Jumat, 21 Oktober 2011

PESANAN PENGANJUR HIMPUN





Semua peserta mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) seperti berikut :

Datang awal supaya mengelakkan kesesakan jalan dan kemasukan ke dalam stadium.

Membawa sejadah untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar

Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran

Bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan

Menjaga kebersihan stadium dan tidak merosakkan apa jua harta serta barangan di dalam stadium

Menjaga keselamatan kenderaan masing-masing

Mematuhi setiap arahan dan memberi kerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung.






GARIS PANDUAN HIMPUNAN SEJUTA UMAT (HIMPUN)


Larangan :

Membawa edaran dan risalah yang berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman program

Membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur.

Membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan.

Membawa sebarang bentuk senjata atau barang-barang yang merbahaya seperti mercun dan sebagainya kedalam kawasan perhimpunan berlangsung

Tidak ada komentar:

Posting Komentar