Senin, 31 Oktober 2011

JINGGAY 13 DIBERI PENARAFAN TAHAP LONGKANG PECAH TERSUMBAT


JINGGAY 13.....DEPA KATA CETUS FENOMENA. KPS SECARA PERIBADI PERNAH BERDEBAT DALAM SATU RUANG GROUP DALAM FB DENGAN SEORANG YANG MENGAKU JINGGAY 13 EKOR. TAK KISAH LA. KPS PON DAH MASUKKAN DALAM BLOG KPS. YANG TERUKNYA IALAH SIKAP BODOH DAN BAHLOL ORANG BERKENAAN. TANYA LAIN DIA KONA KOT LAIN. KPS TERJAH WALL DIA TANYA TAK REPORT POLIS KA KARPAL HINA HUKUM HUDUD ? DIA BOLEH PADAM PULAK APA YANG KPS HANTAR. KATA SAT GI TENGOK, TAPI PADAM. MEMANG BANGANG KUASA 13 JINGGAY 13 NI. KALAU INILAH TAHAPNYA BELAAN PAK NUAR...KPS BAGI PENARAFAN TAHAP LONGKANG. MALAH LONGKANG TERSUMBAT LEBIH BAIK DARI JINGGAY 13. INI REALITI. HUJAHAN MEMANG MANDOM PUAK NI. TAK RETI JAWAB PULAK TU SOALAN YANG KITA TANYA, YANG DEPA TAU KONA SAJA. ELOK PAK NUAR BAGI LATIHAN INTENSIF KAT PUAK DEPA NI. KALAU MCM NI LA KEADAAN....BAIK TULIS ADIK-BERADIK PR SAJA. TAK ADA POTENSI LANGSUNG. DAN YANG PELIK...TAK ADA YANG 'JAMBU' LANGSUNG....APA PAK NUAR DAH MENAPOUS KA ?

SERANGAN GERILA BUAT RAMBUT BELAH TENGAH GUAN ENG GUGUR


JOM KITA TENGOK....MAT REMPIT KA GAMBAQ DI BAWAH ????




APAKAH JINGGAY 13 ADA TELOQ NAK REPORT POLIS KARPAL HINA HUKUM HUDUD ?

KPS DAPAT TAU JINGGAY 13 AKAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SOI LEK. SOI LEK DITUDUH MENGHINA HUKUM HUDUD DAN DIBERI TEMPOH 48 JAM UNTUK MENARIK SEMULA KENYATAAN TERSEBUT. KPS PON TAK SETUJU DENGAN KENYATAAN SOI LEK. SOI LEK KALAU BODODH DAN MANDUL PENGETAHUAN ISLAM KENAPA PI HUJAH MACAM TU PULAK. APA PON KPS NAK KATA IALAH SOI LEK MEMANG BODOH KELUAR KENYATAAN MACAM TU. KPS JUGA MENYOKONG JINGGAY 13 UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS. KALAU RUJUK POK NIK KES DAP NESCAYA POK NIK KATA TAK PA, DAP TAK FAHAM ISLAM. KPS NAK TANYA JUGAK, JINGGAY 13 BUAT TAK LAPORAN POLIS KARPAL SINGH HINA HUKUM HUDUD....KPS LAMPIRKAN DI BAWAH...JANGAN KATA KPS KEPALA BATU PULAK. ALANG-ALANG DAH LAPOR SOI LEK....KARPAL SINGH TAK LAPOR PULAK ????? APAKAH JINGGAY 13 AKAN LAPORKAN JUGA KARPAL HINA HUKUM HUDUD ? APAKAH JINGGAY ADA TELOQ ?






Ahmad Amir Arshad Ahmad
Jingga 13 menuntut untuk Dato Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf atas kenyataan menghina HUDUD dan menarik balik kenyataan itu dalam masa 48 jam.









Hukum Hudud Hanya Akan Menambah Bilangan Kes - Karpal

GEORGE TOWN, 31 Okt 2011 - Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya kerana mustahil bagi pendakwa dapat membuktikan kes pendakwaan yang sewajarnya.
Beliau berkata syarat-syarat yang begitu ketat mahukan empat saksi dibawah perlaksanaan hudud bermakna kes jenayah perlu dibuktikan secukupnya tanpa sebarang kesalahan.
Karpal turut menyentuh perlaksanaan hudud adalah bertentangan dengan norma sistem undang-undang jenayah semasa yang hanya memerlukan pendakwa membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Beliau menambah dibawah undang-undang perlaksanaan hukum hudud, keempat-empat saksi perlu bersih dari sebarang dosa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Karpal turut berkata pihak pendakwaan cukup sukar dalam menyediakan empat saksi bagi membuktikan berlakunya kes zina, sumbang mahram, rogol dan liwat.
“Penjenayah pasti akan memilih hukum hudud kerana mustahil bagi pihak pendakwa mahu membuktikan kes.
“Hudud akan menyebabkan penjenayah bebas dan kes jenayah pasti meningkat," kata Karpal kepada wartwan semasa membuat lawatan di kawasan parlimennya.
Karpal menolak cadangan bahawa undang-undang hudud ciptaan Tuhan bertujuan untuk mencegah jenayah dan menanamkan rasa takut dalam rakyat, dan menyifatkannya sebagai "kesalahfahaman konsep".
Beliau turut merujuk kepada deklarasi Amnesty International, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang mengatakan hukuman mati adalah kejam dan zalim malah mempersoalkan betapa teruknya memotong kaki dan tangan di bawah undang-undang hudud. KLpos.

MAHFUZ BEAN TERKANGKANG BERSAMA ELI KANGKANG


MAHFUZ BEAN SEKALI LAGI MATI PUCUK SETELAH BEBERAPA KALI MENGALAMI HAL YANG SAMA. KPS BOLEH SIMPULKAN DI SEBAGAI MAHFUZ BEAN TERKANGKANG BERSAMA ELI WONG KANGKANG. PENDEDAHAN OLEH BLOG GAP AMAT BERNAS SEHINGGA MENYEBABKAN SETIDAK-TIDAKNYA MEREKA YANG BERFIKIR AKAN BERKATA BERGINI " ALAHAI....TERKANGKANG LA PULAK PR NI". MAHFUZ BEAN SELAKU BERUK SABUNG PAS MULA MENYERANG KERAJAAN KONONNYA MENJADI PENYEBAB SEORANG PENINJU YAHUDI MENINJU DI MALAYSIA. BEGITULAH LEBIH KURANG LAPORAN MALAYSIAKINI. TAPI HAKIKATNYA AMAT PAHIT BAGI MAHFUZ BEAN. BELIAU AKHIRNYA TERPELENGONG DENGAN KENYATAAN BELIAU SENDIRI......


RUPANYA YANG MEMBAWA PENINJU YAHUDI TERSEBUT IALAH TOURISM SELANGOR YANG DIKEPALAI OLEH ELI KANGKANG EXCO SELANGOR YANG GAMBAR SEKS BELIAU DISEBARKAN OLEH LELAKI MELAYU PKR TERSIAR BEBERAPA MASA LALU. PERKARA INI CUBA DIPUSING OLEH MAHFUZ BEAN TETAPI YANG TERJERUT ADALAH KERANDUT MAHFUZ BEAN SENDIRI.





AIYAA....MAHFUZ BEAN TERKANGKANG LAGI.......TAPI KALAU TERKANGKANG SAMA DENGAN ELI WONG ADA PELIK JUGAK NI ,......


Minggu, 30 Oktober 2011

KOH TSU KOON TERBALIK KUANG.....

KOH TSU KOON MEMPERLIHATKAN KELEMAHAN DIRI SENDIRI SELEPAS MENAFIKAN KHABAR ANGIN BELIAU MAHU MENCABAR GUAN ENG PADA PRU-13.PERKARA TERSEBUT JUGA PERNAH DILAPOR DALAM BLOG KPS .KPS AMAT BERSETUJU DENGAN KOMENTAR BERNAS DARI BLOG THE FLYING KICK.





