Sabtu, 19 November 2011

PARTI KEBAZIRAN RAKYAT(PKR)

KENAPA KHALID IBRAHIM TAKUT NAK BUBAR DUN SELANGOR SERENTAK SELURUH NEGARA PADA PRU-13 ? PUAK BODOH MACAM SI KHALID IBRAHIM NI AKAN MERUGIKAN WANG RAKYAT....

1) SELANGOR SAH-SAH AKAN JATUH KEPADA BN PADA PRU-13 INI.
2) KALAU MENANG JUGA, PR AKAN MENANG TIPIS, DAN MUNGKIN KHALID SAMAD AKAN KEHILANGAN DUN BELIAU DENGAN TEWAS KEPADA LAWAN DARI BN.
3) DAN KALAU KHALID SAMAD MENANG JUGA, AZMIN ALI AKAN DILANTIK MENGGANTIKAN BELIAU DENGAN ALASAN KHALID IBRAHIM TIDAK LAYAK.

SI KHALID IBRAHIM INI BELUM SEDIA UNTUK MELEPASKAN KEDUDUKAN MB PASIR BELIAU....






Kerajaan PKR Selangor pengecut - Noh

TANJONG KARANG 18 Nov. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dianggap pengecut kerana tidak berani membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan negeri yang baharu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini kerana kerajaan negeri masih gagal melaksanakan janji-janji manis yang ditabur kepada rakyat padamanisfesto pilihan raya umum lalu.

"Semasa pilihan raya umum lalu, mereka banyak menabur janji yang tidak dapat ditunaikan dan ia akhirnya menjerat diri mereka sendiri.

"Kalau boleh mereka langsung tidak mahu ada pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka mencari pelbagai alasan untuk mengelak ia diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wang bantuan RM100 kepada 529 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa DUN S tidak akan dibubarkan sekalipun jika kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari depan bagi memberi laluan kepada PRU13.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN dan menyertai pilihan raya serentak sekiranya ia diadakan pada bulan Julai, Ogos atau September depan bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan pada tahun hadapan.

Mengenai tuduhan pembangkang bahawa wang bantuan RM100 kepada pelajar adalah 'gula-gula politik' kerajaan, Noh berkata, ia adalah tuduhan yang tidak bertanggungjawab.

"Kalau pembangkang anggap pemberian wang itu adalah gula-gula politik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, bagaimana pula dengan pemberian baucer beli-belah yang diberi Kerajaan PKR Selangor kepada golongan warga emas di negeri ini.

"Saya hairan mengapa pembangkang mahu mempolitikkan semua benda sedangkan apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan adalah untuk membantu meringankan beban rakyat," tegasnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar