KEDAH : RAKYAT DESAK HENTIKAN PEMBALAKAN.
Kira-kira 3,000 penduduk di tujuh kampung daerah Padang Terap/Pendang menggesa kerajaan PAS Kedah menghentikan segera penebangan balak di Bukit Perak, Pendang bagi mengelak pencemaran di kolam takungan.
Penduduk terlibat bimbang projek penebangan balak sejak dua bulan lepas itu boleh mencemarkan sumber air semula jadi yang disalur ke kolam air masyarakat yang dibina Kementerian Kesihatan sejak 28 tahun lepas.
Abdullah Shaari, 63, yang tinggal di Kampung Mahawangsa berkata penduduk di tujuh kampung itu bergantung sepenuhnya kepada air semula jadi dari Bukit Merah memandangkan bekalan air yang disediakan Sayarikat Air Darul Aman (Sada) tidak sampai kepada mereka.
"Kalau semua pokok ditebang bekalan air bersih akan disaluti dengan air lumpur masuk dalam kolam kami, dan tidak boleh digunakan langsung untuk kegunaan harian.
"Kami nak kerajaan negeri tarik balik lesen pembalakan di hutam simpan Bukit Perak ini dan harap kerajaan simpati dengan nasib kami yang bergantung kepada bekalan air semula jadi di sini sahaja," katanya pada sidang media di kawasan pembalakan Bukit Perak dekat sini petang semalam.
Antara kampung yang menggunakan kolam air masyarakat itu ialah Kampung Rasau, Sungai Durian, Sungai Mas, Sungai Pisang, Sungai Siput, Mahawangsa dan Titi Akar.
Mohd Fauzi Md Nayan, 27, dari Kampung Sungai Mas mendakwa kerja menebang pokok untuk laluan balak telah dibuat oleh syarikat pembalakan yang hampir dengan lapan kolam air di Kampung Mahawangsa dan Sungai Mas.
Kira-kira 200 penduduk Melayu dan Siam yang mewakili tujuh kampung mengadakan demonstrasi secara aman di kawasan pembalakan Bukit Perak selama sejam bagi membantah tindakan kerajaan negeri menjalankan aktivti pembalakan.
Sementara itu Ketua Pemuda Umno Kedah Badrul Hisham Hashim berharap kerajaan negeri segera menghentikan aktivti itu sebelum berlaku pencemaran bekalan air di kolam air masyarakat di kawasan berkenaan.
-- Bernama
Jumat, 04 November 2011
RAKYAT KEDAH TAK HERAN BALAK AZIZAN
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
terbaru, syarikat yg mendapat permit penebangan balak membuka kawasan pembalakan berhampiran Lubuk Merbau.
BalasHapusHidup bersederhana sepatutnya diperjuangkan PAS tetapi mereka dengan bangganya menunjukkan papan iklan yg besar mengataakan mereka ingin menebang lagi balak di negeri Kedah.
Hari itu baru 200, tak lama lagi kami akan kumpulkan 20,000 orang menerusi penyiaran gambar dan video betapa teruknya kesan2 pembalakan di kawasan kami.