Sabtu, 22 Oktober 2011

KALAU BN BOLEH PERTIMBANG LAGI....KALAU PR KOMUNIS YANG DAPAT





KPS ADALAH BERSETUJU AKAN SARANAN DI BAWAH.....POLIS PON BERJUANG HABIS-HABISAN SEMASA DARURAT....KERAJAAN BN SAJA MAMPU PERTIMBANGKANG....HARAP PR.....KOMUNIS LA AKAN DAPAT PENCEN

Syor Hari Pahlawan libatkan pesara polis

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Tiga persatuan pesara dan bekas polis mencadangkan acara sambutan tahunan Hari Pahlawan bagi memperingati jasa dan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melibatkan pesara dan bekas polis.

Tiga persatuan itu ialah Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) dan Persatuan Veteran 69 Komando.

Menurut Presiden PBPM, Shafie Bakri, ia bagi menghargai pengorbanan pesara dan bekas polis terutama yang berkhidmat pada zaman darurat.

"Pada zaman darurat, seramai 255 anggota polis berkhidmat selain dua batalion askar Melayu, tiga batalion askar Gurkha dan lima batalion askar British.

"Lebih 8,000 anggota pasukan keselamatan dan 12,000 orang awam maut pada zaman darurat ketika menentang penjajah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini semalam.

Shafie berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perhimpunan dan Ramah Mesra PM bersama Pesara dan Bekas Polis di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad ini.

Katanya, cadangan lain termasuk menaik taraf persatuan-persatuan terbabit kepada jabatan supaya mendapat bajet khusus bagi membantu kebajikan ahli, khairat kematian, alat sokongan perubatan, pelajaran dan bencana alam.

2 komentar:

  1. anda hanya melihat komunis dari satu sudut yg sempit...tetapi tentang hakikat org melayu menyertai komunis pada waktu itu, anda mempunyai perspektif yg sangat salah terhadapnya...

    BalasHapus
  2. SAYA MENGHORMATI PENDAPAT TUAN....TETAPI SELEPAS MENELITI MEMOIR ABDULLAH CD, MEMOIR SAMSIAH FAKEH DAN MEMBANDING DENGAN MEMOIR CHIN PENG.....SAYA BERISTIQOMAH DENGAN KENYATAAN SAYA SEBELUM-SEBELUM INI.

    BalasHapus