Selasa, 26 Februari 2013

HARAKAH LAPOR NIK AZIZ HINA PENERIMA BR1M...UTUSAN SAH TIDAK FITNAH NIK AZIZ

DALAM 2...3 HARI INI PARA PENCACAI TAKSUB TAHAP KHINZIR BUTA MENUDUH AKHBAR ARUS PERDANA, MEDIA ELEKTRONIK, PARA BLOGER MESRA KERAJAAN DAN FACEBOOKER PEMBELA KERAJAAN SEBAGAI MEMFITNAH NIK AZIZ. INI SEMUA ATAS PENDEDAHAN BAHAWA NIK AZIZ MENYAMAKAN PENERIMA BR1M 2.0 YANG TURUT DINIKMATI OLEH PENYOKONG MEREKA SENDIRI SEBAGAI LEMBU DAN AYAM.... MULA-MULA DEPA KATA MINTAK VIDEO. WALAUPUN VIDEO NI KATA HADI 'BESI' AWANG BUTA...PEKAK...BISU DAN TULI....KITA BAGI JUGAK KAT DEPA..... DEPA KATA NI FITNAH,,,,,LANTAK KAT DEPA LA...... TETAPI YANG HAK PASTI AKAN MENANG. ALLAH MENTAKDIRKAN "KAHAK-KAHAK HIJAU YANG DILUDAH JATUH ATAS MUKA DEPA SENDIRI".....PEGGGGHHHHHH.
KOTA BHARU 25 Feb. - Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri. Itulah perumpamaan yang disimpulkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini terhadap beberapa blog propembangkang yang mendakwa Utusan Malaysia telah memutar belit kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Jika tiga hari lalu, blog berkenaan mendakwa akhbar ini cuba memfitnah pemimpin itu, tetapi lidah rasmi Pas, Harakah dalam laporan muka depannya hari ini secara jelas melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengibaratkan BR1M sebagai 'hampas kelapa'. Laporan bertajuk BR1M Ibarat Hampas Kelapa diletakkan di muka depan akhbar tersebut manakala laporan penuh di muka surat tiga menggunakan tajuk BR1M: UMNO anggap rakyat macam ayam. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130226/po_02/Laporan-Harakah-perkukuh-kenyataan-Nik-Aziz-mengenai-BR1M#ixzz2Lyal9hV5 © Utusan Melayu (M) Bhd
TIDAK CUKUP DENGAN ITU, HADI 'BESI' AWANG MENGILAI MENUDUH KERAJAAN UMNO/BN SEBAGAI FIRAUN. TIDAK CUKUP LAGI AZHAR IDRUS TURUT SERTA SEBAGAI 'NASI TAMBAH'..... KPS NAK KATA KAT SINI,,,,AZHAR IDRUS MEMANG LA TAK KISAH BR1M.....SEBAB KAYA..... NIK AZIZ PUN APA KISAH.....BR1M.....DIA PUN KAYA..... JOM TENGOK BUKTI NIK AZIZ KAYA.... GAJI NAIK NI,,,,,CAYA LAH NIK AZIZ.....HAHAHAHAHHA.....TAK CUKUP LAGI NI...... KEK 3 LAPIS TU.....PEWIIIIITTTTTT,,,, MAKA,,,,,JATUH AIR MATA KPS SEBAGAI PENERIMA BR1M 2.0 DITUDUH SEBAGAI LEMBU....SEBAGAI AYAM,.....MALAH BUKAN KPS SAHAJA....AYAH KPS PUN PASTI DITUDUH SAMA KERANA TURUT MENERIMA BR1M....RAKAN-RAKAN KPS PUN TERIMA JUGA BR1M.....MAKA APAKAH SEMUA KAMI INI AYAM DAN LEMBU....????? MALAH ADA MAK CIK YANG KENA HINA DENGAN BLOGER PEMBANGKANMG SEBAGAI LEMBU....APA DOSA MAK CIK TERSEBUT KEPADA PAS????? DAN KENYATAAN HADI....HADI 'BESI' AWANG..... DAN APAKAH PENGUNDI NIK AZIZ INI LEMBU ATAU AYAM ????? YANG TAK BOLEH TAHAN BILA KITA DEDAH DEPA(JUAK-JUAK PEMBANGKANG) TUDUH KITA FITNAH DEPA....BILA JUAK -JUAK DEPA BUAT MACAM TU DIKATAKAN SEDEKAH. SENYAP SUNYI....SEPI....BILA UMNO....HABIS SEMUA ITU HARAM,,,,SEMUA ITU BUKAN ISLAM,,,,TAPI BILA DEPA ????? SAUDARA-SAUDARI FIKIR-FIKIRKAN....WAHAI NIK AZIZ,,,,KALAU HANG TAK PA....KALAU RAKYAT DI BAWAH......KALAU RAKYAT DI BAWAH....KALAU RAKYAT DI BAWAH.....3 KALI KPS ULANG HANG TENGOK BAIK-BAIK NIK AZIZ.....HANG TENGOK SINI HADI AWANG......HANG TENGOK MAI SINI AZHAR IDRUS..... AWAT PAS BOLEH MINTA SEDEKA...RAKYAT PULAK HARAM TERIMA BANTUAN????? FIKIR......FIKIRKAN..........

Senin, 25 Februari 2013

HARD CORE PAS KINI DALAM SAYAP ULAMA' UMNO

ANDA KENAL SIAPA LELAKI DI ATAS????? DIA MERUPAKAN 'HARD CORE' PENGGERAK PAS YANG MUDA BERKARISMA. TETAPI ALHAMDULILLAH, KINI DIA MEMILIH UMNO/BARISAN NASIONAL DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH BELIAU.....USTAZ RIZA KAMARUDDIN

PENGUSIRAN MUSUH BERMULA???? MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

PEMBANGKANG MALAYSIA TERLIBAT DALAM SITUASI TIDAK MENENTU DI LAHAD DATU. TIDAK SYAK LAGI KERANA PEMBANGKANG DI MALAYSIA SANGGUP MENGHINA NEGARA SENDIRI DI LUAR NEGARA SEMATA-MATA DEMI MERAIH SIMPATI. MALAH AGAMA DAN AKIDAH PUN BOLEH DEPA GADAIKAN DEMI SEKELUMIT KUASA. INI SEMUA SUMBER DARI NEGARA ASING YANG TERLIBAT. WALAUBAGAIMANA PUN INI BUKAN PENGLIBATAN NEGARA BERKENAAN SEBALIKNYA RAKYAT DARI NEGARA BERKENAAN. TEMPOH 48 JAM YANG DILANJUTKAN OLEH PASUKAN KESELMATAN NEGARA KEPADA PENCEROBOH YANG MEDARAT DI KAMPUNG TANDUO TELAH TAMAT. PENGUSIRAN PASTI AKAN DILAKUKAN SELEPAS PERBINCANGAN SEBELUM INI DIJALANKAN. TETAPI PERSOALANNYA KINI PASUKAN MUSUH DARI KESULTANAN SULU YANG DIKEPALAI OLEH Rajah Muda Azzimudie Kiram BEGITU NEKAD INGIN MENUNTUT SEMULA SABAH ATAS FAKTOR SEJARAH. KPS CUKUP YAKIN DAN PERCAYA BAHAWA PASUKAN KESELAMATAN KITA MAMPU MENGHAPUSKAN MEREKA-MEREKA INI DENGAN AMAT MUDAH, TETAPI KPS TETAP ISTIQOMAH DENGAN PENDAPAT SEBELUM INI AGAR SITUASI ATAU PUN KONFLIK INI DAPAT DI SELESAIKAN DENGAN AMAN. KEDAULATAN MALAYSIA INSYA'ALLAH KEKAL HINGGA KIAMAT..... APA YANG LEBIH PENTING MUSUH DALAM SELIMUT PATUT DIMUSNAHKAN....

Minggu, 24 Februari 2013

HARAKAH MEMFITNAH DYMM RAJA NAZRIN

INI FITNAH YANG BERTEBARAN DALAM HAPRAKKAH DAILY.....BERITA FITNAH MAHA DASYAT INI DISAMBUT OLEH PARA PENCACAI DI FB.....TENGOK DI BAWAH.... MAKA PARA PENCACAI PAS PUN MEMPERCAYAI FITNAH MAHA DASYAT BERKENAAN......JADI UNTUK KETAHUI LANJUT AKAN KEBENARANNYA.....SILA RUJUK VIDEO DYMM RAJA NAZRIN DI BAWAH..... DAN DI BAWAH ADALAH TEKS PENUH.....
Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah. Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak. Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan Pilihan Raya Umum Kali Ke-13 diramal akan diadakan dalam masa terdekat. Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini adalah satu langkah berani. Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalahertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan esolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik. Penganjur wacana memilih istilah ummah. Perkataan ummah disebut lima puluh satu (51) kali dalam al-Quran, manakala dalam bentuk jamak, umum disebut tiga belas (13) kali. Berdasarkan tafsiran kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ummah bermaksud umat Islam yang luas lagi menyeluruh merentasi sempadan negara – sempadan wilayah. Dalam konteks wacana ini, Beta memilih untuk memberikan fokus kepada isu perpaduan ummah di Malaysia; menjurus kepada isu perpaduan Melayu supaya wacana ini tidak dilarikan penglihatan melihat tungau di seberang lautan, melupakan gajah di hadapan mata. Wacana ini perlu bersedia membicarakan isu perpecahan ummah secara terang lagi bersuluh, meskipun air yang ditepuk bakal mercik ke muka sendiri. Dua parti politik Melayu-Islam, iaitu UMNO dan PAS berperanan paling dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat Melayu. UMNO dan PAS semakin bersaing untuk berada di atas, kedua-dua kabilah sedang rancak berusaha baik untuk mempertahan, begitu juga untuk mendapatkan kuasa. Secara zahir, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah politik; tetapi perlu diselami lebih dalam daripada itu, kerana dua kabilah politik itu dianggotai oleh pelbagai individu, tiap seorang memiliki pelbagai kerenah, pelbagai agenda, pelbagai hasrat, pelbagai niat. Terdapat jurang antara yang tersurat dan yang tersirat, antara akal dan nafsu, antara kata dan kota. Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya Melayu. Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa. Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber. Pada akhirnya nanti, dibimbangi tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai. Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa Islam itu didindingi oleh umat Islam; ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu. Kebelakangan ini, pertentangan di antara kabilah politik telah melarat kepada tindakan-tindakan berbentuk fizikal. Telah muncul kumpulan pengacau; daripada kalangan anak muda, berlagak samseng melakukan perbuatan yang mengetepikan undang-undang. Telah muncul anak muda mengoyak poster – melempar batu, mengadakan sekatan jalan raya – menyimbah cat ke potret pemimpin – memijak bendera negara. Anak muda jangan dididik bersifat samseng. Pihak berkuasa tidak harus memejamkan mata, di sebaliknya wajib bertindak tegas. Memperkenalkan dan bertoleransi kepada budaya samseng adalah satu kesilapan besar, ia bakal mencetus huru-hara, ia adalah perbuatan mungkar yang tidak mendapat keberkatan dan keredaan Ilahi, ia berpotensi menjadi bumerang yang bakal memakan diri sendiri. Keresahan ummah tidak kerana bangsa berada dalam kabilah politik yang berlainan, tetapi ummah teramat bimbang akan arah haluan kegiatan politik yang terlalu tertumpu pada pencapaian matlamat jangka pendek untuk memperoleh kuasa. Ummah kelihatan semakin taksub menumpukan kesetiaan pada slogan, pada lambang, pada simbol kabilah masing-masing hingga alpa kepada agenda bangsa yang lebih besar serta kelangsungan bangsa untuk jangka panjang. Sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat bangsa terhakis. Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan, disifatkan menyinggung perasaan kaum lain. Persaingan kabilah politik bagaikan tidak lagi menghiraukan tindak tanduk yang semakin meletakkan ummah berada dalam situasi bagaikan telur di hujung tanduk. Bilangan ummah yang tidak terlibat secara langsung dalam politik kepartian masih ramai; malah tidak kurang yang bertambah mual dengan gelagat politik yang keterlaluan. Perpaduan yang mahu dicapai hendaklah diperluaskan untuk menyepadukan matlamat besar yang satu, dalam kepelbagaian konstituen bangsa yang sedang berlaku. Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan. Sifat mempamerkan ‘kami kurang Melayu’ atau “‘we are less Malay”’ untuk populariti politik, adalah perbuatan silap paling besar dan penderhakaan paling durjana kepada bangsa Melayu. Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah. Sejarah perjuangan bangsa Melayu bermula dengan pelbagai pertubuhan. UMNO ditubuhkan melalui Kongres yang menghimpunkan 41 pertubuhan Melayu. Ketika memperjuangkan kemerdekaan, terdapat pelbagai pertubuhan Melayu, bagai himpunan pelbagai perahu tetapi berdayung menghala ke destinasi yang sama. Pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu, laksana ranting-ranting, bila terhimpun berupaya menyalakan api besar, hingga berjaya meruntuhkan gagasan Malayan Union. Kekuatan bangsa ketika itu, tidak didukung oleh kemewahan kewangan; pertubuhan- pertubuhan Melayu majoritinya tidak dipimpin oleh sarjana berkelulusan tinggi, tetapi dipimpin oleh para guru dan ustaz, kerani dan penghulu, petani dan nelayan, tetapi cekal dengan semangat sedia berputih tulang daripada hidup berputih mata. Jika Dewan ini boleh bersuara, ia akan bercerita kepada kita, kisah perhimpunan bersejarah, Peristiwa Api dan Air Mata yang pernah berlangsung di sini. Pada petang 3 Mac 1967, berhimpun di Dewan Bahasa dan Pustaka dua ribu (2000) umat Melayu dari seluruh tanah air, atas nama individu, atas nama 120 pertubuhan Melayu, merumuskan ketetapan, menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 menyentuh Fasal 152 Perlembagaan yang dianggap telah dipesongkan daripada erti dan tafsirannya, diselewengkan daripada semangat dan kehendak sebenarnya. Peristiwa bersejarah yang menghasilkan antologi puisi Keranda 152, terkandung lembut kata yang diungkap oleh Sasterawan Negara Usman Awang; Malam itu di Balai Budaya Api dan Air Mata Malam itulah juga Parlimen jadi pertanda Memenggal leher BAHASA’. Kata-kata tersebut menikam dalam ke dada pemimpin, meninggalkan bisa lebih beracun dari Keris Taming Sari yang ditusuk ke dada Hang Jebat. Hari ini di manakah terkuburnya pertubuhan-pertubuhan Melayu ? Apakah kekuatan yang masih ada di kalangan pertubuhan Melayu yang masih bernafas ? Ummah perlu kembali menghidupkan semangat dan roh pertubuhan yang benar-benar berkecuali, tidak memihak, tidak partisan, dihormati dan digeruni oleh pemimpin, oleh pentadbir, oleh akademia, oleh kabilah politik. Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara. Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya daripada Ilahi, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa. Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Raja Pemerintah atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya. Raja Pemerintah dan Yang Dipertua Negeri telah menunjukkan sebaik contoh, bersifat tidak partisan ketika menyempurnakan peranan masing-masing berlandaskan peruntukan Perlembagaan. Di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Terengganu, Raja Pemerintah, masing-masing berangkat merasmikan Dewan Undangan Negeri walaupun kabilah politik negeri berkaitan sedang atau pernah diterajui oleh kabilah politik yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan; begitu juga menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh Kerajaan masing-masing. Demikian juga peranan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Sabah di era Sabah tidak diperintah oleh Barisan Nasional. Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan Kolej Universiti Insaniah di Kedah baru-baru ini, adalah sebaik contoh pendirian institusi Raja yang tidak partisan. Raja dan Yang Dipertua Negeri kekal diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersandarkan jawatan rasmi tanpa diskriminasi kepada identiti politik yang mereka wakili. Sejajar dengan sejarah penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan imej berkecualinya yang belum tercalar, amatlah sesuai untuk Dewan diamanahkan mengambil tanggungjawab sebagai sekretariat kepada usaha menyatupadukan ummah. Untuk membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memenuhi hasrat tersebut secara berkesan, ia harus diberikan kepercayaan, ia harus diberikan amanah, ia harus diberikan fleksibiliti politik dan ia juga harus diterajui oleh personaliti yang diterima dan dihormati kerana integriti dan sifat berkecualinya, mengambil tanggungjawab. Beta tidak terkecuali berhadapan situasi serba salah untuk menzahirkan kebenaran, ditelan mati emak – diluah mati bapa, kerana kebenaran itu ada kalanya amat pahit untuk dimamah. Namun jika penyakit ummah mahu diubati, Beta berpegang, betapa pahit sekalipun, ummah harus sedia memamahnya; Beta tidak reda jika satu hari nanti, Raja Melayu itu dianggap tidak kisah nasib ummahnya, tidak hirau urusan watannya, tiada kekuatan menzahirkan hakikat; Beta tidak reda, Raja Melayu itu dilukiskan sekadar berkhayal dan bermimpi, hanya bergurindam dan bersyair dengan kata pujian kerana takut menghadapi realiti; dan ketika ummahnya gundah gulana, Raja leka bermain catur di dalam istana. Beta amat insaf, betapa tanggungjawab yang diamanahkan ke bahu Raja Pemerintah, turut diadili di hari kebangkitan seperti peringatan yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran yang bermaksud; Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
DI ATAS ADALAH TEKS DYMM RAJA NAZRIN.....

Sabtu, 23 Februari 2013

NIZAR HARBI DAN RAMALAN PRU-13...STATISTIK PALING BODOH PERNAH WUJUD

NIZAR HARBI DARI PERAK MERAMALKAN PAKATAN RAKYAT MENANG BESAQ. KPS SEJUJURNYA TAK TAHU PULA INDIKATOR YANG DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN BAGI STATISTIK TERSEBUT. YANG KPS PASTI INI ADALAH SATU KERJA BODOH YANG TERAMAT SANGAT. KETIKA DI JOHOR PARLIMEN GELANG PATAH MASIH BERLAKU KERIBUTAN ANTARA PKR DAN DAP MACAM MANA DIA DAH BOLEH RAMAL KEPUTUSAN SEBAB SOAL CALON PUN BELUM SIPA SEDIA OLEH PAKATAN RAKYAT. DI KEDAH BERLAKU KERIBUTAN MALAH ADA KAWASAN PARLIMEN SEPERTI JERAI, YAN DAN BEBERAPA TEMPAT LAGI PENGGERAK PAS PERINGKAT AKAR UMBI SAH MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA CALON UMNO/BN PADA PRU-13 NANTI. TAK CUKUP DENGAN ITU.....TENGOK SITUASI DI KUPANG, BALING..... WAHAI NIZAR HARBI....YANG NI HANG ADA AMBIK KIRA KA TAK ????? HAHAHHA JADI, KOMEN KPS, USAHLAH NIZAR HARBI MENUNJUKKAN KEBODOHAN SENDIRI....MALAH DI SINI DARI SUMBER PAKATAN RAKYAT SENDIRI SEBENAQNYA DEPA DAH CUAK. DAPATAN KAJIAN SEBENAQNYA TAK MEMIHAK DEPA. DI BAWAH KHABARNYA DARI DAPATAN PAKATAN RAKYAT SENDIRI.... PRU-13.....PAKATAN RAKYAT DILANDA TSUNAMI DASYAT......

Kamis, 21 Februari 2013

NIK AZIZ MAKI RAKYAT SEBAGAI AYAM DAN LEMBU, BIADAP TAHAP DEWA

NIK AZIZ BIKIN PANAS LAGI. NIK AZIZ NIK MAT MENGGELAR PENERIMA BR1M 2.0 SEBAGAI LEMBU DAN AYAM.
KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari. Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia. “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
SUATU KENYATAAN YANG TIDAK DAPAT DITERIMA BAGAIMANA KONONNYA SEORANG TOK GURU MENGGELAR HAIWAN KEPADA PENERIMA BR1M. BUKAN SORANG DUA, MALAHAN MENGKIN BERJUTA ORANG. MALAH MUNGKIN ADIK BERADIK DAN PENYOKONG NIK AZIZ NIK MAT SENDIRI ADALAH LEMBU DAN AYAM KERANA MEREKA JUGA ADA YANG MENGAMBIL BR1M. KALAU TENTANG KERAJAAN PUN KENAPA PERLU MAKI RAKYAT? AYAH KPS PENERIMA BR1M....BAPA SAUDARA KPS JUGA SERUPA. MALAH KPS SENDIRI MENERIMA BR1M SEMALAM DI SEKOLAH MENENGAH KELADI. KENAPA MAHU DIMAKI GOLONGAN YANG DIBANTU KERAJAAN SEBAGAI HAIWAN? BUKANKAH REGIM DAP PULAU PINANG PUN BERI RM 100 DIPUJI KELANGIT OLEH PAS DALAM SETIAP CERAMAH MEREKA. MALAS KOMEN PANJANG-PANJANG,,,,,,BUAT SAKIT HATI SAJA.....AMAT TERHIRIS DENGAN KOMEN BODOH NIK AZIZ