Penduduk rumah pangsa kos rendah Indah Court di Jalan PJS 11/7a di sini, membantah cadangan pemaju merobohkan surau yang dibina mereka berhampiran rumah pangsa berkenaan sejak lebih sedekad lalu.
Bantahan itu dibuat kerana mereka tidak bersetuju dengan tindakan pemaju membina surau ganti di tingkat empat, bangunan tempat letak kereta yang akan dibina di bekas tapak surau terbabit.
Surau yang dibina penduduk dengan kos RM93,000 itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan tiga blok kondominium 30 tingkat dan 10 unit rumah kedai serta pejabat di kawasan berhampiran.
Penaung surau, Datuk Shaiful Nizam Abdullah, berkata tindakan itu tidak wajar kerana ia dibina hasil wang yang dikeluarkan oleh penduduk sendiri selain sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekitar 1997.
“Saya tidak faham mengapa pemaju dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) begitu mudah hendak merobohkan surau yang kami bina dengan duit sendiri.
“Lebih menghairankan, jika hendak menaik taraf Indah Court, mengapa pula surau ini dirobohkan?
“Kami bina surau ini bukan secara haram tetapi selepas kelulusan MPPJ. Lagipun, tidak sesuai jika surau dibina di atas lot parkir kerana ia menyusahkan penduduk untuk beribadah dan membuat kenduri. sumber: berita harian.
Selasa, 22 November 2011
BUKAN SAHAJA DI KEDAH,......DI SELANGOR JUGA ADA.........
GAMBAR DI ATAS TERDAPAT SEORANG YB DAP RASIS
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar