Kamis, 24 November 2011

BERPECAH UNTUK 1 PARTI ATAU BERKOMPROMI DENGAN 1 HATI ? MANA PILIHAN KITA ?




1 PARTI ATAU 1 HATI ?????

CUBA KITA RENUNGKAN DALAM-DALAM. PERLUKAH PENGGABUNGAN ANTARA PAS DENGAN UMNO ? PERLU ATAU TIDAK ? ANDA SUDAH ADA JAWAPAN ATAU MASIH MEMBUAT ANALISIS RINGAN DALAM KEPALA ANDA ? JOM KITA ANALISIS....

SETELAH MEMIKIRKAN BEBERAPA PERTIMBANGAN, ADALAH KPS BERANGGAPAN TIDAK PERLULAH DIADAKAN ATAU PUN DISARANKAN AGAR DUA BUAH PARTI TERBESAR ORANG MELAYU IAITU PAS-UMNO DIGABUNGKAN. KENAPA TAK PERLU ? KPS NAK PECAH BELAH BANGSA MELAYU KA ?

1) SEJARAH PENGGABUNGAN UMNO-PAS.
- YA, SEBELUM INI PAS DAN UMNO MEMANG TELAH BERGABUNG SEBELUM TERBURAI DI TENGAH JALAN. ITU PADA ZAHIR, TETAPI SEDARKAH KITA HUBUNGAN YANG TERBURAI ITU SEBENARNYA TELAH BERKCEAI SEAWAL DARI PERISTIWA ITU LAGI. BILA ? SEJAK PENGASAS-PENGASAS PAS BERADA DALAM UMNO LAGI. MEREKA MUFARAKAH DAN MENUBUHKAN SEBUAH PARTI POLITIK BARU DENGAN NAMA INGGERIS. SUDAH 2 KALI TERBURAI, APAKAH KITA NAK TERKECAI BUAT KALI KE-3 KALAU DITAKDIRKAN 2 PARTI DOMINAN ORANG MELAYU INI BERSATU DI BAWAH 1BENDERA ?

2) UMNO JUGA YANG AKAN DIPERLEKEH.
- CUBA ANDA SELAK MAJALAH DEWAN MASYARAKAT DI PERPUSTAKAAN SEKITAR ZAMAN PEMECATAN PAK NUAR SEBAGAI TPM OLEH MANTAN PM, IAITU TUN M. PADA PRU SEKITAR ZAMAN TERSEBUT BN MENGALAMI MIMPI NGERI DAN MASIH TERSELAMAT KERANA SOKONGAN ORANG CINA KUKUH MENYEBELAHI KERAJAAN PEMERINTAH PADA MASA ITU(DIAKUI OLEH TUN M PADA PROGRAM HUJAH TV 3 PADA 23/11/2011). MAKA ADA CERITA KONONNYA PEMIMPIN UMNO INGINKAN PENGGABUNGAN ANTARA UMNO-PAS. APA YANG TERJADI BILA KHABAR ANGIN INI TERSEBAR ? MAKA BANYAKLAH PENULISAN SERTA PENCERAMAH POLITIK PEMBANGKANG SELURUH MALAYSIA MENGATAKAN BAHAWA UMNO TERHEGEH-HEGEH NAK GABUNG PADAHAL PAS TAK KELAPAQ PON. ITULAH YANG TERJADI. UMNO TAK KATA APA PON, ITU CUMA KHABAR ANGIN TETAPI UMNO JUGALAH YANG DIPERSALAHKAN. SELEPAS PRU-12 LEPAS, PAS ADA BUAT SATU MUKTAMAR. PADA MUKTAMAR TERSEBUT HADI AWANG MEMBANGKITKAN SUATU YANG MEMBUATKAN POK NIK(MUSYIDUL AM PAS) KENCING TAK LAWAS, TELAN TAK KUNYAH. HADI AWANG MENCADANGKAN KERAJAAN PERPADUAN. UMNO DENGAN SENANG HATI BERSEDIA MEMBINCANGKAN PERKARA TERSEBUT NAMUN KERLINGAN TAJAM POK NIK MENYEBABKAN HADI AWANG BERUBAH NADA SETERUSNYA DENGAN BODOH DAN SASAU MENYALAHKAN UMNO PULA. PADA HAL DIA YANG MENCADANGKAN PERKARA TERSEBUT. MAKA BERGONCANGLAH BUMI OLEH PIHAK PAS YANG MEMAINKAN ISU TERSEBUT BAHAWA UMNO MINTA 'NYAWA' DARI PAS. SEJURUS SEBELUM ITU JUGA BEKAS MB PERAK ADA MENGAJAK NIZAR PENDERHAKA UNTUK BERGABUNG NAMUN SI PENDERHAKA BERKENAAN LEBIH SANGGUP MENCACAI DI BAWAH TAPAK KAKI NGEH DAN NGA DI PERAK. APAKAH ANDA MAHU UMNO TERUS DIPERLEKEHKAN DENGAN CADANGAN YANG MEMBAWA LIABILITI KEPADA UMNO INI ?

