Tampilkan postingan dengan label HUKUM HUDUD. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label HUKUM HUDUD. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 03 November 2012
BLOG MILO SUAM HINA HUKUM HUDUD? KHATIB PAS AKAN BERSUARA DI MIMBAR MASJID
THE FUCK OFF BLOGER PR MILO SUAM AL FITNAH DAJJAL MEMBUAT PENGHINAAN KE ATAS PM DAN HUKUM HUDUD. SEBUAH VIDEO YANG DIEDIT MENGULANG BEBERAPA KALI PERKATAAN YANG DIGUNAKAN OLEH PM NAJIB KONONNYA BELIAU MENGATAKAN " HUDUD LANCAU". PERKATAAN SEBENARNYA IALAH "HULU LANCAU" IAITU SEBUAH TEMPAT ANTARA KUCHING DAN SRI AMAN. TETAPI SAYANGNYA VIDEO BERKENAAN TELAH DIKELUARKAN. TAPI KPS LINKKAN SITUASI SEBENAR UCAPAN PM, APAKAH ADA PM NAJIB MENGHINA HUDUD, ANDA NILAIKAN SENDIRI.....YAKINLAH ALLAH DI PIHAK YANG BENAR.......
BLOGER DARAI MILO SUAM MEMANG BODOH PIANG.......
Rabu, 29 Agustus 2012
MAT SABU SAHKAN DIRINYA ANTI HUDUD
MAT SABU MEROYAN BILA SEBUAH AKHBAR CINA MENDAKWA DIA NAK LAKSANAKAN HUDUD. WOI MAT SABU, BUKAN KA PAS MEMANG BENAR NAK LAKSANAKAN HUDUD. AWAT HANG MARAH PULAK, KIRA BONUS LA KALAU DAH LAPOR MACAM TU. KPS PUN DAH MULA PELIK DENGAN PERANGAI PAS NI. SEMAKIN RAMAI PEMIMPIN DEPA YANG TOLAK HUDUD. APA PASAI JADI LAGU NI ????? APAKAH SUDAH TERSAMPUK KING KARPAL ATAU DIDAKWAH OLEH KING KARPAL????? KEPADA PENYOKONG SERTA PENTAKSUB PAS.....APA LAGI MAU DIJADIKAN BUKTI BAHAWA PAS ANTI HUDUD????? APA BUKTI MAU LAGI????? MACAM MANA LAGI ????? LAGU MANA LAGI????? LAGU MANA? TAK ADA LAGU....MACAM MANA???? TAK ADA MACAM.....
Selasa, 28 Agustus 2012
TOLAK HUDUD PAS, BUKAN HUDUD ISLAM - TUN M
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS. "Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran. "Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya. Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya. "Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - BernamaUNTUK LEBIH JELAS....KPS SERTAKAN SURAT TUN M KEPADA NIK AZIZ WALAUPUN BEBERAPA HARI LEPAS KPS MENGELUARKAN SURAT TERSEBUT UNTUK KESEKIAN KALINYA....DI BAWAH SURAT TERSEBUT UNTUK KALI KE BERAPA PUN TAK TAHU DIKELUARKAN OLEH BLOG KPS....
Jumat, 24 Agustus 2012
PAS-PKR DAN DAP TOLAK HUDUD....UMNO JUGA YANG BERDOSA
AHLI PARLIMEN PAS KUALA SELANGOR DR. DZULKEFLY........KATA HUDUD MASIH BELUM BOLEH DILAKSANA DI MALAYSIA........
Shah Alam : Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang islam itu secara mneyeluruh.Katanya,sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan. "Selain itu, banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya. Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang terkeliru," katanya. Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran televisyen internet,MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik. "Dalam keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya. katanya,ini perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.Ini berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam itu jika diberi peluang memerintah negara ini.AHLI PARLIMEN PAS SHAH ALAM IAITU KHALID SAMAD PULA CUBA 'BACK-UP' KENYATAAN RAKAN PARTINYA DENGAN PENUH KEKELIRUAN....SEPERTI MANA DALAM GAMBAR DI ATAS...PEGHHHH,,,PUSING-PUSING BEB.......... DISAMPING ITU JUGA, YANG TERBARU SI SALAHUDIN AYOB IAITU NAIB PRESIDEN PAS YANG BAKAL DITERAJANG KE JOHOR MENAMBAH PERISA DALAM HAL INI DENGAN SEKALI LAGI MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BAKAL MEMBUAT PARA PENCERAMAH PAS BELAJAR MODEL BARU SILIBUS UNTUK MENIPU DIPENTAS CERAMAH. SALAHUDIN AYOB TURUT MENEGASKAN BAHAWA HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANA DALAM MASA TERDEKAT. BUKAN ITU SAHAJA, PEMIMPIN VETERAN PAS IAITU MUJAHID YUSOF RAWA TURUT BERSEPENDAPAT TETAPI DALAM KEADAAN YANG LEBIH RADIKAL IAITU JIKA PR(DAP-PKR-PAS) MENANG PRU-13, PAS TIDAK AKAN USULKAN HUDUD DALAM PARLIMEN..... BAGI BUAT TERAKHIR, PENASIHAT PARTI KEADILAN RAKYAT PULA MENYATAKAN DENGAN SERIUS BAHAWA HUDUD BUKAN AGENDA PR. TAK DAK PUN DALAM BUKU JINGGA, DAN KATA BELIAU LAGI HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN. PEGHHHHGGGGRRRRR.....MEMANG KENA TUKAQ MODUL BARU LA PENCERAMAH PAS LEPAS NI. DULU DEPA KATA UMNO ANTI-HUDUD TAPI LA NI YANG NAK HALANG ORANG DEPA SENDIRI....WALAWEHHHHHH....ADUHAI......... NIK AZIZ PUN RISAU JUGAK.......MAKA PAS KINI MEMAINKAN ISU KONONNYA TUN M MENGHALANG HUDUD DARI DILAKSANAKAN....UNTUK MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT.....TENGOK SURAT TUN M DI BAWAH.....TUN M BUKAN ANTI HUDUD...TAPI TUN M ANTI HUDUD YANG DIDRAF PAS YANG MASIH MEMPUNYAI KEKURANGAN YANG KETARA DAN TIDAK DAPAT BERLAKU ADIL......BUKAN TUN M MENOLAK HUDUD, TAPI MENOLAH YANG DIDRAFKAN OLEH PAS...... DALAM PERUNDANGAN ISLAM, BUKAN HANYA TERDAPAT HUDUD, TETAPI TERDAPAT JUGA QISAS DAN TAKZIR.....DALAM HAL INI....PAS TIBA-TIBA U-TURN DAN MENGGUNAKAN HUJAH TUN M UNTUK MENANGGUHKAN HUDUD.....APAKAH TUN M TELAH BERJAYA MENDAKWAH KEPADA PAS. SEBALIKNYA KETUA PEMUDA PAS PUSAT KANTOI MENIPU KONONNYA KARPAL SUDAH MENERIMA HUDUD SEBALIKNYA KARPAL TERUS MENGHINA HUDUD. TAPI KARPAL TERSELAMAT KERANA POK NIK THE LEGEND YANG SEDANG SAKIT DAN DIHOSPITAL SEKARANG(MUNGKIN TENGAH BACA PAPER UTUSAN) MENYATAKAN KEADAAN SEKARANG TIDAK AKAN MENGGOYAHKAN KERJASAMA PAS DAN DAP DALAM MERAMPAS PUTRAJAYA. DAN UNTUK KESEKIAN KALINYA KETUA PEMUDA PAS PUSAT AKAN TERUS MALU SENDIRI DENGAN KENYATAAN "CAKAP DULU, PIKIAQ KEMUDIAN" BELIAU..... BUKANKAH TUAN HAMBA YANG MENAIKI MOTO KECIK TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA KING KARPAL TELAH MENERIMA HUDUD....APAKAH TUAN HAMBA TIDAK TAKUT NERAKA KERANA MENIPU???????
Selasa, 21 Agustus 2012
MCA KEDAH SOKONG HUDUD KARPAL TERUS HINA HUDUD
ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu. Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam. "Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud. "Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR. Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya. Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap. "MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat. "Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya. Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam. Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR. "Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya. Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hududKENYATAAN PENGERUSI MCA KEDAH DALAM SINAR HARIAN EDISI UTARA HARI INI MEMBUATKAN PENCERAMAH DAN PEMUKA-PEMUKA PAS MENJADI 'HISTERIA'.....PENGERUSI MCA KEDAH BUKAN SETAKAT MENYOKONG HUDUD MALAH MENASIHATI PAS SUPAYA MEFARAKAH(KELUAR) DARI PR DAN SERTAI UMNO JIKA BERHASRAT UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD SERTA NEGARA ISLAM YANG TERBAIK DAN KUAT. INI SEKALIGUS MENOLAK DAKWAAN AHLI PAS SERTA PENCERAMAH-PENCERAMAH POLITIK MEREKA YANG BERLINDUNG DI SEBALIK NAMA TAZKIRAH DI MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU BAHAWA MCA TOLAK HUDUD DAP SOKONG HUDUD. BEBERAPA HARI LEPAS JUGA TUN M MEMINTA PAS SERTAI UMNO JIKA BERHASRAT MELAKSANAKAN HUDUD TANPA SYARAT. SEBALIKNYA DAP MELALUI KENYATAAN KARPAL SINGH MENYATAKAN BELIAU BUKAN ANTI ISLAM TETAPI CUMA ANTI HUDUD. MALAH KARPAL SECARA SINIS MENYATAKAN BAHAWA HUDUD TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH JENAYAH SEPERTI ROGOL. INI KERANA KARPAL MENYATAKAN BAHAWA UNTUK JENAYAH ROGOL MEMERLUKAN 4 ORANG SAKSI DAN AGAK MUSTAHIL UNTUK MENGEMUKAKAN 4 ORANG SAKSI DAN PENJENAYAH MUDAH TERLEPAS. APA KOMEN PAS MENGENAI PERKARA INI MASIH BELUM DIKETAHUI...SEBALIKNYA MENDEDAHKAN BAHAWA PAS MENIPU BAHAWA DAP MENERIMA HUDUD SEPERTI MANA DALAM CERAMAH MEREKA...... KPS SOKONG PENDAPAT PENGERUSI MCA KEDAH TETAPI HANYA UNTUK ISLAM ITU RALAT. SEMASA ZAMAN RASULULLAH IANYA UNTUK SEMUA RAKYAT. DAN ITU YANG SEPATUTNYA. UNTUK SI KARPAL PULA, AKIBAT TERLALU DILALIKAN DAN DIKELIRUKAN OLEH PAS MAKA DAP TERUTAMA KARPAL SINGH TIDAK TAHU HAKIKAT KESUCIAN ISLAM YANG RELEVAN SEPANJANG ZAMAN. SEPERTI MANA KENYATAAN HAJI HADI MENGENAI 4 ORANG SAKSI ITU ADALAH YANG DINYATAKAN. TETAPI DALAM SEJARAH PELAKSANAAN PERLU DIGUNAKAN PENGAKUAN SI PELAKU SENDIRI UNTUK DIJATUHKAN HUKUMAN. MALAH DALAM AL-QURAN KES NABI YUSOF DAN ZULAIKHA JUGA DISELESAIKAN OLEH BUKAN 4 ORANG SAKSI SEBALIKNYA OLEH KOYAKKAN BAJU DI DEPAN ATAU DI BELAKANG. INI MEMBUKTIKAN ISLAM ITU MUDAH DAN PRAKTIKAL SEPANJANG ZAMAN. MAKA UNTUK PENGETAHUAN KARPAL SINGH, KAEDAH DNA PUN DIBOLEHKAN DALAM ISLAM.........
Kamis, 09 Agustus 2012
JOM FAHAMI PERUNDANGAN ISLAM
MATLAMAT UTAMA perundangan Islam adalah PENCEGAHAN bukannya hukuman . Ia ditetapkan berdasarkan firman ALLAH “ Jgnlah kamu mendekati zina”. Firman ni merupakan asas utama dalam melaksanakan perundangan Islam. Lihat sahaja ayat tersebut mengapa ALLAH berfirman JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA mengapa ALLAH tidak berfirman begini “JANGANLAH KAMU BERZINA”. Ia menunjukkan bahaw ALLAH mengkehendaki makhluknya mendahulukan usaha PENCEGAHAN bukannya HUKUMAN. Dalam hal ini, pendirian UMNO konsisten. UMNO konsisten menyokong hukum ALLAH. Apa yg utama 3 pra syarat untukk melaksanakan Hudud, seperti Rakyat dalam negara 90% mesti faham Hudud agar tidak berlaku kezaliman, kuasa mahkamah syariah diperkasakan/diperkuatkan melebihi mahkamah2 lain dan amar makruf nahi mungkar dilipatgandakan mestilah cukup terlebih dahulu. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hindarilah hukum selama kamu masih menemui alasan untuk menghindarinya.”(Riwayat Ibn Majah) Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Tolaklah hukum terhadap Muslimin selama kamu boleh maka jika ada jalan keluar lepaskanlah dia, sebagai seorang imam atau hakim itu jika keliru dalam memberikan ampunan, adalah lebih baik daripada keliru menjatuhkan hukuman.” (Riwayat Tarmidzi). Adalah amat penting untuk rakyat diberi kefahaman dan penjelasan dahulu serta cukup kepakaran dan prasarana sebelum melaksanakan hukum ini.
3 Jenis Hukuman dalam Islam & adakah ia telah terlaksana di Malaysia :1. HUDUD-hukuman yg tlh ditetapkan oleh ALLAH dan tidak boleh diubah. Contohnya;- sebat dan rejam bagi penzina. (Dalam proses perlaksanaan hanya boleh dipraktikkan bila umat Islam berada dalam 1 jemaah dan memperjuangkan amal makruf , nahi mungkar, dan kuasa mahkamah syariah diperkuatkan) 2. QISAS- Hukuman BUNUH bg kesalahan MEMBUNUH, boleh diubah sekiranya mendapat kemaafan dr seluruh ahli keluarga si mati (sudah pun dilaksanakan di mahkamah syariah dan sivil walaupun tidak 100% seperti mana dikehendakin Islam mahukan masih boleh diperbaiki). 3. TAKZIR- Hukuman KESEKSAAN sbg contoh, penjara dan kerja berat dlm tempoh tertentu. (telah juga dilaksanakan samada di mahkamah syariah dan sivil)
Namun kesemua hukuman ini mestilah sesuai dgn KEMASLAHATAN ummah pada zaman dan waktu ia dilaksanakan dgn mengambil kira konsep MASALIH MURSALAH iaitu MENCARI MANFAAT & MENOLAK KEMUDHARATAN. Diatas konsep inilah agama Islam berkembang menurut peredaran zaman. Maka diciptalah berbagai2 peraturan dan undang besesuaian dgn kehendak zaman & tempat. Mari kta lihat dr sudut sumber rujukan dalam menetapkan hukuman. Dalam Islam ada 5 sumber rujukan hukuman iaitu :1. Al Quran 2. Hadis dan Sunnah 3. Ijtihad- Kebijaksanaan dan budi bicara umara dan ulama. 4. Ijmak Ulama- Konsensus atau persetujuan ulama2 Muktabar bukan ULARmak politik 5. Qias- Perbandingan ataupun persamaan sebagai contoh hukum HARAM ke atas DADAH yang di Qiaskan dengan hukum ke atas ARAK.
Pernah terjadi semasa pemerintahan Saidina Umar Al Khattab berlakunya musim kemarau yang teruk menyebabkan ramai yang mati kebuluran lalu Saidina Umar menangguhkan dahulu hukuman potong tangan terhadap pencuri berdasarkan kemaslahatan ummah waktu tersebut. Adakah kita mahu menghukum Saidina Umar sebagai Kafir kerana mengetepikan hukuman ALLAH??? Sementelah lagi Saidina UMar merupakan sahabat yang diJANJIKAN SYURGA. Pernah juga terjadi keadaan di mana perlaksanaan Hudud ditangguhkan oleh panglima agung Islam Salahuddin Al Ayubi. Keadaan ini berlaku apabila beliau menakluk sebuah kota Islam di Sepanyol dari tentera Salib. Ketika itu ramai penganut2 agama Islam di kota tersebut telah murtad kesan dari penjajahan Kristian sebelumnnya. Apabila ditanya olh tentera2 Islam adakah beliau ingin segera melaksanakan hukum ALLAH, Salahuddin menjawab “Giatkan usaha dakwah sehingga iman mereka kembali sempurna kemudian laksanakan “HUDUD”. Adakah kita nak menghukum panglima agung ini KAFIR juga kerana beliau menangguhkan hukum2 ALLAH??? Berkenaan Hukuman secara takzir yang bermaksud keseksaan takzir seperti mata dibayar mata, hidung dibayar hidung darah dibayar darah. Logiknya boleh ke kat nak mengantikan hidung org lain dengan hidung kita sekiranya berlaku perkelahian sampai putus hidung. Disinilah fungsi sumber hukum yang ketiga dalam Islam iaitu IJTIHAD. Pemerintah boleh menggunakan kaedah ijtihad ini berkonsepkan kemaslahatan ummah dan juga Masalih Mursalah. Kaedah Ijtihad inilah yang Saidina Umar Al Khattab dan Salahuddin Al Ayubi gunakan dalam perlaksanaan hukuman kerana wujudnya perbezaan dari segi zaman & keadaan semasa ummah. Ini menunjukkan bahawa Islam itu sesuai pada segenap masa dan tempat. Disinilah keSYUMULAN Islam itu dapat dijaga. Kita tidak mahu yang bukan Islam merasakan perundangan Islam itu zalim dan mereka semakin menjauhkan diri dari Islam. Semuanya telah disimpulkan oleh ulama2 muktabar terdahulu dengan sempurna dan panjang lebar bersandarkan kepada KeEsaan ALLAH yang mutlak, budi pekerti yang luhur, akal sihat yang bebas dari kejumudan serta kemaslahatan ummah berkonsepkan mencari manfaat dan menolak mudharat. Seorang ahli perundangan tersohor Islam iaitu Maskawaihi apabila ditanya adakah hukum-hukum syarak tiada menyimpang dari kemaslahatan ummah? Maskawaihi menjawab BENAR kerana kemaslahatan itu melingkupi keselamatan diri, agama dan harta. Ia bermaksud menghukum menurut yg diperintahkan ALLAH bila tidak jelas Illah hukum itu tetapi bila Illah itu tidak ada maka hukum itu pun tidak ada juga. Analoginya, dewasa ini perbuatan mungkar berlaku terlampau terang2an dan berleluasa. Sebagai contoh perlakuan zina. Adakah kita nak menghukum rejam semua sekali Org Islam Malaysia yang video seksnya terupload secara lambak di media online. Atau adakah kita ingin mengumpul sahaja penzina-penzina ini di suatu tempat dan diletupkan sahaja mereka. Nauzubillah!!! Aakah tindakan sebegini tidak memberi kesan yang negatif kepada Islam & kerugian pada ummah. Begitu juga dengan IMPLIKASI kepada aktiviti DAKWAH, tidakkkah ianya mnyebabkan non Muslim semakin menjauhi Islam dengan situasi ISLAMOPHOBIA yang di propagandakan oleh Yahudi & mereka yang tidak mahukankan Islam ketika ini. Umumnya dimanakah peranan Ijtihad & Ijmak Ulama berdasrkan kemaslahatan ummah dlm perundangan Islam? Konsep WASSATIYAH @ kesederhannaan inilah yg sepatutnya dipraktikkan umat Islam Malaysia sekiranya ingin melihat Daulah KHILAFAH kembali tertegak. Konsep inilah jg yg diamalkan oleh Rasulullah dan Khulafa Ar Rasyidin sehiingga bejaya menguasai hampir ¾ dunia suatu masa dahulu. Maka benarlah kenyataan bhw HUDUD merupakan 0.0001 % dr perundangan Islam. Jgnlah kita terpedaya dengan mereka yang menterjemahkan ayat-ayat Al Quran secara sempit dengan tujuan mendapatkan kuasa hatta sanggup menolak perpaduan sesama Islam dan memecahbelahkan ummah. Hadis Sahih Bukhari & Muslim juga ada menyatakan bahawa Rasululullah pernah bersabda “Barangsiapa yg memecahbelahkan perpaduan ummah ini, PANCUNGAH dia !!! Wallahua’alam…SUMBER: MALAYSIAN FANPAGE
Kamis, 15 Desember 2011
VIDEO HUDUD SEMBANG RAKYAT PERLU DIHENTIKAN KERANA MENGHINA HUKUM ALLAH
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PEMILIK BLOG INI ADALAH SEPENDAPAT DENGAN PENGERUSI ILmu DALAM ISU VIDEO YANG DIHASILKAN DALAM YOU TUBE MENGENAI HUDUD OLEH SEMBANG RAKYAT.
