Minggu, 26 Februari 2012

ORANG KELANTAN HILANG SABAQ DAH....ACU TEST SEPENGGAL

Sebahagian orang ramai berhimpun secara aman bagi melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan untuk mendesak kerajaan negeri segera menyerahkan pengurusan air kepada SPAN di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.


# Kesabaran rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian semakin terhakis apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.

# Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu diadakan bagi mendesak Kerajaan Pas Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam tempoh sebulan.

# Menurut MTRK, satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika pengurusan air tidak diserahkan kepada SPAN.

KOTA BHARU 25 Feb. - Rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian, hilang sabar apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh di sini hari ini bagi mendesak kerajaan Pas menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan masalah air kepada SPAN dalam tempoh sebulan, jika tidak satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat beliau di Kota Darulnaim di sini.

Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, satu memorandum dihantar kepada Nik Aziz bagi tujuan sama pada 4 November tahun lalu, bagaimanapun ia tidak diendahkan langsung yang membuktikan kerajaan negeri tidak serius dalam menangani masalah tersebut.

"Dulu kita datang ke pejabat beliau bersama kira-kira 500 orang menghantar memorandum, tetapi tidak dilayan kerana pemimpin Kelantan menganggap MTRK hanyalah sebuah pertubuhan kecil yang tidak perlu dipandang.

"Jadi hari ini sudah terbukti rakyat Kelantan menyambut baik dan menyokong MTRK yang bukan parti politik tetapi hanya mendesak kerajaan negeri agar menyelesaikan masalah air yang sudah berlarutan bertahun lamanya," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan itu.

Pada perhimpunan yang bermula pukul 10 pagi itu, MTRK turut melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan rakyat untuk mendesak kerajaan negeri menyegerakan penyerahan pengurusan air itu kepada SPAN.

Utusan Malaysia tahun lalu menyiarkan laporan khas empat siri mengenai kualiti rendah bekalan air bersih di Kelantan akibat kegagalan pengurusan kerajaan negeri dan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ainizam Md. Abd. Rahman sebelum ini pernah menyatakan masalah air yang berlaku hanya mampu diselesaikan pada tahun 2027.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, ini adalah masanya rakyat perlu menukar dan menumbangkan Kerajaan Pas Kelantan kerana sudah terbukti mereka gagal dalam banyak perkara meskipun ia sangat penting.

"Kita sudah ditipu dengan pelbagai janji dan slogan. Mereka berkata membangun bersama Islam, negara berkebajikan, kebajikan apakah yang diberi kepada rakyat Kelantan sekarang?

"Mereka harus ingat pada 1978 Pas pernah tumbang disebabkan isu balak, jadi sekarang kita beri amaran masalah air ini perlu diselesaikan jika tidak perkara sama akan berulang," katanya.


KPS: TUKAR BN PERINTAH PULAK....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar