Senin, 24 Oktober 2011

MEROYAN PAK NUAR SEMAKIN KUAT BERIKUTAN REGIM SELANGOR DAH NAK LESAP

BADUT PAK NUAR......

PAK NUAR SUDAH MULA PANAS BERIKUTAN SELANGOR SEMAKIN PASTI AKAN JATUH....SEBAB TU PAK NUAR SEBUT KL.....




UMNO khususnya BN tidak gentar dengan pengisytiharan Wilayah Persekutuan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Malah kata Setiausaha Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, pengumuman itu sekadar gimik politik untuk menarik perhatian warga kota yang semakin melonjak sokongan mereka kepada BN.

“Sedikitpun tidak menggusarkan kita (BN) di Wilayah Persekutuan kerana menyedari Anwar sememangnya bijak memainkan cerita retorik dan pembohongan,” tegasnya.

Beliau mendakwa, Ketua Umum PR itu telah tersilap perhintungan apabila menjadikan prestasi pembangkang pada PRU ke-12 sebagai tanda aras sokongan rakyat kepada mereka.

“Kita akui prestasi BN pada PRU ke-12 BN alami kemerosotan, tetapi arus perubahan telah berlaku secara mendadak apabila rakyat sedar pembangkang tidak mampu membela nasib dan masa depan mereka,” tegasnya.

Oleh sebab itu katanya, UMNO/BN Wilayah Persekutuan telah menggerakan jenteranya di peringkat akar umbi sebaik sahaja berakhirnya PRU ke-12.

“Alhamdulillah rakyat mula bangkit menyokong UMNO/BN, tambahan lagi dengan perlantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi perhubungan,” katanya.

Di peringkat komponen BN kata Syed Ali, perancangan berdasarkan semangat permuafakatan telah dipertingkatkan dan hasilnya menampakkan kesan yang amat positif.

Beliau mengulas pengumuman Anwar ketika berucap di Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam.

Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras menambah, Anwar terpaksa membuat pengisytiharan tersebut bagi membuktikan PR masih relevan.
Realitinya kata beliau, PR sedang mengalami keretakan dan hilang penyokong berikutan isu moral Anwar yang sedang dibicarakan atas tuduhan melihat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari.

Katanya lagi, PR terutama PKR di Wilayah Persekutuan semakin longlai berikutan ramai pemimpin dan ahlinya sudah keluar parti.


“Mereka sudah tidak yakin lagi terhadap kepimpinan Anwar yang terjebak dengan pelbagai isu moral yang menjijikkan,” katanya.
Tambah beliau, warga kota terutama pengundi Melayu juga sudah bosan dengan sandiawara Anwar yang sanggup menjadi perkakas DAP.

"Buktinya setiap kali ceramah politik PKR terutama kehadiran Anwar langsung tidak mendapat sambutan," tambahnya.

Mengenai tumpuan PR terhadap isu perumahan dan kesihatan bagi menarik sokongan pengundi pada PRU ke-13 akan datang, Syed Ali berkata isu tersebut sebenarnya sudah lama menjadi agenda terpenting kerajaan BN.

“Sebenarnya mereka tidak ada modal lagi untuk tagih simpati, jadi mereka canangkan pula isu perumahan dan kesihatan yang pada hakikatnya tidak berbangkit lagi terutama di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Mengulas lanjut pemilihan calon PR yang didakwa sebagai memenuhi kehendak rakyat, beliau berkata pemilihan calon PKR dibuat berdasarkan kepada ‘selera’ Anwar.

“Anwar yang mencaturkan calon PKR, mana yang dia suka itulah yang dipilih, bukannya berasaskan kepada kehendak rakyat,” ujarnya.

16 komentar:

  1. KURANG AJAR!! SAPE KO NAK LEBELKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEBAGAI REJIM?? NAK CERITA PASAL KL?? KL TU DARI 1969 SAMAPI SKRG BUKAN UMNO/BN MENANG...SBB KL DIKELUARKAN DARI SELANGOR ADALAH UTK MENGEKALKAN KUASA UMNO/BN DI NEGERI SELANGOR...UMNO/BN BYK MENANG KAT KAWASAN LUAR BANDAR/FELDA JE...TAK PAYAH NAK BERLAGAK LA...KAT TOWN, MAJOR TOWN/MAJOR CITY?? KALAH!! KENAPE EK??

    BalasHapus
  2. REGIM PR DI SELANGOR. MEMANG DI KAMPUNG SAJA ? HAHAHHA, TUNGGU PRU-13.

    BalasHapus
  3. rejim apenye...org selangor steady je...haha!! income negeri pon meningkat, pelaburan naik...tunggu la, kat KL ni da berpuluh tahun aku tgk tak berubah pon...UMNO/BN di tolak!!

    BalasHapus
  4. SAYA RASA SELANGOR AKAN JATUH.....NANTIKAN

    BalasHapus
  5. selangor nak jatuh ke mana lak...haha!! rasa la apa yg awak nak rasa...saya kat sini lagi terasa yg umno tak boleh menang lagi lepas ni di selangor...selangor & penang antara negeri yg maju/kaya amat susah utk umno/bn utk mendapatkannya semula..

    BalasHapus
  6. SAYA BUKANLAH MEMBUAT TEKAAN SECARA SEMBERONO. SAYA PUNYAI RAMAI RAKAN DI SANA YANG MENGANALISIS DENGN KRITIS. PENANG NEGERI KELAHIRAN SAYA MALAS NAK KOMEN. TETAPI SELANGOR AKAN JATUH. TEKAAN SAYA TERNYATA TEPAT DI BAGAN PINANG DAN GALAS SEDIKIT MASA LALU.

    BalasHapus
  7. ehmmm...terpulang klu saudara nk rase macam mana pon...bkn saya je rasa apa yg saya rasa...tp kebanyakkan rakyat selangor disekeliling saya pon sama...susah, susah, dan susah utk umno/bn nk dptkan balek negeri ni...bagan pinang tu mmg kawasan bn laa...galas? mungkin disbbkan ianya pilihan raya kecil..

    BalasHapus
  8. KALAU PARLIMEN HULU SELANGOR ? SAYA TETAP BERITIQOMAH DENGAN PENDAPAT SAYA, SELANGOR AKAN JATUH...

    BalasHapus
  9. parlimen hulu selangor?? haha...very familiar place to me, sebelah daerah saya gombak...masa PRK hulu selangor saya turut berkempen utk PR disana... itu tidak boleh dijadikan penanda aras yg tepat...seperti PRK dun ijok, selangor. tidak berapa lama sebelum PRU12, mula2 BN menang selepas itu, PRU12 tan sri khalid ibrahim yg menang..

    BalasHapus
  10. SAMA JUGA.....HULU SELANGOR PR MENANG, LEPAS TU BN MENANG, YANG TRAGIS BAGI PKR IALAH ZAHID LOMPAT PULAK. JATUH BERTIMPA-TIMPA. SAYA ADA SEORANG RAKAN BERKEMPEN BAGI PIHAK BN SEMASA PRK HULU SELANGOR.

    BalasHapus
  11. soal zaid ibrahim lompat parti itu soal lain...soalnya sekarang, sokongan rakyat...BN menang pilihan raya kecil?? antara sbbnya adalah 1. BN berkempen dgn mengerahkan jentera2/jabatan2 kerajaan...dlm erti kata lain BN bertanding atas nama kerajaan. ini adalah salah.
    2. PRK seluruh perhatian ditumpukan kpd satu kawasan saja...memang byk juga PRK yg BN menang tetapi bila PRU kalah...

    BN berkempen dgn menggunakan nama kerajaan dan rakyat bijak mengambil kesempatan dgn mengatakan "takpe PRU tidak lama lagi..kita bagi diorg menang dulu PRK ni. ape diorg bagi kita ambil. but, in next general election we say bye2 to them".

    BalasHapus
  12. DI GALAS JUGA PAS GUNAKAN JENTERA KERAJAAN NEGERI. UNTUK YANG PRU-13 ANDA MERAMALKAN PR MENANG. TERSERAH....SAYA RAMALKAN SELANGOR AKAN JATUH....SAYA PEGANG KATA2 SAYA. SEBELUM NI PON 16 SEPTEMBER HARAM TAK JADI-JADI PON. ZAID KELUAR PARTI....BUKAN ZAID SAJA, BERIBU LAGI KELUAQ. APA-APA PON PAK NUAR TERUSKAN MEROYAN. ADA SATU KERUSI SELAMAT UNTUK PAK NUAR...KAT MANA ????? SUNGAI BULOH...

    BalasHapus
  13. HAHAHHAHAH...beribu lagi keluaq?? yg berpuluh ribu lagi masuk hang ada pikiaq? di universiti2, kebanyak mahasiswa2 tolak BN..itu realitinya sekarang...saya sendiri di universiti menyaksikannya...taktaw plak kalau di polimas...haha!! ...we already gave umno/bn chances for 54 years...we gave them power for TOO LONG..UNTIL THEY BECOME CORRUPTED...now, we MUST say good bye to them...

    BalasHapus
  14. ingat!! banyak atau tidak melampau jika saya katakan bahawa HAMPIR SEMUA ahli pas/pkr itu dulunya ahli umno...BAHKAN PAS/PKR ITU SENDIRI ADALAH PARTI CERBISAN DARI UMNO!! =)

    BalasHapus
  15. 16 september?? yg peliknya kenapa BN terlalu takut jika bn mendakwa punyai sokongan yg begitu kuat?? SAMPAI HANTAR ROMBONGAN AHLI PARLIMEN BN KE TAIWAN?? UNTUK APA? BELAJAR PERTANIAN??] WHAT'S THE POINT?? KENAPA TAK HANTAR PETANI2 JE?

    BalasHapus
  16. HANTAR KE TAIWAN....DAN SAPA MEMBONTOTI KE TAIWAN MASA ITU ?

    BalasHapus