Tampilkan postingan dengan label ILMU. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ILMU. Tampilkan semua postingan

Senin, 25 Februari 2013

HARD CORE PAS KINI DALAM SAYAP ULAMA' UMNO

ANDA KENAL SIAPA LELAKI DI ATAS????? DIA MERUPAKAN 'HARD CORE' PENGGERAK PAS YANG MUDA BERKARISMA. TETAPI ALHAMDULILLAH, KINI DIA MEMILIH UMNO/BARISAN NASIONAL DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH BELIAU.....USTAZ RIZA KAMARUDDIN

Sabtu, 29 Desember 2012

CERAMAH SELAMATKAN AKIDAH DI KUPANG MALAM INI, 29/12/2012

PADA HARI INI JAM 9 MALAM AKAN DIADAKAN SATU PROGRAM CERAMAH YANG BERTAJUK "SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM" BERTEMPAT DI PERKARANGAN DEWAN TAMAN SRI HARAPAN,KUPANG. CERAMAH AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ FATHUL BARI DARI SAYAP ULAMA' MUDA UMNO.....PROGRAM INI ADALAH ANJURAN UMNO BAHAGIAN BALING....SEBAR-SEBAR DAN LAPANGKAN DIRI UNTUK HADIR SESIAPA YANG BERDEKATAN...TIDAK KIRA SIAPA PUN ADA, DIJEMPUT HADIR....

Minggu, 26 Agustus 2012

ILMU BUAT JELAJAH UNTUK PERJELAS HUDUD

ILMU BERHASRAT MENGANJURKAN JELAJAH UNTUKMENERANGKAN APA ITU HUDUD? MALAH PARTI BUKAN ISLAM JUGA DIJEMPUT UNTUK TURUT SERTA. INI LEBIH BAIK DARI PAS YANG HANYA MEMPOLITIKKAN SETIAP MASA HUDUD. PERMAHAMAN DIDAHULUKAN,PERLAKSANAAN DIUTAMAKAN

Selasa, 17 Juli 2012

DEBAT : ILMU(SAYAP ULAMA' UMNO) VS PEMUDA PAS

WAJIB KITA TONTON UNTUK MENCARI TITIK PERSAMAAN, KETUA PEMUDA PAS NI PUN DAH DEBAT DULU DENGAN KJ, TAPI KETUA PEMUDA PAS PUSAT NI BUAT SILAP BESAQ SEBAB TERIMA SYIAH MASA DEBAT DENGAN KJ....KALI NI DENGAN USTAZ FATHUL BARI JADI LAGU MANA PULAK?????? SEMOGA USTAZ FATHUL BARI YANG PAKAR DALAM BIDANG HADIS DAPAT MEMBERIKAN INPUTYANG 'POWER'

Senin, 14 Mei 2012

SAYAP ULAMA' UMNO SEDIA MUZAKARAH BERSAMA PAS

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu. Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam. “Topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau menegaskan perbincangan mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukan secara emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda. " Perbincangan dilakukan adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk agenda parti atau tokoh tertentu dan kita tidak mahu perbincangan itu tidak memberi manfaat,” katanya. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam satu perkara baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah. Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ia lebih telus, memandangkan ia tidak cenderung kepada mana-mana pihak. “Saya dapat tahu muzakarah ini cadangan daripada Pas sendiri dan mereka ada suarakan hasrat bagi berjumpa dengan saya berhubung muzakarah ini. Saya sambut baik perkara ini, tetapi perlu tengok kepada keadaan dan tarikh yang sesuai,” katanya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, beliau rasa tidak perlu beliau bermuzakarah dengan Pas kerana kini jelas tindakan Pas telah lari daripada perjuangan asal. “Cuba kita tengok, Himpunan Sejuta Umat untuk selamatkan akidah umat Islam, Pas halang orang-orang mereka untuk terlibat sama. “Saya rasa, saya tidak payah bermuzakarah dengan mereka, terpulang kalau ada orang Umno atau sesiapa sahaja mahu bermuzakarah dengan mereka,” katanya.-SH

Sabtu, 17 Maret 2012

TAZKIRAH DARI USTAZ FATHUL BARI : PERSEDIAAN MENYAMBUT CAHAYA MATA




KPS: PERSIAPAN MENYAMBUT BAKAL PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA....BAGAIMANA CARANYA MENURUT ISLAM ? PELAJARI DARI USTAZ FATHUL BARI


DI BAWAH ADALAH SUATU TAZKIRAH YANG DIAMBIL DARI LIFEFIT.MY...

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