Senin, 20 Februari 2012

ADAM ADLI BIKIN PANAS DI INSANIAH,,,,,,,,MEMANG MAHABANGSAT SEJATI


ADAM ADLI 'MEMBANGANGKAN' PELAJAR KUIN. MAHABANGSAT BERNAMA ADAM ADLI BUAT KACAU DI INSANIH PULAK DAH. BARU-BARU INI MAHABANGSAT ADAM ADLI TELAH DI HALAU DI SELANGOR KINI BUAT KACAU KAT UTARA PULAK DAH. LAPAQ PENAMPAQ AZIZAN SI ADAM NI. APA KOMEN AZIZAN MB BALAK DAN KONCO-KONCO SETIANYA ?????????

Rektor Kuin didesak letak jawatan
NURUL FATIHAH SULAINI
19 Februari 2012
Rektor Kuin didesak letak jawatan

ALOR SETAR - Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Profesor Datuk Dr Jamil Osman didesak meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani pelbagai isu melibatkan kebajikan penuntut pusat pengajian tinggi itu.

Tahun lalu, Kuin mengambil tindakan disiplin ke atas enam penuntutnya dan ia menjadi salah isu kontroversi di kalangan aktivis mahasiswa.

Pengerusi perhimpunan aman pelajar Kuin, Randy Ismail berkata, mereka juga mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut mengisytiharkan negeri itu sebagai bebas daripada undang-undang yang mengawal kebebasan pelajar.

Menurutnya, penuntut-penuntut sudah muak dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam Kuin dan sehingga kini belum ada sebarang penyelesaian, sebaliknya rektor lebih suka mengambil sikap berdiam diri daripada bertindak.

“Antara isu yang sering diutarakan ialah proses pengagihan wang zakat didapati lambat, apabila diagihkan sudah dipotong sehingga 50 peratus tanpa pengetahuan penerima, alasannya mereka mempunyai tunggakan melebihi RM2,000.

“Masalah lain bangunan dua blok asrama Farabi, Mergong dan enam blok asrama berdekatan Stargate tidak mempunyai sijil layak menduduki bangunan serta tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pemadam api,” katanya kepada media selepas menyertai perhimpunan aman di hadapan Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Perhimpunan itu berlangsung kira-kira 40 minit. Turut serta, aktivitis pelajar Adam Adli dan kira-kira 40 anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Mereka membawa risalah yang antara lain tertulis mendesak rektor letak jawatan, Kedah bebas Auku serta menyembur cat pada kain rentang termasuk memangkah gambar rektor Kuin dengan cat merah serta meletakkan kalungan bunga.

Randy juga kesal kerana rektor menghalang aktiviti penuntut bersuara dan mengenakan peruntukan undang-undang tertentu dengan mengambil tindakan terhadap enam pelajar kerana memberi ucapan menggunakan pembesar suara di hadapan orang ramai.

“Kita minta Datuk Seri Azizan mengambil tindakan tegas dalam soal ini,” katanya.

Sementara itu, wakil pelajar digantung pengajian, Muhamad Aiman Che Ab Razab berkata, mereka menuntut supaya segala akta yang mempunyai persamaan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dihapuskan.

“Kita desak Menteri Besar mengeluarkan kenyataan untuk menolak Auku dan sebagai bukti beliau perlu menolak rektor dan membebaskan Kedah dari Auku.

“Sebelum ini beberapa memorandum turut dihantar kepada Pas Pusat dan PKR, mereka semua sudah sedia maklum. Namun kita belum mendapat sebarang penjelasan daripada Datuk Seri Azizan mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Razab berkata, mereka akan memperjuangkan supaya akta bersamaan dengan Auku dihapuskan kerana menzalimi golongan pelajar.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau akan memaklumkan hasrat kumpulan pelajar berkenaan kepada Azizan.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada rektor bagaimanapun beliau gagal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar