Rabu, 09 November 2011

KETELUSAN PR DI SELANGOR SETARAF LUBANG KUNYIT PAK NUAR





Ketelusan, Kebebasan Maklumat Pakatan Pembangkang Hanya Temberang – Isa
Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SHAH ALAM, 9 Nov – Hanya kerana mahu mendapatkan jawapan yang tak pasti, ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Kassim telah digantung dari menghadiri Sidang DUN selama sehari

“Menteri Besar Selangor bukan sahaja tidak menjawab isu yang saya persoalkan iaitu Program MES (Merakyat Ekonomi Selangor) untuk penjawat awam, malah saya pula diarahkan keluar oleh pihak Speaker. Di mana ketelusan, kebebasan maklumat sebagaimana yang mereka war-warkan dulu. Semuanya temberang,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-Online mengulas pengantungannya dari menghadiri Sidang DUN Selangor hari ini.

Sidang DUN Selangor gamat pagi tadi setelah ADUN Batang Kali diarahkan keluar dari Sidang DUN bersempena pembentangan Bajet 2012 Peringkat Negeri Selangor.

“Kita adalah wakil yang dipilih rakyat, oleh yang demikian di sini sahajalah tempat yang sesuai untuk saya membawa suara rakyat, saya mahu mendapat jawapan yang pasti dari Menteri Besar, kerana Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menjawab soalan tambahan saya mengenai program khusus untuk para penjawat awam di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Saya kecewa dengan tindakan Speaker DUN Selangor yang bertindak tidak adil dalam memberi ruang kepada beliau untuk bersuara di Sidang DUN,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

2 komentar:

  1. HAHHAHAHAHAHA....BARU HAMPA RASA JD PEMBANGKANG!! HAHA!! DULU DOK KENAKAN ORG...PADAN MUKA!! BARU 4 TAHUN JADI PEMBANGKANG DA NAK MELENTING!! MAT ISA2...HAHA!! PRU 13 NI AKU KEMPEN HABIS HABISAN KT DUN KO..HAHA!!

    BalasHapus
  2. ISA ORANG UMNO PON KENA....KETELUSAN TERUS MUNAFIK HAHAHAHHA

    BalasHapus