Jumat, 04 November 2011

BUKAN HANYA PAK NUAR......KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS JUGA........

KETUA PENERANGAN MUSLIMAT PAS.....HANG SOKONG AMBIGA JUGAK




Muslimat PAS persoal sama ada Seksualiti Merdeka diharam kerana Ambiga

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Dewan Muslimat PAS mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang hanya mengharamkan Seksualiti Merdeka semalam sedangkan ia sudah diadakan sejak 2008 hanya disebabkan ia membabitkan kehadiran Datuk S Ambiga, yang sepatutnya merasmikan program itu minggu depan.

Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangan Musliwat PAS Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Kata beliau, polis dan BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu.

Polis mengumumkan pihaknya mengharamkan program itu berkuat kuasa semalam.

Ini kerana kata Aiman Athirah, Ambiga merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung sejak Selasa lalu.

“Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

“(Tetapi) persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini?

“Bolehkah kita simpulkan bahawa polis dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka?

Justeru kata beliau, “apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno-BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ia membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?”

Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu, namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh, katanya lagi.

“Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan,” katanya.

Tambah beliau, semua pihak harus menitikberatkan pendidikan anak-anak dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik, dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara.

Pada satu sidang media di Shah Alam pagi tadi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata pihaknya memang menyokong Ambiga sebagai ketua Bersih 2.0 yang memperjuangkan isu berkaitan dangan hak asasi manusia, yang bercanggah dengan undang-undang termasuk prinsip agama, misalnya pembaharuan sistem pilihan raya.

“Ada perkara yang kami setuju dengan Datuk Ambiga, dan ada perkara yang kami tidak setuju,” tegas beliau.

Khalid yang juga Ahli Parlimen kawasan Shah Alam memberitahu bahawa beberapa pemimpin PAS telah menghubungi Ambiga untuk mendapatkan penjelasan dan memberikan pandangan parti itu.

“Saya difahamkan ada beberapa pemimpin PAS ada menghubungi dan tegur beliau walaupun ada perkara yang kami bersetuju dengan beliau dan mungkin beliau adalah pendiriannya dalam soal hak asasi manusia (selaku peguam dan bekas presiden Majlis Peguam).

“Jadi tidak wajar mengaitkan isu ini (program Seksualiti Merdeka) dengan Pakatan Rakyat dan juga hak asasi manusia,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Di Kota Baru semalam, Mrsyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka.

“Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu,” katanya.

Nik Aziz berkata soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.

Mengulas lanjut tegas Khalid, isu pemurtadan yang menjadi fokus Himpun juga bukan satu perkara dan telah wujud sekian lama dan tidak wajar BN dan Umno mendakwa bahawa apabila Pakatan Rakyat memerintah agama Islam akan terhakis.

“Isu murtad bukan satu perkara yang baru berlaku, bukan benda baru,” katanya lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar