FENOMENA UMNOMOFABIA....
Selepas musim muram Barisan Nasional yang diterajui UMNO dalam menghadapi PRU-12 pada tahun 2008, barisan kepimpinan semua komponen Barisan Nasional terus mara untuk melakukan 'Tranformasi' politik dalam menghadapi cabaran zaman yang bukan kepalang. Dato' Seri Najib dengan penuh keinsafan menyatakan zaman kerajaan tahu segalanya sudah berakhir. Selain teraju Barisan Nasional iaitu UMNO, rakan-rakan parti kompenan yang lain giat dan berusaha menjanakan suatu anjakkan yang baru di dalam parti mereka untuk kembali mendapatkan sokongan pengundi selepas 'terkandas' pada PRU-12 yang lalu. Semua usaha ini sebenarnya telah dimulai oleh UMNO sendiri. Dalam usaha untuk meneruskan kelangsungan politik orang melayu, beberapa tindakkan drastik dan pragmatik telah dan sedang dilakukan oleh kepimpinan UMNO sama ada di peringkat pusat sehingga ke akar umbi. Fenomena ini telah mencetuskan UMNOMOFOBIA dalam melakari perjalanan politik tanah air. Penting dicatat bahawa pengaruh UMNOMOFOBIA ini bukan sahaja diresapi oleh kompenan Barisan Nasional sebaliknya turut mengundang impak yang berskala mega kepada Pakatan Rakyat. Persoalannya kini, bagaimanakah fenomena UMNOMOFOBIA ini diadaptasi atau asimilasikan oleh rakan dan juga lawan kepada UMNO secara secara langsung atau tersirat ?
Melihat kepada realiti, fenomena UMNOMOFOBIA bukanlah berlaku dalam jangka masa yang pendek sebaliknya memerlukan sifat 'istiqomah' yang berterusan sebelum kesan ini dapat dirasai oleh sekalian rakyat dari bandar yang besar hinggalah ke pendalaman yang terpencil. Perubahan tampuk teraju kepimpinan setiap parti dalam Barisan Nasional adalah suatu usaha diperingkat awal kejayaan UMNOMOFOBIA ini. Selain itu pendekatan Barisan Nasional mengemukakan secara langsung beberapa langkah tindakkan bijak berjaya menerobos ke sanubari rakyat secara holistik. Jenama seperti Klinik 1malaysia, Menu rakyat 1MAlaysia dan Kedai rakyat 1Malaysia sedikit sebanyak telah menjadikan pembangkang ibarat 'tin kosong' kerana sebelum ini mereka melabelkan Barisan Nasional sebagai “BN = Barang Naik” telah pihak kerajaan memulangkan paku buah kepada kepada mereka tersebut. Kesediaan Dato' Seri Najib dalam memansuhkan beberapa perkara yang mengjadi sungutan pihak pembangkang seperti ISA, AUKU dan beberapa pembaharuan lagi menjadikan pihak pembangkang seolah-olah 'kancing gigi'. Pembentangan Bajet 2012 yang terbaik dalam sejarah kerajaan Malaysia menyebabkan Bajet bayangan ketua pembangkang yang bersifat 'halusinasi' terus dipandang sepi dan dingin oleh rakyat.
Secara sedar, adalah lebih menarik untuk kita perkatakan mengenai pihak Pakatan Rakyat yang cuba untuk menafikan fenomena UMNOMOFOBIA ini. Usaha mereka secara berterusan memboikot kempen 1Malaysia akhirnya memakan diri sendiri. Bermula dengan kenyataan ketua pembangkang bahawa 1Malaysia adalah ditiru dari 1ISRAEL telah memberi tempias kepada rakan mereka iaitu parti PAS yang menggunakan slogan “PAS FOR ALL” yang turut sama dengan slogan “ISRAEL FOR ALL”. Jenuh para penceramah PAS menjelaskan ini cuma satu kebetulan tetapi 1MALAYSIA tetap dianggap menciplak dari 1ISRAEL. Hakikat yang lebih pahit untuk ditelan oleh Parti PAS ialah apabila Nik Aziz turut mengenakan pakaian yang mempunyai Logo 1Malaysia ketika menghadiri satu acara yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri. Di kedah pula, Ustaz Azizan selaku Menteri Besar selalu sahaja meletakkan lambang 1Malaysia di papan pemidang kerajaan negeri. Bertambah menyakitkan PAS, sebuah buku karya pemimpin mereka iaitu “Menuju PAS baru” karya Mujahid Yusof Rawa turut ingin mencontohi UMNO dalam membela nasib Melayu padahal bagi sesetengah pemimpin PAS sebelum ini menyifatkan perjuangan bangsa adalah 'assobiyah' dan tidak diterima.
Di samping itu juga, rakan pakatan PAS iaitu DAP, dan PKR mula memainkan beberapa slogan yang akhirnya dipandang sepi oleh rakyat secara majoriti. Slogan seperti “Middle Malaysia” yang ingin diperbaharui dari Slogan “ Malaysian Malaysia” dianggap gagal secara total. Malah ada sesetengan pemimpin DAP telah mengalami UMNOMOFOBIA apabila mempersoal beberapa perkara yang terdapat diperlembagaan dengan berhujah atas konsep 1MALAYSIA. Apakah mereka ini secara teori menyokong gagasan 1MALAYSIA namun secara Praktikalnya tidak ? Tahap UMNOMOFOBIA kepada Pakatan Rakyat bertambah parah apabila segala yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kesejahteraan rakyat langsung ditolak tanpa memikirkan kesan secara langsung kepada rakyat secara keseluruhan. Pakatan dilihat menghadapi kesukaran dalam membendung fenomena UMNOMOFOBIA ini. Jelas dapat dibuktikan dalam beberapa PRU yang terakhir yang memperlihatkan Pakatan Rakyat kembali ke zaman gelap mereka dengan mengalami kekalahan dan perpecahan di kalangan ahli mereka pemimpin mereka sendiri.
Akhir sekali, pelengkap kepada fenomena UMNOMOFOBIA ini ialah penerimaan generasi muda dalam perjuangan Barisan Nasional/UMNO dalam beberapa acara yang telah diketengahkan. Program Himpunan Sejuta Belia, pengistiharan Putraja bandar mesra orang muda dan perubahan slogan dari “Undilah Barisan Nasional” kepada “Barisan Nasional pilihan orang muda” membuktikan kejayaan awal fenomena ini dalam skala besar. Kehadiran ramai Bloger pun “Facebooker” mesra kerajaan mencerminkan keyakinan orang muda dalam terhadapa Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.
Sama-sama kita nantikan setakat mana Fenomena UMNOMOFOBIA ini bakal menggegar kan arena politik tanah air pada PRU-13 nanti? Dan kenapa pula MB kedah dan MB selangor tidak mahu bubar dun serentak semasa PRU-13 nanti ????
Tidak ada komentar:
Posting Komentar