Sembang Rakyat mengenai hudud senda hukum Allah
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Kelantan yang dipaparkan di laman video sosial Youtube sejak beberapa hari lalu perlu dihentikan serta-merta kerana jelas ia mempersendakan hukum Allah SWT.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sekiranya rakaman itu dibiarkan hukum hudud yang terkandung di dalam al-Quran akan menjadi bahan cercaan dan kutukan sedangkan hukuman tersebut adalah ciptaan Allah.
Lebih malang lagi, katanya, pelakon-pelakon dalam rakaman itu adalah di kalangan mereka yang tidak ada ilmu berkaitan hingga menyebabkan isi perbincangan bertentangan dengan syarak.
''Kita menolak pelaksanaan hudud di Kelantan bukan disebabkan hukum hudud, tetapi disebabkan oleh hudud yang didatangkan dalam bentuk versi sedangkan ia merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
''Selain itu terdapat kesalahan yang perlu diperbetulkan sebelum hukum ini dilaksanakan. Kita juga tidak kata semua peruntukan dalam enakmen hudud ini salah. Oleh itu, saya minta mereka yang tidak ada ilmu tentang hukum ini supaya jangan bercakap. Akibatnya dari segi akidah amat buruk,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga penggerak utama ulama muda UMNO berkata demikian ketika mengulas rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Youtube yang jelas mencerca hukum ciptaan Allah itu.
Dalam rakaman tersebut terdapat beberapa pelakon termasuk bukan Islam yang membincangkan soal pelaksanaan hudud secara salah hingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam.
Fathul Bari berkata, pelaksanaan hukum hudud juga bergantung kepada kesesuaian namun kewajipan untuk melaksanakannya pada satu masa paling sesuai tetap menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam terutama pemerintah.
Dalam perkembangan berkaitan, Fathul Bari yakin rakaman itu bukan tajaan UMNO sebaliknya oleh pihak tertentu yang sengaja mempermainkan hukum Allah.
''Cuba kita amati ucapan dasar dan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung sebelum ini bagaimana beliau menegaskan bahawa UMNO akan membela kesucian Islam, bangsa dan negara.
''Saya tidak fikir UMNO yang lakukan kerana UMNO mempunyai komitmen yang tinggi untuk memelihara Islam. Saya percaya ia dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga membuatkan umat Islam menjadi resah,'' katanya lagi.
Fathul Bari berkata, beliau terpaksa tampil membuat kenyataan kerana apa yang dipaparkan dalam Youtube itu dari segi hukumnya adalah haram dan wajib diperbetulkan.
Apatah lagi, katanya, mereka yang sengaja berbuat demikian boleh memberi kesan dari segi akidah.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghayati maksud satu hadis Rasulullah riwayat ibnu Majah; ''Akan tiba satu zaman di mana yang benar dikatakan bohong, yang bohong dikatakan benar. Amanah dikatakan khianat, khianat dikatakan amanah. Akan muncul pada zaman itu golongan 'Ruwaibidhoh' iaitu orang yang jahil tentang agama bercakap mengenai urusan manusia.''
Langganan:
Postingan (Atom)











