Selasa, 01 November 2011

CHEGU BARD RAJA FITNAH RANKING KE-2 SELEPAS PAK NUAR

FITNAH MAN YANG TERKANGKANG......




CHEGU BARD.....KELDAI SABUNG PKR DIKHABARKAN TERSEDAK BUAT KEDONDONG. MANA TIDAKNYA, PENIPUAN BELIAU DI TERKANTOI DENGAN PENUH KEHINAAN. DIKHABARKAN JUGA...FITNAT YANG TELAH KANTOI TERSEBUT TURUT DIPLAGIAT OLEH PAK NUAR. PAK NUAR DIKENAKAN HIDUP-HIDUP OLEH KELUARGA DAN KELDAI WAR BELIAU SENDIRI. APAKAH DENGAN TERKANTOINYA PAK NUAR DENGAN FITNAH CHEGU BARD INI PAK NUAR AKAN MEMAMAI BENGKUNG LEHER UNTUK MENANHAN MALU TERAMAT SANGAT ? IKUTI PENDEDAHAN BLOG Dr MiM....YANG TURUT DILAPORKAN OLEH BEBERAPA BLOGER LAIN. CHEGU BARD JANGAN BUNUH DIRI PULAK, ISLAM TAK AJAQ MACAM TU.


Malu! Satu lagi spin pro-pembangkang yang kantoi!

Tetapi yang ironinya ialah isu anak DS Najib Razak yang dikantoikan telah melanggar segala nasihat dan rengetan Lim Guan Eng DAP yang tidak mahu politik yang menyentuh keluarga ahli politik.

Satu lagi ialah nilai RM200,000 yang kebetulan sama dengan rasuah RM 200,000 untuk menutup mulut ibubapa pelajar perempuan yang diramas dada beliau seperti yang disensasikan oleh MalaysiaKini dan Malaysian Insider!

Sungguh pelik, anak Najib Razak tidak berada di Perth, Australia tapi dituduh berada di sana! Magik?

MiM difahamkan bahawa Anwar Ibrahim sendiri telah mentweet tentang isu ini!

So, Lim Guan Eng.......bila mahu nasihat Anwar Ibrahim? Kalau lu benar-benar ikhlas tentang anak lu, lu tegur Anwar Ibrahim dan semua pro-pembangkang yang spin fitnah terbaru itu.

Ada berani tak?

Nampak gaya, bloggers pro-UMNO akan giatkan kembali skandal 3R - Raba,Ramas dan Rasuah RM200,000 anak Lim Guan Eng!

Jangan salahkan kami tapi mereka yang cari pasal. MiM pasti the next one akan buat Lim Guan Eng tak dapat tidur, begitu juga dengan keluarga beliau!

Di antara artikel terbaru:-


Terbaru blog-blog pembangkang ( Malaysiakini , Keadilan Daily ) tidak pandang kiri kanan lagi dan main rempuh saja bila tersebar satu keratan akhbar Australia yang melaporkan DIPERCAYAI anak perempuan Perdana Menteri berbelanja sakan sampai dekat RM200,000 di sebuah pusat beli belah terkemuka di Perth semasa ikut serta Datuk Seri Najib menghadiri Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM) di situ minggu lalu.

Sekalipun kesahihan berita itu yang disiarkan dalam akhbar The Western Australian itu belum dapat disahkan,puak-puak pembangkang termasuk calon yang kalah dalam pemikihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) sudah melenjit menghentam Perdana Menteri seolah berita itu benar dah sahih.

Isu utama di sini betulkan ada mana-mana anak Perdana Menteri ikut serta ke sidang CHOGM di Perth?

Tolong minta puak-puak ini check fakta itu dulu sebelum melenjit nak kenduri belasah hanya berasaskan laporan akhbar berkenaan yang terang-terang menulis WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER’ S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD 60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah) .

Che Gu Bard & geng kenalah cepat-cepat cari tempat untuk sorok muka.Ini kerana satu sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily petang Isnin tidak ada seorang pun anak Perdana Menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.

Sumber itu sendiri hairan bagaimana fitnah ini boleh direka.

“Memamg tidak ada...baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth,” katanya.

Che Gu Bard yang galak bising dulu mengenai isu cincin 24 juta awal-awal lagi dalam blognya komen untuk sakitkan hati orangramai dengan berkata “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila

“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga.”

Isu cincin RM24 juta yang tidak betul itu sudahpun dijawab sendiri oleh Najib semasa dalam interbiu dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Agendadaily difahamkan semasa timbul isu cincin itu dulu,pejabat Perdana Menteri asalnya ‘malas‘ nak layan kerana sudah menjadi kebiasaan bila nafi ia diputar oleh pembangkang dakwa itu tandabya betullah.

Dalam dakwaan terbaru ini anak perempuan Perdana Menteri dikatakan menyertai rombongan isteri-isteri dan anggotai delegasi CHOGM lain pergi membeli belah dan bersiar-siar disamping di luar jadual sidang berkenaan.-1/11/2011 Agenda Daily.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar