Jumat, 03 Februari 2012

GOLONGAN MAHASISWA SIAP SEDIA MENGALAHKAN MAHABANGSAT PRO ADAM ADLI





Sekumpulan aktivis mahasiswa 'prokerajaan' hari ini mengumumkan akan menganjurkan program jelajah ke seluruh negara bagi membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang menurutnya dianggap suka berdemonstrasi dan huru-hara di kampus.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) Mohd Shahar Abdullah berkata, selain bertemu masyarakat di seluruh pelosok negara, pihaknya bersama 18 NGO lagi akan turut melawat 25 institut pengajian tinggi.

"Kita mahu juarai isu setempat secara terperinci dan mengangkatnya. Era 'mahasiswa menggugat' sudah berakhir.

"Kita kena kemuka isu dan mengenalpasti serta turut serta bersama masyarakat," katanya graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Katanya, fasa pertama "gerakan" mereka akan bermula dengan program turun padang pada 6 Februari selama dua minggu untuk bertemu masyarakat.

Ia seterusnya akan diikuti dengan jelajah kampus dari 26 hingga 3 Mac sebelum mengadakan program himpunan besar bersama perdana menteri pada bulan sama, tambahnya lagi.

Sepanjang program itu, mereka juga akan mendapatkan maklum balas daripada bawah untuk disampaikan kepada Datuk Seri Najib Razak yang tarikh sebenarnya pada Mac ini belum ditentukan.

'Kita lihat penerimaannya nanti'

Aktivis dan kumpulan mahasiswa yang dianggap antikerajaan sebelum ini banyak mengadakan program di seluruh negara, antaranya bagi menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ditanya sama program yang dinamakan “Aman Kampus” itu bertujuan membalas kelantangan kumpulan mahasiswa yang dilihat antikerajaan, Mohd Shahar berkata kumpulan itu sebenarnya tidak kuat.

“Mereka hanya monoriti kecil. Cumanya mereka pandai menggunakan media. Itu saja,” katanya yang turut menafikan mempunyai agenda politik pemerintah menjelang pilihan raya.

Malah, katanya lagi, kumpulan lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) (atas) bukan pertubuhan berdaftar seperti pihaknya.

“Mereka ini tidak berdaftar, haram. Saya pun tak faham apa yang orang suka sangat. Kami berdaftar. Bila kita masuk universiti nanti, kita lihat penerimaan (mereka pada siapa),” katanya.

Gerakan Aman Kampus yang diterajui ASPIRASi dianggotai 19 NGO, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Kelab Graduan 1Malaysia, Kelab Che Det dan Majlis Gabungan NGO Malaysia.-Malaysiakini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar