Sabtu, 19 November 2011

ISU RUNTUH SURAU DI KEDAH....ANDA NILAI SENDIRI...

KPS TIDAK ADA KOMEN APA-APA UNTUK ISU INI. PADA MASA DULU KHUTBAH JUMAAT DI SELANGOR YANG ADA PERKARA SENSITIF DAN DILULUSKAN OLEH MUFTI JUGA KPS TAK KACAU. DAN KES DI KEDAH INI JUGA KPS TAK KOMEN. CUMA BIARLAH PEMBACA SEKALIAN MEMBUAT PERBANDINGAN SENDIRI.





21hb Jun 2010 menyebut:

"JAWATANKUASA FATWA NEGERI KEDAH TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA SURAU INI HENDAKLAH DIKEKALKAN DI TEMPAT ASALNYA TANPA DIRUNTUH STRUKTUR ASAL BANGUNAN TERSEBUT DEMI KEASLIAN JEMAAH BERDEKATAN UNTUK BERIBADAT DAN MELAKUKAN AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN", ditandatangani oleh Dato Alsheikh Mohamad Badarudin bin Haji Ahmad DSDK, BKM Mufti Negeri Kedah Darulaman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darulaman.


DAN SELEPAS SEORANG EXCO KERAJAAN PAS KEDAH(ADUN ANAK BUKIT) MENGADAP MUFTI LANTAS FATWA PON BERUBAH.....



CABUTAN KEPUTUSAN MESYUARATnJAWATANKUASA FATWA NEGERI KEDAH DARULAMAN
Tarikh: 2 Syaaban 1432 bersamaan 4 Julai 2011
Perkara: Permohonan Menyemak Semula keputusan Fatwa Berkenaan Pengambilalihan Tanah Wakaf Madrasah Sallhiyyah, Kancut.

Keputusan: Setelah meneliti permohonan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan mendapat maklumat satu penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri Kedah maka dengan ini Jawatankuasa
Fatwa Negeri Kedah bersetuju untuk membuat sadikit pindaan terhadap keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat yang berlangsung pada 8 Rejab 1431 bersamaan 21 Jun 2010. Sehubungan itu, Jawatankuasa memutuskan bahawa:

i) Bagi memelihara amanah pihak yang mewakaf tapak Madrasah Salihiyyah, pemaju hendaklah membayar wang pampasan mengikut nilai semasa yang munasabah kapada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah.

ii) MAIK bertanggungjawab keatas wang pampasan tersebut untuk mendapatkan satu tapak baru bagi menggantikan tapak asal Madrasah Salihiyyah (menggunakan kaedah Istbdal).

iii)Pemaju hendaklah mendirikan sabuah surau berasingan daripada kompleks membeli belah Plaza Tengku Yaacob ATAU dibina di tingkat bawah kompleks berkenaan.

iv) Surau baru yang dibina hendaklah:
.. memperlihatkan kubah, menara atau apa-apa jua lambang yang menampakkan sebuah surau untuk menonjolkan syiar Islam.
.. keluasan yang sama atau lebih daripada surau Madrasah Salihiyyah sedia ada.
.. kos pembinaan dibiayai oleh pemaju
.. diujudkan tempat wudhu' dan bilik air yang terasing antara lelaki dan perempuan dikawasan tersebut.
.. Jawatankuasa Fatwa menasihatkan agar Jawatankuasa Madrasah Sallihiyyah yang sedia ada dilibatkan dalam pentadbiran dan pengurusan surau baru tersebut.

Disahkan oleh: DATO' PADUKA SYEKH MUHAMAD BADARUDIN B. HJ AHMADnDHMS., DSDK., BKM. Mufti Negeri Kedah Darul Aman

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/11/permainan-fatwa-ugama-islam.html#ixzz1e9f4Lcmo

Tidak ada komentar:

Posting Komentar