Berita tersebut sekiranya benar, menepati ikrar Koh Tsu Koon untuk mengorbankan dirinya demi kemenangan Barisan Nasional. Namun setelah Koh Tsu Koon menepis dan menafikan berita tersebut, terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan Koh Tsu Koon BERPERANGAI SEGAMPANG ITU iaitu:

(a) Dia bimbang kehilangan peluang untuk bertanding di Simpang Renggam - sebuah kawasan selamat yang kalau diletakkan lembu bercop dacing pun, pasti boleh menang.

(b) Koh Tsu Koon sedang kecut telur setelah digertak oleh Guan Eng apatah lagi berbanding dirinya, Guan Eng mempunyai bintang yang sangat terang-benderang dan berkerlipan selain mendapat sokongan besar daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama sekali generasi pengundi muda, manakala Koh Tsu Koon pula, orang dalam parti sendiri pun tak mahu kat dia!


KPS : RIWAYAT POLITIK TSU KOON SUDAH BERAKHIR....

PAS BERMAKSUD ANJING DALAM BAHASA CROATIAN- PENDEDAHAN PALING GEMPAK OLEH AAKJ

PENDEDAHAN PALING GEMPAK OLEH AAKJ.......





Pas sering melabelkan perjuangan mereka itu sebagai perjuangan Islam untuk umat Islam, sedangkan Parti Pas hanya berada di Malaysia sahaja dan sudah tentulah nama itu tidak dapat pergi jauh selain bermaksud pas atau passport di beberapa tempat di dunia. Sedangkan apabila perkataan ‘pas’ diterjemahkan ke bangsa asing ia membawa maksud yang amat memalukan.

Contohnya, perkataan pas jika diterjemahkan dalam pelbagai bahasa yang lain. Maknanya adalah seperti berikut:- hanya; (African, Belanda), selepas (Albanian), karat (Azerbaijani, Turkish), langkah (Catalan), anjing (Croatian, Serbian), ghairah ( Latin), tidak (French), tali pinggang (Polish). Selainnya perkatan pas membawa maksud pas atau passport.

Moralnya, apabila kita ingin memberikan nama kepada sesuatu sama ada nama anak, pertubuhan, tempat atau jenama barangan kita perlulah juga melihat maksud nama tersebut mengikut geografi bahasa. Dalam perkembangan dunia global kini, mungkin kita boleh berbangga dengan sebutan yang kita rasakan ianya baik padahal perkataan itu membawa maksud sebaliknya.

Meskipun Pas adalah nama khas tetapi itulah makna yang akan difahami otak penduduk bangsa berkaitan apabila mendengarnya. Atau adakah ini merupakan perkara tersirat yang telah ditentukan. Sebab itulah natijahnya kini; kita melihatperjuangan Pas adalah tidak konsisten atau dalam erti kata lain; lain dicakap lain pula yang dibuat.

Berfikirlah kerana fikir itu pelita hati. Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa dengan berkata; “Ya Allah Ya Tuhan Ku, jadikanlah diriku ini termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman”.

Waallah hu alam.

HATI-HATI AGENDA JAHAT ULTRA-KIASU OLEH DR RIDHUAN TEE





OLEH DR. RIDHUAN TEE

Hati-hati agenda jahat ultra kiasu (Sinar Harian 31 Okt 2011)

Laman web Malaysiakini sengaja menyalahtafsirkan apa cuba saya sampaikan ketika menjadi panel forum Hudud: Dilema dan Perlaksanaannya, anjuran akhbar Sinar Harian, 26 Oktober 2011, bersama dua panel lain. Saya dikutuk dan dikritik hebat walaupun dalam laman web tersebut, tidak membenarkan serangan peribadi dibuat. Keseluruhan forum tersebut telahpun diuploadkan dalam you tube, saudara pembaca boleh menilaikan apa yang telah saya sampaikan. Lihatlah bagaimana liciknya Malaysiakini mensensasikan isu. Saya mengingatkan Malaysiakini, berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak berhadapan dengan tindakan yang seterusnya.

Perkara pokok yang saya utarakan langsung tidak disiarkan iaitu mengenai perlunya kajian rapi dibuat ke atas hudud sebelum ianya dilaksanakan, dengan mengambil kira ‘kegagalan’ beberapa negara Islam seperti Pakistan dalam melaksanakan hudud. Saya juga ada menyentuh kenapa parti Hamas tidak melaksanakan hudud setelah mencapai kemenangan dalam pilihan raya di Palestin. Ianya langsung tidak disiarkan. Begitu jahatnya laman tersebut dalam memanipulasikan isu.

Ternyata apa yang saya cuba sampaikan disalahtafsirkan. Semua maklum bahawa hukum hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam, apatah dalam konteks negeri Kelantan yang hampir seratus peratus adalah orang Islam.

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia? Kenapa kita tidak mempertikaikan sistem komunis yang dilaksanakan di China dan Korea Utara yang telah banyak mengorbankan ramai manusia?

Saya amat bersetuju dengan kata-kata bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor, bahawa gerakan hak asasi manusia ini ibarat wabak komunis. Ramai yang berselindung di bawah gerakan ini melalui perancangan jahat untuk menghapus dan melunturkan kesucian agama Islam. Jika gerakan ini tidak dibendung, tidak mustahil nanti ia akan merosakkan sesebuah peradaban sesuatu bangsa dan negara, terutama negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu ini. Gerakan ini sedang berlaku di Malaysia. Atas nama kebebasan, mereka mahukan kita mengiktiraf apa jua yang dirasakan sesuai dengan cita rasa dan keseronokan manusia, termasuklah memurtadkan Melayu Islam yang dilindungi oleh perlembagaan.

Sebab itu, beberapa kali telah saya tegaskan, dalam melaksanakan Islam, perlu ada penegasan. Tidak boleh terlalu bertolak ansur kerana, jika tidak, kita akan ditolak secara beransur-ansur. Jangan biarkah Melayu dan Islam yang dilindungi perlembagaan diratah dan dimamah oleh perancangan gerakan ini. Percayalah, jika orang bukan Islam, sudah lembut dengan Islam, sudah tentu persepsi mereka terhadap Islam sudah mula kendur. Ini tidak, sebut sahaja Islam, akan ditentang daripada pelbagai sudut, sedangkan Islam tidak bersangkut-pautpun dengan mereka. Lebih-lebih lagi, kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka. Kenapa mereka begitu berani? Pasti ada gerakan lain di sebalik keberanian ini.

Bukti-bukti menunjukkan, persepsi negatif terhadap Islam tidak pernah berubah dari dahulu hingga sekarang. Saya mengambil contoh, saat yang paling baik untuk melaksanakannya adalah selepas peristiwa 13 Mei 1969. Saya katakan ‘by force’ kerana ternyata bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berjaya mendisiplinkan rakyatnya secara paksaan. Saya bercakap dalam konteks selepas 13 Mei 1969. Malaysiakini dengan sengaja mensensasikan berita tersebut supaya saya diserang kiri dan kanan. Aziz Bari juga tidak faham kerana telah diperalatkan.

Namun, saya tidak hairan, kerana semua yang membaca web tersebut adalah kalangan ultra kiasu, termasuk Melayu yang telah diultrakiasukan. Pemikiran ultra kiasu adalah pemikiran komunis. Jika ultra kiasu boleh memberikan pandangan sesuka hati dan menghina Islam serta sultan, kenapa saya tidak boleh memberikan pandangan saya sebagai seorang Islam?

Jika ultra kiasu ini benar-benar berani, berterus-terang dalam memberikan pandangan. Jangan berselindung menggunakan nama samaran. Saya secara tegas mengatakan bahawa dalam menegakkan kebenaran, isu bangsa sudah tidak penting. Apabila berlaku pertembungan, agama mesti diselamat dan dipertahankan.

Apa guna darjat bangsa terangkat jika agama dienjak-enjak oleh ultra kiasu. Saya rela tidak berbangsa, asalkan agama Islam tertegak. Lagipun, Allah SWT tidak akan bertanya akan bangsa saya di akhirat kelak. Beberapa kali saya tegaskan, antara mempercayai sesama bangsa tidak seagama dengan mempercayai sesama saudara seagama (Islam), tetapi tidak sebangsa, sudah tentu saya kena meletakkan kepercayaan terhadap saudara seagama walaupun tidak sebangsa, daripada saudara sebangsa tidak seagama.

Saya menyeru berulangkali, untuk mengembalikan kekuatan dan maruah Islam, UMNO dan PAS mesti bersatu. Kita tidak ada pilihan. Islam akan terus menjadi mangsa jika umat Islam tidak kuat. Lihatlah betapa berani mereka mencabar dan menghina agama Islam. Malangnya ada di sebahagian daripada kita yang terikut-ikut sama. Mengkritik raja-raja yang menjadi pelindung agama Islam secara terang-terang di khalayak tidak akan menguntungkan Islam.

Belajarlah daripada politik orang lain, bagaimana mereka bersatu atas asas bangsa. Kepentingan mereka tetap terpelihara dan tidak boleh diusik langsung. Asasnya mudah, mereka cukup bersatu. Kenapa kita asyik berpecah, sedangkan kita tahu perpecahan itu amat merugikan kita. Lebih malang lagi, kita lebih mempercayai musuh daripada agama dan bangsa berlainan, daripada sesama saudara sendiri, sebangsa dan seagama.

Jika laman Malaysiakini begitu berani memanipulasikan isu, terus terang saya katakan, laman web ini adalah musuh Islam, walaupun ada wartawan mereka yang beragama Islam. Mereka mengatakan bahawa tidak ada sesiapapun yang mendengar suara dan pendapat saya. Tidak mengapa, kerana saya tahu siapakah orang yang ditemuduganya.

Penyelidikan yang dibuat amat kerdil. Mereka sengaja mencari musuh Islam untuk melawan apa yang saya hujahkan. Saya tidak pernah merasa gentar. Sama ada suara saya didengar atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting, Islam mesti dipertahankan. Saya mempunyai hak untuk bersuara seperti mana orang lain. Fikirkanlah, apakah saya lebih merbahaya daripada gerakan hak asasi manusia sedang cuba untuk menghapuskan agenda Islam dan Melayu? Ingatlah wahai saudaraku, sasaran gerakan hak asasi manusia ini yang terakhir adalah negara kita, setelah mereka berjaya melaksanakannya di negara-negara Islam yang lain. Masihkah kita mahu berdiam diri?

BILA SEBELAH DEPA O.K, BILA SANGGAH DEPA K.O .....PAS FOR KRONI





PAS BILA ORANG SEBELAH DIA DIA PUJI MELAMBUNG...BILA ORANG BANGKANG MULA LA MELALAK


KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.
Sambil menganggap pandangan Asri sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.
“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.
“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini selepas menutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.
Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Asri yang kini bertindak sebagai felo penyelidikan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dipetik berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.
Beliau turut menasihatkan parti Islam itu “jangan tiru Taliban”, sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Pahang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November ini kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.
John, 64, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.
Dalam kenyataannya Nasrudin juga menegaskan, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.
Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.
“Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut. Sebab itu saya cadang beliau (Asri) ambil masa turun ke medan sekali dengan Pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin,” katanya.
Nasrudin juga meminta bekas mufti itu membuktikan di mana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi itu.

HIMPUNAN KATA-KATA PENUH HANYIR NIK AZIZ UNTUK RENUNGAN





HIMPUNAN FATWA NIK AZIZ CELAKO - DARI BLOG PAS BERUK


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009