Rabu, 22 Februari 2012

AZAN DILAUNGKAN SEMASA PENGISTIHARAN MERDEKA...BUKTI ISLAM DITERIMA SEMUA RAKYAT MALAYSIA




DARI BLOG ANGIN PERUBAHAN........

"Saya masih tidak dapat melupakan detik bersejarah itu hingga ke hari ini dan ketika saya mengalunkan azan pada tarikh keramat sejurus laungan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengalir air mata saya membasahi pipi.

"Mengalirnya air mata itu bukannya kerana sedih tetapi gembira kerana negara pada saat dan ketika itu telah merdeka dan rakyatnya memerintah serta menguruskan negara sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat," kata individu yang mengalunkan laungan azan pada hari pengisytiharran kemerdekaan, Tan Sri Hasan Azhari.

Menceritakan kisah manisnya itu pada ketika umurnya 25 tahun, beliau menambah sehari sebelum pengisytiharahan kemerdekaan di Stadium Merdeka, beliau telah didatangi oleh mereka yang bertanggungjawab menjayakan hari kemerdekaan itu dan memaklumkan bahawa beliau akan mengalunkan azan pada hari tersebut.

"Bayangkan betapa gementarnya pada saat itu dan saya pada malam berkenaan "berlatih" dengan pelbagai taranum bagi memastikan kelancaran pada hari bersejarah itu, pada awal pagi lagi, saya telah dibawa ke Stadium Merdeka dan melihat orang ramai telah membanjiri Stadium berkenaan.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar