Rabu, 29 Februari 2012

TENGKU MAHKOTA PAHANG MURKA ????? KENAPA ????

MALAYSIAKINI@MELOYAKINI KANTOI GUNA SULTAN UNTUK 'COVER' ISU KHALWAT BADRUL AMIN....


DI BAWAH ADALAH APA YANG TERKANDUNG DALAM MALAYSIAKINI....


DAN HAKIKATNYA ADALAH LAPORAN SEPERTI DI BAWAH.....MELOYAKINI CUBA MENGHERET ISTANA...NAMUN GAGAL DAN MENYEBABKAN TENGKU MAHKOTA PAHANG MURKA.....




Tengku Mahkota Pahang hanya nak tahu siapa pemimpin PKR yang ditangkap

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, murka terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin yang ditangkap kerana berkhalwat.

Menurut sumber, Tengku Mahkota Pahang murka kerana pemimpin PKR tersebut menganggap Jabatan Agama Islam Pahang merancang untuk penangkapannya bersama isteri orang yang bernama Watiwani.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Semalam, Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota kerana perbuatan itu berlaku dinegeri Pahang.


Tengku Mahkota juga murka kerana baginda dikaitkan akan membantu Badrolamin dalam kes khalwat.

JAIP pada Sabtu lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang bernama Watiwani di sebuah hotel di Kuantan.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Gazali Abd Aziz menafikan dakwaan Badrulamin bahwa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita itu sendiri yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain. - Bernama


Tidak ada komentar:

Posting Komentar