Rabu, 09 November 2011

SIDANG DUN SELANGOR PANAS DENGAN PENDEDAHAN TERBESAR,,,,,,,REGIM PR DI SELANGOR SUDAH GOYANG


SIDANG DUN SELANGOR PASTI PANAS KALI INI, ADUN-ADUN DARI BN SUDAH BERSEDIA UNTUK MELANYAK PEMBOHONGAN DAN FITNAH DARI JANJI MUNAFIK PR DI SELANGOR...


Barisan Nasional (BN) Selangor akan menumpukan perbahasan mereka kepada isu-isu pemungkiran janji oleh kerajaan pakatan pembangkang yang telah memerintah Selangor selama lebih tiga tahun di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula esok, kata Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman.

Beliau berkata, BN selaku pembangkang di Selangor akan mendedahkan dan membongkar pelbagai isu dan penyelewengan pentadbiran pakatan yang dibentuk oleh Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang telah mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selama tiga tahun tujuh bulan sejak 8 Mac 2008.
Pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji dalam manifestonya pada pilihan raya umum ke-12 lepas, yang menekankan antaranya janji-janji untuk mewujudkan pentadbiran berwibawa, bertanggungjawab, telus, cekap, jujur, amanah dan berintegriti tinggi, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamad Satim berkata, kerajaan negeri juga belum menunaikan janjinya untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus bagi rumah kediaman sehingga sekarang.
"Isu cukai pintu merupakan satu perkara yang amat besar kerana 60 peratus daripada masyarakat di Selangor adalah di bandar dan mengapa tidak turunkan cukai di peringkat pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Mohamad Satim berkata, apa sebenarnya program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri sedangkan selama tiga tahun ini tiada kedengaran pelaksanaan projek rumah kos rendah atau kos sederhana rendah tetapi sebaliknya hanya memberikan kupon RM100 untuk warga emas membeli-belah.

Selain itu, urus tadbir Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut akan dipertikaikan dan sehingga sekarang laporan audit terhadap operasi PKNS yang didakwa menghadapi masalah dan berlaku penyelewengan, masih belum lagi dikeluarkan, katanya. - Bernama


1 komentar:

  1. HAHAHAHHAHAHAHAHAHHA!! GAGAL APANYA?? EH UMNO!! SUDAH LAA!! CKP LA APA PON, KELUAR LA TV, SURAT KHABAR APA PON, RAKYAT DA TAK PERCAYA CKP KAMU!! KLU RAKYAT DA TAKNAK KT KAMU,BUAT LA APA PON, RAKYAT TAKNAK DENGAR/PERCAYA!! KESIAN UMNO...MENAGIH KASIH RAKYAT YG SUDAH TAK PERLUKAN MEREKA LAGI...ALIF, MIN, NUN, WAU = SARKAS

    BalasHapus