Jumat, 25 November 2011

2 EKOQ RAKYAT MALAYSIA BERJIWA 'MALING SIAL'......CUBA HANG PA PAKAT TENGOK....

DALAM KITA DOK PERKATAKAN AKAN kebiaDAPan DAN hamPASnya PENYOKONG FANATIK LASKAR GARUDA JANGAN KITA LUPA AKAN KEWUJUDAN MANUSIA YANG BERJIWA 'MALING SIAL' DI NEGARA KITA SENDIRI. 2 EKOQ 'MALING SIAL' INI LEBIH 'GOBLOKNYA' DARI LASKAR GARUDA. KENAPA ? KERANA LASKAR GARUDA CINTAKAN NEGARA MEREKA TETAPI DUA 'MALING SIAL' INI TIDAK PATRIOTIK LANGSUNG KEPADA NEGARA SEBALIKNYA HANYA MENDATANGKAN BALA. AYUH, SEKALIAN PEMBACA KITA KENALI SIAPA 'MALING SIAL' DI NEGARA TANAH TUMPAH DARAH INI.


GAMBAR MALING SIAL 1.....



KUALA LUMPUR 24 Nov. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.

‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.

‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.

Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya.

Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.

Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.



MALING SIAL THE RASIST....

Tuduh orang pengkhianat negara keterlaluan

BALIK PULAU 24 Nov. - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik menuduh dua wanita di negeri ini yang berkahwin dengan rakyat asing sebagai pengkhianat negara merupakan satu tindakan keterlaluan yang hanya patut diberikan kepada mereka yang mengancam keamanan dan ketenteraman negara.

Sambil membidas tindakan wakil rakyat dari DAP itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, adalah tidak adil kata-kata kesat itu dilemparkan sewenangnya-wenangnya kepada kedua-dua wanita itu hanya kerana pilihan peribadi mereka untuk berkahwin dengan rakyat asing.

Kata Zainal Abidin, meskipun merasa berat hati dan mungkin juga mempunyai pandangan berbeza, namun tindakan itu tidak boleh disekat apabila dibuat secara sah mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub di negara ini.

"Pada saya definisi pengkhianat negara itu ialah kalau dia pergi ke luar negara, memburuk-burukkan negara sehingga menyebabkan pelabur tidak mahu melabur dan ekonomi kita tidak dapat berkembang seperti yang dibuat pembangkang, itulah baru pengkhianat.

"Sebaliknya, jika dia hanya dua wanita yang memerlukan bantuan kerana mengalami kesusahan, kita patut bantu tanpa mengira sama ada dia kahwin dengan rakyat asing atau dia tidak mengundi kita.

"Tetapi inilah DAP, kerana terlalu mementingkan politik dan undi, mereka sanggup menggelar wanita itu pengkhianat negara dan tidak mahu membantu mereka," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Kolej Teknologi Pulau (ICT) oleh JKP Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Zainal Abidin mengulas tuduhan yang dilemparkan ADUN Komtar tersebut kepada dua wanita, Sarimah Packeer Mohd., 43, dan Fatimah Sharmin Abdullah, 30, di sini yang dihina sebagai pengkhianat negara semasa Wei Aik meninjau serta menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran sederet rumah kedai termasuk premis wanita itu di Jalan Gurdwara di sini, kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Menurut Zainal Abidin, tindakan itu amat berbeza dengan apa yang dipraktikkan oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO apabila memberi bantuan kepada semua penduduk yang memerlukan tanpa mengira parti atau kaum.

"Jika mereka susah, kita bantu tanpa mengira mereka siapa, selaras dengan slogan kita, Rakyat Didahulukan. Kadangkala mereka ini bukan undi kita (BN) pun, tetapi kita tetap bagi bantuan. Inilah yang kita lakukan.

"Kalau kita buat bancian bagi bantuan pada mereka yang hanya mengundi kita seperti yang DAP buat, saya rasa, banyak penduduk Pulau Pinang tidak akan dapat bantuan daripada kita. Saya harap selepas ini rakyat mampu membuat penilaian terbaik dan dapat membezakan perkhidmatan kita (BN) dan mereka (DAP).

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, UMNO negeri akan menghantar tiga wakilnya iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Shahbudin Yahya (Ketua UMNO Bahagian Tesek Gelugor) dan Datuk Abdul Latiff Mirasa (Ketua UMNO Bahagian Bagan) pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang akan bermula Selasa ini.

"Datuk Musa akan membahaskan ucapan Presiden UMNO; Abdul Latif (isu ekonomi) manakala Shahbudin (isu agama). Wakil kita juga akan membuat beberapa pendedahan semasa perhimpunan itu dan sebagai parti yang bertanggungjawab, kita tidak hanya akan mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang tetapi akan menyediakan perancangan dan apa yang akan kita tawarkan jika kita diberi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang semula," katanya.


KPS : PAKAT-PAKAT KITA HAMBAT KELUAQ MALING SIAL DARI MALAYSIA....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar