didik mahasiswa jiwa besar tetapi tunjuk diktator. (Saya lihat) janji Pakatan Rakyat mengarut," katanya yang juga pelajar Fakulti Muamalat yang turut menyatakan kekecewaannya berhubung tindakan penggantungan itu.

Ahad ini, jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat dan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memberi penjelasan berhubung isu penggantungan kelima-lima pelajar tersebut.

Malah, kedua-dua mahasiswa itu - Mohd Faiz dan Muhamad Aiman - menunggu keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, Muhamad Aiman berkata beliau akan menyertai demonstrasi bersama-sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 19 Februari ini, jika Azizan tidak memenuhi tuntutan menarik balik penggantungan yang menggunakan AUKU atau akta yang mirip dengannya.

Manakala Mohd Faiz pula berkata beliau tidak pasti dan belum membuat keputusan sama ada menyertainya ataupun tidak.

Ketika ditanya berhubung perancangan mereka sepanjang tempoh penggantungan, Mohd Faiz - yang berasal dari Batu Gajah Perak- bekerja sebagai motivator di sekolah sekitar Butterworth dan Ipoh.

Buat bisnes

"Sekarang saya buat bisnes sikit. Saya buka (syarikat) konsultan motivasi dengan kawan-kawan," kata Mohd Faiz akan meneruskan pengajiannya bagi tahun keempat Julai ini.

Manakala Muhamad Aiman pula berkata beliau juga menjalankan perniagaannya sendiri dengan membekalkan sistem alat pembesar suara untuk majlis tertentu di sekitar Selangor.

"Ia masih berjalan. Saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain," katanya sambil mengikuti kelas pengajian 'Maqasid Syariah' sewaktu tempoh penggantungan.

Muhamad Aiman berkata walaupun tempoh penggantungannya sudah tamat, beliau memutuskan untuk menangguhkan pengajiannya selama satu semester lagi bagi "menyelesaikan masalah peribadinya".

Bahkan, beliau menafikan tanggapan akan meninggalkan terus pengajiannya di KUIN walaupun menerima tawaran belajar di institusi pengajian lain di ibu negara.

"Saya masih sayang dengan KUIN. Prospek KUIN jauh. Semua mahasiswa berebut-rebut menuntut ilmu khususnya bahasa Arab. Saya sayang sangat KUIN," katanya.-Malaysiakini


KPS: BUKU JINGGAY BUKAN AL-QURAN - MB AZIZAN