3) AKAN HILANGLAH SUARA MELAYU DALAM PEMBANGKANG.
- SEKIRANYA DITAKDIRKAN JUGA PENGGABUNGAN INI, MAKA SUARA MELAYU DI KALANGAN PEMBANGKAN AKAN MENGECIL SEBELUM HILANG DAN LENYAP TERUS SECARA PERLAHAN-LAHAN. SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MENGAMALKAN DEMOKRASI, ADALAH PENTING UNTUK DISEIMBANGKAN ANTARA PIHAK PEMERINTAH DAN PIHAK PEMBANGKANG.

4) LUKA LAMA DI TOREH KEMBALI.....
- PERBEZAAN DARI SEGI IDEOLOGI SERTA BIBIT-BIBIT PERKELAHIAN YANG SEDIA WUJUD AKAN MENGANGGU KESATBILAN LANTAS MENCETUSKAN 'PERCERAIAN POLITIK' UNTUK KALI- 3. PEREBUTAN KERUSI SERTA PEREBUTAN TAMPUK PIMPINAN MUNGKIN BOLEH MERUNTUHKAN SEBUAH EMPAYAR YANG BESAR DAN TIDAK KETERLALUAN JIKA AKAN WUJUDNYA PERANG SAUDRA YANG BERLARUTAN SEPERTI MANA BEBERAPA NEGARA DI AFRIKA.





JADI APAKAH PEMYELESAIAN YANG KITA ADA ????

UNTUK MENDEPANI MASALAH INI, KPS SARANKAN KITA MERENUNGI SEJENAK CARA ORANG CINA BERPOLITIK. MEREKA MATANG DAN MEMPUNYAI JATI DIRI YANG TINGGI. KENAPA ? KERANA MEREKA 1 HATI. KALAU BANGKIT SAJA 1 ISU MELIBATKAN MASYARAKAT MEREKA MAKA AKAN KELUARLAH KENYATAAN DAN PENDAPAT SENADA DARI PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA SAMA ADA PIHAK YANG SEBELAH KANAN ATAU PUN YANG DISEBELAH KIRI. SEIA DAN SEKATA SAJA NADANYA CUMA PERKATAANNYA SAJA BERBEZA. MATLAMAT MEREKA SAMA.

PERSOALANNYA KINI, KENAPA MELAYU ISLAM YANG ADA 1 TUHAN, 1 NABI, 1 KITAB, 1 SAF, 1 BANGSA, DAN 1 HATI INI TIDAK DAPAT BERKOMPROMI DALAM SESETENGAH HAL. ISU AKIDAH, ISU KALIMAH ALLAH, ISU KESETIAAN KEPADA RAJA......KENAPA KITA BERBALAH ?

AYUH GERAKKAN, 1 HATI BUKAN 1 PARTI.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar