Jumat, 17 Februari 2012

KELUAQ PAS DEPAN ORANG PAS......





Penyokong umum keluar parti di hadapan pemimpin Pas

PASIR PUTEH 16 Feb. - Seramai 76 ahli dan penyokong tegar Pas di Kampung Wakaf di sini mengumumkan keluar parti di hadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kawasan Limbongan, Zainuddin Awang Hamat pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan (SK) Panggung di sini hari ini.

Serentak dengan itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden, Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff .

Turut hadir pada majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Ruhjan Salleh dan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamarudin Md. Nor.

Sementara itu, Nik Sapeia ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan berkata, penyertaan kesemua bekas dan penyokong Pas itu membuktikan rakyat menerima perjuangan PPP dalam Barisan Nasional (BN).

"PPP menghormati kehadiran semua pihak dan tetap berpegang kepada konsep telus rakyat untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka selaras dengan amalan demokrasi," katanya.

Beliau berkata, ia juga membuktikan bahwa rakyat negeri ini memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan negeri ini dapat ditawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau akan berusaha untuk menarik lebih ramai penyokong Pas dan pengundi atas pagar untuk menyertai PPP.

"Kami tidak segan atau malu untuk menyerahkan borang keahlian PPP yang sekali gus membawa erti kami mengisytihar keluar parti Pas walau pun ia disaksikan sendiri oleh pemimpin Pas.

"Kami menghormatinya selaku 'Yang Berhormat atau wakil rakyat' dan pada masa yang sama kami berpegang kepada hak kami selaku pengamal demokrasi yang berhak memilih parti politik yang disukai untuk disokong.

"Kami faham parti politik bukan warisan pusaka atau sebahagian anutan agama kerana ia sekadar wadah untuk memilih teraju kepimpinan. Rakyat bebas untuk menyatakan pendirian mereka dan bebas memilih parti yang dianggap lebih cakna dan berupaya untuk membela kebajikan mereka," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar