Tampilkan postingan dengan label SAYAP ULAMA' UMNO. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label SAYAP ULAMA' UMNO. Tampilkan semua postingan

Minggu, 24 Maret 2013

FAKTA MENGENAI #REMPUH243 DI PULAU PINANG

ADA BEBERAPA PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG #REMPUH243 DI PULAU PINANG PADA 24/3/2013.
1) SUATU HIMPUNAN YANG MENGGUNAKAN BAJET SEMINIMUM YANG BOLEH TETAPI MENCIPTA IMPAK SEMAKSIMA MUNGKIN.
2) PERGERAKKAN RAKYAT AKAN MELALUI DARAT DAN LAUT DENGAN BEBERAPA STATEGI RAHSIA YANG AKAN MENGGAGALKAN RANCANGAN JAHAT PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
3)AKAN ADA 2 LOKASI UTAMA KEMUNCAK PERGERAKKAN DARI PADA ASALNYA 5 LOKASI. JIKA 5 LOKASI DIGUNAKAN, MAKA AKAN LUMPUHLAH PULAU PINANG PADA HARI INI.
4) DIHADIRI OLEH PELBAGAI BANGSA DAN KETURUNAN YANG MANA MEREKA BANGKIT UNTUK MENYATAKAN PROTES KE ATAS KEPIMCANGAN DAN PENINDASAN REGIM DAP KE ATAS MEREKA.
5) PULUHAN MALAH RATUSAN NGO AKAN TURUT SERTA BERSAMA RAKYAT DALAM #REMPUH243.
6) UCAPAN AKAN DIBERIKAN OLEH BEBERAPA PIHAK PADA WAKTU KEMUNCAK MELIBATKAN SEMUA BANYAK BANGSA YANG BERLAINAN BAGI MENJELMAKAN SEMANGAT DAN ROH 1MALAYSIA.
7) TEMPAT IBADAH DISEDIAKAN DENGAN TERDAPAT 2 MASJID DI KAWASAN BERHAMPIRAN YANG BOLEH MEMUATKAN SEKITAR 4RIBU JEMAAH SELAIN AKAN ADA SEJADAH DI PADANG YANG AKAN DITENTUKAN ARAH KIBLAT DENGAN BERIMAMKAN SEORANG IMAM DAN SUJUD KE ARAH SATU KIBLAT YANG SAMA BAGI YANG BERAGAMA ISLAM. TEMPAT WUDHUK JUGA DISEDIAKAN PIHAK PENGANJUR. TIDAK SEPERTI PERHIMPUNAN ANJURAN PR YANG CACA-MARBA.
8)PESERTA AKAN DATANG DENGAN BAJU YANG MELAMBANGKAN IDENTITI MEREKA TERSENDIRI, TETAPI MEREKA AKAN DIKENALI BERDASARKAN LILITAN DI KEPALA YANG AKAN MEREKA PAKAI YANG JUGA AKAN DIEDARKAN KEPADA PESERTA PADA WAKTUNYA NANTI.

Senin, 25 Februari 2013

HARD CORE PAS KINI DALAM SAYAP ULAMA' UMNO

ANDA KENAL SIAPA LELAKI DI ATAS????? DIA MERUPAKAN 'HARD CORE' PENGGERAK PAS YANG MUDA BERKARISMA. TETAPI ALHAMDULILLAH, KINI DIA MEMILIH UMNO/BARISAN NASIONAL DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH BELIAU.....USTAZ RIZA KAMARUDDIN

Sabtu, 29 Desember 2012

CERAMAH SELAMATKAN AKIDAH DI KUPANG MALAM INI, 29/12/2012

PADA HARI INI JAM 9 MALAM AKAN DIADAKAN SATU PROGRAM CERAMAH YANG BERTAJUK "SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM" BERTEMPAT DI PERKARANGAN DEWAN TAMAN SRI HARAPAN,KUPANG. CERAMAH AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ FATHUL BARI DARI SAYAP ULAMA' MUDA UMNO.....PROGRAM INI ADALAH ANJURAN UMNO BAHAGIAN BALING....SEBAR-SEBAR DAN LAPANGKAN DIRI UNTUK HADIR SESIAPA YANG BERDEKATAN...TIDAK KIRA SIAPA PUN ADA, DIJEMPUT HADIR....

Minggu, 26 Agustus 2012

ILMU BUAT JELAJAH UNTUK PERJELAS HUDUD

ILMU BERHASRAT MENGANJURKAN JELAJAH UNTUKMENERANGKAN APA ITU HUDUD? MALAH PARTI BUKAN ISLAM JUGA DIJEMPUT UNTUK TURUT SERTA. INI LEBIH BAIK DARI PAS YANG HANYA MEMPOLITIKKAN SETIAP MASA HUDUD. PERMAHAMAN DIDAHULUKAN,PERLAKSANAAN DIUTAMAKAN

Kamis, 26 Juli 2012

ISU SOLEK: KENYATAAN USTAZ FATHUL BARI

KENYATAAN DARI FATHUL BARI ATAS ISU DISOLEK....
Bismillahhiarrahmanirrahim, Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat. Semoga Allah mengampunkan kesalahan ini, dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.
Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya

Selasa, 17 Juli 2012

DEBAT : ILMU(SAYAP ULAMA' UMNO) VS PEMUDA PAS

WAJIB KITA TONTON UNTUK MENCARI TITIK PERSAMAAN, KETUA PEMUDA PAS NI PUN DAH DEBAT DULU DENGAN KJ, TAPI KETUA PEMUDA PAS PUSAT NI BUAT SILAP BESAQ SEBAB TERIMA SYIAH MASA DEBAT DENGAN KJ....KALI NI DENGAN USTAZ FATHUL BARI JADI LAGU MANA PULAK?????? SEMOGA USTAZ FATHUL BARI YANG PAKAR DALAM BIDANG HADIS DAPAT MEMBERIKAN INPUTYANG 'POWER'

Senin, 14 Mei 2012

SAYAP ULAMA' UMNO SEDIA MUZAKARAH BERSAMA PAS

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu. Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam. “Topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau menegaskan perbincangan mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukan secara emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda. " Perbincangan dilakukan adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk agenda parti atau tokoh tertentu dan kita tidak mahu perbincangan itu tidak memberi manfaat,” katanya. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam satu perkara baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah. Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ia lebih telus, memandangkan ia tidak cenderung kepada mana-mana pihak. “Saya dapat tahu muzakarah ini cadangan daripada Pas sendiri dan mereka ada suarakan hasrat bagi berjumpa dengan saya berhubung muzakarah ini. Saya sambut baik perkara ini, tetapi perlu tengok kepada keadaan dan tarikh yang sesuai,” katanya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, beliau rasa tidak perlu beliau bermuzakarah dengan Pas kerana kini jelas tindakan Pas telah lari daripada perjuangan asal. “Cuba kita tengok, Himpunan Sejuta Umat untuk selamatkan akidah umat Islam, Pas halang orang-orang mereka untuk terlibat sama. “Saya rasa, saya tidak payah bermuzakarah dengan mereka, terpulang kalau ada orang Umno atau sesiapa sahaja mahu bermuzakarah dengan mereka,” katanya.-SH

Minggu, 06 Mei 2012

USTAZ FATHUL BARI MENEGUR TUN MAHATHIR

USTAZ FATHUL BARI MENEGUR KENYATAAN TUN MAHATHIR,,,,,APAKAH ADA DIKALANGAN ORANG-ORANG PAS YANG BERANI MENEGUR NIK AZIZ?????