Sementara itu, Dr Hasan Ali menegaskan bahawa beliau akan mendedahkan video pembaptisan berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini. Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi. Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.
"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).
"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya,"
Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.
Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.
Rabu, 22 Februari 2012
JATI AKAN DEDAHKAN VIDEO PANAS.....PASrasit PON TURUT PANAS
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar