Senin, 21 November 2011

REGIM SELANGOR SETARAF ZIONIS.......BUKTI MENGAPA MB PASIR SELANGOR TAKUT BUBAR DUN






NGO Gesa Kerajaan Negeri Tampil Bela Nasib 14 Peniaga Taman Muda, Ampang

AMPANG, 20 NOV : Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini tampil membela nasib 14 peniaga jalanan yang dinafikan hak niaga oleh Kerajaan Negeri Selangor di Taman Muda di sini hari ini.

Pengerusi Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah cuba meminggirkan pengusaha Melayu di Dewan Undangan Negeri Teratai yang kini dipegang ADUN DAP, Jenice Lee.

Katanya, ini kerana deretan gerai yang ada di DUN Teratai kini secara keseluruhanya dimonopoli oleh peniaga berbangsa Cina.

Malah, deretan kedai terbabit terletak hanya beberapa meter sahaja daripada tapak gerai peniaga Melayu yang dirobohkan itu.

"Kita boleh lihat cara DAP mahu wujudkan sentimen perkauman. Kita lihat di sebelah sana kalau ikut specifikasi Bomba ia tidak boleh dibina, tetapi ia tetap wujud?

"Saya mintak ADUN Teratai, Jenice Lee yang juga wakil rakyat DAP gar memberi penjelasan mengapa pengusaha terbabit tidak dibenarkan untuk meniaga selama 4 tahun ini. Ada peniaga yang nak saman. Dan kita ada bukti surat Jenice Lee arahkan kontraktor buka gerai tersebut.

Mohd Ridzuan turut mendakwa Pejabat ADUN Teratai telah mengeluarkan surat arahan kepada CCK Renovations and Decoration Works yang bertarikh 8 Januari 2011 untuk mengindahkan kawasan dan jalan terbabit.

Tegas Mohd Rizuan, ia merupakan bukti kukuh dimana Jenice secara sengaja menidakkan hak peniaga Melayu yang telah sekian lama berniaga di kawasan tersebut.

Justeru, Mohd Ridzuan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Jenice, Bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ) kerana sengaja melakukan 'rancangan' jahat itu.

"Saya harap SPRM siasat Jabatan Bomba dengan MPAJ. Dua jabatan ni saya nak SPRM siasat sekiranya dalam seminggu tiada siasatan, pihak Ikhlas dengan semua peniaga ramai-ramai akan pergi pejabat SPRM untuk serah memorandum. Kita kena siasat mengapa di sana gerai Cina tak roboh, gerai kaum Melayu saja diroboh," tegas Ridzuan.

Ekoran perbuatan khianat itu, Ridzuan serta beberapa peniaga asal kawasan terbabit menuntut agar mereka diberi pampasan sewajarnya oleh Kerajaan Selangor serta menyediakan satu kawasan baru untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan.

Deretan kedai yang terletak di pinggir jalan persimpangan lampu isyarat Taman Muda ini menempatkan seramai 14 orang peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan sejak awal 1993, namun ia dirobohkan pada 2007.

Bagaimanapun, kerajaan negeri dibawah pimpinan Dr Muhammad Khir Toyo sebelum ini telah mengarahkan Yap Soo Sun ADUN Teratai ketika itu untuk mencari lokasi perniagaan baru kepada peniaga terbabit.

Namun, ia hanya janji tinggal janji apabila Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

Seorang peniaga, Asmah Beebi Yusoff yang ditemui Antarapos.com hari ini menyatakan kekesalanya diatas kegagalan Jenice dan MPAJ dalam usaha membela nasib rakyat sekaligus beranggapan cogankata 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' yang dicanang kerajaan Pakatan Rakyat hanya retorik semata.

"Mereka robohkan gerai kami pada 2007. Kemudian (dibawah pentadbiran) Khir Toyo, dibina gerai baru dikatakan bakal disewa kepada kami. Tengok sekarang gerai kami dirobohkan tanpa pampasan atau lokasi baru. Adakah ini adil? Melayu cuma 13 orang saja di sini lain semua Cina. Jadi, kami bantah cara DAP yang tak bantu kami," kata Asmah.

Sementara itu, seorang lagi peniaga yang ditemui, Abdul Rahman Mohd Salleh merayu agar pemimpin yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum lalu dapat membela nasib mereka dari terus diabaikan.

"Kami dah berniaga selama 17 dan 18 tahun di sini tanpa hal, tapi bila Parti Pemerintah bertukar naik, gerai kami tak sempat diberi oleh UMNO tanpa apa-apa pampasan sekalipun. Kami teraniya. Kami harap MPAJ, pemimpin serta wakil rakyat dapat bantu kami,"katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar