Sabtu, 15 Oktober 2011

MENANTI APA KOMEN PAS TENTANG HUDUD.......AWAT SENYAP LA NI ?????




Pas Sepakat Tolak Hudud
Dalam bahasa mudah dan bahasa yang tidak berlapik-lapik, Pas akhirnya akur dan sepakat bersama DAP dan Pas untuk menolak hudud serta taat kepada kitab Buku Jingga.
Dalam usaha mmastikan perkara berkenaan tidak terdedah kepada umum serta malu dengan para penyokong tegas mereka Pas khususnya cuba berselindung dengan permainan kata-kata “bersetuju untuk tidak bersetuju” dengan pelaksanaan hukum hudud.
Mudir pengajian agama Pondok di Kelantan, Ustaz Hj Zainal Abidin Awang yang sebelum ini pernah menyebut bahawa Hudud hanya mainan politik Pas sedikit pun tidak terkejut dengan apa yang berlaku itu kerana sejak dari awal lagi beliau telah melihat kecenderungan Pas ke arah itu.
Justeru beliau tidak hairan Pas sanggup tunduk kepada DAP dalam soal berkenaan kerana mereka hanya menjadikan Hudud sebagai isu politik dan bukannya seperti apa yang diwar-warkan di dalam ceramah mereka di seluruh negara.
“Sebab itulah saya berani katakan seperti yang saya pernah ulas sebelum ini. Cumanya kali ini sudah jelas Pas menolak hukum tersebut…cumanya dalam nada lembut dan cukup berlapik. Apa pun tidak kira sebenarnya samaada lembut atau keras, Pas kita boleh anggap telah menolak hukum tersebut.
“Jika sebelum ini ayam sabung Pas begitu lantang mengutuk dan mencerca UMNO kononnya parti itu menolak Hukum Allah, apa pula status mereka hari ini. Ingatlah… bangkai gajah sembunyi kat mana pun lama-lama bau juga akhirnya,”
Dilaporkan DAP dan Pas terus menghadapi kebuntuan berhubung kontroversi undang-undang hudud selepas mengadakan satu lagi “mesyuarat sulit” di ibu pejabat DAP.
Kedua-dua parti sekutu Pakatan Pembangkang itu mengadakan pertemuan dengan PKR sebagai usaha mencari penyelesaian dalam isu rumit mengenai cadangan Pas untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan.
Ini merupakan pertemuan kedua diadakan dalam tempoh dua minggu yang turut disertai para pemimpin tertinggi Pakatan.
Mereka termasuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, pengerusi kebangsaan Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali.
Ustaz Zainal seterusnya mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang segera tampil bagi menjelaskan perkara berkenaan supaya perkara yang benar dapat diketahui umum.
“Itu pun kalau Hadi benar-benar ikhlas dan tidak ada niat tersembunyi…..Kalau beliau jujur kepada umat Islam, beliau akan keluar dari kepompong persembunyian dan jika sebaliknya Hadi akan terus berdiam diri kerana khuatir dan bimbang sokongan mereka akan terus merundum,” katanya. -MediaUMNO

Tidak ada komentar:

Posting Komentar